Penyakit Demo Pemuda Umno kena Jangkit
Semalam hampir 200 ahli Umno mengadakan demo menyokong rampasan MBSA merampas minuman keras di sebuah kedai 7-11 di seksyen 8 Shah Alam pada 29/7/09 yang lalu. Melalui demo tersebut mereka membawa sepanduk sambil melaungkan slogan mengutuk exco kerajaan Selangor Ronnie Liu kerana mengarahkan agar semua rampasan 70 tin dan botol minuman keras dipulangkan kepada pemiliknya serta meminta MBSA meminta maaf.
.Penyakit demo adalah penyakit kerajaan Pakatan, kerana seriusnya penyakit ini sehingga berjangkit kepada pemuda Umno.
.Suatu ketika dahulu, mantan PM Tun Abdullah Badawai sangat tindak suka kepada apa sahaja bentuk demo, malah mantan PM itu, pernah mengatakan, jangan demo, tapi berdemolah di peti undi.
.Rakyat terutama penyokong pembangkang, saban hari diberitahu, bahawa jangan lakukan demo, kerana demo menganggu orang awam, menganggu ekonomi, kerana itu apabila ada demo, ada sahaja yang ditangkap polis, dan kemudian di dakwah di mahkamah kemudian dibebaskan dengan jaminan polis atau 500 ringgit.
.Demo semalam, kita tidak terdengar ada yang ditangkap atau di hadapkan ke mahkamah, apa dah jadi, apa kah mereka ini Umno?
0 comments:
Post a Comment