Tuesday, 21 December 2010

Cuti cuti

Bagi mereka yang berkemampuan, sempena akhir tahun dan menjelangnya tahun baru, sungguh ramai yang bercuti bersama keluarga. Namun bagi mereka yang sekadar mampu untuk hidup, bercuti di rumah dan kampung sendiri sudah memadai.

Dayang terbaca di blog pemimpin Kota Belud, di mana pemimpin itu menggalakkan agar rakyat pergi bercuti di tempat-tempat yang menarik di negara ini, namun dirinya dan keluarganya bercuti di London.

Musim sebegini di London adalah musim sejuk dan bersalji. Telah beberapa minggu, masakapai penerbangan antarabangsa mengumumkan bahawa kebanyakkan penerbangan ke London terpaksa di jadualkan kerana cuaca yang tidak menentu, di mana pendaratan kapal terbang tidak mengizinkan.

Ternampak sangat berbezaan antara yang berkemampuan dan tidak berkemampuan dan soal-soal lifestyle. Bersyukurlah kita pada negara ini, kerana perbezaan kasta belum mengarah kepada gejolak sosial.

Read more...

Monday, 4 October 2010

Jalan kg Rampayan ULU mula retak

Hampir setahun tidak melawat kg Rampayan Ulu, dua hari lalu saya sempat ke kg itu untuk tujuan hari raya. Sayang, setelah setahun penduduk kg Rampayan Ulu menikmati jalan aspal, setelah menantinya lebih 50 tahun. Namun keselesaan itu tidak berpanjangan, kini jalan aspal yang dibuat asal-asalan itu mula retak.

100 meter daripada persimpangan jalan Sarang-Dudar, terdapat mendapan sedalam 12 inci seluas 20 kaki kiri kanan seluruh jalan tersebut.

Sekiranya jalan tersebut dibuat dengan baik, sudah tentulah keadaan ini tidak berlaku.

Sayang kerajaan telah memperuntukan jutaan ringgit untuk jalan tersebut, yang sepatutnya bertahan sekurang 5 tahun, kini akan kembali kepada keadaan lama.

Beginilah jika kontraktor mengambil untuk berlebihan, mereka diuntungkan, rakyat dan kerajaan dirugikan.

Sepatutnya pihak JKR memantau pembinaan jalan ini dari awal, malangnya jurutera JKR, mungkin tidak mempunyai pengetahun mengenai pembinaan jalan yang boleh mapan.

Read more...

Wednesday, 15 September 2010

Politik bagi Musbah Jamli

Setelah 2 tahun selepas PRU-12, politik Kota Belud mula memanas. Memanas bukannya ada perebutan jawatan politik, tetapi puncanya adalah pendekatan para pemain politik daerah ini.

Wakil rakyat Tempasuk Musbah Jamli mengambil pendekatan: politik adalah untuk membangun perekonomian rakyat. Musbah tidak lagi menjadikan politik sebagai tapak untuk merebut jawatan, namun wakil rakyat Tempasuk itu memanfaatkan politik untuk memajukan rakyat yang diwakilinya.

Wakil rakyat Tempasuk itu mengambil iktibar kepada perjuangan Tun Mustapha dan Datuk Pairin. Menurutnya hanya wakil rakyat yang di sayangi akar umbi adalah ahli politik yang boleh bertahan lama.

Musbah dalam memperkukuh kedudukkannya di kawasannya, saban hari berusaha mempupuk hubungan timbal balik antara rakyat akar umbi dan dirinya.

Secara diam, pembantu menteri itu bersilatur rahim dengan semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama.

Berasaskan pendekatan itu, maka hingga kini kedudukan Pegawai Kemajuan Rakyat N-6 Tempasuk masih kosong tanpa ada perlantikan baru.

Hujah Musbah, biarlah dirinya merangkap sebagai Pegawai Kemajuan untuk rakyat yang diwakilinya. "Biar saya sendiri mendengar keluhan rakyat" ujarnya ketika ditemui di rumahnya pada musim hariraya ini.

Read more...

Wednesday, 21 July 2010

Oh Janji Oh Janji: Mana Janji Mu DARD

Genap setahun janji wakil rakyat Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan (lebih suka dipanggil dengan nama DARD) anak Tuaran yang dikatakan sangat gagah kerana berani bertanding di tempat orang dan menang pula tu.

Janji itu adalah mengenyahkan masalah air Kota Belud pada tahun 2010.

Tahun 2010 telah melepasi setengah tahun. Bulan ramadhan akan menjelang tiba pada 7 ogos depan, manakala hariraya akan dirayakan pada 10-9-2010. Jika dihitung-hitung tahun 2010 akan menutupkan tirainya kurang daripada 4 bulan. Berasaskan kepada masa yang tersisa bagi tahun 2010, adalah pelik jika janji DARD itu akan tertunaikan.

Jangan lah berjanji jika tidak mampu menunaikan. Ikhlaslah pada kemampuan diri sendiri, jangan berlagak jaguh yang akhirnya diri itu tidak ada keupayaan.

Read more...

Monday, 21 June 2010

Bayaran Tambahan PIBG

Bukan salah meminta bayaran tambahan daripada Ibu-Bapa bagi kepentingan para murid. Memang mesyuarat PIBG telah luluskan bayaran tambahan. Namun berapa ramai kah ibu-bapa sanggup membayar tambahan itu?

Hari ini dayang ditugaskan untuk memungut bayaran daripada ibu-bapa,namun 40% sahaja ibu-bapa mampu membayar sesuai dengan notis daripada pengerusi PIBG, sementara 60% lagi kononnya akan dibayar pada penghujung bulan.

Pada mesyuarat PIBG baru-baru ini, laporan kewangan menunjukkan bahawa setiap tahun sekurang-kurangnya 20% ibu-bapa tidak dapat membayar sumbangan tambahan kepada PIBG.

Bukan salah ibu-Bapa, bukan juga ibu-bapa tidak mahu memberi sumbangan, namun bajet untuk itu memang terhad.

Nampaknya proses pendidikan di negara walaupun mengarah kepada bebas bayaran dibanding tahun 70-an, namun memandangkan ketidak sama rataan pendapatan, maka masih terdapat ibu-bapa yang tidak mampu membayar tambahan PIBG.

Read more...

Tuesday, 15 June 2010

Ada YB Cari Nama Melalui PTPTN

Bukan main bangganya seorang YB bersalaman dengan pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN baru-baru ini.

PTPTN sudah wujud sejak tahun 1997 untuk kemudahan para pelajar yang tidak mendapat tajaan biasiswa kerana kecemerlangan akademik yang kurang memuaskan, namun masih berpeluang diterima di perguruan tinggi samaada IPTA atau IPTS.

Baru-baru ini di Kota Belud berlangsung penyampaian bayaran awal kepada para pelajar sebanyak RM1,500 seorang sebagai persediaan awal, namun YB berkenaan mengambil kesempatan seolah-olah kerana dia lah pinjaman itu diberikan.

Tahun ini PTPTN menyediakan RM33 bilion bagi 200,000 pelajar untuk melanjutkan pelajaran di perguruan tiggi.

Dalam perkembangan lain, seramai 100,000 peminjam yang melibatkan RM1.9 bilion masih enggan membayar pinjaman dan kemungkinan akan dimufliskan

Read more...

Tuesday, 11 May 2010

Rampayan ULU Sasaran Datuk Musbah Hari ini

Tepat pukul 10 Pengerusi pengajur memberitahu melalui pesanan ringkas bahawa wakil rakyat DUN 6 Tempasuk merangkap pembantu menteri pertanian negeri Datuk Musbah Haji Jamli tiba bersama rombongan ke majlis Mesra rakyat bersama KEMAS.

Lawatan Musbah ke Rampayan Ulu bukan julung kalinya, bahkan setiap 3 bulan, wakil rakyat Tempasuk ini memenuhi jadualnya melawat kampung Rampayan Ulu.

Sebelum ini Musbah juga melawat kampung ini sempena melepas tukun-tukun tiruan di laut Rampayan.

Sementara itu lawatan tidak rasmi YB satu ini tidak lah terhitung dengan jari, kerana acara apapun termasuk kematian YB ini tidak gagal untuk datang.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP