Showing posts with label musaaman. Show all posts
Showing posts with label musaaman. Show all posts

Wednesday, 18 November 2009

Nizar News: Satu Lagi PUJI-PUJIAN Untuk Musa Aman

KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman diiktiraf sebagai Bapa Pembangunan Sabah berikutan pembangunan pesat negeri ini sejak Musa menjadi ketua kerajaan negeri.

"Sebagai nakhoda yang mengemudi negeri tercinta ini, beliau (Musa) telah membuktikan ketangkasan dan keperkasaannya menjadikan Sabah sebagai negeri yang maju, makmur dan stabil," kata Datuk Harman Mohamad (BN-Sulabayan).

"Penghargaan ini atas segala usaha yang ditampilkannya dan sebagai pengiktirafan terhadap perjuangannya yang tidak pernah berhenti. Ia juga atas semangatnya yang kental menjiwai isi hati rakyat serta hatinya yang peka mendengar denyutan nadi kehidupan rakyat," katanya.

Ketika membahaskan Bajet 2010 Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, Harman berkata kepimpinan Musa dalam membangunkan rakyat Sabah umpama 'pahlawan berjuang di medan perang'.

Beliau berkata bukan mudah untuk mengurus sebuah negeri yang mempunyai rakyat majmuk seperti Sabah namun Musa berjaya membuktikan Sabah mampu maju, makmur dan stabil.

Read more...

Wednesday, 21 October 2009

Nizar-Anwar-???? Kamu Upah Berapa Pada Azizul dan Kunsul!!!

MEMANDANGKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih gemar mengeluarkan kenyataan ‘No Case To Answer’ bagi setiap laporan rasuah yang dibuat oleh pemimpin pembangkang menyebabkan dua orang Ketua Cawangan UMNO Sabah menyongsang arus membuat laporan rasmi terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di hadapan lima panel SPRM di Putrajaya.

Menurut Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, beliau bertindak atas kapasiti sendiri bagi menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang bersungguh-sungguh mahu membanteras politik wang dan Skandal rasuah di kalangan pemimpin UMNO.

“Kita tidak mampu lagi melihat pegawai kanan SPRM lebih gemar menutup kes dan menteri yang terlibat menyalahguna kuasa mencampuri siasatan yang dijalankan SPRM sebelum ini,” ujar Azizul yang sebelum ini pernah menulis Surat Terbuka kepada Ketua Menteri Sabah.

Bagi memastikan penjenayah kolar putih tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, maka Azizul dan rakannya, Kunsul Nahul bertindak memfailkan laporan rasmi di hadapan lima panel yang dilantik iaitu Panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah; Panel Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah; Panel Jawatankuasa Aduan; Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah serta Panel Penilaian Operasi.

Menurut Azizul, beliau kesal kerana Sabah diterajui oleh Ketua Menteri yang mengamalkan rasuah dalam pentadbiran dan ianya bukan rahsia lagi setelah 81 dalil difailkan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

“Salah satu bukti penting yang ketara dan tidak boleh disangkal ialah Skandal Wisma Bandaraya kerana Musa Aman secara sedar melakukan jenayah rasuah dan salahguna kuasa apabila beliau mengarahkan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berpindah ke Wisma Bandaraya; sedangkan beliau adalah pemegang saham dan isterinya, Faridah Tussin adalah pengarah Urusan Bestco Sdn.Bhd,” ujar Azizul yang berharap agar lima panel berkenaan menjalankan siasatan rapi bersama bukti dan panduan yang dikemukakan.

Kata Azizul, beliau kesal kerana Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat kenyataan terbuka bahawa ‘No Case To Answer’ sedangkan Musa telah melakukan rasuah paling ketara kerana beliau selaku Menteri Kewangan Sabah telah menggunakan wang rakyat untuk membayar sewa pejabat Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat serta subsidiarinya ke koceknya sendiri.

Tegas Azizul, beliau berpuas hati dengan layanan kesemua panel SPRM dan mengharapkan ianya diterjemahkan kepada tindakan yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang korup dan penjenayah kolar putih yang berselindung di sebalik jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan.

RASMI…. Salah satu surat laporan rasmi yang dikemukakan dan diaku sah terima oleh SPRM.

Dalam pada itu, Kunsul Nahul, Ketua Cawangan UMNO Kampung Tanjung Labian daripada Bahagian Silam, menyifatkan tindakan SPRM menutup kes Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli sebagai menghidangkan najis di majlis aidil fitri.

“Kenapa mahu tutup kes Musbah sedangkan ianya sudah terlalu jelas dan siasatan yang dilakukan memperolehi bukti yang mencukupi, tetapi sampai kepada peringkat pendakwaan, terus sepi sehingga ke hari ini,” ujar Kunsul yang mendakwa Musbah telah melacurkan jawatannya untuk kepentingan peribadi telah menerima kisas kerana tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO Kota Belud.

Namun, kata Kunsul, Kerajaan harus bertindak tegas dengan mendakwa Musbah di mahkamah atau bubarkan sahaja SPRM jika lima panel yang dilantik terpaksa melalui Pengarah-Pengarah SPRM sebagai sekritariat, seperti menukar pencuri dengan penyamun.

Kunsul dan Azizul menandatangani bersama surat rasmi yang diserahkan kepada kelima panel berkenaan meminta

“Kami memohon jasa baik Pengerusi ke semua lima panel yang dibentuk Kerajaan agar membuka semula fail siasatan yang dorman sejak lebih dua tahun lalu walaupun laporan polis dan aduan rasmi dibuat terhadap Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli atas kes rasuah,” ujar Kunsul yang sebelum ini menjadi penyokong kuat Musa Aman yang kini berpaling tadah setelah berpendapat Musa mengkhianati amanah ahli UMNO dan rakyat Sabah.

Selain kes Musa Aman dan Musbah, Azizul dan Kunsul juga mendesak siasatan segera dan rapi dijalankan oleh lima panel berkenaan berhubung Skandal Michael Chia Tien Foh yang merupakan kroni utama Musa Aman.

Read more...

Tuesday, 20 October 2009

Nizar-Anwar Guna Orang UMNO Buat Laporan Rasuah

Saturday, 3 October 2009

Nizar-Pas-Anwar Puas Hati ICAC Hongkong terima Laporan Tangkapan Duit Musa Aman

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Semalam diberitakan bahawa ICAC Hongkong mengesahkan bahawa jabatan itu telah menerima laporan pengubah suaian wang daripada individu rakyat Malaysia yang melaporan dua rakyat Malaysia termasuk ketua menteri Sabah Musa Aman.

Dalam satu kenyataan ICAC Hongkong akan menyiasat wang 16 Juta yang dirampas di lapangan terbang Hongkong yang mencoba mensabotej perekonomian Hongkong kerana cuba membawa wang keluar tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa Hongkong.

Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok.

Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan.

Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas kepada penangkapan Chia.

Berikut disiarkan satu daripada laporan itu yang dipetik dari blog "Deep Throat Sabah" yang mendakwa Chia ialah adik angkat Ketua Menteri Sabah.

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.“

CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah moden, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.

Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi ‘Taiko’ dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong ‘Khung Long’ atau yang digelar ‘Dinosour’ kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.

Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP