Kalau Bukan Kayu Balak: Cuaca Tak Sepanas INI
Kalau bukan kerana kayu balak cuaca tak sepanas ini. Kayu balak menjadi senjata para ahli politik negeri suatu masa dahulu. Sejak zaman Usno kayu balak merupakan katalis kepada semua perancangan. Dari bukan islam masuk kepada islam juga kerana kayu balak.
Kayu balak memberikan peluang kepada seseorang yang mendapat kayubalak, minum di Singapura, bergunting rambut di Thailand dan memotong kuku di Hongkong.
Kini kayubalak hampir pupus. Yang masih ada adalah konsesi Yayasan Sabah. Kawasan untuk tadahan ujianpun, sebenarnya sudah dibalak terlebih dahulu, baru kemudian di gezetkan untuk kawasan simpan.
Hutan darah sukar dicari lagi. Danum Valley,kalau bukan usaha Yayasan Sabah,pasti kawasan itu juga telah tandus.
Suhu panas ini, tidak lain disebabkan pemanasan global,namun penyumbang utamanya adalah ketiadaan kayu-kayan yang rimbun dan besar di belantara hutan kita. Akhirnya kita yang menderita, saban hari daripada sengatan matahari di siang hari, dan kepanasan luarbiasa di malam hari.
Kalau bukan kerana minyak,kalau bukan kerana syarikat kelapa sawit milik orang bukan penduduk tempatan, negeri Sabah mungkin diambang kehancuran kerana kemiskinan. Walaupun kewujudan ladang-ladang ini dan royalti minyak masih ada,namun, negeri ini masih tersenarai sebagai negeri termiskin di Malaysia.
Aduhai.. kalau dahulu, Tun Mustapaha disambut karpet merah jika melawat Semenanjung, kerana mengharapkan Sabah membuat pelaburan di negeri jiran itu, kini, Sabah terpaksa menagih simpati pula.
Tidak ada yang boleh dibuat,kecuali menagih simpati semenenjung untuk meneruskan pembangunan, termasuk lah jelapang padi dan agropolitan di mana pada masa ini sedang rancak dilaksanakan.
Yang jelas zaman kayu balak hanya menjadi kenangan.

0 comments:
Post a Comment