Di Sebalik Simbah Cat Merah Poster Zambry
Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.
Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh. "Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.
"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya. Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.
Ahmad Fakeh mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.
Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka. "Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.
Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.
Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.
Ustaz Abu Bakar meminta polis buat siasatan, kerana PAS juga tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.
Walaubagaimanapun, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan.
Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah.
Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan,"

1 comments:
MB HARAM JADAH????????SIAPALAH PUNYE KOJE NI YEOP OOIII..TAK KUASA TEMAN MEMIKIORNYA,BIARLAH SI HARAM JADAH TU PIKIOR SENDIRI...
Post a Comment