Friday, 16 October 2009

Nizar-Khalid Gagap; Najib-Umno: Ikut Cara Kebajikan MU

Ternyata Umno sedar bahawa kebajikan merupakan perkara asas yang penting kepada rakyat. Kalau dulu Umno mengkritik manifesto PAS pada Pilihanraya Umum 2008 iaitu 'Negara Berkebajikan' kita Umno mahu menirunya pula.'

Semalam Presiden Umno, Najib Razak mula bercakap mahu melakukan perubahan dalam parti dengan komitmen menjuarai kebajikan rakyat.

Dengan tegas dan lantang beliau berkata, UMNO harus dilihat, ditanggap serta diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat.

"UMNO tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.

"Sebaliknya, kita mahu UMNO dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri.

"Maka itu, persepsi UMNO sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan," katanya.

Harapan dan kemahuan Najib ini memang baik demi kebajikan rakyat. Cuma apa yang saya musykilkan ialah pelaksanaan dan pengagihan bantuan tersebut yang sering diselewengkan pihak tertentu.

Banyak kes di mana pengagihan bantuan kebajikan dijalankan secara terpilih di mana mereka yang menjadi ahli dan penyokong Umno sahaja yang mendapatnya manakala penyokong PR dianaktirikan.

Selain itu bantuan dan pengagihan itu dibuat melalui Umno bukannya agensi kerajaan terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Jika Umno benar-benar ikhlas ianya mesti disalurkan melalui agensi kerajaan dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sah bukanya dilantik oleh Umno.

Akhirnya wakil rakyat BN dan JKKK BN/Umno ini hanya memandang sebelah mata kepada ahli dan penyokong PR dan mereka yang benar-benar memerlukan tidak mendapat bantuan tersebut.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP