Nizar-Zambry: 28 Oktober Siapa Cepat Dia Dapat
Pelik sungguh persidangan DUN Perak pada 28 Oktober ini. Pada hari itu ada dua bentuk persidangan, yang pertama persidangan DUN tajaan BN dan kedua tajaan gabungan Pas-PKR-Dap.
Dalam situasi demikian sudah tentu pasukan keselamatan DUN akan kelam kabut, kerana masing-masing akan berebut mengadakan sidang.
Di pihak Zambry sudah tentu Ganesan akan duduk di kerusi speaker untuk memula acara DUN, di lain pihak Sivakumar akan mencoba mengapai kerusi itu.
Terjadi kah rebut merebut dan kecoh pada hari tersebut. Akan berlangsung kah sidang DUN Perak seperti yang diinginkan.
Jika kekecohan meletus, maka penyelesiaan sidang DUN ini akan terus berlarutan, kerana masing-masing pihak akan berusaha meyakinkan orang ramai bahawa sidang mereka lah yang sah.
Secara matematik, memang BN yang layak mengadakan sidang kerana merupakan pemerintah negeri. BN mempunyai 3 majoriti di banding gabungan Pas-Pkr-Dap. Untuk cacitan BN ada 28 kerusi, demikian juga gabungan Pas-PKR-Dap ada 28. Yang membezakan mereka adalah ADUN Bebas.
Adun Bebas sebelumnya adalah ADUN Gabungan Pas-PKR-Dap yang mengisthirkan diri mereka sebagai ADUN bebas tetapi pro-Zambry. Hakikat ini tidak boleh diterima oleh Nizar-Ngo-Ngeh dan Sivakumar. Kerana bagi mereka, seseorang ADUN itu tidak bebas memilih kelompok mana sokongan mereka, kerana mereka dipilih oleh rakyat. Rakyatlah yang sepatutnya menentukan pilihan.
Siang-siang lagi Nizar dan kawan-kawan mahukan DUN Perak dibubarkan untuk kembali kepada rakyat, manakah kerajaan yang mereka suka, namun Zambry tidak suka kepada cadangan ini, kerana belum pasti Zambry akan memperolehi kerusi sekarang ini. Kerana itu lah situasi DUN Perak hingga kini masih berselaru.
0 comments:
Post a Comment