Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa: Kepentingan Rakyat Perlu Didahulukan Dibanding Perkatan "Rahasia"
Kerajaan Selangor mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memohon kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membenarkan laporan sulit siasatan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu didedahkan kepada umum.
"Kita akan minta MPAJ membuat permohonan, sebab MPAJ minta kerajaan Selangor untuk meluluskan dan sekarang MPAJ minta permohonan kepada kerajaan persekutuan,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
Isnin lalu, negeri itu membatalkan hasratnya, melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, untuk menerbitkan dan menjual dokumen rahsia tragedi tanah runtuh bulan Disember 2008 setelah kerajaan persekutuan membantahnya.
Bercakap di sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau mengarahkan MPAJ berbuat demikian hari ini supaya tidak lagi menghalang usaha Selangor untuk membuang status “rahsia” pada laporan tersebut seperti peruntukan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor semalam yang menggesa kerajaan negeri itu membuat permohonan untuk membuka dokumen sulit itu kepada umum.
Menteri itu dilaporkan berkata MPAJ perlu memohon kepada kementerian untuk mendedahkan kandungan laporan siasatan di Bukit Antarabangsa kepada umum, khususnya kepada penduduk di situ.
Shaziman dilaporkan berkata selagi MPAJ tidak mengemukakan permohonan, status laporan itu kekal sebagai “rahsia” dan kerajaan Selangor tidak boleh mendedahkannya kepada umum.

0 comments:
Post a Comment