Tuesday, 15 September 2009

Nizar sanggup menderhaka kerana JAWATAN

Nijar ini dulu MB. Dia sudah merasa selesa jadi MB dan duduk dikerusi empok, berhawa dingin dan memandu kerita Toyoya Camry. Selesa, sungguh selesa. Impiannya menjadi No 1 dalam Kabinet Perak sudah tercapai. Glamour, sungguh glamour disebut MB Nijar, MB Rakyat dan mampu pula bagi 999 (sembilang sembilang sembilang dalan loghat Tengganu kite) kepada penduduk Kampung Baru. Penduduk kampong baru memang suka nombor Feng Sui 999 itu. Kini semua itu sudah hilang, sudah berkecai seperti pelangi ditelan mentari. Namun Nijar tidak berputus asa. Dia tetap berusaha sedaya upaya mendapatkan mendapatka kembali MBnya yang hilang.
  1. Dia sanggup mengenepikan kepentingan Islam demi MB. Nijar sudah sanggup mengakui bahawa PAS tidak terniatpun menubuhkan kerajaan Islam bila dia mengatakan bahawa tidak wujud di mana-mana manuskrip PAS untuk menubuhkan kerajaan Islam. Ini sebagai menentukan DAP tidak menggugat gelaran MBnya dulu.
  2. Dia sanggup sembahyang pura-pura memasang lilin demi menyinarai MBnya namun MBnya tidak juga kelihatan tanda-tandanya akan kembali.
  3. Dia juga sudah memohon menderhaka dan sudah menderhaka. Namun Sulatan Perak tidak juga berupaya mengembalikan MB kepada Nijar. Nijar terus juga berusaha.
  4. Dia sudah juga bermesyuarat di bawah pokok. Barangkali dengan harapan bahawa penunggu-penunggu pokok itu akan mengembalikan MBnya kepadanya. Dia “kangen” sangat dengan MBnya yang hilang. Malah dia sanggup membina tugu di bawah pokok. Barangkali dengan harapan bahawa penunggu-penunggu pokok itu akan teruja dengan rindu hatinya yang tidak terkira pada MBnya. Namun sehingga kini MBnya tidak juga kembali ke pangkuannya.
  5. Dia sudah mengadu kepada TGNA, LK Siang dan Anwar mengenai kehilangan MBnya, tapi mereka juga sudah tidak mampu membantu Nijar. Nijar sudah juga mengimam syalat malah cuba mengimam Syalat fardhu di Mesjid ketika Muyihidin Yassin berada dalam Mesjid itu di Bukit Gantang. Allah subhanawataalah belum menunaikan permohaonan Njiar. Jangan pula Nijar merajuk kepada Tuhan kerana tidak memenuhi permohonannya. Apa lagi cuba untuk memohon derhaka! DariNya.
  6. Nijar juga sudah membalut kepala dengan kain bertulis “BUBAR DUN” semasa dia mengangkat sumpah di Parliment sebagai MP. Dia sanggup dihalau keluar dewan dan dinafikan hadir sidang Dewan selama dua hari asalkan usaha mendapatkan MBnya tetap diteruskan.
  7. Nijar sudah juga turun naik mahkamah demi mengubat rindu dendamnaya pada MBnya. Dia mulanya berjaya namun akhirnya “kecundang”. Rayuan mengalahkannya.
  8. Cuma Satu.Ya satu yang belum Nijar buat. Dia belum merayu kepada Najib untuk memohon mendapatkan MBnya. Kalo barangkali dia segan dengan Najib kerana ketelanjuranya menuduh Najib merampas cintanya, MB, Nijar bole menembusi Rosmah. Cuma dia harus berhati-hati jangan samapi Rosmah tercium bahawa MBnya itu untuk Ngeh dan Ngo. Jika dia pandai mewangii keadaan, barangkali Rosmah akan bisikan di telinga Najib pada malam-malam yang hening akan kerinduan Nijar itu pada MBnya. Barangkali akan terbuka hati Najib bila bisikan dan suara lembut menyelinap di telinganya. Kesian Sungguh Nijar. Wallahu Wallam.

1 comments:

edan coba 16 September 2009 at 10:04  

salam Ramadhan tuan umah!
Jom ke Blog edan utk mendapatkan KAD RAYA EDAN COBA khas buat kamu!

Ambik taw!!! :D

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP