Saturday, 5 September 2009

8 Pilihanraya Kecil (PRK) pengalaman Berharga: Dato' Seri Najib

Pemimpin barisan nasional dan Umno menggunapakai pengalaman PRK yang berlangsung setelah PRU-12 di Semenanjung sebagai pengalaman berharga. Beliau meminta pemimpin BN dan Umno mengambil iktibar dari semua PRK tersebut, walaupun UBN kalah keseluruhannya (1 tidak bertanding).

Dun Bagan Pinang di mana UBN adalah JUARA BERTAHAN, sudah tentu mempersiapkan diri sebagai JUARA BERTAHAN.

Pemilihan calon hendaklah di vetting dengan rapi dan teliti agar peristiwa Permatang Pasir tidak berulang. Calon UBN Rohaizat Othman di Permatang Pasir terlalu banyak masalah, sehingga UBN mengalami kesukaran merayu para penggundi.

DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian mengejut penyandangnya dari UBN Azman Mohd Nor kerana pendaharan dalaman di Hospital Pakar Seremban semalam.

Dalam PRU-12 yang lalu Azman mengalahkan calon Pakatan yang diwakili oleh calon Pas. Melalui PRU-12 Azman (gambar) memperoleh 6,430 manakala calon Pas Ramli Yusof mendapat 4,097.

Memandangkan perlawaan yang sengit pada PRU-12, PRK kali ini akan juga terjadi perlawanan sengit. Pakatan sudah tentunya berbekal kepada rekodnya 8-0 setakat ini, sementara UBN bersandarkan kepada statusnya sebagai JUARA BERTAHAN.

Mampu UBN mempertahankan kejuaraannya? sama-sama kita tunggu PRK tersebut.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP