Menulis soal irranun biar tepat dari segi fakta
Gahirah dan gian menulis soal irranun biar faktanya tepat. Tulisan-tulisan yang terpampang di berbagai blog blogger Kota Belud, fakta bersimpang siur. Kadang-kadang sukar dicari mana pangkal mana hujung.
Menulis soal kaum irranun digalakkan, tetapi sebelum dipaparkan, buat lah kajian. Kajian biar betul.
Jangan kerana ikut kan hati dan rasa, maka badan binasa. Jangan lupa terlanjur kata buruk padanya. Tulis lah berasaskan fakta dan kejadian yang sebenar.
Menulis soal kempimpinan misalnya, jangan sama kan dengan mengarang di sekolah, khayalan yang menarik dengan senikata dan tatabahasa yang baik, maka dapat markah baik. Menulis soal kempimpinan biarlah bercermin kepada keadaan yang sebenarnya, jangan melepas di tangga sahaja.
Suatu ketika dahulu dalam blog blogger KB terlalu hangat dipersoalkan soal PISBA, apabila keseriusan diambil,akhirnya padam pada ilham pencetus idea itu. Kerana itu, kalau tali sejengkal jangan cuba berlabuh di tengah laut.
Berfikir sebelum berkata-kata, jangan seperti meludah ke langit terpercik ke muka sendiri.
Cuba berfikir secara matang dan wajar
Menulis soal kaum irranun digalakkan, tetapi sebelum dipaparkan, buat lah kajian. Kajian biar betul.
Jangan kerana ikut kan hati dan rasa, maka badan binasa. Jangan lupa terlanjur kata buruk padanya. Tulis lah berasaskan fakta dan kejadian yang sebenar.
Menulis soal kempimpinan misalnya, jangan sama kan dengan mengarang di sekolah, khayalan yang menarik dengan senikata dan tatabahasa yang baik, maka dapat markah baik. Menulis soal kempimpinan biarlah bercermin kepada keadaan yang sebenarnya, jangan melepas di tangga sahaja.
Suatu ketika dahulu dalam blog blogger KB terlalu hangat dipersoalkan soal PISBA, apabila keseriusan diambil,akhirnya padam pada ilham pencetus idea itu. Kerana itu, kalau tali sejengkal jangan cuba berlabuh di tengah laut.
Berfikir sebelum berkata-kata, jangan seperti meludah ke langit terpercik ke muka sendiri.
Cuba berfikir secara matang dan wajar
6 comments:
Dayang,
Salam Siber,
Saya amat setuju apa yang dikatakan oleh Dayang. Saya pernah jadi Presiden PISBA suatu ketika dahulu, sewaktu saya memegang jawatan menteri di dalam kerajaan negeri.
Saya terima jawatan tersebut (dengan hati yang berat) tanpa tanding atas tawaran mantan Presiden PISBA Allahyarham Datu Bandira. Penerimaan itu pun atas syarat bahawa apabila saya tidak dapat mengangkat martabat PISBA saya akan letak jawatan.
Semasa saya menerajui PISBA, sepanjang ingatan saya, semua ok. Semua aktiviti yang melibatkan Iranun dan kebudayaan nya yang perlu disertai melalui PISBA semuanya telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Atas sebab-sebab tertentu yang saya tak boleh ceritakan di alam siber, tepat tempuh tiga tahun, saya telah letak jawatan (menunaikan janji saya).
Antara sebab, ialah ada pihak yang berpendapat di kalangan pemimpin Iranun, pada ketika itu bahawa PISBA tidak 'wajar' diterajui oleh orang politik, sebab kononnya orang politik boleh 'memperkudakan' PISBA untuk kepentingan politik.
Walhal, sewaktu ditawarkan kepada saya, 'mereka' mengetahui bahawa 'hidup' saya adalah politik.
Sewaktu saya letak jawatan, tiada siapapun pemimpin 'anti' saya yang cuba dengan ikhlas 'merayu' untuk saya tidak meletakkan jawatan. Malahan, nampak gaya, ramai yang hendak supaya saya letak jawatan dengan segera.
Pada hari terakhir sahnya perletakan jawatan saya sebagai presiden, jawatan presiden di rebut oleh dua calon, Sdr. Dato Seri Salisih Ukoh dan Sdr. Abdul Razak Rakunman.
Sejak pada hari itu, saya telah tidak mengikuti perkembangan PISBA.
Tetapi, ingin saya nyatakan disini pengalaman saya untuk memimpin sebuah badan NGO.
Untuk menjayakan sesabuah badan NGO, semua yang terlibat mesti komited, dedikasi, tidak lokek masa dan wang ringgit, ada semangat untuk berkerja sebagai satu pasukan dan sebagainya.
Hakikatnya yang sebenar, peneraju mesti 'berkemampuan'. KDCA aktif sebab penerajunya semua orang politik, ada kaitan dengan kerajaan dan 'berkemampuan.
Itu lah sahaja komen saya di alam siber ini. Kalau Dayang nak cerita panjang pasal soal ini, atau ada yang minat sangat untuk nak tahu, atau ada yang nak berhujah berapi-api didepan saya, nyatakan masa dan tempatnya, InsyAllah saya hadir.
Dayang,
Telinga saya ini sudah biasa dengar hujah-hujah bisa dari pemimpin-pemimpin negara.....
Terima kasih,
Salam.
Pa'Min
Salam...
cikgu fakta yang macam mana...ianya, bukan macam matematik 2x5 jawapannya 10........
Salam Cikgu Dayang Wulan,
Sorry saya lama ngak mapir kesini kerana commitments yang lain.
Namun, setelah membaca ulasan dari PA'AMIN atau TSP, di samping merasakan suara sayu Cikgu, kepada sdra/sdri sewaktu dengan Cikgu mengenai PISBA ( betul disuatu ketika perkara ini di war-warkan); maka saya tertarik untuk memberi ulasan ringkas di sini.
Kini, TSP sendiri telah menyuarakan betapa' hectic' (susah) nya untuk menjayakan perjalanan sebuah persatuan. Apa lagi untuk memberi nya nafas baru serta menghidup nya kembali.
Selain dari hal-hal yang di sentuh oleh TSP, Banyak lagi hal yang harus di selesaikan untuk menghidupkan PISBA semula.
Terpaksa menyediakan perkara yang berhubung kait dengan perundangan dan lebih teruk lagi, terpaksa berhadapa dengan ROS ( pendaftar persatuan).
Dari pengalaman saya untuk menghidupkan kelab Golf Kota Belud ( saya selaku Timbalan Presiden) bersama Arwah Ir Maduaran Liar dan juga Kelab Sukan dan Rekreasi JKR Sabah ( saya selaku Presiden nya ketika itu); sangat menyusahkan fikiran dan masa.
Namun, akhir nya dapat juga kami selamatkan mya musim itu. Lepas itu saya tidak lagi mengikuti perkembangan kedua-dua kelab tersebut.
Now, rasa nya kalau kalian dapat melupakan perbezaan fahaman politik dsn, InsyaAllah, saya percaya dengan kerjasama TSP, PISBA akan dapat diselamatkan .
Dengan gandingan orang politik, Pegawai kerajaan dan NGO; antara lain nya saperti Datu Rosmadi, sdra Salleh lamsin, Datu Roslin, sdra Kibin Hj Samad, sdra Rakunman brothers, sdra Abekan dan juga semua bloggers dari suku kaum Iranun yang bijak pandai itu, pasti nya PISBA akan bercahaya semula.
Off course, syarat-syarat yang diletakkan oleh TSP itu harus juga di amanatkan dengan serius.
Dengan pengakhir kata "Kalau bukan kamu siapa lagi?".
Salam, semuga kalian sukses; Terutama sekali Cikgu sendri.
salam siber Pa"min dan sdr solymone. Maaf agak lama post kan komen anda. Suatu yang membuat saya terpegun, kerana kesudian Pa'min (panggilan siber) namun kalau di publik lebih di kenali dengan pangilan tansri membaca dan seterusnya memberi pandangan dan komen.
Saya hanya mengeluarkan pandangan saya kepada tulisan-tulisan para bloger KB berserta komen-komen mereka mengenai fakta-fakta yang bersangkut paut dengan pimpinan Irranun. Tulisan-tulisan mereka tidak berasas kepada fakta sebenar,boleh dikatakan hanya sumber mulut.
Dunia siber ada bebas berjelajah dalam alam maya, ertinya sesiapa pun boleh melawat dan membacanya. Alangkah eloknya jika fakta-fakta yang ditulis berasaskan kepada fakta sebenarnya, sehingga boleh menjadi tambahan pegetahuan. Lain lah kalau menulis soal-soal ficisan, daya khayalan dan cara menuangkan, pengkesaan dalam tulisan membuatkan pembaca terhibur dan akan suka tulisan itu.
terus terang saya katakan, selama mengikuti bloger KB khasnya yang menyentuh pimpinan semuanya berasaskan telahaan sendiri, tanpa fakta yang sebenarnya. Bagi pendapat saya, jika tiada fakta mengenai seseorang pimpinan adalah lebi elok jangan mengulasnya. Hanya pandangan pribadi.
Salam,
Mohon ckigu aturkan perjumpaan dengan TSP...saya nak berhujah pasal Iranun dan arah tuju...yang telah lama terbuku dalam hati saya...kalau boleh orang ramai juga dijemput...biarlah masyarakat Iranun menjadi saksi antara kami...kali ini biarlah buku bakal bertemu ruas
salam dayang
saya amat2 bersetuju dengan pendapat pa'amin tersebut. dalam memimpin sesebuah pertubuhan punya banyak cabaran yang kena diharungi. kepayahan dan kesusahan adalah bukti kepada kejayaan yang hakiki.
namun orang irranun ini andu ba..
maregen aturen..
Pada hemat saya mereka adalah golongan yang berpendidikan dan mempunyai pengalaman yang luas didada.
tapi mereka sukakan perpecahan.heran..kali pasal tamak..
sudahlah mereka tau PISBA itu tidak bernafas sudah.salah kah untuk mencuba dan mencuba menyuntikkan semangat yang membara ke jiwa PISBA tersebut
apa yang herannya, politik orang-orang irranun ini hanya mengapi2 api dikedai kopi sahaja.semua tunjuk pandai..dia lah raja ba..
wahai irranun bersatu lar..sekarang ini wadah baru lagi kunun PERISA..
Persoalannya..Kewajaran pertubuhan ini di tubuhkan, kekuatan pemimpinnya, keperkasaan yang bakal dijelmakan, keperihatinan terhadap jiwa irranun..dapatkah semua ini dilangsaikan..sedangkan PISBA masih ada nama..the name of PISBA still alive. so what your waiting for..leave it out ur agenda. just focusing bah...
Post a Comment