Nizar News: PKR Sabah: Dr Jeffery Kecoh Sedangkan Permainan Dah Tamat
Bila Tuan Haji Ansari mengepalai Parti KeADILan Sabah setelah mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah tersebut dari Tuan Haji Awang Tengah Haji Awang Amin, tidak pernah ada berlaku krisis kepimpinan dalam PKR. Peralihan kuasa berlaku dengan licin. Lebih licin dari peralihan kuasa antara Tun Pak Lah ke Dato Seri Najib Tun Razak. Tidak ada isu serius yang berbangikt seperti “rumah telah siap pahat masih berbunyi”.
Bahagian bahagian yang kini disebut cabang-cabang akur dan lebih bersemangat melaungkan “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”. Semangat “Reformasi” begitu menujah bagaikan ingin menganyang dan menguburkan setiap program Kerajaan Barisan Nasional. Pemimpin BN dilihat terlalu kerdil di mata pemimpin dan penyokong PKR. Pendiknya, setiap langkah dan perencanaan kerajaan BN diremehkan dan diperkecil.
Bermacam buku, bermacam dalil dan bermacam paparan dalam media yang amat “berani” dan “bebas” seolah-oleh tiada sekatan dan mempersetankan peraturan. Tuduhan demi tuduhan bertimbun-timbun. Malah agensi tempat membuat tuduan dan lapuran sendiri sering diancam dan dituduh. Seolah-olah yang “solo menganggap kuasa dalam dirinya adalah kuasa keseluruhan rakyat”.
PRU12, tahun 2008 menyaksikan PRK Sabah kalah dalam semua kerusi yang ditandingi mereka. Kejayaan mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan BN dalam parlimen membuatkan penyokong PKR Sabah merasa mereka bagaikan menang. Mulalah tunding menunding jari belaku dalam PKR Sabah yang gagal menyumbangkan kerusi buat PKR Kebangsaan.
Rasa bertanggung jawab terhadap kekalahan teruk PKR di Sabah, Tuan Haji Ansari, dengan berprinsip, meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. DSAI mengambil alih buat sementara bagi memberi nafas baru dalam PKR Sabah. Namun setelah menjadi Ketua Pembangkan di Parlimen, DSAI terpaksa melepaskan jawatan itu dan “Anak Emasnya”, Azmin Ali, diberi tanggungjawab memikul peranan sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Ramai yang terkilan. Tidak kurang juga yang mengusik bahawa pemimpin PKR Negeri Sabah “berputih mata”. Mana mungkin pemimpin dari Gombak mengetuai PKR Sabah.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan penyokongnya hampir gagal menyembunyikan kemahuannya pada masa itu. Namun menyedari kedudukan Azmin bersifat sementara, Jeffrey dan penyokongnya menerimanya dengan berlapang dada. Sememangnya mereka mahukan PKR Sabah diketuai oleh “Anak Sabah”.
Tempoh sementara Azmin berakhir. PKR Sabah bermesyuarat . Semua ketua-ketua cabang sepakat menjunjung semangat “Pakatan Rakyat” menyerahkan keputusan kepada PKR Pusat untuk memilih pengganti Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Semua bertekad dan bersetuju untuk akur dengan keputusan PKR pusat.
Sekunyung-kunyung, apabila PKR Pusat membuat ketetapan melantik Ahmad Thamrin Haji Jaini sebagai Pengerusi PKR Sabah yang “akur jadi tentang, setuju jadi bantah, kawan jadi lawan dan yang junjung dijatuhkan”. PKR Kini disanggah Jeffrey.,. “Jambatan dibakar” dan pemimpin PKR Pusat dikatakan hanya memperalat pemimpin PKR Negeri untuk mencapai matlamat politik yakni kuasa dan pangkat..
Terkadang kita perlu bertanya; siapa peralat siapa? Kerana PKR Sabah tiadapun menyumbang apa-apa “kerusi” kepada PKR Pusat sedang PKR Negeri Sabah berkongsi kemenangan Pakatan Rakyat di Semenanjung.!!..
Oleh kerana Jeffrey sendiri mengatakan bahawa “I can always do something else”, dan tidak rela diperalat pemimpin (Kuala Lumpur) yang hanya ingkinkan "pangkat dan kuasa", sebaiknya dia sudah memahami ‘messege’ awal sehingga yang terkini PKR Pusat. Dia tidak dilantik selepas Ansari, Dia tidak dilantik selepas Anwar, kemudian dia tidak dilantik selepasa Azmin. Apakah dia perlu menunggu untuk dilantik selepas Thamrin? Kenapakah perlu bagi Jeffrey membuat kecoh dalam kepimpinan PKR Sabah sedangkan “The game is over” ?
0 comments:
Post a Comment