Nizar-Anwar-Chua Jui Ming Gembira MCA PECAH
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA hari ini akan menyebabkan rakyat tidak menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) itu lagi.
Menurut beliau, tidak kira sama ada ahli memilih Presiden parti itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mahupun Timbalan Presiden yang digantung keahliannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, namun hakikatnya MCA tetap berpecah. "Saya tidak peduli siapa pun yang menang, namun parti akan tetap berpecah dua dan saya bimbang ini akan memberi kesan buruk kepada MCA dan masyarakat. "Mereka akan mula keliru dan mula tidak sokong MCA, jadi kemenangan sesiapa pun tidak akan membawa apa-apa makna," jelas beliau.
Dr. Mahathir berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
EGM MCA semalam meluluskan dua resolusi iaitu undi tidak percaya kepada Presidennya, Tee Keat dan membatalkan keputusan Majlis Presiden untuk memecat Timbalannya, Soi Lek.
Sementara itu mengulas perang mulut antara Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr. Mahathir berkata, beliau tetap menganggap Ibrahim Ali tidak menyebelahi mana-mana parti. "Ibrahim ini dia tidak memihak sesiapa pun, kalau saya buat salah dulu pun dia hentam saya. Macam mana saya boleh berkawan dengan dia, saya pun tidak faham," katanya berseloroh

0 comments:
Post a Comment