Thursday, 5 November 2009

Nizar -Zambry: Najib Tiada Pilihan Mesti Bubar DUN Perak

Perjalanan pembicaraan mahkamah antara Nizar dan Zambry, manakah Menteri Besar yang sah masih berlangsung.

Tumpuan pada artikel 72 pelembagaan persekutuan, bahawa mahkamah tiada kuasa campur tangan dalam perjalan sidang DUN Perak.

Selain itu kuasa melucutkan jawatan oleh Sultan Perak terhadap jawatan MB, dimana dalam undang-undang tubuh kerajaan Perak, MB akan terlucut jika terjadi undi tidak percaya dalam sidang DUN yang sedang berlangsung.

Kes Nizar adalah sebaliknya, Nizar kehilangan jawatan kerana kehilangan majoriti sokongan ADUN di luar sidang DUN Perak.

Sebelumnya Mahkamah tinggi pernah memutuskan bahawa Nizar masih sah sebagai MB, namun rayuan terhadap keputusan tersebut telah diperolehi oleh Zambry. Pembicaraan rayuan tersebut sedang didengar pada masa ini.

Namun berasaskan perkembangan Zambry akan diistiharkan kalah, kerana itu Nizar masih MB yang sah. Dengan hal yang demikian, Nizar akan menghadap Sultan untuk mencadangkan DUN Perak dibubarkan, walaupun Zambry ada peluang menangguhkan keputusan tersebut ke mahkamah Persekutuan.

Namun, berasaskan situasi di Perak, Najib tiada pilihan melainkan menasihatkan Zambry agar menghadap Sultan Perak agar permohonan Nizar membubarkan DUN diperkenankan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP