Wednesday, 12 August 2009

Jelapang Padi Kota Belud telah bermula

Isnin lepas timbalan menteri peratanian dan asas tani persekutuan Datuk Rohani diiringi oleh Adun Tempasuk merangkap pembantu menteri pertanian dan asas tani negeri, Datuk Musbah Jamli, telah membuat lawatan tapak permulaan bagi projek mega di Kota Belud tersebut.

Sepatutnya pelancaran projek jelapang padi ini akan diadakan pada 16 Ogos depan oleh TPM, namun ditunda selepas hariraya puasa, kerana pertembungan masa antara Musa Aman dan TS Muhyiddin pada tarikh tersebut.

Datuk Musbah ketika dihubungi telah mengesahkan penundaan tarikh tersebut.

Apabila projek jelapang padi ini terlaksana,ianya akan meliputi 10 ribu hektar tanah sawah, dibanding 5 ribu hektar di Sarawak. Bagi Malaysia Timur, kawasan Kota Belud merupakan kawasan pertama projek seumpama itu dan yang terbesar.

4 comments:

Ajin b. Gagah 12 August 2009 at 13:50  

Salam Cikgu Dayang,
Walau pun saya tidak bagi komen, namun berita saperti ini manafaat untuk di tonton.

Satu perkembangan baru yang positif untuk KB. Mana lah tahu kan, ia nya dapat membantu petani-petani yang memerlukan nya, disamping menambah pengeluran beras negeri dan negara yang sedang berkekurangan kini.

Walau macam mana pun kita kena tunggu juga perlaksanaan nya, ya?

dayangwulan 12 August 2009 at 14:15  

salam. difahamkan bahawa lawatan tersebut susulan pengumunan Dato' Nor Omar di papar baru-baru ini. Dianggarkan dalam tempoh 3 tahun projek mega ini akan terealisasi. Orang KB sangat menunggunya terutama yang miskin dan tidak mendapat peluang seperti penduduk lain di negeri ini. Kota Belud, tiada sumber lain, hanya pertanian dan perikanan. selain sibuk politik di kedai kopi.

rojokobog 13 August 2009 at 07:58  

Salam dayangwulan,
Gambar Dtk Musbah dgn Dato Rohani tu mcm berpimpin tangan...kita sama-sama tengok realiti jelapang padi di DUN Tempasuk, dan apakah pula komen petani dan masyarakat seterusnya?? apakah mereka akan memuji Dtk Musbah atau sebaliknya.

TudungDuang 22 August 2009 at 02:12  

Salam DW...
Masyarakat KB memang tertunggu-tunggu kemenjadian Jelapang padi di KB.Inilah perjuangan Dtk Musbah...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP