Saturday, 5 September 2009

Sultan Selangor Murka:Panggil Hassan Ali Menghadap

Sultan Selangor murka. Dr Hassan Ali Exco agama Negeri Selangor dipanggil menghadap.

Sultan Selangor dikhabarkan murka disebabkan isu kontravesi Hassan Ali mengenai arak di Selangor. Hassan Ali diberitakan membuat peraturan sendiri mengenai agama islam tanpa perkenaan TuanKu.

Baru-baru ini Hassan Ali melakukan kontraversi di Selangor dengan mengancam Menteri besar agar menggugurkan jawatan exco Ronnie Liu ekoran pembelaan Ronnie Liu terhadap rampasan beer oleh MBSA.

Namun demi keharmonian kerajaan Pakatan akhirnya Hassan Ali berdamai dengan Ronnie Liu.

Demi kepentingan partinya yakni Pas, Hassan Ali membuat peraturan sendiri dengan mengumumkan bahawa AJK Masjid boleh menangkap orang islam yang meminum arak di khayalak ramai. Sebagai tambahan, Hassan Ali juga mengumumkan bahawa orang islam yang tertanggap minum arak di tempat ramai akan menghadapi denda RM3,000.00 penjara 2 tahun atau kedua-duanya. Bagi orang islam yang menjual, memiliki atau membeli boleh didenda 5,000.00.

Arahan Hassan Ali ini dikhabarkan belum mendapat perkenaan daripada Sultan, ekoran itu Sultan murka dan memanggil Hassan Ali menghadap hari ini, dari pukul 11:50-2:25.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP