Saturday, 7 November 2009

Nizar News: PGSM VS Dr Asri: Siapa Yang Mungkir Janji? Datuk Jamil Baharom Tersepit


Melalui surat aku janji ini telah jelas bahawa PGSM lah yang mungkir Janji.S

Seperti apa yang dihadamkan dari sidang akhbar tersebut nyata PGSM seolah olah gagal mematuhi janji mereka seperti yang di draf (gambar atas) dihadapan Menteri di JPM, Datuk Jamil sendiri. Alasan yang diberikan ialah, Dr Mohd Asri sendiri terlebih dahulu telah gagal berpegang pada janjinya untuk tidak memanjangkan isu ini lagi setelah draf surat tersebut tersebar dilaman web Dr Asri disini.

Tiada siapa yang pasti melainkan Allah s.w.t dan juga mereka mereka yang hadir di perjumpaan khas itu saja yang boleh melakarkan kejadian sebenar. Tetapi apa yang pasti, Datuk Jamil yang menjadi mangsa, terperangkap malu ditengah tengah pertelingkahan yang amat memualkan ini.

Amat menyedihkan, tatkala rakyat bawahan yang serius berpecah dan tercari cari pimpinan berstatus ulama sebagai pemimpin penyatu, mereka mereka ini masih bercakaran bersabung ego. Isu yang sesekali terlihat bakal selesai, tetiba timbul sidang akhbar seolah olah mencari pasal.

2 comments:

ISAC 7 November 2009 at 12:19  

Salam,

Persatuan Peguam Syarie apa barang nak komen pasal akidah orang???

Maaf cakap, setakat belajar pasal undang2 konvensional dan Syariah law ada hak nak komen pasal akidah? Ada hak nak menasihati DYMM SPBYD Agong, tentang Islam?

Berdebat dengan kita pasal agama pun belum tentu boleh menang.....Bukan ana nak menyombong...Geram sikit...

Apa nak jadi dengan dunia Melayu/Islam sekarang?????

dayangwulan 7 November 2009 at 12:39  

orang islam saban hari berbalah. Orang kristian tiap hari seminar memperbanyak pengikut, mempengarui penganut lain masuk agama Tuhan Yesus itu.

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP