Showing posts with label altantuya. Show all posts
Showing posts with label altantuya. Show all posts

Thursday, 15 October 2009

Nizar: Altantuya Mati Sebab Nak Bocor Rahsia Keselamatan Negara

Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Paris untuk lawatan rasmi empat hari, hanya mengimbas ingatan dunia terhadap Altantuya Sariibuu, mangsa tragedi pembunuhan berprofil tinggi.

Tanpa kelibat pimpinan Perancis, Najib cuma disambut Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, bukan Presiden atau Perdana Menteri negara itu, selain kehadirannya mencetus demontrasi bantahan pembunuhan model Monggolia itu. Beliau hanya hadir ke mesyuarat Unesco selama 20 minit dan mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Nicolas Sakorz, sebelum tergesa-gesa meninggalkan Perancis tanpa sebarang persetujuan konkrit.

Najib juga membisu terhadap pertanyaan media Perancis berkaitan pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam tapi sempat menelefon Carla Bruni untuk menyatakan album dimainkan dalam Penerbangan Malaysia (MAS).

Carla Bruni adalah Wanita Pertama Perancis dan bekas model terkenal yang memiliki dua album Quelqu’un m’a dit pada 2002 dan No Promises (2007). “Ya, … sebenarnya saya memberitahu Presiden Sarkozy bahawa Penerbangan Malaysia Airlines memainkan albumnya ketika dalam penerbangan,” The New Straits Times memetik Najib sebagai berkata.

Mengikut Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua, kebanyakan Ahli Parlimen Perancis berminat mengetahui “cerita sebenar” disebalik jual beli kapal selam oleh Malaysia dan pembunuhan Altantuya.

Malah, bapa Altantuya, Prof Dr Shaaribu Setev dipelawa Kesatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH) ke Paris untuk memberi taklimat tapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah kesihatan.

Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan kepada media Perancis, meminta Najib mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya dan yakin anaknya akan masih hidup hari ini jika rundingan urus niaga pembelian kapal selam, dibuat secara telus dan adil.

Altantuya adalah watak penting dalam pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.4 bilion dari Perancis dan menjalin hubungan dengan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda. Beliau dijanjikan komisen dan membuat tuntutan sebaik sahaja pembayaran RM114 juta dibuat ke Parmekar, syarikat yang dikuasai Razak sekitar Oktober 2006. Altantuya kemudian dibunuh dengan badannya diletupkan dengan bahan C4 yang lazim digunakan oleh agensi keselamatan Malaysia.

P Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah Abdul Razak sebelum kehilangan Altantuya, ada membuat akaun bersumpah yang mengaitkan Najib dengan model berkenaan. Mengikut perkara 25 akuan itu, Paris yang terkenal seantero dunia sebagai kota romantik, menjadi saksi pertemuan makan malam antara Najib dengan Altantuya.

“Selagi Najib berdiam diri mengenai skandal itu, beliau hanya membawa imej negatif kepada Malaysia di kaca mata dunia,” kata Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa kepada Suara Keadilan.

Beliau menganggap ‘keberanian’ Najib ke Paris, sebagai strategi psikologi untuk menunjukkan dunia, kononnya Perdana Menteri keenam itu tiada apa-apa perlu disorok. Namun isu Altantuya terus menjadi tumpuan media antarabangsa.

Beberapa persidangan antarabangsa sebelum ini menyaksikan perwakilan Malaysia diasak dengan persoalan- persoalan mengenai kewibawaan polis dan hakim perbicaraan kes itu yang membelakangkan hubung kait Najib dan Altantuya.

Read more...

Monday, 14 September 2009

Pembunuhan Altantuya: Shahriibuu tarik saman terhadap Peguam Negara

Bapa Altantuya Shaariibuu telah menarik balik permohonan semakan penghakiman untuk meminta Pejabat Peguam Negara merayu terhadap pembebasan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda, daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan anaknya itu.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Shaariibuu Setev, berkata keputusan menarik balik permohonan itu dibuat selepas mengambilkira dua kes undang-undang bahawa ia menjadi budibicara peguam negara sama ada untuk membuat rayuan.

Karpal berkata, untuk memohon seterusnya, kes itu akan berterusan ke Mahkamah Persekutuan dan membabitkan kos yang tinggi.

"Saya menerima arahan supaya menarik balik kes tersebut tetapi kami akan meneruskan saman sivil terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak," katanya.

Hakim Hinshawato Shariiff membenarkan permohonan Karpal untuk menarik balik permohonan itu tanpa kos.

Dalam kes tersebut, Shaariibuu memohon supaya peguam negara merayu terhadap pembebasan Abdul Razak tanpa dipanggil membela diri.

Dua anggota polis bagaimanapun didapati bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati pada April 2009. Altantuya dibunuh pada 2006. - Malaysiakini

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP