Tuesday, 16 March 2010

Kemarau Panjang Melanda Kota Belud

Kayu aksaia dan rumput lalang menjadi mangsa musim kemarau ini. Sudah tiada hujan, kebakaran hutan sana sini menambah bahang kepada cuaca yang telah panas.

Sawah ladang kering kontang, itu yang bersawah, bagi yang tiada, halaman rumah mengering, rumput rumpai mati menguning.

Bagi penduduk yang tidak berair paip, cukup teruk, pergipun hampir kering. Air yang terhisap berupa keladak merah.Namun tiada pilihan itu lah sumber air yang tersedia berkurun lamanya.

Tiada siapa yang boleh membantu,baik yang berhormat-yang berhormat. Kuasa Allah diperturunkan bagi menguji kesabaran.

Kalau ke pasar, harga barangan melabung tinggi, ikan mahal,sayur mahal, beraspun mahal. Konon ada koupon bantuan untuk orang susah,namun tidak kenampakan.

Tetapi yang menenangkan fikiran, walaupun kemarau berpanjangan,harga barangan melambung tinggi namun kehidpuan penduduk seperti sedia kala,nampak tiada perubahan. Jika keadaan ini berlaku di luar negara, pasti tunjuk perasaan sana sini. Bersyukurlah kerajaan kita,rakyat menurut dan menerima apa adanya.

Read more...

Thursday, 11 March 2010

Sejak 8 Mac 2008: Dah 500 Juta Masuk Tempasuk

Genap 2 tahun selepasPRU-12, sudah 500 juta ringgit masuk kawasan Tempasuk.

Wang sebanyak ini adalah untuk pelaksanaan projek-projek pembasmian kemiskinan kawasan ini.

Projek-projek yang sedang berjalan termasuk projek jelapang padi, agropolitan, penaiktarafan bekalan air bersih, sekolah-sekolah serta jalan raya Timbang-Sarang Dudar.

Melalui peruntukan 500 juta ini belum termasuk pembaikpulihan sekolah-sekolah rakyat seperti sekolah agama atau surau-surau atau jalan-jalan kecil perkampungan yang merupakan projek kerajaan negeri di bawah jabatan-jabatan tertentu kerajaan negeri.

Peruntukan 500 juta adalah peruntukan daripada kerajaan persekutuan dibawah program pembasmian kemiskinan yang telah menjadi dasar kerajaan semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi.

Projek pembasmian kemiskinan ini akan diharaf menjadi flatform rakyat menambah pendapatan dan diharapkan mereka kan terkeluar daripada senerai kemiskinan.

Apabila rakyat mempunyai asas ekonomi yang kukuh, maka proses selanjutnya adalah mementingkan penambahan ilmu melalui pendidikan. Tanpa asas ekonomi yang kukuh, adalah mustahil mengwujudkan taraf pendidikan kepada rakyat, kerana asas utama kepada pendidikan itu adalah sumber makanan yang bergizi dan bermutu.

Bagaimana melahirkan seseorang itu berotak geliga, jika sumber makanan seperti sarapan pagi, hanya berasaskan makanan roji atau pun langsung tiada. Apabila rakyat berpendapatan, sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati makanan bergizi dan lengkap, lengkap kabohidrat, lengkap protein, lengkap vitamin dan semacamnya. Melalui pemakanan yang lengkap sahaja lah, boleh melahirkan otak geliga atau pintar.

Mengangan-angan memartabatkan pendidikan tanpa membina asas ekonomi hanya omong kosong, sama lah sejak merdeka. Cuba tanya kepada mereka yang mendapat ilmu yang tinggi, sekolah yang tinggi; pasti mereka-merekaitu telah terdedah kepada pemakanan yang baik sejak kecil lagi.

Untuk itu usaha pemantapan asas ekonomi yang menjadi dasar kerajaan sekarang untuk daerah Tempasuk khasnya dan daerah Kota Belud amnya harus diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Rakyat kota Belud bersyukur mempunyai wakil-wakil rakyat yang didikasi dan berjuang hanya untuk rakyat. Tabiik untuk Musbah Jamli, Rahman Dahalan, Japlin Akin dan Herbert Timbun Lagadan. Teruskan usaha Datuk-datuk agar Datuk-Datuk menjadi ISA SAMAD bagi Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Read more...

Wednesday, 10 March 2010

Cuaca Kering: Air Perigipun Kering

Cuaca panas begini, bukan sahaja demam selesema menyerang, namun air perigi juga kering kontang. Penduduk kampung yang bergantung harap kepada perigi kini mengalami sumber air yang sangat terhad , baik untuk tujuan minum,mandi dan membersih pakaian.

Sayang selama hampir 50 tahun merdeka, keperluan asas bagi penduduk kampung pun tidak menjadi perhatian kerajaan.

Sekiranyalah kawasan Kota Belud ini dimenangi oleh pihak pembangkang, seperti kawasan bandar, sudah tentu, keperluan asas ini akan menjadi perhatian kerajaan, demi mendapatkan undi rakyat dan seterusnya menang pilihanraya.

Sayang kerana penduduk Kota Belud masih memilih kerajaan, yakni kerajaan Barisan Nasional, sebab itu lah keadaan begini berterusan hingga ke hari ini.

Berasaskan kajian, memang rakyat yang kurang maju adalah fixed deposit barisan nasional, atas sebab apa, rakyat tiada pilihan lain, selain mengharap bantuan kerajaan. Bantuan subsidi baja, subsidi membaja, subsidi bermacam-macam masih diharapkan oleh rakyat, yang rata-rata hidup di bawah garis kemiskinan.

Sekiranya bidang perekonomian telah diwujudkan di kawasan ini, katakan lah 10-15 tahun lalu, sudah tentunya rakyat di kawasan ini tidak bergantung harap sangat kepada huluran kerajaan.

Bayangkan keperluan asas pun, seperti air, belum juga tersedia. Keperluan air adalah perkara fundemintal kepada asas kehidupan. Sebagai rakyat, adalah hak mereka mendapat keperluan ini sepertimana yang telah dinikmati oleh rakyat negara ini di kawasan-kawasan lain.

Para yang berhormat silih berganti sejak merdeka, janji demi janji telah di buat, penjelasan demi penjelasan telah di buat, namun bukan itu kemahuan rakyat, kemahuan rakyat, adalah ketersediaan keperluan asas ini kepada mereka.

Sampai bila kah keperluan asas ini boleh dinikamti rakyat Kota Belud? Kita tunggu perancangan Datuk Rahman Dahlan, Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akin dan Datuk Salleh Said Keruak yang sekarang ini berjawatan bertaraf menteri di jabatan Ketua Menteri Sabah.

PRU-13 tidak lama lagi, dayang tidak tahu lagi lah apa alasan yang akan diberikan oleh calon-calon BN itu nanti. Kita tunggu saja lah.. mana lah tahu keperluan asas ini akan datang juga suatu hari nanti, ya mungkin 40 tahun!

Read more...

Tuesday, 9 March 2010

Kalau Bukan Kayu Balak: Cuaca Tak Sepanas INI

Kalau bukan kerana kayu balak cuaca tak sepanas ini. Kayu balak menjadi senjata para ahli politik negeri suatu masa dahulu. Sejak zaman Usno kayu balak merupakan katalis kepada semua perancangan. Dari bukan islam masuk kepada islam juga kerana kayu balak.

Kayu balak memberikan peluang kepada seseorang yang mendapat kayubalak, minum di Singapura, bergunting rambut di Thailand dan memotong kuku di Hongkong.

Kini kayubalak hampir pupus. Yang masih ada adalah konsesi Yayasan Sabah. Kawasan untuk tadahan ujianpun, sebenarnya sudah dibalak terlebih dahulu, baru kemudian di gezetkan untuk kawasan simpan.

Hutan darah sukar dicari lagi. Danum Valley,kalau bukan usaha Yayasan Sabah,pasti kawasan itu juga telah tandus.

Suhu panas ini, tidak lain disebabkan pemanasan global,namun penyumbang utamanya adalah ketiadaan kayu-kayan yang rimbun dan besar di belantara hutan kita. Akhirnya kita yang menderita, saban hari daripada sengatan matahari di siang hari, dan kepanasan luarbiasa di malam hari.

Kalau bukan kerana minyak,kalau bukan kerana syarikat kelapa sawit milik orang  bukan penduduk tempatan, negeri Sabah mungkin diambang kehancuran kerana kemiskinan. Walaupun kewujudan ladang-ladang ini dan royalti minyak masih ada,namun, negeri ini masih tersenarai sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Aduhai.. kalau dahulu, Tun Mustapaha disambut karpet merah jika melawat Semenanjung, kerana mengharapkan Sabah membuat pelaburan di negeri jiran itu, kini, Sabah terpaksa menagih simpati pula.

Tidak ada yang boleh dibuat,kecuali menagih simpati semenenjung untuk meneruskan pembangunan, termasuk lah jelapang padi dan agropolitan di mana pada masa ini sedang rancak dilaksanakan.

Yang jelas zaman kayu balak hanya menjadi kenangan.

Read more...

Friday, 5 March 2010

Pelik Tetapi Nyata: Sejak Salleh Dekat Musa Aman: Penghentam Musa Di Internet Lenyap

Pelik tetapi nyata; sejak Datuk Salleh akrab dengan ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman, penyebar fitnah dan megecam Musa Aman melalui alam cyber lenyap.

Dayang mencari-cari update terbaru mengenai Musa Aman, namun update yang dijumpai semuanya memuji-muji kepimpinan ketua menteri itu.

Tidak seperti keadaan lalu, semasa Musa dan Salleh masih renggang, berbagai tohaman dan tuduhan ada saja terdapat dalam blog.

Namun kini semuanya itu lenyap. Lenyapnya tohaman ini ada kemungkinan bahawa semua tuduhan dan tohman itu ada lah palsu atau mereka yang membuat tohaman itu merasa segan dan malu menulis lagi.

Dayangpun tidak tahu jawapannya.

Read more...

Tuesday, 2 March 2010

Konsep 1Malaysia Mudah Dicapai Di Sabah: Pairin

Selepas selesai 15 hari sambutan Tahun Baru Cina, kerajaan dan rakyat diharap memberi tumpuan bersama dan bersatu hati dalam menjayakan program pembangunan.Keriangan dan hubungan baik di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama ketika merayakan sesuatu perayaan jelas menunjukkan kerjasama yang mampu dilaksanakan dalam pelbagai bidang, terutama dalam menjayakan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat.

"Sudah tiba masanya kita memikirkan masa depan kita, berfikir bersama dengan hati yang gembira, hati yang tenang dan penuh harapan seperti semasa menyambut perayaan,"

Pairin berkata keikhlasan rakyat menyambut perayaan bersama tanpa mengira kaum dan agama umpama transformasi etnik yang mana rakyat boleh menyesuaikan diri dalam sesuatu perayaan dan menerima kepelbagaian dalam masyarakat sebagai sebahagian daripada budaya 1Malaysia.

"Ini menunjukkan konsep 1Malaysia boleh diterima dengan senang sekali, terutamanya di Sabah.

Bagi Pairin yang boleh menjejaskan konsep 1Malaysia ini adalah usaha-usaha petualang-petualang politik dengan agenda masing-masing. Ada kalangan parti dan pemimpin pembangkang yang mencermarkan kemuliaan sesuatu perayaan itu dan mereka menggunakan gelanggang perayaan seperti tahun baru cina sebagai medan berpolitik. Ini lah faktor yang boleh menjejaskan kejayaan 1Malaysia. Pairin yang juga merupakan Presiden PBS merangkap Timbalan Ketua menteri Sabah bagi kouta KDM berucap semempena Hari Chap Goh Mei anjuran PBS pada hari Ahad yang lalu.

Read more...

Monday, 1 March 2010

Kematian Syafiah: Apa Perlu Simpati Pada Ibunya??

Dikhabarkan bahawa ibu kepada Syafiah Humairah Sahari, 3, Siti Norhanim Aziz, 25 masih merupakan isteri orang. Namun kerana suaminya dipenjarakan maka Siti Norhanim terpaksa mencari teman hidup sebagai pengganti kepada suaminya itu. Walaupun ikatan mereka tidak rasmi yakni tanpa nikah,akan tetapi mereka duduk sebumbung dan berlagak seperti suami isteri. Ekoran terbongkarnya muslihat mereka itu, maka para jirannya merasa tertipu dan marah. laporan penuh disini

Akibat terbongkarnya status pasangan itu yang mencurigakan, kemungkinan Jais mendakwa pasangan itu disini kerena bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.

Diberitakan bahawa pada khamis lalu anak berumur 3 tahun itu mati akibat didera oleh teman bersekedudukan Siti Norhanim Aziz di padang bola di Ulu Yam, Selangor. Akibat pembunuhan tersebut teman bersekedudukan Situ itu kini ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan.

Bagi Dayang, disini lah letaknya kesetian dan kejururan serta keimanan. Oleh kerana kesetiaan, kejujuran serta keimanan telah hilang pada Siti, maka statusnya pun dilupakan. Siti tahu benar, bahawa dianya adalah isteri orang. Namun kerana sifat ketidak jujurannya, maka nafsulah yang dipilihnya. Akibat nasfu dan serakahnya lah anaknya yang berumur 3 tahun mati. Sekiranya ibu kepada syafiah ini diberi keiamanan dan kesabaran, sudah tentu malapetaka mencederakan anaknya di tepi padang bola di Ulu Yam, Selangor itu tidak berlaku.

Namun dayang merasa terkilan, sifat wanita seumpama ini telah menjadi perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Selain itu, TV3 dalam berita utamanya semalam menyiarkan temuramah dengan ibu kepada allahyaramah Syafiah.

Memang benar, siapa yang menginginkan anaknya mati,namun kematian kerana kesilapan sendiri tidak seharusnya diberi perahtian. Siti Norhanim adalah seorang islam. Orang islam hanya halal bersatu jika sudah diijabkabulkan secara sah.

Oleh kerana perbuatan ibunya yang melanggar larangan Allah, maka azab telah menimpanya didunia ini. Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kerana ketelanjuran ibunya yang berkiblatkan nafsu.

Kunjungan Datuk Shahrizat Abdul Jalil seolah-olah menterin itu bersetuju dengan tindakan wanita seumpama ini. Benarlah, Siti itu adalah wanita yang terpaksa menyara hidupnya kerana di tinggalkan suami yang di penjarakan. Kenapa kah setelah semuanya terbongkar kerana terdapatnya kematian, maka baru lah ibu kandung mangsa di popularkan, malah mejadi tajuk utama kepada berita aliran perdana, seperti utusan Malaysia, di mana pautan tulisan ini bersandar.

Masih ramai wanita di luar sana yang masih memerlukan pembelaan menteri wanita ini. Dayang mengharapkan, bela lah mereka sebelum perkara sumbang seumpama ini berlaku dan paling menyakitkan adanya kematian. Fikir-fikirkan lah

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP