Tuesday, 23 March 2010

Sinopsis Politik Kota Belud Dan Agendanya

APABILA Datuk Salleh Said mengumumkan akan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, ramai ahli Umno mempersoalkan niat itu. Alasan yang diberikan bahawa Salleh telah tidak mempertahankan jawatan tersebut walaupun 3 tahun sebelumnya Salleh layak mempertahankan jawatan ketua Bahagian.

Persoalan yang berulang-ulang dikalangan ahli Umno malah rakyat bukan ahli misi apakah yang Salleh bawa kali ini. Apakah kerana ekoran pengugguran sebagai calon pilihanraya merupakan salah satu faktor sebab musabab Salleh kembali aktif dalam kepartian peringkat daerah?

Persoalan ini hinggakini belum terjawab. Sepak terajang Salleh dalam politik daerah sukar untuk dibaca kerana sinonimnya nama Salleh dalam politik daerah.

Seorang mantan Ketua Menteri dan mantan ahli parlimen dan mantan ADUN semasa memunacaknya kerjaya politik Salleh adalah merupakan rekod dalam profil pribadinya dalam perpolitikan daerah, yakni Daerah Kota Belud.

Suatu ketika diambang PRU-12 ramai dikalangan ahli Umno dan rakyat Kota Belud telah yakin dan percaya bahawa Salleh akan terus dicalonkan sebagai wakil BN dalam pilihanraya tersebut. Faktor yang membenarkan isu tersebut adalah Salleh masih muda, masih bertenaga, kemimpinannya masih diperlukan di peringkat daerah memandangkan status daerah yang tersenarai dalam rekod Jabatan Kebajikan sebagai daerah termiskin selepas daerah Pitas, Kudat.

Namun apa yang telah berlaku, semua rakyat telah tahu, bahawa Salleh tidak terpilih sebagai calon bersama-sama Tan Sri Pandikar Amin dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapaha.

Diambang PRU-12 tersebut, keadaan para penyokong ketiga-tiga pemimpin ini seolah-olah dilanggar tsunami, bertempiran, malah ada yang terlupa akan asas perjuangan.

Walaupun ketiga-tiga pemimpin ini bertindak bijak dengan terus mengeluarkan kenyataan bahawa perjuangan mereka tetap bersama BN dengan diselitkan gambar bersama Datuk Musa Aman berpegangan tangan menunjukkan kesatuhatian mereka, namun para penyokong mereka tetap ada yang melakukan kerja-kerja protes.

Tanda-tanda protes tersebut nampak sangat melalui undi protes di semua peti undi. Jika pada pilihanraya ke-11 (2004) kemenangan BN bagi parlimen Kota Belud majoritinya melebihi 3,000 undi, telah bertukar kepada dibawah 2,000 undi pada tahun 2008.

Bagi Dun Usukan dan Tempasuk pula semua peti undi di mana terdapat majoriti suku Irranun, semua peti undi BN kalah baik peringkat parlimen maupun negeri, kecuali peti undi kg Peladok, dimana Datuk Musbah Jamli sebagai calon BN menang dengan kelebahan 13 undi.

Berbalik kepada pemilihan ketua bahagian Umno Kota Belud, walaupun Datuk Musbah Jamli mendapat sekali ganda banyak pencalonan untuk mempertahan jawatan itu, ternyata apabila para perwakilan mengundi, mereka mengembalikan Salleh ke jawatan asal politiknya dengan kelebihan 47 undi.

Cara pemilihan lama Umno telah berlalu,corak pemilihan pada tahun 2011 jika tiada penudaan akan berlainan. Jumlah para pemilih akan bertambah (mekanismenya belum penulis ketahui cara dan bagaimana pengundian tersebut akan dilaksanakan) yang pastinya menjadi teka teki bagi para ahli Umno bahagian siapakah gerangan yang menerajui bahagian itu pada tahun 2011.

Datuk Musbah Jamli dengan kapasitinya sebagai pembantu menteri pertanian dan asas tani Negeri sedaya upaya mencorakkan kepimpinannya di mata rakyat. Agendanya memajukan rakyat miskin terutama petani, nelayan dan peternak serta pekebun terus diuar-uarkannya melalui projek Agropolitan dan jelapang padinya.

Acara turun padang Datuk Musbah Jamli selain disiarkan di dada-dada akhbar tempatan juga dibantu oleh Blognya Sendiri Blog Adun-6 Tempasuk, yang secara berkala menyiarkan kegiatan-kegiatan turun padang ADUN Tempasuk ini.

Musbah menyahut seruan DS Najib bahawa jawatan dalam parti tidak semastinya mejadi pilihannya dalam PRU-13, namun calon adalah pilihan rakyat itu sendiri. Rakyat akan menilai individu yang akan diketengahkan melalui laporan-laporan agensi yang ditugaskan membuat laporan seperti JASA, KEMAS, anggota keselamatan, malah pemimpin akar umbi.

Peranan bloger juga akan diambilkira,kerana menurut Najib, media alternative ini kini telah melanda Negara, kerana itu maklumat daripadanya tidak boleh diambil mudah.

Laporan para NGO akan diambilkira dalam penentuan calon, kerana itu rekod wakil rakyat atau individu tertentu yang mempunyai cita-cita menjadi wakil rakyat adalah jasanya pemimpin tersebut kepada rakyat, kebaikan kepadanya rakyat dan dekatnya dengan rakyat.

Rakyat masa kini telah bijak menyaring isu,maklumat atau berita sensasi. Rakyat kini menilai melalui pencapaian khasnya pencapaian fizikal. Bagi rakyat, hanya pembangunan fizikal sahaja yang boleh membantu mereka meneruskan kehidupan.

Cerita halusinasi tidak lagi menjadi penarik kepada rakyat, kerana bagi rakyat khasnya yang pendidikan mereka telah mengerti bahawa telah tibanya kerajaan mengalami kemampatan dalam penyediaan pekerjaan yang berbentuk makan gaji.

Bagi mereka yang berpendidikan apa yang mereka hendak adalah penyediaan peluang untuk diterokai. Mereka menginginkan keterbukaan peluang, peluang untuk berniaga, peluang mendapatkan kemudahan pinjaman bank, kemudahan mendapatkan pelesenan dan kemudahan infrastruktur yang memudahkan perniagaan mudah dilaksanakan.

Bagi generasi kini,mereka tidak lagi suka kepada hubungan kabel, mereka lebih suka kepada keterbukaan dan keadilan.Bagi mereka, keterbukaan adalah asas kepada kemajuan, asas kepada pencapaian, kerana hanya melalui keterbukaan, maka maklumat mudah diperolehi.

Tanpa keterbukaan, maka unsur pilihkasih akan terus wujud, unsur rasuah akan terus wujud, faktor ini adalah unsur pembantut bagi mereka yang baru dalam dunia perniagaan,kerana mereka tidak akan mampu bersaing dengan peniaga yang telah mempunyai kabel dan orang dalam.

Apakah pimpinan Kota Belud akan menjadikan isu-isu yang disebutkan di atas sebagai wadah perjuangan mereka? Atau kah rakyat umumnya dan khasnya ahli parti akan menentukan pemimpin pilihan mereka pada pemilihan parti maupun PRU-13 akan datang?

Terserah kepada para pemimpin yang ada sekarang dan bakal pemimpin atau rakyat serta ahli parti menentukanya. Fikirkan lah!

1 comments:

bayugunung 24 March 2010 at 11:41  

Salam,

bagus, analisis yg baik..sgt informatif

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP