Monday, 16 November 2009

Nizar News: Keputusan DUN Seputih Kedah Hari Ini Diiringi Burung Tanpa Kepala

JITRA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Shariff semalam membuat laporan polis selepas menemui bangkai seekor burung merpati tanpa kepala di hadapan pintu rumahnya kira-kira pukul 7 petang kelmarin.

Kejadian itu pada mulanya disedari oleh isterinya, Datin Sabariah Baharom, 46, ketika beliau pulang ke rumah setelah mengikuti satu program di Alor Setar.

Abu Hassan membuat laporan tersebut di Balai Polis Jitra pada pukul 1.05 pagi ini selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada isterinya.

"Ketika kejadian tiada siapa di rumah dan disebabkan dia (Sabariah) rasa tidak sedap hati, beliau terus SMS saya. Setelah berbincang dengan keluarga, saya ambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mereka," katanya yang tiada di rumah semasa kejadian.

Sementara itu, kedudukan Abu Hassan sebagai ADUN Kota Seputih akan ditentukan hari ini oleh Mahkamah Alor Setar. Jika sekiranya mahkamah mengistiharkan DUN Kota Seputih kosong,maka arahan Muhiyiddin agar Abu Hassan ke sidang DUN Esok secara automatik terbatal. Ini bermakna PRK terpaksa diadakan di kawasan tersebut.

Namun jika mahkmah memutuskan sebaliknya,maka Abu Hassan tetap sebagai ADUN Kota Seputih walaupun telah melanggar peraturan DUN Kedah, kerana tidak hadir ke persidangan DUN sebanyak 2 kali berturut-turut tanpa kebenaran.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP