Tuesday, 10 November 2009

Nizar News: Pembongkaran Isu Bai'ah Pas: Memancing Kerajaan Minta Penjelasan

Kerajaan mahu kepimpinan PAS memberikan penjelasan mengenai dakwaan Bai'ah yang berlaku dalam parti itu yang dilihat tidak berlaku adil kepada golongan wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini kerana pihak kerajaan melihat Bai'ah adalah suatu keputusan yang hanya dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan pihak wanita.

"Kerajaan mahu melihat bahawa adakah kebenaran ini berlaku di luar sana dan juga ingin mendengar pandangan-pandangan terutamanya daripada pihak Dewan Ulama PAS, dan juga daripada Muslimat PAS, untuk memberikan jawapan kepada pandangan terhadap Bai'ah tersebut.

"Pihak kerajaan melihat Bai'ah memberikan sesuatu keputusan yang dibuat di sebelah pihak tanpa membicarakan, berbincang dengan pihak wanita dan keluarga serta anak-anak mereka bagi mendapatkan penjelasan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat di sini Isnin.

Penjelasan itu terus mendapat perhatian Datuk Taib Azamudden Md. Taib (PAS-Baling) yang bingkas bangun untuk mempertikaikan mengenai isu tersebut yang dianggapnya adalah spekulasi semata-mata.

"Soal Bai'ah tidak pernah diputuskan di mana-mana peringkat dalam PAS, cuma yang ditimbulkan ini adalah spekulasi yang bermotifkan politik. Kami tengah siasat siapa yang timbulkan perkara ini, ini melibatkan soal isteri, soal taklik dan sebagainya," kata Taib Azamudden.

Baru-baru ini anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS mengakui wujudnya Bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP