Wednesday, 23 September 2009

Nizar: Rakyat Perak masih rindukannya: Zambry pula belum mendapat simpati

5 Februari 2009 adalah tarikh Nizar kehilangan kuasa kepada Zambry Kadir MB Perak sekarang. Walaupun hampir 8 bulan Nizar kehilangan kuasa, namun sebahagian rakyat yang rindu akan kempimpinannya melempiaskan amarah kepada Zambry.

Kain-kain rentang yang ada gambar Zambry dicomotkan dengan warna, malah disimbah dengan cat warna merah. Tulisan-tulisan yang menghina Zambry seperti MB Haram jadah, turut dituliskan ke atas kain rentang tersebut.

Namun, yang malangnya tiada ada sesiapa yang coba membersihkan kain-kain rentang yang telah dinodai tersebut, malah dibiarkan menjadi tontonan rakyat Perak. Seolah-olah ada rakyat Perak mengyakan, bahawa benar Zambry adalah MB yang tidak disukai.

Zambry walaupun telah 8 bulan menjadi MB, namun simpati dan penghormatan daripada rakyat Perak belum diperolehi. Berbagai usaha telah Zambry laksanakan umpamaya pengagihan kewangan kepada rakyat yang kurang bernasib baik, pun demikian usaha murni Zambry ini belum mendapat simpati dan sokongan.

Apa kah keadaan ini akan berterusan, di mana Zambry semakin hari semakin kehilangan cengakaman terhadap rakyat Perak, sebaliknya Nizar pula terus mendapat simpati. Apa kah keadaan ini akan berterusan sehingga PRU-13?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP