Tuesday, 21 December 2010

Cuti cuti

Bagi mereka yang berkemampuan, sempena akhir tahun dan menjelangnya tahun baru, sungguh ramai yang bercuti bersama keluarga. Namun bagi mereka yang sekadar mampu untuk hidup, bercuti di rumah dan kampung sendiri sudah memadai.

Dayang terbaca di blog pemimpin Kota Belud, di mana pemimpin itu menggalakkan agar rakyat pergi bercuti di tempat-tempat yang menarik di negara ini, namun dirinya dan keluarganya bercuti di London.

Musim sebegini di London adalah musim sejuk dan bersalji. Telah beberapa minggu, masakapai penerbangan antarabangsa mengumumkan bahawa kebanyakkan penerbangan ke London terpaksa di jadualkan kerana cuaca yang tidak menentu, di mana pendaratan kapal terbang tidak mengizinkan.

Ternampak sangat berbezaan antara yang berkemampuan dan tidak berkemampuan dan soal-soal lifestyle. Bersyukurlah kita pada negara ini, kerana perbezaan kasta belum mengarah kepada gejolak sosial.

Read more...

Monday, 4 October 2010

Jalan kg Rampayan ULU mula retak

Hampir setahun tidak melawat kg Rampayan Ulu, dua hari lalu saya sempat ke kg itu untuk tujuan hari raya. Sayang, setelah setahun penduduk kg Rampayan Ulu menikmati jalan aspal, setelah menantinya lebih 50 tahun. Namun keselesaan itu tidak berpanjangan, kini jalan aspal yang dibuat asal-asalan itu mula retak.

100 meter daripada persimpangan jalan Sarang-Dudar, terdapat mendapan sedalam 12 inci seluas 20 kaki kiri kanan seluruh jalan tersebut.

Sekiranya jalan tersebut dibuat dengan baik, sudah tentulah keadaan ini tidak berlaku.

Sayang kerajaan telah memperuntukan jutaan ringgit untuk jalan tersebut, yang sepatutnya bertahan sekurang 5 tahun, kini akan kembali kepada keadaan lama.

Beginilah jika kontraktor mengambil untuk berlebihan, mereka diuntungkan, rakyat dan kerajaan dirugikan.

Sepatutnya pihak JKR memantau pembinaan jalan ini dari awal, malangnya jurutera JKR, mungkin tidak mempunyai pengetahun mengenai pembinaan jalan yang boleh mapan.

Read more...

Wednesday, 15 September 2010

Politik bagi Musbah Jamli

Setelah 2 tahun selepas PRU-12, politik Kota Belud mula memanas. Memanas bukannya ada perebutan jawatan politik, tetapi puncanya adalah pendekatan para pemain politik daerah ini.

Wakil rakyat Tempasuk Musbah Jamli mengambil pendekatan: politik adalah untuk membangun perekonomian rakyat. Musbah tidak lagi menjadikan politik sebagai tapak untuk merebut jawatan, namun wakil rakyat Tempasuk itu memanfaatkan politik untuk memajukan rakyat yang diwakilinya.

Wakil rakyat Tempasuk itu mengambil iktibar kepada perjuangan Tun Mustapha dan Datuk Pairin. Menurutnya hanya wakil rakyat yang di sayangi akar umbi adalah ahli politik yang boleh bertahan lama.

Musbah dalam memperkukuh kedudukkannya di kawasannya, saban hari berusaha mempupuk hubungan timbal balik antara rakyat akar umbi dan dirinya.

Secara diam, pembantu menteri itu bersilatur rahim dengan semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama.

Berasaskan pendekatan itu, maka hingga kini kedudukan Pegawai Kemajuan Rakyat N-6 Tempasuk masih kosong tanpa ada perlantikan baru.

Hujah Musbah, biarlah dirinya merangkap sebagai Pegawai Kemajuan untuk rakyat yang diwakilinya. "Biar saya sendiri mendengar keluhan rakyat" ujarnya ketika ditemui di rumahnya pada musim hariraya ini.

Read more...

Wednesday, 21 July 2010

Oh Janji Oh Janji: Mana Janji Mu DARD

Genap setahun janji wakil rakyat Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan (lebih suka dipanggil dengan nama DARD) anak Tuaran yang dikatakan sangat gagah kerana berani bertanding di tempat orang dan menang pula tu.

Janji itu adalah mengenyahkan masalah air Kota Belud pada tahun 2010.

Tahun 2010 telah melepasi setengah tahun. Bulan ramadhan akan menjelang tiba pada 7 ogos depan, manakala hariraya akan dirayakan pada 10-9-2010. Jika dihitung-hitung tahun 2010 akan menutupkan tirainya kurang daripada 4 bulan. Berasaskan kepada masa yang tersisa bagi tahun 2010, adalah pelik jika janji DARD itu akan tertunaikan.

Jangan lah berjanji jika tidak mampu menunaikan. Ikhlaslah pada kemampuan diri sendiri, jangan berlagak jaguh yang akhirnya diri itu tidak ada keupayaan.

Read more...

Monday, 21 June 2010

Bayaran Tambahan PIBG

Bukan salah meminta bayaran tambahan daripada Ibu-Bapa bagi kepentingan para murid. Memang mesyuarat PIBG telah luluskan bayaran tambahan. Namun berapa ramai kah ibu-bapa sanggup membayar tambahan itu?

Hari ini dayang ditugaskan untuk memungut bayaran daripada ibu-bapa,namun 40% sahaja ibu-bapa mampu membayar sesuai dengan notis daripada pengerusi PIBG, sementara 60% lagi kononnya akan dibayar pada penghujung bulan.

Pada mesyuarat PIBG baru-baru ini, laporan kewangan menunjukkan bahawa setiap tahun sekurang-kurangnya 20% ibu-bapa tidak dapat membayar sumbangan tambahan kepada PIBG.

Bukan salah ibu-Bapa, bukan juga ibu-bapa tidak mahu memberi sumbangan, namun bajet untuk itu memang terhad.

Nampaknya proses pendidikan di negara walaupun mengarah kepada bebas bayaran dibanding tahun 70-an, namun memandangkan ketidak sama rataan pendapatan, maka masih terdapat ibu-bapa yang tidak mampu membayar tambahan PIBG.

Read more...

Tuesday, 15 June 2010

Ada YB Cari Nama Melalui PTPTN

Bukan main bangganya seorang YB bersalaman dengan pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN baru-baru ini.

PTPTN sudah wujud sejak tahun 1997 untuk kemudahan para pelajar yang tidak mendapat tajaan biasiswa kerana kecemerlangan akademik yang kurang memuaskan, namun masih berpeluang diterima di perguruan tinggi samaada IPTA atau IPTS.

Baru-baru ini di Kota Belud berlangsung penyampaian bayaran awal kepada para pelajar sebanyak RM1,500 seorang sebagai persediaan awal, namun YB berkenaan mengambil kesempatan seolah-olah kerana dia lah pinjaman itu diberikan.

Tahun ini PTPTN menyediakan RM33 bilion bagi 200,000 pelajar untuk melanjutkan pelajaran di perguruan tiggi.

Dalam perkembangan lain, seramai 100,000 peminjam yang melibatkan RM1.9 bilion masih enggan membayar pinjaman dan kemungkinan akan dimufliskan

Read more...

Tuesday, 11 May 2010

Rampayan ULU Sasaran Datuk Musbah Hari ini

Tepat pukul 10 Pengerusi pengajur memberitahu melalui pesanan ringkas bahawa wakil rakyat DUN 6 Tempasuk merangkap pembantu menteri pertanian negeri Datuk Musbah Haji Jamli tiba bersama rombongan ke majlis Mesra rakyat bersama KEMAS.

Lawatan Musbah ke Rampayan Ulu bukan julung kalinya, bahkan setiap 3 bulan, wakil rakyat Tempasuk ini memenuhi jadualnya melawat kampung Rampayan Ulu.

Sebelum ini Musbah juga melawat kampung ini sempena melepas tukun-tukun tiruan di laut Rampayan.

Sementara itu lawatan tidak rasmi YB satu ini tidak lah terhitung dengan jari, kerana acara apapun termasuk kematian YB ini tidak gagal untuk datang.

Read more...

Tuesday, 4 May 2010

Pekan Kota Belud Semakin Sesak

Kesesakkan sangat membosankan. Jika di Kuala Lumpur, kesesakkan boleh berakibat parah. Pemandu boleh menjadi pembuli jalan, atas sebab apa? sebabnya kesesakkan.

Pekan Kota Belud sekarang ini adalah pekan yang sesak. Kesesakkan ini akibat pembangunan kedai-kedai perniagaan. Walaupun kedai-kedai bertambah, namun perlebaran jalan tidak berlaku. Jalan tahun 50-an itu sahaja yang tersedia.

Apa tindakan kerajaan atau kerajaan tempatan



Read more...

Wednesday, 28 April 2010

PIBG Juga Jadi Perhatian Datuk Musbah

24 April lalu wakil rakyat N.6 Tempasuk merasmikan mesyuarat PIBG SK Tempasuk 1 Kota Belud.

Dalam ucapan perasmiannya Datuk Musbah yang juga merupakan Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri menekankan betapa pentingnya pendidikan.

Pendidikan adalah asas memajukan diri dan melakukan perubahan. Apa kah perubahan itu berbentuk keilmuan dan ekonomi.

Pembangunan ekonomi selain memerlukan ilmu juga kegigihan.

Mereka yang tidak berpendidikan dan berilmu boleh berjaya membangun ekonomi, namun ianya memerlukan masa yang panjang dan ranjau-ranjau diperjalanan yang sangat mencabar.

Namun bagi mereka yang dilengkapi dengan ilmu, walaupun mengalami keadaan yang serupa namun mengarah dan terfokus.

Dalam dunia yang penuh persaingan ini, hanya ilmu sahaja lah menjadi pembantu kepada setiap insan untuk berjaya.

Selanjutnya wakil rakyat itu berkata, walaupun anak-anak kita diminta menumpukan masa muda mereka untuk mendapatkan pelajaran dan ilmu, namun ketaqwaan kepada Allahsubhanawatala juga jangan terabaikan.

Gandingan ilmu dan agama sangat penting dalam menempu perjalanan kita dalam dunia ini, sambungnya.

Read more...

Tuesday, 20 April 2010

Di Kampung saya Duduk Hulu Sekali

Kampung di mana saya menetap terlalu jauh dari pekan terdekat. Biasalah suasana kampung.Semuanya serba serbi kekurangan. Lampu litrik dicatu, kekadang bergelap sepanjang malam. Air minum, sudah tentu dari air tube, itupun berwarna kemerah-merahan dan berkarat.

Sekolah memang di tengah kampung, berpagar dawai duri agar lembu, kuda dan kerbau tidak merosak bunga-bunga kreasi pelajar.

Sekolah dilengkapi makmal komputer,namun atas nama sahaja. Makmal itu tidak pernah beroperasi sejak siap dibangunkan.

Komputer yang dibekalkan oleh jabatan pelajaran, hanya guru-guru tertentu termasuk guru besar yang menggunakannya. Pelajar jauh sekali. Jangan pelik dan terperanjat, bahawa kebanyakan pelajar tidak celik komputer, yang mereka celik ada lah games dalam handphone.

Begini lah suasana generasi kita yang kita angkat menjadi manusia cemerlang, terbilang dan gemilang

Read more...

Monday, 12 April 2010

Mana Sudah Orang-orang "kaya" Kota Belud

Jika ada sahaja aktiviti politik di daerah Kota Belud, tiba-tiba ramai orang-orang Kota Belud jadi kaya.

Pada masa itu kedai-kedai kopi penuh dengan para pelanggan. Malah terdapat ramai yang berebut-rebut membayar.

Tidak tahu bagaimana kah orang-orang ini jadi kaya. Namun, apabila selesai sahaja aktiviti politik apa kah itu pilihanraya atau pemilihan jawatan parti, orang-orang ini menghilang tidak tahu lagi di mana rimbanya.

Apa kah kemunculan orang-orang kaya ini hanya bermusim? Ataukah hanya pada musim aktiviti politik mereka menghambur wang, supaya kenampakan mereka ini kaya? untuk tujuan meningkatkan imej? atau memang orang-orang ini mendapat sponsor dari orang-orang tertentu, untuk meramaikan aktiviti itu?

Namun demikian lah senerio "orang-orang kaya" Kota Belud ini.

Read more...

Wednesday, 7 April 2010

Ada Apa Dengan Sebutan UMNO-APCO??? Bukan Kah Apco Itu Penasihat Kerajaan!

'Umno APCO' yang disebutkan seumpama nada lagu nyanyian aktor filem Hindustan, Shahrukh Khan, membawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ia dilihat seolah-olah Umno trauma dengan gelaran 'Umno Apco, Apco Umno' yang dipopularkan Mahfuzr di Dewan Rakyat sejak semalam lagi.

Hari ini, ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said membuat usul menggunakan Aturan Mesyuarat 36(12) mengheret Mahfuz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Pertikaman lidah di Dewan Rakyat dilihat mulai panas apabila Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyebelahi Ismail dengan tidak terlebih dahulu memberikan justifikasi yang matang pada usul tersebut.

Akibatnya, rata-rata Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangkit memprotes Dr. Wan Junaidi dengan melaungkan 'Umno Apco, Apco Umno' secara terbuka.

Dalam aksi protes itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof turut meminta dirinya dikenakan tindakan seperti Mahfuz kerana menyebut 'Umno Apco, Apco Umno' di Dewan Rakyat.

Wan Junaidi kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan Mahfuz adalah mengelirukan dan membolehkan beliau dirujuk ke jawatankuasa tersebut menggunakan Aturan Mesyuarat 26(1B).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kemudiannya bangkit mempersoal tindakan Wan Junaidi.

"Adakah menyebut perkataan Umno itu menghinakan, adakah APCO itu suatu najis," soalnya.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula menganggap usul tersebut adalah tidak tepat kerana Ismail dan Dr Wan Junaidi masing-masing tidak menggunakan Aturan Mesyuarat yang sama.

Tidak cukup dengan itu, menurut Kamaruddin, kaedah Speaker membuat keputusan tidak menurut Aturan Mesyuarat.

Ini kerana, menurut beliau, Dewan Rakyat tidak terlebih dahulu diminta membahaskan usul dan menerima usul Ismail itu.

Tanpa memberikan justifikasi yang jelas, Wan Junaidi bertegas dengan keputusannya iaitu Mahfuz diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudiannya meminta Wan Junaidi menjelaskan pula tentang kaedah menggunakan perkataan 'Umno' dan 'Apco' dengan cara yang betul supaya beliau tidak mengulangi tindakan Mahfuz.

Wan Junaidi kemudiannya dilihat seolah-olah terperangkap dengan keputusan yang dibuatnya kerana kedua-dua perkataan yang dianggap sensitif oleh Ahli-ahli Parlimen BN itu tidak memberikan konotasi yang salah.

Dewan Rakyat kelihatan kembali kecoh dengan laungan 'Umno Apco, Apco Umno', hatta Dr. Wan Junaidi terpaksa menangguhkan sidang Dewan Rakyat selama lima belas minit.

Wan Junaidi kemudiannya mengambil ketetapan Dewan Rakyat menggunakan undian suara.

Dewan Rakyat kembali gamat dengan laungan 'Umno Apco, Apco Umno' sebagai protes pada ketetapan Dr. Wan Junaidi.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz kemudiannya mencelah dengan mengatakan bahawa menyebut kalimah 'Umno' dan 'Apco' seperti memperbudak-budakkan Umno.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kemudiannya membuat usul untuk membawa Mohamad ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana menyebut 'Umno Apco, Apco Umno' sebagaimana yang dilakukan ke atas Mahfuz, tetapi usul itu diketepikan oleh Dr. Wan Junaidi.

Menurut Wan Junaidi, kenyataan Mohamad tidak boleh ditafsirkan sama dengan kenyataan Mahfuz.

Tegas Wan Junaidi lagi, sekiranya sesiapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan ketetapannya, mereka dicabar mempertikai tindakannya menggunakan Aturan Mesyuarat 43.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kemudiannya mencadangkan Dr. Wan Junaidi menggunakan kuasa muktamadnya berdasarkan Aturan Mesyuarat 90.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail bangkit lalu mempersoal kemampuan Wan Junaidi kerana soalah-olah mampu membaca apa yang terbuku dalam hati Mahfuz dan Mohamad.

"Mahfuz sebut Apco dan Umno, begitu juga Mohamad, bagaimana Tuan Speaker boleh menganggap Mahfuz salah dan Mohamad betul sedangkan kedua-duanya menggunakan perkataan yang sama," ujarnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang kemudiannya merumuskan Wan Junaidi telahpun melakukan kesalahan dalam menggunakan Aturan Mesyuarat.

Ujarnya lagi, Wan Junaidi dinasihatkan supaya menggugurkan Mahfuz dan Mohamad daripada dibicarakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, seterusnya meneruskan agenda menyuarat.

Sebagai respons pada cadangan Kit Siang itu, Wan Junaidi bertegas dengan ketetapannya sebelum itu.

Kekecohan dalam Dewan Rakyat mengakibatkan beliau terus menangguhkan mesyuarat secara tiba-tiba tanpa didahulukan dengan suatu usul penangguhan yang disokong oleh Ahli Parlimen.

Namun, beliau kemudiannya mengaku gagal mengawal perasaannya dan menangguhkan sidang dewan sehingga 10 pagi esok mengikut Aturan Mesyuarat yang sepatutnya.


Kes Kit Siang

Sebelum itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) memohon agar anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dihadapkan ke jawatankuasa yang sama.

Ini ekoran tuduhan Tajudin yang antara lain mengatakan ada antara pemimpin Pulau Pinang daripada DAP, kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.

Selain itu, Lim berkata, anggota Parlimen Pasir Salak itu juga mendakwa beliau adalah bekas pegawai politik kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (kiri).

Lim meminta Tajudin mengemukakan bukti atas tudhannya itu dan sekiranya gagal beliau dicadangkan dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Tajudin selepas itu enggan menarik balik tuduhannya itu lalu menyebabkan anggota Parlimen Pakatan mendesak dia dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Ekoran itu, undi belah bahagi dibuat yang menghasilkan 56 bersetuju dan 82 menolak cadangan itu.

Read more...

Wednesday, 31 March 2010

Hanya Mereka Yang Tahu Siapa? Mampu Ikut Serta Dalam MEB

Apabila membaca MEB yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam, dirasakan hanya mereka yang tahu siapa akan mampu ikut serta atau akan mendapat manafaat.

Bagi mereka yang tidak tahu siapa? tidak akan mampu bersaing, kerana MEB sepertimana dikatakan oleh PM akan berpaksi kepada merit.

Bagi mereka yang tergolong belum bermula atau belum ada merit, tidak akan mendapat bahagian daripada kek MEB.

Tujuan MEB adalah untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi dari US7,000 perkapita sekarang ini kepada US15,000 10 tahun dari sekarang.

Keterangan lanjut mengenai MEB disini

Read more...

Thursday, 25 March 2010

Di Kelantan Beribu Tanah Terbiar Konon Kerana UMNO

Tindakan Umno akibatkan beribu ekar kawasan padi terbiar di Kelantan apabila subsidi baja dan lain-lain yang sepatutnya diberikan kepada petani disekat.

Haji Muhammad Husain (PAS - Pasir Puteh) yang mendedahkan perkara itu di parlimen semalam berkata fenomena ini akibat tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan majlis pembangunan pertanian peringkat parlimen yang dipengerusikan oleh Ketua Umno Bahagian.

"Di kawasan saya Pasir Puteh ramai petani telah dinafikan hak subsidi baja padi apabila pihak pemimpin Umno bawahan enggan menandatangani borang yang disediakan oleh pihak mereka sebagai syarat mendapat batuan baja," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong di dewan rakyat semalam.

Beliau turut mededahkan surat arahan yang dikeluarkan ketua Umno bahagian yang mengarahkan supaya subsidi berkenaan diberikan hanya kepada mereka yang mendapat sokongan pihak mereka sahaja.

Tindakan ini menurut beliau adalah membawa kepada perpecahan masyarakat dan mengganggu hala tuju negara yang sepatutnya merangsang pengeluaran hasil pertanian bagi menggantikan import bahan makanan yang kritikal sekarang

Read more...

Tuesday, 23 March 2010

Sinopsis Politik Kota Belud Dan Agendanya

APABILA Datuk Salleh Said mengumumkan akan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, ramai ahli Umno mempersoalkan niat itu. Alasan yang diberikan bahawa Salleh telah tidak mempertahankan jawatan tersebut walaupun 3 tahun sebelumnya Salleh layak mempertahankan jawatan ketua Bahagian.

Persoalan yang berulang-ulang dikalangan ahli Umno malah rakyat bukan ahli misi apakah yang Salleh bawa kali ini. Apakah kerana ekoran pengugguran sebagai calon pilihanraya merupakan salah satu faktor sebab musabab Salleh kembali aktif dalam kepartian peringkat daerah?

Persoalan ini hinggakini belum terjawab. Sepak terajang Salleh dalam politik daerah sukar untuk dibaca kerana sinonimnya nama Salleh dalam politik daerah.

Seorang mantan Ketua Menteri dan mantan ahli parlimen dan mantan ADUN semasa memunacaknya kerjaya politik Salleh adalah merupakan rekod dalam profil pribadinya dalam perpolitikan daerah, yakni Daerah Kota Belud.

Suatu ketika diambang PRU-12 ramai dikalangan ahli Umno dan rakyat Kota Belud telah yakin dan percaya bahawa Salleh akan terus dicalonkan sebagai wakil BN dalam pilihanraya tersebut. Faktor yang membenarkan isu tersebut adalah Salleh masih muda, masih bertenaga, kemimpinannya masih diperlukan di peringkat daerah memandangkan status daerah yang tersenarai dalam rekod Jabatan Kebajikan sebagai daerah termiskin selepas daerah Pitas, Kudat.

Namun apa yang telah berlaku, semua rakyat telah tahu, bahawa Salleh tidak terpilih sebagai calon bersama-sama Tan Sri Pandikar Amin dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapaha.

Diambang PRU-12 tersebut, keadaan para penyokong ketiga-tiga pemimpin ini seolah-olah dilanggar tsunami, bertempiran, malah ada yang terlupa akan asas perjuangan.

Walaupun ketiga-tiga pemimpin ini bertindak bijak dengan terus mengeluarkan kenyataan bahawa perjuangan mereka tetap bersama BN dengan diselitkan gambar bersama Datuk Musa Aman berpegangan tangan menunjukkan kesatuhatian mereka, namun para penyokong mereka tetap ada yang melakukan kerja-kerja protes.

Tanda-tanda protes tersebut nampak sangat melalui undi protes di semua peti undi. Jika pada pilihanraya ke-11 (2004) kemenangan BN bagi parlimen Kota Belud majoritinya melebihi 3,000 undi, telah bertukar kepada dibawah 2,000 undi pada tahun 2008.

Bagi Dun Usukan dan Tempasuk pula semua peti undi di mana terdapat majoriti suku Irranun, semua peti undi BN kalah baik peringkat parlimen maupun negeri, kecuali peti undi kg Peladok, dimana Datuk Musbah Jamli sebagai calon BN menang dengan kelebahan 13 undi.

Berbalik kepada pemilihan ketua bahagian Umno Kota Belud, walaupun Datuk Musbah Jamli mendapat sekali ganda banyak pencalonan untuk mempertahan jawatan itu, ternyata apabila para perwakilan mengundi, mereka mengembalikan Salleh ke jawatan asal politiknya dengan kelebihan 47 undi.

Cara pemilihan lama Umno telah berlalu,corak pemilihan pada tahun 2011 jika tiada penudaan akan berlainan. Jumlah para pemilih akan bertambah (mekanismenya belum penulis ketahui cara dan bagaimana pengundian tersebut akan dilaksanakan) yang pastinya menjadi teka teki bagi para ahli Umno bahagian siapakah gerangan yang menerajui bahagian itu pada tahun 2011.

Datuk Musbah Jamli dengan kapasitinya sebagai pembantu menteri pertanian dan asas tani Negeri sedaya upaya mencorakkan kepimpinannya di mata rakyat. Agendanya memajukan rakyat miskin terutama petani, nelayan dan peternak serta pekebun terus diuar-uarkannya melalui projek Agropolitan dan jelapang padinya.

Acara turun padang Datuk Musbah Jamli selain disiarkan di dada-dada akhbar tempatan juga dibantu oleh Blognya Sendiri Blog Adun-6 Tempasuk, yang secara berkala menyiarkan kegiatan-kegiatan turun padang ADUN Tempasuk ini.

Musbah menyahut seruan DS Najib bahawa jawatan dalam parti tidak semastinya mejadi pilihannya dalam PRU-13, namun calon adalah pilihan rakyat itu sendiri. Rakyat akan menilai individu yang akan diketengahkan melalui laporan-laporan agensi yang ditugaskan membuat laporan seperti JASA, KEMAS, anggota keselamatan, malah pemimpin akar umbi.

Peranan bloger juga akan diambilkira,kerana menurut Najib, media alternative ini kini telah melanda Negara, kerana itu maklumat daripadanya tidak boleh diambil mudah.

Laporan para NGO akan diambilkira dalam penentuan calon, kerana itu rekod wakil rakyat atau individu tertentu yang mempunyai cita-cita menjadi wakil rakyat adalah jasanya pemimpin tersebut kepada rakyat, kebaikan kepadanya rakyat dan dekatnya dengan rakyat.

Rakyat masa kini telah bijak menyaring isu,maklumat atau berita sensasi. Rakyat kini menilai melalui pencapaian khasnya pencapaian fizikal. Bagi rakyat, hanya pembangunan fizikal sahaja yang boleh membantu mereka meneruskan kehidupan.

Cerita halusinasi tidak lagi menjadi penarik kepada rakyat, kerana bagi rakyat khasnya yang pendidikan mereka telah mengerti bahawa telah tibanya kerajaan mengalami kemampatan dalam penyediaan pekerjaan yang berbentuk makan gaji.

Bagi mereka yang berpendidikan apa yang mereka hendak adalah penyediaan peluang untuk diterokai. Mereka menginginkan keterbukaan peluang, peluang untuk berniaga, peluang mendapatkan kemudahan pinjaman bank, kemudahan mendapatkan pelesenan dan kemudahan infrastruktur yang memudahkan perniagaan mudah dilaksanakan.

Bagi generasi kini,mereka tidak lagi suka kepada hubungan kabel, mereka lebih suka kepada keterbukaan dan keadilan.Bagi mereka, keterbukaan adalah asas kepada kemajuan, asas kepada pencapaian, kerana hanya melalui keterbukaan, maka maklumat mudah diperolehi.

Tanpa keterbukaan, maka unsur pilihkasih akan terus wujud, unsur rasuah akan terus wujud, faktor ini adalah unsur pembantut bagi mereka yang baru dalam dunia perniagaan,kerana mereka tidak akan mampu bersaing dengan peniaga yang telah mempunyai kabel dan orang dalam.

Apakah pimpinan Kota Belud akan menjadikan isu-isu yang disebutkan di atas sebagai wadah perjuangan mereka? Atau kah rakyat umumnya dan khasnya ahli parti akan menentukan pemimpin pilihan mereka pada pemilihan parti maupun PRU-13 akan datang?

Terserah kepada para pemimpin yang ada sekarang dan bakal pemimpin atau rakyat serta ahli parti menentukanya. Fikirkan lah!

Read more...

Saturday, 20 March 2010

Perlu Jemput Nik Aziz Ke Kota Belud Untuk Turunkan HUJAN

Tok Guru Hujan
Ada yang kata,doa Nik Aziz sahaja yang boleh turunkan hujan. Di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini semasa kerja-kerja pembenihan hujan, Nik Aziz jadi imam untuk minta hujan. Kononyanya jemaah basah kuyup kerana hujan turun sebaik sahaja rakaat pertama habis dibaca. Namun yang peliknya, sebaik solat itu berakhir, hujan yang turun reda dan hingga kini hujan tidak turun-turun di Kelantan.

Kemarau yang melanda Kota Belud kini, perlu meminta Nik Aziz datang, mana lah tahu, jika Nik Aziz datang berdoa minta hujan, maka hujan akan turun seperti 16 Januari yang lalu. Ramai juga penduduk mendapat bantuan beras daripada BERNAS.

Orang-orang penyokong Nik Aziz kata, kemarau yang melanda Sabah kini,kerana Tuhan tidak memberi restu kepada kerajaan Musa Aman, manakala kemarau yang melanda Kedah, Kelantan kerana Tuhan memberi restu kepada kerajaan Pas. Pesawah-pesawah di kedua negeri itu mahukan kemarau, agar mereka tidak perlu tanam padi lagi.

Suasana kemarau di negeri-negeri Pakatan adalah mukzizat Tuhan,kerana melalui kemarau yang panjang itu, pembangunan ekonomi negeri-negeri Pakatan akan bertambah rancak, kerana negeri-negeri mereka tidak mengharapkan hujan. Negeri-negeri mereka adalah negeri-negeri industi seperti mana yang ada di Kelantan dan Kedah.

Tulisan SEKALI KETUK (muslioli.blogspot.com), menggambarkan bahawa hanya doa Nik Aziz sahaja dimakbulkan Tuhan, doa orang islam lain, tidak! Fikir-fikirkan lah

Read more...

Thursday, 18 March 2010

1Malaysia=1 Israel: Anwar Buat Isu Lagi

Di dewan rakyat semalam, Anwar mendakwa bahawa 1 Malaysia Najib sama dengan 1 Isreal Ehud Barak mantan perdana menteri Isreal.

Anwar membuat kesimpulan itu, kerana Ehud Barak menggunakan APCO worldwide jururunding antarabangsa yang dipunyai oleh yahudi.

Ada kebenaran kah dakwaan Anwar ini? Jika benar, maka idea 1 Malaysia, bukan idea Najib, namun idea juruperunding.

Najib perlu memberi penjelasan agar rakyat tidak keliru dan mempercayaai dakwaan Anwar itu.

Dalam situasi masa ini, di mana aliran berita sangat pantas serta tomahan menjadi berita, maka sekali isu ini masih panas, maka PM patut memberi penjelasan.

Anwar memang bijak menabur isu. Sebagai contoh rancangan 16 September untuk mengambil alih kerajaan daripada barisan nasional, jika tidak melalui pendedahan matan kawan Anwar Zaharin Hashim ahli parlimen PKR yang keluar daripada parti itu, rakyat tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Demikian juga isu 1Malaysia lawan 1 Israel, perlu diperjelaskan.

Read more...

Tuesday, 16 March 2010

Kemarau Panjang Melanda Kota Belud

Kayu aksaia dan rumput lalang menjadi mangsa musim kemarau ini. Sudah tiada hujan, kebakaran hutan sana sini menambah bahang kepada cuaca yang telah panas.

Sawah ladang kering kontang, itu yang bersawah, bagi yang tiada, halaman rumah mengering, rumput rumpai mati menguning.

Bagi penduduk yang tidak berair paip, cukup teruk, pergipun hampir kering. Air yang terhisap berupa keladak merah.Namun tiada pilihan itu lah sumber air yang tersedia berkurun lamanya.

Tiada siapa yang boleh membantu,baik yang berhormat-yang berhormat. Kuasa Allah diperturunkan bagi menguji kesabaran.

Kalau ke pasar, harga barangan melabung tinggi, ikan mahal,sayur mahal, beraspun mahal. Konon ada koupon bantuan untuk orang susah,namun tidak kenampakan.

Tetapi yang menenangkan fikiran, walaupun kemarau berpanjangan,harga barangan melambung tinggi namun kehidpuan penduduk seperti sedia kala,nampak tiada perubahan. Jika keadaan ini berlaku di luar negara, pasti tunjuk perasaan sana sini. Bersyukurlah kerajaan kita,rakyat menurut dan menerima apa adanya.

Read more...

Thursday, 11 March 2010

Sejak 8 Mac 2008: Dah 500 Juta Masuk Tempasuk

Genap 2 tahun selepasPRU-12, sudah 500 juta ringgit masuk kawasan Tempasuk.

Wang sebanyak ini adalah untuk pelaksanaan projek-projek pembasmian kemiskinan kawasan ini.

Projek-projek yang sedang berjalan termasuk projek jelapang padi, agropolitan, penaiktarafan bekalan air bersih, sekolah-sekolah serta jalan raya Timbang-Sarang Dudar.

Melalui peruntukan 500 juta ini belum termasuk pembaikpulihan sekolah-sekolah rakyat seperti sekolah agama atau surau-surau atau jalan-jalan kecil perkampungan yang merupakan projek kerajaan negeri di bawah jabatan-jabatan tertentu kerajaan negeri.

Peruntukan 500 juta adalah peruntukan daripada kerajaan persekutuan dibawah program pembasmian kemiskinan yang telah menjadi dasar kerajaan semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi.

Projek pembasmian kemiskinan ini akan diharaf menjadi flatform rakyat menambah pendapatan dan diharapkan mereka kan terkeluar daripada senerai kemiskinan.

Apabila rakyat mempunyai asas ekonomi yang kukuh, maka proses selanjutnya adalah mementingkan penambahan ilmu melalui pendidikan. Tanpa asas ekonomi yang kukuh, adalah mustahil mengwujudkan taraf pendidikan kepada rakyat, kerana asas utama kepada pendidikan itu adalah sumber makanan yang bergizi dan bermutu.

Bagaimana melahirkan seseorang itu berotak geliga, jika sumber makanan seperti sarapan pagi, hanya berasaskan makanan roji atau pun langsung tiada. Apabila rakyat berpendapatan, sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati makanan bergizi dan lengkap, lengkap kabohidrat, lengkap protein, lengkap vitamin dan semacamnya. Melalui pemakanan yang lengkap sahaja lah, boleh melahirkan otak geliga atau pintar.

Mengangan-angan memartabatkan pendidikan tanpa membina asas ekonomi hanya omong kosong, sama lah sejak merdeka. Cuba tanya kepada mereka yang mendapat ilmu yang tinggi, sekolah yang tinggi; pasti mereka-merekaitu telah terdedah kepada pemakanan yang baik sejak kecil lagi.

Untuk itu usaha pemantapan asas ekonomi yang menjadi dasar kerajaan sekarang untuk daerah Tempasuk khasnya dan daerah Kota Belud amnya harus diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Rakyat kota Belud bersyukur mempunyai wakil-wakil rakyat yang didikasi dan berjuang hanya untuk rakyat. Tabiik untuk Musbah Jamli, Rahman Dahalan, Japlin Akin dan Herbert Timbun Lagadan. Teruskan usaha Datuk-datuk agar Datuk-Datuk menjadi ISA SAMAD bagi Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Read more...

Wednesday, 10 March 2010

Cuaca Kering: Air Perigipun Kering

Cuaca panas begini, bukan sahaja demam selesema menyerang, namun air perigi juga kering kontang. Penduduk kampung yang bergantung harap kepada perigi kini mengalami sumber air yang sangat terhad , baik untuk tujuan minum,mandi dan membersih pakaian.

Sayang selama hampir 50 tahun merdeka, keperluan asas bagi penduduk kampung pun tidak menjadi perhatian kerajaan.

Sekiranyalah kawasan Kota Belud ini dimenangi oleh pihak pembangkang, seperti kawasan bandar, sudah tentu, keperluan asas ini akan menjadi perhatian kerajaan, demi mendapatkan undi rakyat dan seterusnya menang pilihanraya.

Sayang kerana penduduk Kota Belud masih memilih kerajaan, yakni kerajaan Barisan Nasional, sebab itu lah keadaan begini berterusan hingga ke hari ini.

Berasaskan kajian, memang rakyat yang kurang maju adalah fixed deposit barisan nasional, atas sebab apa, rakyat tiada pilihan lain, selain mengharap bantuan kerajaan. Bantuan subsidi baja, subsidi membaja, subsidi bermacam-macam masih diharapkan oleh rakyat, yang rata-rata hidup di bawah garis kemiskinan.

Sekiranya bidang perekonomian telah diwujudkan di kawasan ini, katakan lah 10-15 tahun lalu, sudah tentunya rakyat di kawasan ini tidak bergantung harap sangat kepada huluran kerajaan.

Bayangkan keperluan asas pun, seperti air, belum juga tersedia. Keperluan air adalah perkara fundemintal kepada asas kehidupan. Sebagai rakyat, adalah hak mereka mendapat keperluan ini sepertimana yang telah dinikmati oleh rakyat negara ini di kawasan-kawasan lain.

Para yang berhormat silih berganti sejak merdeka, janji demi janji telah di buat, penjelasan demi penjelasan telah di buat, namun bukan itu kemahuan rakyat, kemahuan rakyat, adalah ketersediaan keperluan asas ini kepada mereka.

Sampai bila kah keperluan asas ini boleh dinikamti rakyat Kota Belud? Kita tunggu perancangan Datuk Rahman Dahlan, Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akin dan Datuk Salleh Said Keruak yang sekarang ini berjawatan bertaraf menteri di jabatan Ketua Menteri Sabah.

PRU-13 tidak lama lagi, dayang tidak tahu lagi lah apa alasan yang akan diberikan oleh calon-calon BN itu nanti. Kita tunggu saja lah.. mana lah tahu keperluan asas ini akan datang juga suatu hari nanti, ya mungkin 40 tahun!

Read more...

Tuesday, 9 March 2010

Kalau Bukan Kayu Balak: Cuaca Tak Sepanas INI

Kalau bukan kerana kayu balak cuaca tak sepanas ini. Kayu balak menjadi senjata para ahli politik negeri suatu masa dahulu. Sejak zaman Usno kayu balak merupakan katalis kepada semua perancangan. Dari bukan islam masuk kepada islam juga kerana kayu balak.

Kayu balak memberikan peluang kepada seseorang yang mendapat kayubalak, minum di Singapura, bergunting rambut di Thailand dan memotong kuku di Hongkong.

Kini kayubalak hampir pupus. Yang masih ada adalah konsesi Yayasan Sabah. Kawasan untuk tadahan ujianpun, sebenarnya sudah dibalak terlebih dahulu, baru kemudian di gezetkan untuk kawasan simpan.

Hutan darah sukar dicari lagi. Danum Valley,kalau bukan usaha Yayasan Sabah,pasti kawasan itu juga telah tandus.

Suhu panas ini, tidak lain disebabkan pemanasan global,namun penyumbang utamanya adalah ketiadaan kayu-kayan yang rimbun dan besar di belantara hutan kita. Akhirnya kita yang menderita, saban hari daripada sengatan matahari di siang hari, dan kepanasan luarbiasa di malam hari.

Kalau bukan kerana minyak,kalau bukan kerana syarikat kelapa sawit milik orang  bukan penduduk tempatan, negeri Sabah mungkin diambang kehancuran kerana kemiskinan. Walaupun kewujudan ladang-ladang ini dan royalti minyak masih ada,namun, negeri ini masih tersenarai sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Aduhai.. kalau dahulu, Tun Mustapaha disambut karpet merah jika melawat Semenanjung, kerana mengharapkan Sabah membuat pelaburan di negeri jiran itu, kini, Sabah terpaksa menagih simpati pula.

Tidak ada yang boleh dibuat,kecuali menagih simpati semenenjung untuk meneruskan pembangunan, termasuk lah jelapang padi dan agropolitan di mana pada masa ini sedang rancak dilaksanakan.

Yang jelas zaman kayu balak hanya menjadi kenangan.

Read more...

Friday, 5 March 2010

Pelik Tetapi Nyata: Sejak Salleh Dekat Musa Aman: Penghentam Musa Di Internet Lenyap

Pelik tetapi nyata; sejak Datuk Salleh akrab dengan ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman, penyebar fitnah dan megecam Musa Aman melalui alam cyber lenyap.

Dayang mencari-cari update terbaru mengenai Musa Aman, namun update yang dijumpai semuanya memuji-muji kepimpinan ketua menteri itu.

Tidak seperti keadaan lalu, semasa Musa dan Salleh masih renggang, berbagai tohaman dan tuduhan ada saja terdapat dalam blog.

Namun kini semuanya itu lenyap. Lenyapnya tohaman ini ada kemungkinan bahawa semua tuduhan dan tohman itu ada lah palsu atau mereka yang membuat tohaman itu merasa segan dan malu menulis lagi.

Dayangpun tidak tahu jawapannya.

Read more...

Tuesday, 2 March 2010

Konsep 1Malaysia Mudah Dicapai Di Sabah: Pairin

Selepas selesai 15 hari sambutan Tahun Baru Cina, kerajaan dan rakyat diharap memberi tumpuan bersama dan bersatu hati dalam menjayakan program pembangunan.Keriangan dan hubungan baik di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama ketika merayakan sesuatu perayaan jelas menunjukkan kerjasama yang mampu dilaksanakan dalam pelbagai bidang, terutama dalam menjayakan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat.

"Sudah tiba masanya kita memikirkan masa depan kita, berfikir bersama dengan hati yang gembira, hati yang tenang dan penuh harapan seperti semasa menyambut perayaan,"

Pairin berkata keikhlasan rakyat menyambut perayaan bersama tanpa mengira kaum dan agama umpama transformasi etnik yang mana rakyat boleh menyesuaikan diri dalam sesuatu perayaan dan menerima kepelbagaian dalam masyarakat sebagai sebahagian daripada budaya 1Malaysia.

"Ini menunjukkan konsep 1Malaysia boleh diterima dengan senang sekali, terutamanya di Sabah.

Bagi Pairin yang boleh menjejaskan konsep 1Malaysia ini adalah usaha-usaha petualang-petualang politik dengan agenda masing-masing. Ada kalangan parti dan pemimpin pembangkang yang mencermarkan kemuliaan sesuatu perayaan itu dan mereka menggunakan gelanggang perayaan seperti tahun baru cina sebagai medan berpolitik. Ini lah faktor yang boleh menjejaskan kejayaan 1Malaysia. Pairin yang juga merupakan Presiden PBS merangkap Timbalan Ketua menteri Sabah bagi kouta KDM berucap semempena Hari Chap Goh Mei anjuran PBS pada hari Ahad yang lalu.

Read more...

Monday, 1 March 2010

Kematian Syafiah: Apa Perlu Simpati Pada Ibunya??

Dikhabarkan bahawa ibu kepada Syafiah Humairah Sahari, 3, Siti Norhanim Aziz, 25 masih merupakan isteri orang. Namun kerana suaminya dipenjarakan maka Siti Norhanim terpaksa mencari teman hidup sebagai pengganti kepada suaminya itu. Walaupun ikatan mereka tidak rasmi yakni tanpa nikah,akan tetapi mereka duduk sebumbung dan berlagak seperti suami isteri. Ekoran terbongkarnya muslihat mereka itu, maka para jirannya merasa tertipu dan marah. laporan penuh disini

Akibat terbongkarnya status pasangan itu yang mencurigakan, kemungkinan Jais mendakwa pasangan itu disini kerena bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.

Diberitakan bahawa pada khamis lalu anak berumur 3 tahun itu mati akibat didera oleh teman bersekedudukan Siti Norhanim Aziz di padang bola di Ulu Yam, Selangor. Akibat pembunuhan tersebut teman bersekedudukan Situ itu kini ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan.

Bagi Dayang, disini lah letaknya kesetian dan kejururan serta keimanan. Oleh kerana kesetiaan, kejujuran serta keimanan telah hilang pada Siti, maka statusnya pun dilupakan. Siti tahu benar, bahawa dianya adalah isteri orang. Namun kerana sifat ketidak jujurannya, maka nafsulah yang dipilihnya. Akibat nasfu dan serakahnya lah anaknya yang berumur 3 tahun mati. Sekiranya ibu kepada syafiah ini diberi keiamanan dan kesabaran, sudah tentu malapetaka mencederakan anaknya di tepi padang bola di Ulu Yam, Selangor itu tidak berlaku.

Namun dayang merasa terkilan, sifat wanita seumpama ini telah menjadi perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Selain itu, TV3 dalam berita utamanya semalam menyiarkan temuramah dengan ibu kepada allahyaramah Syafiah.

Memang benar, siapa yang menginginkan anaknya mati,namun kematian kerana kesilapan sendiri tidak seharusnya diberi perahtian. Siti Norhanim adalah seorang islam. Orang islam hanya halal bersatu jika sudah diijabkabulkan secara sah.

Oleh kerana perbuatan ibunya yang melanggar larangan Allah, maka azab telah menimpanya didunia ini. Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kerana ketelanjuran ibunya yang berkiblatkan nafsu.

Kunjungan Datuk Shahrizat Abdul Jalil seolah-olah menterin itu bersetuju dengan tindakan wanita seumpama ini. Benarlah, Siti itu adalah wanita yang terpaksa menyara hidupnya kerana di tinggalkan suami yang di penjarakan. Kenapa kah setelah semuanya terbongkar kerana terdapatnya kematian, maka baru lah ibu kandung mangsa di popularkan, malah mejadi tajuk utama kepada berita aliran perdana, seperti utusan Malaysia, di mana pautan tulisan ini bersandar.

Masih ramai wanita di luar sana yang masih memerlukan pembelaan menteri wanita ini. Dayang mengharapkan, bela lah mereka sebelum perkara sumbang seumpama ini berlaku dan paling menyakitkan adanya kematian. Fikir-fikirkan lah

Read more...

Tuesday, 23 February 2010

UMNO Kota Belud Sibuk Melatih Kader dan Pengikut Raja Pidato

Nak bangun apa di Kota Belud. Yang ada hanya tanah sawah, bukit dan hutan fauna serta pantai yang panjang. Nak jadikan petani jadi jutawaan? mana mungkin petani jadi jutawan dengan tanah segengam kera.

Namun ada khabar gembira bagi Gui brothers.. rangkaian Gui dapat melipatgandakan jualan mereka sejak kebelakangan ini, daripada RM 150,000 sehari kepada RM450,000 sehari. Dari mana kah rakyat dapat wang dengan tiba-tiba ini? bantuan e-kasih kah? bantuan kebajikan kah? atau bantuan para kontraktor yang mendapat kontrak jutaan daripada kerajaan, misal litrik masuk desa, upgrade saluran paip air bersih atau kah melalui peruntukan parlimen atau adun?

Setahu dayang peruntukan parlimen hanya RM 1 juta setahun, cukup-cukup membina jambatan lorong, bas stop yang cantik dan jalan ke masjid-masjid atau sekolah. Peruntukan ADUN, hanya RM750,000, hanya cukup untuk membina keperluan penduduk misalnya jalan-jalan ke kuburan, sawah, membaiki tandas awam, tandas masjid atau membina lorong-lorong kaki.

Kalau data yang diambil daripada jualan Gui brothers ini, maka untuk sebulan, wang berpusing di rangkaian itu sahaja berjumlah RM13.5 juta dan setahun berjumlah RM162 juta. Dari mana kah penduduk Kota Belud mendapat wang sebegitu banyak? jawabnya adalah daripada tanah, bukit dan laut.

Kata siapa Kota Belud tidak boleh dibangunkan? sekiranya tanah yang ada dibangun dengan tanaman yang bermanafaat seeperti padi, getah atau kelapa sawit, kemungkinan besar dalam masa 5 tahun wang yang brpusing di Kota Belud mencecah antara 9-10 billion setahun. Woohh sungguh hebatkan, potensi Kota Belud.

Ini lah yang seharusnya menjadi hala tuju parti terbesar di Kota Belud, yakni Umno, bukannya mencari pakar pidato dan petah bercakap. Buat lah perancangan demi masa depan rakyat, agar rakyat senantiasa sibuk memenuhi keinginan ekonomi.

Read more...

Monday, 22 February 2010

Bila Anwar Masuk Penjara?

Anwar masuk penjara kalau kes liwatnya selesai dan beliau disabit kesalahan. Tahun ini tidak mungkin, tahun depan?,hujung tahun barangkali?.

Apabila Anwar masuk penjara, pilihanraya ke-13 pun akan berlangsung. Menurut penyokong Anwar, kalau Anwar masuk penjara, maka Pakatan akan mengalahkan Barisan Nasional.

Kalau Pakatan menang, maka Anwar akan keluar penjara, diampunkan kemudian dilantik Perdana menteri.

Ini lah percaturan Pakatan, para pemimpin Pakatan mahukan Anwar dipenjara agar Pakatan boleh mengalahkan BN.

Namun Anwar tidak mahu lagi kembali ke tempat asal itu, tetapi para pemimpin seperti Lim Kit siang, Karpal Singh mahukan Anwar dijatuhkan hukuman. Itu perkiraan para penyokong Anwar kini.

Desakkan Lim kit Siang agar dewan rakyat bersidang untuk membahas kes liwat Anwar hanya gimik politik, demikian juga desakkan 50 ahli parlimen Australia, itu semua hanya gimik.

Sebenarnya semuanya telah dirancang untuk menghidupkan nama Anwar sebagai ikon Pakatan demi mendapatkan sokongan. Fikir-fikirkan lah

Read more...

Friday, 19 February 2010

Govt Pathologist Disputes Pornthip's Testimony

SHAH ALAM, 19 FEB, 2010: Sungai Buloh Hospital Pathology Unit head Dr Shahidan Md Noor, who performed the second post-mortem on Nov 22 last year, says today that he finds the first post-mortem on Teoh Beng Hock’s remains satisfactory.

The government pathologist who also told the inquest of the DAP political aide’s death that his fatality was caused by a fall and disputed Dr Pornthip Rojanasunand’s earlier testimony which concluded that he had been strangled or had his anus penetrated before he fell.

Pornthip, a director of the Central Institute of Forensic Science of Thailand’s Justice Ministry, was brought in last year to carry out her own post-mortem on behalf of the Selangor state government.

Shahidan added that the marks on Teoh’s neck were all of the same intensity whereas in manual strangulation, the intensity of such marks would vary.

During the inquest, Shahidan showed pictures and x-rays taken during the second post-mortem and commented that the external examination revealed injuries behind the tongue and in the inner throat of the deceased. Teoh’s skull was fractured and so were the bones in his posterior. There were injuries on his hands, legs and feet, and his humerus, femur and fibia bones were broken.

Shahidan, who has conducted some 1,200 autopsies in his career, also said that he was first reluctant to conduct the second post-mortem but had to comply since a court order was issued.

When Pornthip took the stand late last year, she claimed that there was an 80 percent chance that Teoh’s death was due to homicide which then prompted MACC officer Raub Ghani to lodge a police report against her on Jan 1 for allegedly divulging information.

Teoh’s family then filed an application to cite Raub for contempt. Their counsel Karpal Singh, when delivering his submission, said the court must cite Raub for contempt for interfering with the judicial process as well as trying to intimidate Pornthip by lodging the police report.

Coroner Azmil Muntapha Abas rejected the application however, saying that this was unnecessary given that the authorities, including the Attorney-General’s Chambers, had cleared Pornthip of the allegation.

Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail said he had perused police investigation papers based on Raub’s report and found there was no basis for the allegations levelled against Pornthip.

Teoh, 30, was found dead on July 16 last year at Plaza Masalam here, the morning after he was interviewed for 10 hours by the MACC, whose office is located on the 14th floor of the building.

The political secretary of Selangor exco member Ean Yong Hian Wah was reported to have been a witness in an MACC investigation into alleged irregularities in the disbursement of constituency development funds.

Read more...

Monday, 15 February 2010

Bloger Kota Belud Menyejuk Bagaikan Air Salji Di Puncak Everest

Awal tahun 2009 para bloger Kota Belud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Berbagai isu dikemukan, ada yang menyerang pribadi sesorang, malah menyerang pemimpin politik pun tidak kurang hebatnya. Namun akhir-akhir ini, trend tersebut telah berkurang terutama bagi bloger orang-orangan yang berprofail Kota Belud menyejuk bagaikan salji di puncak Gunung Everest.

Kenapa kah demikian? apa kah tiada isu lagi? apa kah sudah cukup dengan jelapang padi? agropolitan? masalah banjir yang dikaitkan dengan jalanraya by-pass Kota Belud- Kudat? Tanah Pintasan yang jadi rebutan berbagai kampung sudah terselesaikan?

Atau kah kerana Datuk Salleh sudah dilantik sebagai penasihat kepada Musa Aman dan bertaraf menteri pula, maka mengakibatkan bloger orang-orangan tengelam punca?

Bagi dayang,kesibukan menjelmakan murid-murid mencapai tahap yang maksima dalam peperiksaan menyebabkan blog dayang jarang dikemaskini, namun membaca paparan para bloger, tidak terlepas pandang, selagi masa mengizinkan.

Menyejuknya para bloger Kota Belud, apa kah berpunca daripada penghinaan kepada rakan bloger dan pemimpin, telah menjadikan mereka dewasa? dan akhirnya kebenaran dan nawaitu yang benar lah menjadi panduan? mudah-mudahan demikian lah akhirnya.

Read more...

Wednesday, 10 February 2010

Angan-angan Nak Jadi Wakil Rakyat

Sebelumnya maaf atas sebab jarang kemaskini blog. Bukan apa tiada modal untuk dikongsikan. Namun kali ini,  paparan ini  bagi saya menarik.

Kalau saya jadi wakil rakyat janji saya

Semua rakyat adalah rakyat saya.Pembangunan yang diinginkan oleh rakyat saya akan tunaikan. Rakyat yang termasuk miskin akan saya jadikan kaya.

Caranya semua rakyat mesti undi saya. Semua pembangunan yang mereka inginkan mestilah dibangun sendiri. Jika rakyat miskin ingin kaya kena lah bekerja sendiri untuk jadi kaya.

Tetapi.. jangan lupa semua prasarana yang memungkinkan rakyat kaya saya mohon supaya kerajaan bangunkan dan sediakan.

Kalau rakyat mau tanam padi-sistem pengairan saya sediakan. Kalau rakyat hendak terus jadi nelayan, tukun-tukun tiruan saya taburkan di laut agar ikan datang. Kalau rakyat hendak kerja kilang-saya bangunkan kilang. Kalau rakyat hendak jadi guru- maka saya minta kerajaan perbanyak sekolah- tetapi ada syarat anak-anak hendak ke sekolah juga mesti ramai, ertinya jumlah anak bagi satu keluarga tidak kurang 12 anak.

Bagaimana? anda bersedia bagi saya peluang jadi wakil rakyat?

nota; Hanya cerita selingan- tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih ada angan-angan menjadi YB.

Read more...

Thursday, 4 February 2010

Tuduhan Menghasut Kepada Ketua Bahagian Umno Kota Belud

Blog orangan-orang ini membuat fitnah kepada Ketua Bahagian Umno Kota Belud baca di sini Blog Jomo Diki @ Lodo Nganga.

Tidak masuk akal seorang pemimpin yang bertaraf nasional perlu melakukan perbuatan seperti yang dituduh oleh blog tersebut.Namun,jikalau betul apa yang ditulis bloger berbagai nama itu, maka Azrone patut membuat laporan polis, kerana perbuatan mengancam untuk tujuan mencenderakan adalah perbuatan jenayah.

Kalau dakwaan bloger itu didapati palsu dayang berharap ada pihak dalam bahagian Umno Kota Belud, samada bendahari Bahagian sdr Zainal Abidin atau setiausaha Bahagian perlu membuat laporan polis, kerana Bahagian tersebut difitnah melakukan perbuatan jenayah.

Tuduhan seumpama ini tidak boleh dibuat main-main, kerana memukul, membuat ugutan kepada seseorang adalah perbuatan jenayah.

Sdr Azrone perlu membuat laporan polis demi keselamatan dirinya jika perbuatan mengugut pernah diterimanya.

Kemukakan kepada polis nombor yang pasti tertera dan minta pihak polis siasat.

Read more...

Wednesday, 3 February 2010

Geli!! Benar-Benar Geli Liwat Anwar 2

Perkatan lucah terpaksa diperdengarkan di hadapan Hakim Zabidin. Saiful Azlan Buhkari menerangkan apa yang berlaku pada 28 June 2008.

Perkataan " C.. I F... You Today" berkumandang.

Sesungguhnya ini lah penyebab utama kenapa Datuk Seri Anwar bin Ibrahim bersusah payah menangguhkan perbicaraan liwat 2 ini.

Namun kebenaran mesti ditegakkan. Ini lah yang akan dirungkai melalui Anwar Liwat 2 ini.

Rakyat Malaysia menunggu keputusan liwat ini.

Read more...

Monday, 1 February 2010

Tepat!!! Datuk Salleh Said Berjawatan Bertaraf Menteri Sukar Update Blog

Tepat!. Sejak dilantik sebagai penasihat Datuk Musa Aman ke jawatan bertaraf menteri, Datuk Salleh Tun Said atau singkatannya SSK telah tiada masa mengupdate blognya lagi.

Kesibukan barangkali menyebabkan blog tersebut sehingga kini membawa tajuk yang sama, yakni kebanggaanya sebagai penasihat Sains dan Teknologi kepada ketua menteri sabah.

Posting SSK melalui blognya tersebut bertepatan dengan melandanya banjir bagi daerah yang diwakilinya sebagai Ketua Bahagian Umno.

Ramai juga yang terkilan dengan posting tersebut, dikala rakyat bertarung dengan bencana banjir, SSK pula melayarkan kebanggaan dalam arena politik.

Di kalangan rakyat di kampung-kampung telah menjadi buah bibir bahawa SSK belum berubah. Mereka mengatakan bahawa perjuangan SSK mempergunakan pentas politik dan rakyat hanya untuk mendapatkan jawatan.

Di kalangan ahli umno pula, ramai yang kecewa dengan tindak tanduk SSK sekarang. Kata mereka memang betul bahawa mesyuarat bahagian tepat masanya, hanya kata mereka mesyuarat itu hanya tinggal mesyuarat, belum ada arah tuju yang dikemukakan agar umno menjadi juara rakyat.

Rakyat sekarang mula mengarah sokongan mereka kepada Musbah Jamli, Rahman Dahalan dan juga Japlin Akim. Ketiga pemimpin ini menurut mereka adalah para pemimpin depan dikala rakyat memperlukan.

Bagi rakyat bukan wang ringgit sahaja diperlukan di kala susah, tetapi sokongan pemimpin juga diperlukan.

Memang betul kata mereka; SSK bukan lah wakil rakyat, akan tetapi SSK adalah ketua Umno Bahagian, di mana ke tiga-tiga pemimpin itu bernaung.

Malah penduduk Kota Belud beranggapan, jika pada pilihanraya akan datang, selain daripada 3 pemimpin ini, mereka akan melakukan protes sepertimana terjadi pada pilihanraya ke-12 yang lalu.

SSK bagi pandangan mereka tiada pilihan lain, mesti memberi laluan kepada 3 pemimpin ini untuk bertanding semula bagi meneruskan agenda menolong rakyat Kota Belud.

SSK menurut mereka tidak akan mampu menyaingi kemampuan 3 pemimpin ini membawa kemajuan kepada rakyat atas sebab walaupun 3 pemimpin ini bukan berjawatan bertaraf menteri, namun mereka mampu membawa kemajuan.

Penduduk Kota Belud pada masa kini sedang menyaksikan pembanguan yang begitu rancak berlaku di Kota Belud, pembangunan yang mengarah kepada pembasmian kemiskinan, yang selama ini gagal di bawa ke daerah Koboi ini.

Read more...

Friday, 29 January 2010

BagiKu Kawan Seperjuangan Tak Penting!! Yang Penting Aku Dapat Jawatan

Demikian lah pengakuan pemimpin itu. Dalam ilmu politik ada dua faktor. Samada Anda Diluar atau Didalam. Kawan perkara kedua.Demikianlah ayat pemimpin itu setelah lepas masyuarat dengan kawan-kawannya.

Sudah tentu bila aku pilih jawatan, kawan seperjuangan itu akan terkilan. Tapi perlu ingat dalam politik, kawan hilang pasti berganti. Kawan dalam politik tidak sama kawan minum kopi. Kawan dalam politik boleh bertukar ganti.

Aku pilih jawatan daripada kawan lama. Melalui jawatan itu aku bina kawan baru yang lebih kukuh. Demikian lah tambahan kata-kata pemimpin itu.

Aku ini pakar politik. Aku belajar politik dari kecil lagi. Aku masuk universiti juga belajar politik. Selama hidup aku bergelumang dengan politik. Atas sebab itu aku masak dan matang dalam permainan poltik.

Politik bagi aku adalah santapan rohani dan permainan aku. Atas dasar itu lah kawan-kawan aku dan lawan aku susah membaca sepak terajang aku. Ayat-ayat pemimpin tersebut berbuih di mulutnya.

Bagi aku, siapa nak cantas politik aku, aku cantas lebih awal. Aku mencatas ada seni. Ibarat membunuh. Kesan darah, kesan lebam dan kesan fizikal tidak akan kenampakan. Tetapi yang pasti lawan atau kawan itu mati dan tidak akan hidup lagi.

Read more...

Thursday, 28 January 2010

Pegawai Khas Najib Hina Kaum Bajau????


Entah betul atau tidak melalui jalinan sosial Facebook pegawai khas Najib tersebut ada menyebut perkataan "bodoh" pada "Wall" seorang rakan FB dan kebetulan bersuku bajau. Atas sebab itu bloger yang mempunyai samaran sembiraiku dalam blog http://sembiraiku.blogspot.com/2010/01/blogger-kelapa-mawar-dan-blogger-sang.htmlh membuat kesimpulan bahawa pembantu khas tersebut yang juga seorang bloger dengan samaran sang kelambai membuat penghinaan terhadap suku kaum bajau.

Menurut ceritanya sang kelambai ini sangat berkawan dengan kawan yang dikatakan bodoh tersebut. Sebagai orang ketiga kita tidak tahu menahu punca apa kah menyebabkan sang kelambai ikut sedap mulut sehingga sanggup mengeluarkan kata itu?

Kemungkinan juga berpunca daripada nota dalam FB rakan tersebut yang mengatakan kurang lebih begini: rupanya ciri-ciri orang yang diperakui oleh kepimpinan umno adalah orang-orang yang suka mencerca umno, keluar masuk umno, itu lah yang terpilih menjadi "pegawai Khas" kepada PM. Bukan alang kepalang pula tingginya tu. M-54. Seorang kawan telah berkhidmat 18 tahun tetapi masih dalam kategori M-41, apa kurangnya pada kawan tu, lepasan universiti IPTA juga.

Bagi dayang, kejadian sepertinya ini tidak perlu lah membabitkan suku bajau secara keseluruhan, kerana tidak ramai seperti sang kelambai menghina kaum bajau.Namun sangat dikesali seorang insan yang telah matang dalam politik dan berkedudukan khas di pemerintahan Najib sanggup mengeluarkan kata-kata nista.

Dayang berharap, PM Najib kena berbuat sesuatu sebelum perkara ini menjadi kronik dan membangkitkan sentimen di kalangan kaum bajau yang merupakan kaum majoriti Sabah.

Dayang berpendapat PM Najib tersilap pilih pegawai-pegawainya, kerana rakyat biasa seperti Dayang membayangkan bahawa kepimpinan negara berserta pegawai-pegawai menjadi contoh dan tauladan.

Buat lah sesuatu PMKu, termasuk melepaskan jawatan pegawai Khas yang dimaksudkan.

Read more...

Monday, 25 January 2010

Terkenang King Ghaz

Tun Ghazali Shafie (22 Mac 1922-24 Januari 2010) merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984. Beliau lahir di Kuala Lipis, Pahang dan meninggal kerana sakit tua.


Pendidikan

Ghazali mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah Melayu dan Inggeris di sekitar Raub, Kuala Lipis, Bentong dan Penjum sebelum melanjutkan pelajaran di Clifford School, Kuala Lipis pada 1939 hingga 1940.

Pada 1941, beliau melanjutkan pendidikan di Raffles College Singapura sebelum ke London di mana beliau menerima Ijazah LLB (Kepujian) di University College of Wales dan kemudian mendapat ijazah dalam bidang pengajian antarabangsa di London School of Economics pada 1954.

Politik dan Kerjaya

1941-1946 beliau berkhidmat dalam Pasukan Sukarelawan Malaya dan Pasukan Gerakan Menentang Jepun. Kemudian menjadi kerani di Selangor. 1957 menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke India .1959 menjadi Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri .

Ghazali mula berkecimpung dalam bidang politik dengan menyertai Persatuan Melayu Pahang pada 1946 yang pada mulanya melakukan kerja-kerja kebajikan sebelum diserap memasuki UMNO.Pada tahun 1958 beliau dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Politik Umno sehingga 1978. Beliau pernah beberapa kali menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan Naib Presiden Umno pada 1981. Ghazali pernah dilantik sebagai Senator pada tahun 1970 hingga 1972. Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974Lipis dan menang tanpa bertanding. Beliau pernah bertanding jawatan naib presiden UMNO tetapi tewas pada 1972 dan 1975. 1981 beliau menang jawatan jawatan Naib Presiden UMNO.

Beliau berkhidmat di bawah empat perdana menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkhidmatannya dalam kabinet agak lama bermula pada tahun 1970 apabila dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas (1970). Kemudiannya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan Penerangan pada April 1972. Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk , merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.

Kira-kira 16 bulan kemudian beliau diberikan kepercayaan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Penerangan, di mana jawatan Menteri Dalam Negeri itu dipegangnya sehingga Julai 1981 apabila beliau bertukar ke jawatan Menteri Luar.

Ghazali menjadi Menteri Luar Negeri dari Julai 1981-Julai 1984. Dasar luar semasa zaman Tun Abdul Razak diperkukuhkan dengan pembentukan ICG iaitu Majlis Antara Kerajaan-Kerajaan.

Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu

Kepakarannya dalam bidang perhubungan antarabangsa amat terserlah serta dihormati dan ini dapat dilihat melalui jawatan-jawatan yang disandang termasuk Pengerusi Persidangan Asia mengenai persoalan Palestin pada 1983, ahli Suruhanjaya Selatan dan juga pengerusi suruhanjaya yang ditubuhkan bagi membuat cadangan mengenai rombakan dan pengukuhan mekanisme Asean.

Sumbangan

Satu lagi penghormatan ialah terpilih sebagai ahli dalam Pasukan Eminent Persons Komanwel untuk Afrika Selatan bagi memberi sokongan kepada proses rundingan pelbagai parti pada 1981, ahli Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Umum Afrika Selatan, ahli Kumpulan Pemerhati Pilihan Raya Sri Lanka, dan Pilihan Raya Bosnia Herzegovina serta Pengerusi Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Bangladesh.

Setelah meletak jawatan daripada kabinet pada Julai 1984, beliau menumpukan perhatian pada bidang lain yang menyaksikan beliau menjawat jawatan penting dalam sektor swasta dan pertubuhan antarabangsa. Antaranya menjadi Pengerusi Landmarks Holding Bhd ,MUI Finance, Pengerusi Paremba, Pengerusi Lembaga Penasihat Rolls-Royce Asia Tenggara, Pengerusi Westmont Bank Manila, Filipina, Pengerusi Intermega Energy NL, Australia.

Beliau pernah menjadi Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) dari 1962-1988. Dari 1993-1995 beliau menjadi Karyawan tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menjadi pengasas dan presiden pertama Galeri Seni Negara pada 1959, Ahli Majlis Pengelola Universiti Malaya, Ahli Majlis Gerakan Negara (Mageran), Pengerusi Majlis Pengelola Institut Teknologi Mara, dan ahli pengasas Malayan Forum, United Kingdom. Beliau pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hal ehwal luar, serta bertugas sebagai perunding World Bank Economic Development Institute.

Tun Ghazali menjadi Presiden Kehormat Seumur Hidup Kelab Penerbangan Diraja Selangor serta Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (1962-1988), sehingga beliau diberikan Anugerah Tokoh Sukan pada tahun 2002.

Pembentukan Malaysia

Beliau menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan SarawakMalaysia. Peranan beliau dalam pembentukan negara Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak cukup signifikan.

Beliau bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukunegara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970.

Terselamat dalam nahas Cessna

Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dipandu Tun Mohd Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Luar Negeri Malaysia terhempas di Kampung Janda Baik.Mereka dari Kelab Pnerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya.Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh.Manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan co-pilot Vergis Chacko) terbunuh. Dua mayat ditemui dalam helikopter yang terhempas jam 3.00 petang dan diterbangkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Pada 22 Jun 1983, coroner Abdullah Sidek di Mahkamah Majistret Bentong, Pahang memutuskan kematian dua orang penumpang itu kerana kemalangan udara. Perbicaraan berlangsung dari 14-18 Mei 1983. Juruterbang membuat keputusan merempuh awan di Waterworks Gap. Vergis patah di leher dan pendarahan dalaman. Sementara Charon cedera teruk di tengkorak dan leher.

Peristiwa 13 Mei

Kajian / hipotesis oleh Kua Kia Soong terhadap Peristiwa 13 Mei mendapati bahawa nasionalis Tun Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman dengan sokongan daripada Dato' Harun bin Idris, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghazali Shafie.

Trivia

1. Ghazali dikenali sangat tegas dalam segala kerja yang dibuatnya sehinggakan beliau digelar 'King Ghaz'.

2. Beliau dikenang oleh wartawan yang bertugas pada zamannya sebagai sangat garang kerana sikapnya yang sentiasa mengharapkan para wartawan mempunyai pengetahuan lengkap mengenai sesuatu isu atau perkara yang ingin ditanya kepada beliau. Ini menyebabkan ramai wartawan cukup berhati-hati apabila berdepan dengan beliau ketika membuat liputan.

Anugerah

Beliau mendapat anugerah kehormat kerajaan asing termasuk dari Singapura, Perancis, Republik Korea, Iran, Filipina, Jepun, Tunisia, Thailand, Austria dan Korea Utara.

Hasil tulisan

Ghazali Shafie's Memoir on the Formation of Malaysia (2nd printing). 2004. Ghazalie Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942- 364-6 (paperback)

Ghazali Shafie: Malaysia, Asean and the New World Order. 2000. Ghazalie Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942-479-0/ 967-942-487-1 (international Edition).

Tamadun Melayu: Menyongsong Abad kedua Puluh Satu. 1997. Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh & Ghazali Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942- 379-4 216 hlm.

Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang Tahun 2020. 1995. Ghazali Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942-326-3.

Keluarga

Isterinya Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008. Anak lelakinya Bachtiaer dan Sheriffudin.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia meninggal di rumahnya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya jam 7.45 malam , Ahad 24 Januari 2010 akibat sait tua. Kemudian dipindahkan ke rumah adik perempuannya Datin Yuhanis Shafie di Damansara Utama.Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin Damansara Utama. Dikebumikan di Makam Pahlawan bersebelahan Masjid Negara.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Tun dilahirkan pada 22 Mac 1922 dan meninggal dunia pada 24 Januari 2010.

AL-FATIAH

Read more...

Friday, 22 January 2010

Anwar Tuduh Utusan Main Isu Kalimah Allah

Defacto Leader Pakatan Anwar Ibrahim menuduh suratkhbar Utusan sebagai biang kepada maraknya isu Kalimah Allah.

Anwar memang bijak memutar fakta, dia lupa sendiri bahawa semasa pilihanraya Lubok Antu Sarawak, Anwar lah yang bermula dengan isu Kalimah Allah sambil berhujah bahawa kaliamah itu tidak terhad kepada penganut agama islam.

Anwar juga pura-pura tidak tahu bahawa semua peguambela Herald-The Catholic Weekly adalah ahli PKR dan para peguam ini yang membuat inisiatif agar supaya Tan Sri Murphy Pakiam memanjangkan penggunaan kalimah Allah ini menerusi peneribitan edisi bahasa melayu majalah mingguan kristian tersebut.

Para peguam ini juga lah memberi dorongan kepada Pakiam agar memohon kepada kementerian dalam negeri (KDN) di mana pada masa itu menterinya adalah mantan PM Tun Abdullah Badawi.

Tun Abdullah (masih Datuk Seri masa itu) memberi kebenaran kepada majalah mingguan kristian tersebut menggunakan kalimah Allah dalam peneribitan bahasa melayunya. Namun kesilpan besar Abdullah Badawi masa itu adalah membuat larangan kepada penterjemahan injil kepada bahasa iban. Ekoran keputusan ini, maka Anwar mendapat ruang menghentam kerajaan Abdullah dan seterusnya mempermainkan isu ini hingga ke hari ini.

Atas kelecekan Anwar, maka pada masa ini dia memesongkan umum dengan mengatakan bahawa akhbar utusan lah punca maraknya isu kalimah Allah.

Pada 31/12/2009 lalu majalah Herald-The Catholic Weekly berjaya mendapat kebenaran menggunakan kalimah Allah daripada Hakim Datuk Lau Bee Lan, namun keputusan tersebut belum boleh digunapakai atas sebab,KDN membuat rayuan penangguhan.

Read more...

Thursday, 21 January 2010

Kebarangkalian Rasuah Tinggi Di Negeri-negeri Dikuasai Pakatan

 Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.

Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein (berdiri) bberhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri.

Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob.

Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir.

Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat

Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail.

Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir.

Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut.

Namun begitu, difahamkan masih terdapat aduan yang diterima termasuk dari kalangan ADUN Pakatan sendiri.

Malah, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR, Azmin Ali juga pernah menegur prestasi kumpulan Semesta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sementara itu, Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu.

Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu.

Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya.

Pada masa ini, tiga exco kerajaan negeri berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

Pegawai SPRM masih lagi mengambil kenyataan daripada Hussein.

Pada kira-kira jam 3.35 petang, SPRM membawa Hussein ke ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pegawai di situ meminta lima pegawai SPRM tersebut supaya mengisi borang lawatan tetamu ke pejabat tersebut.

Pada mulanya, mereka enggan enggan mengisi borang tersebut, tetapi selepas didesak Yaakob, maka pun berbuat demikian.

Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim, turut mengikut Hussein ke Putrajaya.

Difahamkan SPRM mempunyai waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut.

Read more...

Wednesday, 20 January 2010

Anwar Tak Lelap Tidur Mimpi 25 Januari


PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon dokumen berkaitan dengan kes liwat dijangka akan diketahui esok, 20 Januari, di Mahkamah Persekutuan, Putajaya.

Tarikh tersebut telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 12 Januari lalu, apabila pihak peguam Anwar, Karpal Singh memfailkan petisyen rayuan.

Antara dokumen yang diminta oleh Anwar adalah kenyataan saksi yang direkodkan daripada Mohd Saiful Bukhari, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Pihak Anwar juga memohon untuk mendapatkan sampel spesimen DNA (Asid deoksiribonukleik) daripada Mohd Saiful.

Rayuan yang sepatutnya didengar pada 6 Januari lalu, terpaksa ditangguhkan kerana pihak Anwar memohon kebenaran mahkamah untuk meneliti rekod rayuan dan memerlukan masa untuk menyediakan hujah.

Peguam Anwar berhujah rayuan ini amat penting dan memberi kesan kepada prosiding mahkamah di seluruh negara kerana ia membabitkan tafsiran terhadap Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Pada 6 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa tidak membekalkan dokumen kepada Anwar dengan alasan dokumen yang diminta itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 51A CPC.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.

Mahkamah Tinggi telah memutuskan perbicaraan kes liwat itu diputuskan akanakan bermula pada 25 Januari ini.

Read more...

Tuesday, 19 January 2010

Begini lah Tajuk Blog Datuk Salleh: TAHUN BARU YANG BERMAKNA DALAM KARIER POLITIK


Tanggal 4 Januari 2010 adalah tarikh bermakna dalam catatan kerjaya politik saya bila mana pada hari tersebut YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman, telah memanggil saya ke pejabat beliau dan menyerahkan surat pelantikan saya sebagai Penasihat Sains dan Teknoloji kepada Ketua Menteri dengan status jawatan bertaraf Menteri.

Perjumpaan bersama Ketua Menteri di pejabatnya di Wisma Innoprise itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman. Dalam perjumpaan itu, Ketua Menteri telah menerangkan tanggungjawab saya. Selain daripada sebagai Penasihat, saya juga akan melaksanakan tugas-tugas yang diarah dari semasa ke semasa oleh beliau.

Secara peribadi, saya agak terkejut dengan pelantikan tersebut kerana tidak pernah menyangka akan diberikan tanggungjawab sedemikian penting.

Saya amat terharu dengan kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada saya, dan akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin berdasarkan imu dan pengalaman yang di miliki.

Susulan dari pelantikan itu, pelbagai reaksi saya terima dan bermacam interpretasi saya dengar. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga ada yang mempersoalkannya. Malahan, macam-macam andaian dibuat.

Namun pada saya, semua ini adalah perkara biasa.Yang penting tugas dilaksanakan sebaik-baiknya. Dengan pelantikan ini, bermakna saya sudah menjadi sebahagian daripada sistem pentadbiran kerajaan dan dekat dengan Ketua Menteri.

Sebelum ini, pelantikan saya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah juga telah menjadikan saya sebahagian daripada jentera parti, dan hieraki itu mendekatkan diri saya dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Ini bermakna saya telah berada dalam kedua-dua sistem, iaitu kerajaan dan politik, untuk bersama-sama membantu Ketua Menteri mengurus tadbir parti dan kerajaan.

Saya berterima kasih kepada pimpinan parti di peringkat Pusat atas amanah yang diberikan, demikian juga pada pimpinan kerajaan di peringkat negeri.

Tentu saja, amanah ini membolehkan saya memainkan peranan lebih berkesan dalam memacu pembangunan negeri dan menjayakan apa jua perancangan serta agenda untuk rakyat.

Saya akan cuba memenuhi harapan dan ekspetasi rakyat yang pastinya meletakkan harapan tinggi terhadap gandingan kepemimpinan kami berdua.

Pelantikan terbaru ini bukan saja menjadi tarikh bersejarah dalam karier politik saya, tetapi barangkali juga merupakan Hadiah Tahun Baru pada Tahun Harimau (mengikut kalendar Cina) ini.

Dengan memegang kedua-dua jawatan ini, selain sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Belud, tentunya banyak kerja dan urusan menanti di hadapan. Barangkali masa untuk santai seperti sebelum ini mungkin semakin kurang.

Justeru barangkali juga keadaan ini akan menyebabkan saya tidak lagi dapat menulis dalam kolum Ilustrasi ini sekerap mungkin sebagaimana dahulu, lantaran himpitan masa terhadap tugasan yang lebih penting untuk rakyat dan negeri.

Begitu pun, saya akan cuba dan berusaha untuk terus menulis di sini setiap kali ada ruang masa dan kesempatan, dengan cerita dan topik yang lebih menyeluruh.
 
Komen

Petikan di atas adalah artikel yang dipetik dari blog Datuk Salleh Said. Berpaksi kepada tulisan tersebut bahawa perlantikannya ke jawatan penasihat sains dan teknologi kepada ketua menteri Sabah Musa Aman merupakan turning point kepada kerjaya politiknya selepas dikatakan telah "dipencen" sekian lama.

Ramai penganalis politik terutama di Daerah Kota Belud mengatakan bahawa dengan perlantikan ini dan kemudian disambut baik sendiri oleh Salleh merupakan tamparan hebat kepada pimpinan USBO terutama Datuk Safie Afdal dan TS Pandikar.

Akan berfungsikah USBO sepertimana perancangan awal, atau kah hanya Salleh yang diuntungkan dengan adanya penubuhan USBO?

Sepertimana pengakuan Salleh dalam artikelnya di atas bahawa kini dianya sebahagian daripada kerajaan dan juga parti Umno tunjang kerajaan negeri. 

Dengan pengakuan sendiri oleh Salleh bahawa kini gandingannya bersama Musa Aman adalah gandingan yang serasi dan padu? Akan diterima kah dengan mudah oleh Safie Afdal? Telah kedengaran bahawa para penyokong Afdal mula memperkatakan bahawa Salleh bukan lagi Salleh yang mereka ketahui sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri Sabah.

Para penyokong Safie dan ada juga penyokong  TSP mengatakan bahawa  Salleh telah berubah 360 derjah kerana kemaruk jawatan. Ada kebenaran kah tomahan mereka ini?

Cakap-cakap di sekitar sekolah yang di tengelami air ramai teman-teman seperjuangan membuat lawak, bahawa pada saat beginilah para pemimpin yang berkata berjuang untuk rakyat tidak perlu merasakan penderitaan rakyat.

Read more...

Monday, 18 January 2010

Kalimah Allah Boleh Untuk Malaysia Timur Tidak Bagi Malaysia Barat

Kerajaan sepertimana dikatakan oleh menteri di Jabatan Perdana menteri Nazri Aziz bahawa Kalimah ALLAH dibenarkan pengunaannya kepada penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak kerana menurut menteri itu perkataan tersebut telah digunapakai di Malaysia Timur sejak 300 tahun yang lalu.

Sebelum ini menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berasal dari Sabah Bernard Dompok ada mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan keenggaan kerajaan membenarkan penggunaan Kalimah Allah bagi penganut agama kristian bagi Sabah, sedangkan menurut Dompok penggunaan nama Allah bagi menggantikan panggilan kepada God telah berlaku sebelum Sabah menyertai Malaya membentuk negara Malaysia.

Dalam perkembangan lain Pengerusi Jaksa Pendamai Sabah Clerence Bongkos Malukun yang juga penganut kristian ada menyuarakan agar penggunaan Allah hanya dibenarkan kepada rakyat Malaysia beragama Islam demi memelihara keharmonian hubungan antara kaum di negara ini.

Isu Kalimah Allah menjadi klimaks apabila mantan PM Tun Abdullah Badawi membenarkan penerbitan Herald-The Catholic Weekly dalam bahasa melayu dan di lain pihak melarang terjemahan injil ke dalam bahasa Iban.

Ekoran reaksi dan bantahan masyarkat islam di semenanjung kepada penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan God, maka menteri KDN Syed Hamid Albar membatalkan peneribatan Herald dalam bahasa Melayu, ekoran daripada itu, Herald memohon kepada mahkamah bahawa hak mereka dicabuli sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Pada 31 Desember 2009 Hakim Mahkamah Tinggi (kuasa-kuasa Khas) Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa Herald-The Catholic Weekly boleh menggunakan kalimah ALLAH bagi menggantikan God dalam bahasa melayu.

Akibat keputusan hakim Lau ini, maka telah meluapkan emosi segelintir masyaarakat islam apakah mereka yang ada dalam kerajaan,pembangkang maupun NGO telah melakukan protes/bantahan.

Disebabkan emosi yang tidak terkawal atau mungkin kerja-kerja sabotaj ada individu yang tidak dikenal menangguk di air keroh dengan mencuba melakukan kerja-kerja merosak gereja di Semenanjung dan Sarawak.

Selain itu percanggahan pendapat juga terus berlaku terutama para pemimpin Pakatan. Khalid Samad misalnya berkata bahawa Kalimah Allah itu adalah untuk seluruh manusia, sedangkan Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim (PKR) berkata adalah kufur bagi mereka yang mengatakan bahawa kalimalah Allah itu digunapakai agama lain selain islam.

Nik Aziz pula terpaksa menggubah pendirian mengenai kalimah Allah. Pada 1/3/2009 Nik Aziz pernah berkata bahawa penggunaan kalimah Allah itu harus hukumnya bagi agama bukan islam, namun setelah itu Nik Aziz pula tidak setuju penggunaan Allah digunapakai oleh penganut agama lain selain islam.

Namun yang disebutkan di atas adalah bukan isu di sini. Isunya sekarang kerajaan telah MEMBUAT satu keputusan yang mempunyai tujuan politik. Kerajaan melalui keputusan ini mungkin ingin terus memelihara perasaan masyarakat islam di Semenanjung dan di lain pihak ingin juga memelihara perasaan masyarkat kristian di Sabah dan Sarawak.

Bagi AYT keputusan kerajaan ini lebih mengarah kepada perhitungan politik, atas sebab bahawa majoriti rakyat di Semenanjung adalah penganut agama islam,, melayu dan masih penyokong kerajaan, sedangkan di Sabah dan Sarawak rakyat penyokong kerajaan adalah kaum bumiputra yang jumlahnya seimbang antara yang beragama islam dan kristian.

AYT sangat khuatir dengan keputusan kerajaan ini, takut pula APA YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIGENDONG BERCICIRAN. Fikir-fikirkan lah.(Seperti dipetik daripada blog: Apa Yang Tersirat)

Read more...

Thursday, 14 January 2010

Lagi Pengaunt Kristian Gesa Tarik Penggunaan Allah Oleh Hearld-The Catholic Weekly

KOTA KINABALU 13 Jan. - Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah.

Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan.

"Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan akhbar itu menggugurkan kes berkenaan sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.

Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar dan turut menerima ugutan.

Webley yang juga Naib Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Malaysia mengakui, tindakan akhbar itu sememangnya mempunyai motif untuk menarik penganut Islam kepada Kristian.

"Saya difahamkan oleh rakan-rakan dari Kuala Lumpur, tindakan akhbar itu adalah untuk menguji orang Melayu dan Islam, dengan menyatakan 'kita' menyembah tuhan yang sama iaitu Allah," katanya.

Menurutnya, perbuatan tersebut akan mengelirukan umat Islam kerana Allah bagi penganut Islam dan Kristian adalah berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.

"Ini tidak baik, kenapa perlu menarik orang yang sudah beragama, sepatutnya kita (Kristian) menarik orang yang masih tiada agama seperti Orang Asli di Semenanjung atau Bumiputera di Sabah atau Sarawak," katanya.

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika menjadi Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun tidak bersetuju jika penggunaan kalimah Allah diharamkan terus dalam agama Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan penganut agama itu pula.

"Saya bersetuju jika akhbar tersebut menggugurkan tuntutan itu tetapi tidak secara keseluruhan, maksudnya dalam upacara-upacara sembahyang di gereja, kalimah Allah masih boleh digunakan," katanya.

Webley menggesa semua pihak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya rakyat Malaysia bertenang dan menghormati semua rumah ibadat.

Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira agama perlu berterima kasih kepada kerajaan atas kebebasan beragama yang mereka nikmati sejak pembentukan Malaysia.

Read more...

Monday, 11 January 2010

Luahan Pengamal Agama Kristian Mengenai Perkataan "ALLAH"

KOTA KINABALU 10 Jan. – Akhbar Herald-The Catholic Weekly perlu bersedia menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar.

Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun berkata, langkah tersebut perlu untuk keamanan dan kestabilan rakyat berbilang kaum di negara ini.

‘‘Sudah tiba masanya kita, masyarakat Kristian khususnya Katholik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan saudara Islam kita.

‘‘Daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah adalah lebih baik jika Katholik hanya menggunakan perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’.

‘‘Biarlah saudara Islam kita sahaja yang menggunakan perkataan Allah untuk kebajikan supaya kita dapat hidup aman damai dan harmoni di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, dua gereja – satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling Jaya – mengalami kebakaran manakala satu lagi juga di Petaling Jaya menerima ugutan.

Kejadian itu mendapat kecaman daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang selain turut mengundang reaksi serupa dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat gereja di Desa Melawati, semalam, mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk membolehkan pentadbiran gereja itu membuka rumah ibadat baru di kawasan lain.

Sementara itu Clarence berkata, alasan sesetengah pemimpin Kristian bahawa kalimah Allah perlu dibenarkan hanya kerana ia sudah digunakan sejak sekian lama adalah tidak wajar.

Tegas beliau, Kristian di negara ini juga tidak sama seperti diamalkan di Indonesia, Mesir, Iraq atau Yemen kerana Malaysia mempunyai perlembagaan yang berbeza.

‘‘Tidak harus bagi kita mempertikai yang Allah biasa digunakan oleh masyarakat Kristian di negara luar kerana kita berada di Malaysia, jadi kita harus patuhi semua undang-undang dan peraturan.

‘‘Adakah kalau kita atau pihak gereja tidak gunakan perkataan Allah maka secara tiba-tiba para pengikut agama Kristian akan bertambah atau berkurang 10 kali ganda,” soalnya.

Beliau sedar ramai penganut Kristian akan mengkritik pendiriannya tetapi mereka perlu faham dan menghayati ajaran agama itu yang menyuruh pengikutnya memaafkan orang lain.

“Jika kita benar-benar Kristian, kita harus jadi orang yang memaafkan, bertanggungjawab dan cintakan keamanan. Kenapa kita harus bergaduh untuk satu perkataan,” ujarnya.

Clarence yang juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah berkata, umat Kristian perlu faham mengapa orang Islam amat marah apabila kalimah itu dibenarkan penggunaannya.

Jelasnya, Allah adalah Tuhan bagi orang Islam manakala orang-orang Kristian pula lain kepercayaannya dan kalimah itu juga sudah lama digunakan secara tradisinya oleh agama Islam.

Read more...

Monday, 4 January 2010

Gula Mula Di Sorok: Kota Belud Gula Tidak Dijual


SEJAK desas desus subsidi gula dihapuskan, stok gula beransur turun dan pada masa kini tidak lagi terdapat di pasaran.

Di pekan Kota Belud Sabah, gula tidak lagi dijual.

Kemanakah stok gula? Apa kah yang yang dilakukan oleh Ismail Sabri Yakob dalam mengawal ketersediaan gula di pasaran.

Hilangnya stok gula di kedai-kedai runcit maupun supermarket menjadi tandatanya besar.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP