Thursday, 15 October 2009

Nizar-Anwar: Najib Kata UMNO Bukan Lagi Parti Cari Makan: Amalan Anwar Dulu

Tanggapan Umno sebagai sebuah parti "untuk cari makan" mestilah dikikis untuk menjayakan slogan 1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", kata Datuk Seri Najib Razak.

"Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.

"Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai, serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," kata presidem Umno.

"Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan."

Bertemakan 'Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan', Najib menyampaikan ucapan sulungnya sebagai pemimpin nombor satu parti ketika merasmikan perhimpunan agung Umno ke-60 di Kuala Lumpur pagi ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP