Nizar: Pas Kukuhkan Kerjasama Dengan Singapore Kalau Jadi Kerajaan
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi jaminan, hubungan Malaysia dan Singapura akan lebih rapat lagi jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini.
Jaminan ini diberikan beliau ketika memberikan syarahan khas dalam program anjuran Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Singapura, di sebuah kelab dekat sini pagi tadi.
Menurut Mustafa, jaminan ini juga telah diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika dikunjungi Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sebelum ini. "Bukan sahaja hubungan kita akan kekal, saya memberi jaminan ia akan bertambah baik," katanya di hadapan para ahli akademik, ahli politik Singapura dan juga para wartawan. Turut serta mendengarnya adalah Menteri Negara bagi hal Ehwal Luar Singapura, Zainul Abidin Rasheed.
Mustafa memberikan syarahan khas bertajuk 'Perkembagan Terkini PAS dan Pakatan Rakyat' yang dianjurkan oleh RSIS. Dalam majlis ini juga, Mustafa menegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno bahkan akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Memang saya mengaku, saya antara yang bertemu Perdana Menteri Abdullah Badawi selepas pilihan raya umum 2008 lalu tetapi pada malam itu juga kita telah memutuskan menolak tawaran Umno untuk bekerjasama," katanya.
Menurut Mustafa, seminar khas anjuran PAS Sabtu ini juga akan memperkukuhkan lagi komitmen PAS dengan Pakatan Rakyat. Dalam seminar ini, katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberikan ucapan khas ke arah memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Kami yakin, PAS dan PKR akan mampu menggantikan Umno bagi menjaga kepentingan politik orang Melayu," katanya.
Selain memberikan syarahan khas itu, Mustafa telah diraikan oleh Menteri Negara Singapura dalam satu majlis makan tengahari yang disertai oleh para pegawai kanan Singapura dan juga RSIS.
Pada sebelah petangnya, menteri itu sendiri menjadi 'pemandu pelancong' beliau untuk melihat Istana Kampung Gelam yang kini menjadi muzium Tamadun Melayu di Singapura. Di sana, kerajaan Singapura melalui satu yayasan yang dipimpin Zainul Abidin menyimpan sejarah perkembangan orang Melayu di Singapura.

0 comments:
Post a Comment