Wednesday, 31 March 2010

Hanya Mereka Yang Tahu Siapa? Mampu Ikut Serta Dalam MEB

Apabila membaca MEB yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam, dirasakan hanya mereka yang tahu siapa akan mampu ikut serta atau akan mendapat manafaat.

Bagi mereka yang tidak tahu siapa? tidak akan mampu bersaing, kerana MEB sepertimana dikatakan oleh PM akan berpaksi kepada merit.

Bagi mereka yang tergolong belum bermula atau belum ada merit, tidak akan mendapat bahagian daripada kek MEB.

Tujuan MEB adalah untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi dari US7,000 perkapita sekarang ini kepada US15,000 10 tahun dari sekarang.

Keterangan lanjut mengenai MEB disini

Read more...

Thursday, 25 March 2010

Di Kelantan Beribu Tanah Terbiar Konon Kerana UMNO

Tindakan Umno akibatkan beribu ekar kawasan padi terbiar di Kelantan apabila subsidi baja dan lain-lain yang sepatutnya diberikan kepada petani disekat.

Haji Muhammad Husain (PAS - Pasir Puteh) yang mendedahkan perkara itu di parlimen semalam berkata fenomena ini akibat tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan majlis pembangunan pertanian peringkat parlimen yang dipengerusikan oleh Ketua Umno Bahagian.

"Di kawasan saya Pasir Puteh ramai petani telah dinafikan hak subsidi baja padi apabila pihak pemimpin Umno bawahan enggan menandatangani borang yang disediakan oleh pihak mereka sebagai syarat mendapat batuan baja," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong di dewan rakyat semalam.

Beliau turut mededahkan surat arahan yang dikeluarkan ketua Umno bahagian yang mengarahkan supaya subsidi berkenaan diberikan hanya kepada mereka yang mendapat sokongan pihak mereka sahaja.

Tindakan ini menurut beliau adalah membawa kepada perpecahan masyarakat dan mengganggu hala tuju negara yang sepatutnya merangsang pengeluaran hasil pertanian bagi menggantikan import bahan makanan yang kritikal sekarang

Read more...

Tuesday, 23 March 2010

Sinopsis Politik Kota Belud Dan Agendanya

APABILA Datuk Salleh Said mengumumkan akan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, ramai ahli Umno mempersoalkan niat itu. Alasan yang diberikan bahawa Salleh telah tidak mempertahankan jawatan tersebut walaupun 3 tahun sebelumnya Salleh layak mempertahankan jawatan ketua Bahagian.

Persoalan yang berulang-ulang dikalangan ahli Umno malah rakyat bukan ahli misi apakah yang Salleh bawa kali ini. Apakah kerana ekoran pengugguran sebagai calon pilihanraya merupakan salah satu faktor sebab musabab Salleh kembali aktif dalam kepartian peringkat daerah?

Persoalan ini hinggakini belum terjawab. Sepak terajang Salleh dalam politik daerah sukar untuk dibaca kerana sinonimnya nama Salleh dalam politik daerah.

Seorang mantan Ketua Menteri dan mantan ahli parlimen dan mantan ADUN semasa memunacaknya kerjaya politik Salleh adalah merupakan rekod dalam profil pribadinya dalam perpolitikan daerah, yakni Daerah Kota Belud.

Suatu ketika diambang PRU-12 ramai dikalangan ahli Umno dan rakyat Kota Belud telah yakin dan percaya bahawa Salleh akan terus dicalonkan sebagai wakil BN dalam pilihanraya tersebut. Faktor yang membenarkan isu tersebut adalah Salleh masih muda, masih bertenaga, kemimpinannya masih diperlukan di peringkat daerah memandangkan status daerah yang tersenarai dalam rekod Jabatan Kebajikan sebagai daerah termiskin selepas daerah Pitas, Kudat.

Namun apa yang telah berlaku, semua rakyat telah tahu, bahawa Salleh tidak terpilih sebagai calon bersama-sama Tan Sri Pandikar Amin dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapaha.

Diambang PRU-12 tersebut, keadaan para penyokong ketiga-tiga pemimpin ini seolah-olah dilanggar tsunami, bertempiran, malah ada yang terlupa akan asas perjuangan.

Walaupun ketiga-tiga pemimpin ini bertindak bijak dengan terus mengeluarkan kenyataan bahawa perjuangan mereka tetap bersama BN dengan diselitkan gambar bersama Datuk Musa Aman berpegangan tangan menunjukkan kesatuhatian mereka, namun para penyokong mereka tetap ada yang melakukan kerja-kerja protes.

Tanda-tanda protes tersebut nampak sangat melalui undi protes di semua peti undi. Jika pada pilihanraya ke-11 (2004) kemenangan BN bagi parlimen Kota Belud majoritinya melebihi 3,000 undi, telah bertukar kepada dibawah 2,000 undi pada tahun 2008.

Bagi Dun Usukan dan Tempasuk pula semua peti undi di mana terdapat majoriti suku Irranun, semua peti undi BN kalah baik peringkat parlimen maupun negeri, kecuali peti undi kg Peladok, dimana Datuk Musbah Jamli sebagai calon BN menang dengan kelebahan 13 undi.

Berbalik kepada pemilihan ketua bahagian Umno Kota Belud, walaupun Datuk Musbah Jamli mendapat sekali ganda banyak pencalonan untuk mempertahan jawatan itu, ternyata apabila para perwakilan mengundi, mereka mengembalikan Salleh ke jawatan asal politiknya dengan kelebihan 47 undi.

Cara pemilihan lama Umno telah berlalu,corak pemilihan pada tahun 2011 jika tiada penudaan akan berlainan. Jumlah para pemilih akan bertambah (mekanismenya belum penulis ketahui cara dan bagaimana pengundian tersebut akan dilaksanakan) yang pastinya menjadi teka teki bagi para ahli Umno bahagian siapakah gerangan yang menerajui bahagian itu pada tahun 2011.

Datuk Musbah Jamli dengan kapasitinya sebagai pembantu menteri pertanian dan asas tani Negeri sedaya upaya mencorakkan kepimpinannya di mata rakyat. Agendanya memajukan rakyat miskin terutama petani, nelayan dan peternak serta pekebun terus diuar-uarkannya melalui projek Agropolitan dan jelapang padinya.

Acara turun padang Datuk Musbah Jamli selain disiarkan di dada-dada akhbar tempatan juga dibantu oleh Blognya Sendiri Blog Adun-6 Tempasuk, yang secara berkala menyiarkan kegiatan-kegiatan turun padang ADUN Tempasuk ini.

Musbah menyahut seruan DS Najib bahawa jawatan dalam parti tidak semastinya mejadi pilihannya dalam PRU-13, namun calon adalah pilihan rakyat itu sendiri. Rakyat akan menilai individu yang akan diketengahkan melalui laporan-laporan agensi yang ditugaskan membuat laporan seperti JASA, KEMAS, anggota keselamatan, malah pemimpin akar umbi.

Peranan bloger juga akan diambilkira,kerana menurut Najib, media alternative ini kini telah melanda Negara, kerana itu maklumat daripadanya tidak boleh diambil mudah.

Laporan para NGO akan diambilkira dalam penentuan calon, kerana itu rekod wakil rakyat atau individu tertentu yang mempunyai cita-cita menjadi wakil rakyat adalah jasanya pemimpin tersebut kepada rakyat, kebaikan kepadanya rakyat dan dekatnya dengan rakyat.

Rakyat masa kini telah bijak menyaring isu,maklumat atau berita sensasi. Rakyat kini menilai melalui pencapaian khasnya pencapaian fizikal. Bagi rakyat, hanya pembangunan fizikal sahaja yang boleh membantu mereka meneruskan kehidupan.

Cerita halusinasi tidak lagi menjadi penarik kepada rakyat, kerana bagi rakyat khasnya yang pendidikan mereka telah mengerti bahawa telah tibanya kerajaan mengalami kemampatan dalam penyediaan pekerjaan yang berbentuk makan gaji.

Bagi mereka yang berpendidikan apa yang mereka hendak adalah penyediaan peluang untuk diterokai. Mereka menginginkan keterbukaan peluang, peluang untuk berniaga, peluang mendapatkan kemudahan pinjaman bank, kemudahan mendapatkan pelesenan dan kemudahan infrastruktur yang memudahkan perniagaan mudah dilaksanakan.

Bagi generasi kini,mereka tidak lagi suka kepada hubungan kabel, mereka lebih suka kepada keterbukaan dan keadilan.Bagi mereka, keterbukaan adalah asas kepada kemajuan, asas kepada pencapaian, kerana hanya melalui keterbukaan, maka maklumat mudah diperolehi.

Tanpa keterbukaan, maka unsur pilihkasih akan terus wujud, unsur rasuah akan terus wujud, faktor ini adalah unsur pembantut bagi mereka yang baru dalam dunia perniagaan,kerana mereka tidak akan mampu bersaing dengan peniaga yang telah mempunyai kabel dan orang dalam.

Apakah pimpinan Kota Belud akan menjadikan isu-isu yang disebutkan di atas sebagai wadah perjuangan mereka? Atau kah rakyat umumnya dan khasnya ahli parti akan menentukan pemimpin pilihan mereka pada pemilihan parti maupun PRU-13 akan datang?

Terserah kepada para pemimpin yang ada sekarang dan bakal pemimpin atau rakyat serta ahli parti menentukanya. Fikirkan lah!

Read more...

Saturday, 20 March 2010

Perlu Jemput Nik Aziz Ke Kota Belud Untuk Turunkan HUJAN

Tok Guru Hujan
Ada yang kata,doa Nik Aziz sahaja yang boleh turunkan hujan. Di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini semasa kerja-kerja pembenihan hujan, Nik Aziz jadi imam untuk minta hujan. Kononyanya jemaah basah kuyup kerana hujan turun sebaik sahaja rakaat pertama habis dibaca. Namun yang peliknya, sebaik solat itu berakhir, hujan yang turun reda dan hingga kini hujan tidak turun-turun di Kelantan.

Kemarau yang melanda Kota Belud kini, perlu meminta Nik Aziz datang, mana lah tahu, jika Nik Aziz datang berdoa minta hujan, maka hujan akan turun seperti 16 Januari yang lalu. Ramai juga penduduk mendapat bantuan beras daripada BERNAS.

Orang-orang penyokong Nik Aziz kata, kemarau yang melanda Sabah kini,kerana Tuhan tidak memberi restu kepada kerajaan Musa Aman, manakala kemarau yang melanda Kedah, Kelantan kerana Tuhan memberi restu kepada kerajaan Pas. Pesawah-pesawah di kedua negeri itu mahukan kemarau, agar mereka tidak perlu tanam padi lagi.

Suasana kemarau di negeri-negeri Pakatan adalah mukzizat Tuhan,kerana melalui kemarau yang panjang itu, pembangunan ekonomi negeri-negeri Pakatan akan bertambah rancak, kerana negeri-negeri mereka tidak mengharapkan hujan. Negeri-negeri mereka adalah negeri-negeri industi seperti mana yang ada di Kelantan dan Kedah.

Tulisan SEKALI KETUK (muslioli.blogspot.com), menggambarkan bahawa hanya doa Nik Aziz sahaja dimakbulkan Tuhan, doa orang islam lain, tidak! Fikir-fikirkan lah

Read more...

Thursday, 18 March 2010

1Malaysia=1 Israel: Anwar Buat Isu Lagi

Di dewan rakyat semalam, Anwar mendakwa bahawa 1 Malaysia Najib sama dengan 1 Isreal Ehud Barak mantan perdana menteri Isreal.

Anwar membuat kesimpulan itu, kerana Ehud Barak menggunakan APCO worldwide jururunding antarabangsa yang dipunyai oleh yahudi.

Ada kebenaran kah dakwaan Anwar ini? Jika benar, maka idea 1 Malaysia, bukan idea Najib, namun idea juruperunding.

Najib perlu memberi penjelasan agar rakyat tidak keliru dan mempercayaai dakwaan Anwar itu.

Dalam situasi masa ini, di mana aliran berita sangat pantas serta tomahan menjadi berita, maka sekali isu ini masih panas, maka PM patut memberi penjelasan.

Anwar memang bijak menabur isu. Sebagai contoh rancangan 16 September untuk mengambil alih kerajaan daripada barisan nasional, jika tidak melalui pendedahan matan kawan Anwar Zaharin Hashim ahli parlimen PKR yang keluar daripada parti itu, rakyat tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Demikian juga isu 1Malaysia lawan 1 Israel, perlu diperjelaskan.

Read more...

Tuesday, 16 March 2010

Kemarau Panjang Melanda Kota Belud

Kayu aksaia dan rumput lalang menjadi mangsa musim kemarau ini. Sudah tiada hujan, kebakaran hutan sana sini menambah bahang kepada cuaca yang telah panas.

Sawah ladang kering kontang, itu yang bersawah, bagi yang tiada, halaman rumah mengering, rumput rumpai mati menguning.

Bagi penduduk yang tidak berair paip, cukup teruk, pergipun hampir kering. Air yang terhisap berupa keladak merah.Namun tiada pilihan itu lah sumber air yang tersedia berkurun lamanya.

Tiada siapa yang boleh membantu,baik yang berhormat-yang berhormat. Kuasa Allah diperturunkan bagi menguji kesabaran.

Kalau ke pasar, harga barangan melabung tinggi, ikan mahal,sayur mahal, beraspun mahal. Konon ada koupon bantuan untuk orang susah,namun tidak kenampakan.

Tetapi yang menenangkan fikiran, walaupun kemarau berpanjangan,harga barangan melambung tinggi namun kehidpuan penduduk seperti sedia kala,nampak tiada perubahan. Jika keadaan ini berlaku di luar negara, pasti tunjuk perasaan sana sini. Bersyukurlah kerajaan kita,rakyat menurut dan menerima apa adanya.

Read more...

Thursday, 11 March 2010

Sejak 8 Mac 2008: Dah 500 Juta Masuk Tempasuk

Genap 2 tahun selepasPRU-12, sudah 500 juta ringgit masuk kawasan Tempasuk.

Wang sebanyak ini adalah untuk pelaksanaan projek-projek pembasmian kemiskinan kawasan ini.

Projek-projek yang sedang berjalan termasuk projek jelapang padi, agropolitan, penaiktarafan bekalan air bersih, sekolah-sekolah serta jalan raya Timbang-Sarang Dudar.

Melalui peruntukan 500 juta ini belum termasuk pembaikpulihan sekolah-sekolah rakyat seperti sekolah agama atau surau-surau atau jalan-jalan kecil perkampungan yang merupakan projek kerajaan negeri di bawah jabatan-jabatan tertentu kerajaan negeri.

Peruntukan 500 juta adalah peruntukan daripada kerajaan persekutuan dibawah program pembasmian kemiskinan yang telah menjadi dasar kerajaan semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi.

Projek pembasmian kemiskinan ini akan diharaf menjadi flatform rakyat menambah pendapatan dan diharapkan mereka kan terkeluar daripada senerai kemiskinan.

Apabila rakyat mempunyai asas ekonomi yang kukuh, maka proses selanjutnya adalah mementingkan penambahan ilmu melalui pendidikan. Tanpa asas ekonomi yang kukuh, adalah mustahil mengwujudkan taraf pendidikan kepada rakyat, kerana asas utama kepada pendidikan itu adalah sumber makanan yang bergizi dan bermutu.

Bagaimana melahirkan seseorang itu berotak geliga, jika sumber makanan seperti sarapan pagi, hanya berasaskan makanan roji atau pun langsung tiada. Apabila rakyat berpendapatan, sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati makanan bergizi dan lengkap, lengkap kabohidrat, lengkap protein, lengkap vitamin dan semacamnya. Melalui pemakanan yang lengkap sahaja lah, boleh melahirkan otak geliga atau pintar.

Mengangan-angan memartabatkan pendidikan tanpa membina asas ekonomi hanya omong kosong, sama lah sejak merdeka. Cuba tanya kepada mereka yang mendapat ilmu yang tinggi, sekolah yang tinggi; pasti mereka-merekaitu telah terdedah kepada pemakanan yang baik sejak kecil lagi.

Untuk itu usaha pemantapan asas ekonomi yang menjadi dasar kerajaan sekarang untuk daerah Tempasuk khasnya dan daerah Kota Belud amnya harus diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Rakyat kota Belud bersyukur mempunyai wakil-wakil rakyat yang didikasi dan berjuang hanya untuk rakyat. Tabiik untuk Musbah Jamli, Rahman Dahalan, Japlin Akin dan Herbert Timbun Lagadan. Teruskan usaha Datuk-datuk agar Datuk-Datuk menjadi ISA SAMAD bagi Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Read more...

Wednesday, 10 March 2010

Cuaca Kering: Air Perigipun Kering

Cuaca panas begini, bukan sahaja demam selesema menyerang, namun air perigi juga kering kontang. Penduduk kampung yang bergantung harap kepada perigi kini mengalami sumber air yang sangat terhad , baik untuk tujuan minum,mandi dan membersih pakaian.

Sayang selama hampir 50 tahun merdeka, keperluan asas bagi penduduk kampung pun tidak menjadi perhatian kerajaan.

Sekiranyalah kawasan Kota Belud ini dimenangi oleh pihak pembangkang, seperti kawasan bandar, sudah tentu, keperluan asas ini akan menjadi perhatian kerajaan, demi mendapatkan undi rakyat dan seterusnya menang pilihanraya.

Sayang kerana penduduk Kota Belud masih memilih kerajaan, yakni kerajaan Barisan Nasional, sebab itu lah keadaan begini berterusan hingga ke hari ini.

Berasaskan kajian, memang rakyat yang kurang maju adalah fixed deposit barisan nasional, atas sebab apa, rakyat tiada pilihan lain, selain mengharap bantuan kerajaan. Bantuan subsidi baja, subsidi membaja, subsidi bermacam-macam masih diharapkan oleh rakyat, yang rata-rata hidup di bawah garis kemiskinan.

Sekiranya bidang perekonomian telah diwujudkan di kawasan ini, katakan lah 10-15 tahun lalu, sudah tentunya rakyat di kawasan ini tidak bergantung harap sangat kepada huluran kerajaan.

Bayangkan keperluan asas pun, seperti air, belum juga tersedia. Keperluan air adalah perkara fundemintal kepada asas kehidupan. Sebagai rakyat, adalah hak mereka mendapat keperluan ini sepertimana yang telah dinikmati oleh rakyat negara ini di kawasan-kawasan lain.

Para yang berhormat silih berganti sejak merdeka, janji demi janji telah di buat, penjelasan demi penjelasan telah di buat, namun bukan itu kemahuan rakyat, kemahuan rakyat, adalah ketersediaan keperluan asas ini kepada mereka.

Sampai bila kah keperluan asas ini boleh dinikamti rakyat Kota Belud? Kita tunggu perancangan Datuk Rahman Dahlan, Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akin dan Datuk Salleh Said Keruak yang sekarang ini berjawatan bertaraf menteri di jabatan Ketua Menteri Sabah.

PRU-13 tidak lama lagi, dayang tidak tahu lagi lah apa alasan yang akan diberikan oleh calon-calon BN itu nanti. Kita tunggu saja lah.. mana lah tahu keperluan asas ini akan datang juga suatu hari nanti, ya mungkin 40 tahun!

Read more...

Tuesday, 9 March 2010

Kalau Bukan Kayu Balak: Cuaca Tak Sepanas INI

Kalau bukan kerana kayu balak cuaca tak sepanas ini. Kayu balak menjadi senjata para ahli politik negeri suatu masa dahulu. Sejak zaman Usno kayu balak merupakan katalis kepada semua perancangan. Dari bukan islam masuk kepada islam juga kerana kayu balak.

Kayu balak memberikan peluang kepada seseorang yang mendapat kayubalak, minum di Singapura, bergunting rambut di Thailand dan memotong kuku di Hongkong.

Kini kayubalak hampir pupus. Yang masih ada adalah konsesi Yayasan Sabah. Kawasan untuk tadahan ujianpun, sebenarnya sudah dibalak terlebih dahulu, baru kemudian di gezetkan untuk kawasan simpan.

Hutan darah sukar dicari lagi. Danum Valley,kalau bukan usaha Yayasan Sabah,pasti kawasan itu juga telah tandus.

Suhu panas ini, tidak lain disebabkan pemanasan global,namun penyumbang utamanya adalah ketiadaan kayu-kayan yang rimbun dan besar di belantara hutan kita. Akhirnya kita yang menderita, saban hari daripada sengatan matahari di siang hari, dan kepanasan luarbiasa di malam hari.

Kalau bukan kerana minyak,kalau bukan kerana syarikat kelapa sawit milik orang  bukan penduduk tempatan, negeri Sabah mungkin diambang kehancuran kerana kemiskinan. Walaupun kewujudan ladang-ladang ini dan royalti minyak masih ada,namun, negeri ini masih tersenarai sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Aduhai.. kalau dahulu, Tun Mustapaha disambut karpet merah jika melawat Semenanjung, kerana mengharapkan Sabah membuat pelaburan di negeri jiran itu, kini, Sabah terpaksa menagih simpati pula.

Tidak ada yang boleh dibuat,kecuali menagih simpati semenenjung untuk meneruskan pembangunan, termasuk lah jelapang padi dan agropolitan di mana pada masa ini sedang rancak dilaksanakan.

Yang jelas zaman kayu balak hanya menjadi kenangan.

Read more...

Friday, 5 March 2010

Pelik Tetapi Nyata: Sejak Salleh Dekat Musa Aman: Penghentam Musa Di Internet Lenyap

Pelik tetapi nyata; sejak Datuk Salleh akrab dengan ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman, penyebar fitnah dan megecam Musa Aman melalui alam cyber lenyap.

Dayang mencari-cari update terbaru mengenai Musa Aman, namun update yang dijumpai semuanya memuji-muji kepimpinan ketua menteri itu.

Tidak seperti keadaan lalu, semasa Musa dan Salleh masih renggang, berbagai tohaman dan tuduhan ada saja terdapat dalam blog.

Namun kini semuanya itu lenyap. Lenyapnya tohaman ini ada kemungkinan bahawa semua tuduhan dan tohman itu ada lah palsu atau mereka yang membuat tohaman itu merasa segan dan malu menulis lagi.

Dayangpun tidak tahu jawapannya.

Read more...

Tuesday, 2 March 2010

Konsep 1Malaysia Mudah Dicapai Di Sabah: Pairin

Selepas selesai 15 hari sambutan Tahun Baru Cina, kerajaan dan rakyat diharap memberi tumpuan bersama dan bersatu hati dalam menjayakan program pembangunan.Keriangan dan hubungan baik di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama ketika merayakan sesuatu perayaan jelas menunjukkan kerjasama yang mampu dilaksanakan dalam pelbagai bidang, terutama dalam menjayakan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat.

"Sudah tiba masanya kita memikirkan masa depan kita, berfikir bersama dengan hati yang gembira, hati yang tenang dan penuh harapan seperti semasa menyambut perayaan,"

Pairin berkata keikhlasan rakyat menyambut perayaan bersama tanpa mengira kaum dan agama umpama transformasi etnik yang mana rakyat boleh menyesuaikan diri dalam sesuatu perayaan dan menerima kepelbagaian dalam masyarakat sebagai sebahagian daripada budaya 1Malaysia.

"Ini menunjukkan konsep 1Malaysia boleh diterima dengan senang sekali, terutamanya di Sabah.

Bagi Pairin yang boleh menjejaskan konsep 1Malaysia ini adalah usaha-usaha petualang-petualang politik dengan agenda masing-masing. Ada kalangan parti dan pemimpin pembangkang yang mencermarkan kemuliaan sesuatu perayaan itu dan mereka menggunakan gelanggang perayaan seperti tahun baru cina sebagai medan berpolitik. Ini lah faktor yang boleh menjejaskan kejayaan 1Malaysia. Pairin yang juga merupakan Presiden PBS merangkap Timbalan Ketua menteri Sabah bagi kouta KDM berucap semempena Hari Chap Goh Mei anjuran PBS pada hari Ahad yang lalu.

Read more...

Monday, 1 March 2010

Kematian Syafiah: Apa Perlu Simpati Pada Ibunya??

Dikhabarkan bahawa ibu kepada Syafiah Humairah Sahari, 3, Siti Norhanim Aziz, 25 masih merupakan isteri orang. Namun kerana suaminya dipenjarakan maka Siti Norhanim terpaksa mencari teman hidup sebagai pengganti kepada suaminya itu. Walaupun ikatan mereka tidak rasmi yakni tanpa nikah,akan tetapi mereka duduk sebumbung dan berlagak seperti suami isteri. Ekoran terbongkarnya muslihat mereka itu, maka para jirannya merasa tertipu dan marah. laporan penuh disini

Akibat terbongkarnya status pasangan itu yang mencurigakan, kemungkinan Jais mendakwa pasangan itu disini kerena bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.

Diberitakan bahawa pada khamis lalu anak berumur 3 tahun itu mati akibat didera oleh teman bersekedudukan Siti Norhanim Aziz di padang bola di Ulu Yam, Selangor. Akibat pembunuhan tersebut teman bersekedudukan Situ itu kini ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan.

Bagi Dayang, disini lah letaknya kesetian dan kejururan serta keimanan. Oleh kerana kesetiaan, kejujuran serta keimanan telah hilang pada Siti, maka statusnya pun dilupakan. Siti tahu benar, bahawa dianya adalah isteri orang. Namun kerana sifat ketidak jujurannya, maka nafsulah yang dipilihnya. Akibat nasfu dan serakahnya lah anaknya yang berumur 3 tahun mati. Sekiranya ibu kepada syafiah ini diberi keiamanan dan kesabaran, sudah tentu malapetaka mencederakan anaknya di tepi padang bola di Ulu Yam, Selangor itu tidak berlaku.

Namun dayang merasa terkilan, sifat wanita seumpama ini telah menjadi perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Selain itu, TV3 dalam berita utamanya semalam menyiarkan temuramah dengan ibu kepada allahyaramah Syafiah.

Memang benar, siapa yang menginginkan anaknya mati,namun kematian kerana kesilapan sendiri tidak seharusnya diberi perahtian. Siti Norhanim adalah seorang islam. Orang islam hanya halal bersatu jika sudah diijabkabulkan secara sah.

Oleh kerana perbuatan ibunya yang melanggar larangan Allah, maka azab telah menimpanya didunia ini. Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kerana ketelanjuran ibunya yang berkiblatkan nafsu.

Kunjungan Datuk Shahrizat Abdul Jalil seolah-olah menterin itu bersetuju dengan tindakan wanita seumpama ini. Benarlah, Siti itu adalah wanita yang terpaksa menyara hidupnya kerana di tinggalkan suami yang di penjarakan. Kenapa kah setelah semuanya terbongkar kerana terdapatnya kematian, maka baru lah ibu kandung mangsa di popularkan, malah mejadi tajuk utama kepada berita aliran perdana, seperti utusan Malaysia, di mana pautan tulisan ini bersandar.

Masih ramai wanita di luar sana yang masih memerlukan pembelaan menteri wanita ini. Dayang mengharapkan, bela lah mereka sebelum perkara sumbang seumpama ini berlaku dan paling menyakitkan adanya kematian. Fikir-fikirkan lah

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP