Monday, 14 September 2009

Pembunuhan Altantuya: Shahriibuu tarik saman terhadap Peguam Negara

Bapa Altantuya Shaariibuu telah menarik balik permohonan semakan penghakiman untuk meminta Pejabat Peguam Negara merayu terhadap pembebasan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda, daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan anaknya itu.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Shaariibuu Setev, berkata keputusan menarik balik permohonan itu dibuat selepas mengambilkira dua kes undang-undang bahawa ia menjadi budibicara peguam negara sama ada untuk membuat rayuan.

Karpal berkata, untuk memohon seterusnya, kes itu akan berterusan ke Mahkamah Persekutuan dan membabitkan kos yang tinggi.

"Saya menerima arahan supaya menarik balik kes tersebut tetapi kami akan meneruskan saman sivil terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak," katanya.

Hakim Hinshawato Shariiff membenarkan permohonan Karpal untuk menarik balik permohonan itu tanpa kos.

Dalam kes tersebut, Shaariibuu memohon supaya peguam negara merayu terhadap pembebasan Abdul Razak tanpa dipanggil membela diri.

Dua anggota polis bagaimanapun didapati bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati pada April 2009. Altantuya dibunuh pada 2006. - Malaysiakini

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP