Monday, 2 November 2009

Nizar Kah? Zambry Kah? 5 November!!

Jumaat ini Zambry akan terus kekal sebagai Menteri Besar Perak. Mahkamah akan berpihak kepada majoriti.

Kerajaan Pakatan Perak tumbang bukan angkara Umno tetapi angkara Nizar sendiri. Nizar menganaktirikan Osman, Jamaluddin dan Hee, sepertimana Khalid Ibrahim menganaktirikan Badul Abdullah di Selangor.

Akibat menganaktirikan 3 ADUN tersebut, maka mereka tiada pilihan demi rakyat yang memilih mereka, mereka terpaksa mencari kapal besar agar supaya perkhidmatan mereka kepada rakyat yang memilih mereka terus terbela.

Akibat tindakan keluar 3 ADUN tersebut Nizar kehilangan majoriti dalam DUN Perak, ertinya secara Automatik kehilangan jawatan. Namun Nizar tidak mengakui atau mengiktiraf itu semua. Yang penting bagi Nizar.. dia telahpun angkat sumpah jadi MB Titik. Tiada yang boleh memecatnya, kecuali dirinya sendiri.

Atas pendirian tersebut, Nizar mempengaruhi semua pihak agar dirinya dianggap masih MB, termasuk Nik Aziz masih memanggilnya YAB Menteri Besar. Tujuan Nizar ini agar rakyat keliru dan berpihak kepadanya.

Namun mahkamah yang menegakkan undang-undang akan terus berpihak kepada yang hak tidak lebih dari itu. Yang Hak adalah Zambry. Atas sebab itu 5 November tidak akan ada perubahan di Negeri Perak.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP