Showing posts with label dun perak. Show all posts
Showing posts with label dun perak. Show all posts

Monday, 2 November 2009

Nizar Kah? Zambry Kah? 5 November!!

Jumaat ini Zambry akan terus kekal sebagai Menteri Besar Perak. Mahkamah akan berpihak kepada majoriti.

Kerajaan Pakatan Perak tumbang bukan angkara Umno tetapi angkara Nizar sendiri. Nizar menganaktirikan Osman, Jamaluddin dan Hee, sepertimana Khalid Ibrahim menganaktirikan Badul Abdullah di Selangor.

Akibat menganaktirikan 3 ADUN tersebut, maka mereka tiada pilihan demi rakyat yang memilih mereka, mereka terpaksa mencari kapal besar agar supaya perkhidmatan mereka kepada rakyat yang memilih mereka terus terbela.

Akibat tindakan keluar 3 ADUN tersebut Nizar kehilangan majoriti dalam DUN Perak, ertinya secara Automatik kehilangan jawatan. Namun Nizar tidak mengakui atau mengiktiraf itu semua. Yang penting bagi Nizar.. dia telahpun angkat sumpah jadi MB Titik. Tiada yang boleh memecatnya, kecuali dirinya sendiri.

Atas pendirian tersebut, Nizar mempengaruhi semua pihak agar dirinya dianggap masih MB, termasuk Nik Aziz masih memanggilnya YAB Menteri Besar. Tujuan Nizar ini agar rakyat keliru dan berpihak kepadanya.

Namun mahkamah yang menegakkan undang-undang akan terus berpihak kepada yang hak tidak lebih dari itu. Yang Hak adalah Zambry. Atas sebab itu 5 November tidak akan ada perubahan di Negeri Perak.

Read more...

Sunday, 1 November 2009

Nizar-Zambry News: 5 November: Mahkamah Berpihak Kepada Majoriti: Nijzar Kempunan Lagi

Jumaat ini Zambry akan terus kekal sebagai Menteri Besar Perak. Mahkamah akan berpihak kepada majoriti.


Kerajaan Pakatan Perak tumbang bukan angkara Umno tetapi angkara Nizar sendiri. Nizar menganaktirikan Osman, Jamaluddin dan Hee, sepertimana Khalid Ibrahim menganaktirikan Badul Abdullah di Selangor.

Akibat menganaktirikan 3 ADUN tersebut, maka mereka tiada pilihan demi rakyat yang memilih mereka, mereka terpaksa mencari kapal besar agar supaya perkhidmatan mereka kepada rakyat yang memilih mereka terus terbela.

Akibat tindakan keluar 3 ADUN tersebut Nizar kehilangan majoriti dalam DUN Perak, ertinya secara Automatik kehilangan jawatan. Namun Nizar tidak mengakui atau mengiktiraf itu semua. Yang penting bagi Nizar.. dia telahpun angkat sumpah jadi MB Titik. Tiada yang boleh memecatnya, kecuali dirinya sendiri.

Atas pendirian tersebut, Nizar mempengaruhi semua pihak agar dirinya dianggap masih MB, termasuk Nik Aziz masih memanggilnya YAB Menteri Besar. Tujuan Nizar ini agar rakyat keliru dan berpihak kepadanya.

Namun mahkamah yang menegakkan undang-undang akan terus berpihak kepada yang hak tidak lebih dari itu. Yang Hak adalah Zambry. Atas sebab itu 5 November tidak akan ada perubahan di Negeri Perak.

Read more...

Tuesday, 27 October 2009

Nizar-Zambry: ADUN Biar Kecoh Asalkan Rakyat Bahagia

Untuk apa bubarkan DUN Perak? DUN hanya kecoh kerana percakaran antara ADUN. Pentadbiran negeri tidak terpengaruh kerana percakaran antara ADUN.

Persepsi bahawa kesatbilan petadbiran negeri Perak hanya isu buatan dan murahan. Pentadbiran Zambry berjalan dengan baik dan teratur. Hanya puak Nizar yang kelamkabut, mengatakan pentadbiran Perak kucar kacir.

Kelantan tahun 2004-2008 ditadbir oleh Pas hanya dengan satu majoriti kerusi, ini kan pula Perak dengan majoriti 3 ADUN!!.

Mereka yang mengatakan bahawa hanya melalui pemburan DUN Perak, kestabilan di Perak akan wujud, hanya bohong.

Nizar sejak 5 Februari 2009 ke ulu ke hilir hanya berdusta kepada rakyat. Baik lah dalam jangka masa pendek ada rakyat yang terpercaya, sehingga memungkinkan Nizar menang Parlimen Bukit Gantang, namun tidak akan berulang lagi, kerana pembohongan Nizar saban hari saban terbongkar.

Jadi, akibat pembohongan Nizar ini, maka ramailah pengikutnya berkata Hanya Bubar DUN Perak, Perak Stabil.. kenyataannya rakyat Perak sangat bahagia dalam pemerintahan Zambry. Tidak timbul rakyat kecoh, yang kecoh ADUN Pakatan pimpinan Nizar!!.

Read more...

Monday, 26 October 2009

Nizar oii Nizar: Osman dan Jamaluddin Tak Akan Berpaling Tadah

PKR Perak tidak akan meletakkan harapan kepada dua wakil rakyatnya yang berpaling tadah kepada BN untuk kembali menyokong mereka semata-mata untuk membolehkan DUN negeri itu dibubarkan.

Walau timbul desas-desus menyatakan ADUN Behrang dan Changkat Jering telah berhubung dengan PKR negeri, parti itu tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka itu yang didakwa mementingkan "kepentingan sendiri", kata Ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

Menurutnya lagi, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) serta Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dipercayai masih merupakan wakil rakyat bebas.

"Mereka ada berhubung dengan PKR negeri, itu maklumat yang kita dapat tapi kita tak dapat sahkan," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Zulkifli juga berkata PKR perlu menolak sekiranya benar Jamaluddin dan Mohd Osman telah berhubung dengan PKR negeri untuk kembali menyokong parti tersebut.

"Saya nampak ia lebih kepada kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi Behrang," kata Zulkifli lagi.

Beliau turut mendakwa Jamaluddin telah membuat beberapa rundingan melibatkan jawatan dengan BN, setelah keluar daripada PKR.

Menurut Zukifli lagi, rundingan yang dibuat oleh Jamaluddin itu adalah untuk membolehkan masyarakat setempat terus menyokongnya walaupun telah keluar dari parti.

Perbicaraan kes rasuah

Zulkifli mendakwa, Jamaluddin telah meminta kepimpinan BN negeri meletakkan dua orang calon ketua kampung di Behrang yang diketahui sebagai penyokong bekas wakil rakyat PKR tersebut.

"Dia kata kalau Umno tidak letakkan orang dia jadi calon ketua kampung, dia ugut untuk tidak akan sokong usul bajet negeri," kata Zulkifli lagi yang menjelaskan mengenai insiden yang diketahuinya berlaku kira-kira dua bulan lalu.

"Sekarang dua orang ketua kampung itu memang orang (Jamaluddin)," katanya lagi.

Kata Zulkifli lagi, kes rasuah yang masih berjalan terhadap mereka akan tetap digunakan oleh BN untuk menekan kedua-duanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada akhir Ogos tahun lalu atas tuduhan menerima rasuah masing-masing membabitkan RM100,000 dan RM5,000.

Zulkifli menegaskan, Pakatan Rakyat Perak kini harus menumpukan terhadap usaha jangka panjang dan bukannya bertindak semata-mata untuk memastikan DUN Perak dibubarkan.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya mahu pilihan raya peringkat negeri diadakan, tetapi tidak semestinya dengan mengembalikan sokongan Jamaluddin, Mohd Osman serta seorang lagi wakil rakyat DAP yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dalam masa sekarang, kita tidak boleh letakkan harapan kepada mereka... Kalau mereka masih memihak kepada kita, mereka boleh sokong kita. "Tapi saya tak rasa begitu sebab kalau mereka sokong, sudah tentu kerana sebab mereka berkepentingan," kata Zulkifli lagi.

Read more...

Sunday, 25 October 2009

Nizar Kamu Jangan Buat Kecoh 28 Oktober

Polis meminta semua pihak terutama penyokong parti-parti politik supaya tidak menimbulkan kekecohan semasa persidangan dewan DUN Perak Rabu ini.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata semua ADUN juga diharap tidak menimbulkan kekecohan semasa bersidang sehingga boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik.

Beliau berkata polis akan menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keadaan terkawal semasa perjalanan sidang DUN dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang sengaja menimbulkan kekecohan.

"Orang ramai dan penyokong parti juga tidak terkecuali dan tindakan akan diambil sekiranya berhimpun atau menimbulkan kekecohan di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kawasan Greentown Business Centre di Ipoh hari ini.

Zulkefli berharap semua pihak mengambil iktibar daripada sidang DUN yang lalu apabila berlaku kekecohan di dalam dan luar dewan.

Katanya, polis hanya menjalankan tugas memastikan ketenteraman dan jika ada ADUN, penyokong atau orang ramai yang menimbulkan kekecohan, tindakan tegas akan diambil.

Sidang DUN Perak bagi membentangkan Bajet 2010 akan berlangsung di DUN Perak yang terletak di Bangundan Perak Darul Ridzuan
bermula 10 pagi Rabu ini.

Sementara itu, polis menerima enam laporan terhadap bekas Speaker DUN, V Sivakumar kerana enggan memulangkan jubah Speaker walaupun selepas diminta berbuat demikian oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Zulkefli berkata polis sedang menyiasat laporan itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak.

Read more...

Friday, 23 October 2009

Nizar-Pas-Ngeh-Sivakumar: Jangan Coba Buat Kecoh Sidang DUN Perak: Kata Ketua Polis Perak

Polis meminta semua pihak terutama penyokong parti-parti politik supaya tidak menimbulkan kekecohan semasa persidangan dewan DUN Perak Rabu ini.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata semua ADUN juga diharap tidak menimbulkan kekecohan semasa bersidang sehingga boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik.

Beliau berkata polis akan menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keadaan terkawal semasa perjalanan sidang DUN dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang sengaja menimbulkan kekecohan.

"Orang ramai dan penyokong parti juga tidak terkecuali dan tindakan akan diambil sekiranya berhimpun atau menimbulkan kekecohan di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kawasan Greentown Business Centre di Ipoh hari ini.

Zulkefli berharap semua pihak mengambil iktibar daripada sidang DUN yang lalu apabila berlaku kekecohan di dalam dan luar dewan.

Katanya, polis hanya menjalankan tugas memastikan ketenteraman dan jika ada ADUN, penyokong atau orang ramai yang menimbulkan kekecohan, tindakan tegas akan diambil.

Sidang DUN Perak bagi membentangkan Bajet 2010 akan berlangsung di DUN Perak yang terletak di Bangundan Perak Darul Ridzuan
bermula 10 pagi Rabu ini.

Sementara itu, polis menerima enam laporan terhadap bekas Speaker DUN, V Sivakumar kerana enggan memulangkan jubah Speaker walaupun selepas diminta berbuat demikian oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Zulkefli berkata polis sedang menyiasat laporan itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak. BERNAMA

Read more...

Nizar-Pas-Anwar: Saksi Utama SPRM Tukar Pengakuan: Kes 2 ADUN Perak

Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST. http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut. Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu. "Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas. Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini. Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah. Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Read more...

Wednesday, 21 October 2009

Nizar-Ngo-Ngeh: Harapan Pada Jamaluddin-Osman: DUN Perak Bubar

PKR Perak tidak akan meletakkan harapan kepada dua wakil rakyatnya yang berpaling tadah kepada BN untuk kembali menyokong mereka semata-mata untuk membolehkan DUN negeri itu dibubarkan.

Walau timbul desas-desus menyatakan ADUN Behrang dan Changkat Jering telah berhubung dengan PKR negeri, parti itu tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka itu yang didakwa mementingkan "kepentingan sendiri", kata Ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

Menurutnya lagi, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) serta Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dipercayai masih merupakan wakil rakyat bebas.

"Mereka ada berhubung dengan PKR negeri, itu maklumat yang kita dapat tapi kita tak dapat sahkan," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Zulkifli juga berkata PKR perlu menolak sekiranya benar Jamaluddin dan Mohd Osman telah berhubung dengan PKR negeri untuk kembali menyokong parti tersebut.

"Saya nampak ia lebih kepada kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi Behrang," kata Zulkifli lagi.

Beliau turut mendakwa Jamaluddin telah membuat beberapa rundingan melibatkan jawatan dengan BN, setelah keluar daripada PKR.

Menurut Zukifli lagi, rundingan yang dibuat oleh Jamaluddin itu adalah untuk membolehkan masyarakat setempat terus menyokongnya walaupun telah keluar dari parti.

Perbicaraan kes rasuah

Zulkifli mendakwa, Jamaluddin telah meminta kepimpinan BN negeri meletakkan dua orang calon ketua kampung di Behrang yang diketahui sebagai penyokong bekas wakil rakyat PKR tersebut.

"Dia kata kalau Umno tidak letakkan orang dia jadi calon ketua kampung, dia ugut untuk tidak akan sokong usul bajet negeri," kata Zulkifli lagi yang menjelaskan mengenai insiden yang diketahuinya berlaku kira-kira dua bulan lalu.

"Sekarang dua orang ketua kampung itu memang orang (Jamaluddin)," katanya lagi.

Kata Zulkifli lagi, kes rasuah yang masih berjalan terhadap mereka akan tetap digunakan oleh BN untuk menekan kedua-duanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada akhir Ogos tahun lalu atas tuduhan menerima rasuah masing-masing membabitkan RM100,000 dan RM5,000.

Zulkifli menegaskan, Pakatan Rakyat Perak kini harus menumpukan terhadap usaha jangka panjang dan bukannya bertindak semata-mata untuk memastikan DUN Perak dibubarkan.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya mahu pilihan raya peringkat negeri diadakan, tetapi tidak semestinya dengan mengembalikan sokongan Jamaluddin, Mohd Osman serta seorang lagi wakil rakyat DAP yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dalam masa sekarang, kita tidak boleh letakkan harapan kepada mereka... Kalau mereka masih memihak kepada kita, mereka boleh sokong kita. "Tapi saya tak rasa begitu sebab kalau mereka sokong, sudah tentu kerana sebab mereka berkepentingan," kata Zulkifli lagi.

Read more...

Monday, 19 October 2009

Nizar-Zambry: 28 Oktober Siapa Cepat Dia Dapat

Pelik sungguh persidangan DUN Perak pada 28 Oktober ini. Pada hari itu ada dua bentuk persidangan, yang pertama persidangan DUN tajaan BN dan kedua tajaan gabungan Pas-PKR-Dap.

Dalam situasi demikian sudah tentu pasukan keselamatan DUN akan kelam kabut, kerana masing-masing akan berebut mengadakan sidang.

Di pihak Zambry sudah tentu Ganesan akan duduk di kerusi speaker untuk memula acara DUN, di lain pihak Sivakumar akan mencoba mengapai kerusi itu.

Terjadi kah rebut merebut dan kecoh pada hari tersebut. Akan berlangsung kah sidang DUN Perak seperti yang diinginkan.

Jika kekecohan meletus, maka penyelesiaan sidang DUN ini akan terus berlarutan, kerana masing-masing pihak akan berusaha meyakinkan orang ramai bahawa sidang mereka lah yang sah.

Secara matematik, memang BN yang layak mengadakan sidang kerana merupakan pemerintah negeri. BN mempunyai 3 majoriti di banding gabungan Pas-Pkr-Dap. Untuk cacitan BN ada 28 kerusi, demikian juga gabungan Pas-PKR-Dap ada 28. Yang membezakan mereka adalah ADUN Bebas.

Adun Bebas sebelumnya adalah ADUN Gabungan Pas-PKR-Dap yang mengisthirkan diri mereka sebagai ADUN bebas tetapi pro-Zambry. Hakikat ini tidak boleh diterima oleh Nizar-Ngo-Ngeh dan Sivakumar. Kerana bagi mereka, seseorang ADUN itu tidak bebas memilih kelompok mana sokongan mereka, kerana mereka dipilih oleh rakyat. Rakyatlah yang sepatutnya menentukan pilihan.

Siang-siang lagi Nizar dan kawan-kawan mahukan DUN Perak dibubarkan untuk kembali kepada rakyat, manakah kerajaan yang mereka suka, namun Zambry tidak suka kepada cadangan ini, kerana belum pasti Zambry akan memperolehi kerusi sekarang ini. Kerana itu lah situasi DUN Perak hingga kini masih berselaru.

Read more...

Friday, 16 October 2009

Nizar-Zambry:Sidang DUN Perak Pasti Kecoh: Pertembongan Sivakumar-Ganesan

Pada 28 Oktober akan terjadi pertembongan antara Nizar-Pakatan dan Zambry-BN, Sivakumar-ganesan, kerana ke dua-dua pihak mengaku memanggil sidang DUN pada tarikh yang sama.

Terulangkan peristiwa sidang DUN bulan Mei yang lalu. Sama-sama kita tunggu.

Read more...

Thursday, 15 October 2009

Nizar Kamu Hadir kah atau Tidak: DUN Perak Tetap bersidang

Bagi Zambry surat pekeliling yang menyatakan bahawa sidang DUN Perak akan diadakan pada 28 Oktober tetap berjalan seperti yang telah ditetapkan.

Samada ADUN Pakatan pimpinan Nizar akan hadir, sidang tersebut tetap berjalan.

Sebarang keputusan sidang tersebut akan menjadi sah, kerana selain memenuhi syarat peraturan DUN Perak yang paling penting sidang DUN tersebut mendapat perkenaan daripada Sultan Perak.

Jika ADUN Pakatan tidak hadir, diperkirakan sidang tersebut akan berjalan dengan lancar, kerana keputusan yang dibuat adalah sah.

Read more...

Wednesday, 14 October 2009

Nizar: Kamu Terlibat Kah Kes Rasuah Osman Jailu?

Mahkamah Sesyen Ipoh diberitahu, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang meminta seorang agen sebanyak RM100,000 untuk membantu meluluskan projek bernilai RMN180 juta di Seri Iskandar.

Agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), Mohamad Imran Abdullah telah menceritakan hal ini dalam perbicaraan kes rasuah terhadap enam orang termasuk dua Adun PKR yang melompat menjadi Adun bebas.

Beliau memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap bekas ahli majlis Perak Tengah, Zul Hassan, ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail and jurutektik dari Lembaga Pembanguna Perak, Ruslan Sahat.

Mereka didakwa bersama bekas Exco, Mohd Osman Mohd Jailu, 57, Jamaluddin Mohd Radzi, 52 dan bekas ahli Majlis Perak Tengah Usaili Alias, 56.

Tuduhan ke atas Ruslan telah digugurkan kerana telah meninggal dunia.

Selepas didakwa, Osman dan Jamaludin kemudiannya telah meninggalkan PKR dan menjadi Adun Bebas yang pro-Umno. Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah jatuh.

Menurut cerita Imran, beliau mulanya bersama seorang pegawai BPR yang berlakun sebagai teman wanitanya telah membawa bersama mereka tiga wanita warganegara Cina, satu kotak Carlsberg dan meninggal RM2,000 wang untuk mereka bertiga di sebuah hotel dekat Batu Feringi.

Selepas beberapa hari kemudian, Imran menemui Osman Jailu dan Usaili Alias di sebuah coffe house di Bukit Mertajam untuk menyerahkan wang bernilai RM5,000 kepada Osman.
Imran berkata, Osman tidak menerimanya tetapi memberikan isyarat agar ia diserahkan kepada Usaili.

Selepas menyerahkan wang itu, Imran berharap projeknya diluluskan segera, namun Usaili meminta lebih banyak wang untuk meluluskannya iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000.

"Saya bertanya, mereka yakin ke hendak RM30,000 ke RM50,000 sahaja kerana projek itu bernilai RM180 juta.

"Mohd Osman kemudiannya berkata, "RM100,000".

Pada 19 Ogos datanglah hari mereka mereka nantikan itu. Ia berlaku di sebuah restoran di Bukit Mertajam.

Imran telah meletakkan sebuah beg tangan yang mengandungi wang tunai RM100,000 di atas meja.

"Saya bukakan beg itu dan tunjukkan Mohd Osman wang itu. Dia melihatnya dan mengarahkan saya untuk serahkannya kepada Usaili," beritahu Imran.

Usaili kemudiannya menarik beg itu ke arahnya.

Imran kemudian memohon diri untuk pergi dan serentak dengan itulah juga pegawai BPR masuk dan menangkap mereka.

Perbicaraan bersambung

Read more...

Tuesday, 13 October 2009

Nizar-Pas-Dap: Bagus lah Kalau Kamu Tak Hadir Sidang Dun Perak: Selamat Semua

Menteri Besar Perak Pilihan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Bagan Pinang kelmarin sebagai 'kemenangan rasuah'.

Beliau berkata, soal kekalahan calon Pas tidak menjadi masalah kerana adat pertandingan, tetapi moral kemenangan itu memperlihatkan pengundi tidak mengambil kisah mengenai latar belakang wakil rakyat walaupun pernah terlibat dengan politik wang.

“Pada mereka soal rasuah dianggap remeh dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Saya sedih dengan keadaan ini kerana majoriti pengundi di sini adalah Melayu Islam yang seolah-olah mengiktiraf pemimpin dari kalangan rasuah padahal terang-terangan dalam al-Quran telah menyatakan dengan jelas berkaitan isu rasuah,” katanya, semalam.

Nizar berkata, beliau merasakan masyarakat di DUN Bagan Pinang belum lagi melihat isu rasuah sebagai satu permasalahan besar sebaliknya menganggap ia sebagai isu kecil sehingga lebih mengutamakan populariti calon BN.

Katanya, soal kualiti pemimpin hanya berpaksikan kepada orang lama yang banyak berjasa, bukan kualiti berlandaskan agama.

“Sebab itulah, Mohd Isa menjadi pilihan majoriti masyarakat di DUN berkenaan walaupun rekodnya buruk sebelum ini. Pengundi masih tidak dapat membezakan pemimpin berkualiti yang berlandaskan agama dengan pemimpin berkualiti berdasarkan pengalaman,” katanya.

Dalam perkembangan politik di Perak terutama desas-desus mengatakan sidang DUN akan diadakan pada 28 Oktober ini, Nizar berkata, beliau tidak akan hadir jika notis arahan dikeluarkan oleh Speaker Datuk R Ganesan.

“Ini kerana kami dari pakatan pembangkang tidak pernah mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker, tetapi jika V Sivakumar yang keluarkan arahan, kami akan hadir kerana ia adalah Speaker sah," katanya.

Read more...

Nizar: Sidang DUN Perak 28 Oktober: Kamu Buat Kecoh Lagi lah

Sidang DUN Perak akan diadakan pada 28 Oktober depan, notis telah dikeluarkan dan ada beberapa ADUN PR telah menerimanya.

Sebarang usul dan soalan lisan dan bertulis hendaklah sampai di meja speaker pada atau sebelum 14hb Oktober.Persidang halal kali ke-2 selepas persidangan melantik speaker baru.

Sebelum ini Pakatan Rakyat telah mengadakan persidangan di sebuah hotel di Ipoh. Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh Nizar juga pernah bersidang di bawah pokok.

Selepas itu pokok tersebut di namakan pokok demokasi. Tugu batu yang di dirikan telah di robohkan oleh pihak berkuasa tempatan. Serpihan batu tersebut di jual oleh Nizar.Selepas persidangan bawah pokok, Pakatan Rakyat mengarahkan penyokong mereka membuat demotrasi di Masjid Ubaidiah Kuala Kangsar.

Tujuan demontrasi tersebut untuk meraih simpati daripada Sultan Perak. Ramai lah penyokong Pakatan Rakyat dari Parti PAS yang hadir.Mereka bersembahyang di Masjid Ubaidiah dan menadah tangan bila mana Khatib membaca doa memohon di serahkan kepimpinan negara kepada orang yang bertakwa dan juga memohon kesihatan dan kesejateraan kepada Raja pemerintah. Selepas sahaja selesai bersolat Jumaat, puak-puak serombongan PAS mengadakan demotrasi tersebut.Mereka bukan sahaja berguling di atas jalan raya untuk menghalang kereta Raja pemerintah tetapi mereka juga membaling batu. Begitu semangat sekali mereka sehingga kan anak di buaian di angkut sekali, bini dalam pantang pun turut di usung.

Nizar selaku MB, hanya lah seperti daun kari poley di dalam kari. Selepas tersedia kari tersebut daun kari poley akan di kais ke tepi. Tetapi kalau puak-puak serombongan PAS tak faham, apa itu daun kari poley, maka boleh lah umpama kan Anjing Buruan.Anjing Buruan DAP. Anjing buruan ni akan menyalak dan memintas mangsa buruan, tetapi apabila mangsa buruan tersebut dapat di tembak oleh pemburu maka Anjing buruan yang berusaha keras tadi akan di halau dari mendekati mangsa buruan tadi.

Jangan kata nak jilat nak hidu pon tak boleh. Nak dapat jamah daging buruan tadi, mintak maap la...Begini lah sebenar nya nasib PAS, bila mana bersama DAP di Perak. Segala hak dan kepentingan orang Melayu yang di usahakan oleh UMNO selama ini habis di gadai. Contoh seperti di ini......Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

Semua cadangan itu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskanUsaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

Usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Selepas Mahkamah memutus kan Zamry sebagai Menteri yang sah maka si Nizar jadi seperti orang yang gila talak. Dia menjerit ke hulu dan ke hilir. Konon nya tak demokrasi.

Sebenar nya bukan tak demokrasi tapi demo tak kasi.Pakatan Rakyat PAS dan DAP menjadi seperti orang hilang akal, si Nizar pantang nampak bayang Raja Perak akan di terkam nya untuk memohon perkenan di bubar nya DUN Perak.

Adalah di beritakan bila mana Baginda Sultan pergi ke majlis rasmi yang tak berkenaan langsung dengan hal-ehwal negeri Perak pon, Si Nizar akan mengambil kesempatan, untuk mohon perkenan membubarkan DUN. Apakah Gila Si Nizar ini. Kalau gila sepatutnya Nizar harus di kurung di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Berbagai provokasi yang di cipta oleh Nizar untuk meraih simpati daripada rakyat jelata.Beliau menjelajah keseluruh pelosok untuk bercerita yang beliau di singkirkan.

Malah kebodohan beliau terserlah bila mana beliau mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukir Gantang. Beliau menjerit Bubar DUN Perak, dan melilit kepala. Apakah kuasa Parlimen untuk membubar kan DUN Perak.

Inilah ke bodohan tahap gaban dalam abab ini. Penduduk Bukit Gantang memilih beliau dengan harapan beliau dapat membela nasib mereka di Parlimen. Membawa masalah mereka. Tetapi wakil yang mereka harapkan ini rupa nya tahap bagal.Semasa Nizar berkuasa beliau hanya lah sebagai Anjing buruan sahaja, di kawal oleh Ngeh dan Nga. Segala-gala nya di kawal oleh Ngeh dan Nga. Nizar hanya ternga-Nga. Begitu dayus nya Nizar.

Sempena persidangan DUN Perak pada 28 oktober ini pasti akan ada lagi lakonan si Nizar. Akan ada lagi beruk dan ungka yang akan melompat-lompat di dalam Dewan Undangan Negeri, elok lah kira nya pihak Polis di ganti dengan Perhilitan, kerana Perhilitan lebih arif dalam hal mengawal haiwan liar ini

Read more...

Friday, 2 October 2009

Nizar-Pas Cuba Baca Betul-betul: Ini lah Ketua Pakatan Kebangaan Mu

Nizar cuba baca cerita ni betul-betul. Orang ini adalah boss Eli yang ada gambar bogel tu. Orang ini juga boss Khalid Gagap MB Selangor. Orang juga Bos Azmin Ali yang bini nya disebut-sebut dalam kes liwat Anwar-Azizan.

Orang ni lah yang kena pukul oleh Rahim Noor. Rahim Noor masuk jail kerana menumbuk orang ni, sehingga lambang PKR- black eye.

Orang juga yang meliwat Saiful- walaupun belum diputuskan oleh mahkamah, kerana orang ni takut pembicaraan. Takut.. memang kerja dia buat.

Nizar ini lah bos kamu, bos Yusmadi Yusof MP Balik Pulau -Pulau Pinang, yang sekarang sedang saling bidas membidas dengan DAP kerana isu penggilirian Ketua Menteri seperti yang diamalkan di Sabah suatu masa dahulu.

Read more...

Wednesday, 30 September 2009

Zambry: Jawatan Menteri Besar Belum Selamat: 5 November mungkin Nizar pula jadi MB

Mahkamah Persekutuan menetapkan 5 November ini bagi mendengar rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap perisytiharan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Pada tarikh itu, panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff akan mendengar tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh peguam bela Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Kemelut perebutan MB Perak bermula pada 5 Februari 2009 apabila 3 ADUN Pakatan keluar parti untuk menjadi ADUN BEBAS, akan tetapi menyokong BN. Dengan keluarnya 3 ADUN Pakatan tersebut, menjadikan Nizar kehilangan majoriti dalam DUN Perak, kerana itu, Sultan Perak melantik Zambry Kadir sebagai MB.

Perlantikan Zambry tidak dapat diterima Nizar, kerana mendakwa pelantikan tersebut bukan kehendak rakyat, atas sebab itu, Nizar menderhaka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Read more...

Tuesday, 29 September 2009

Nizar-Perak-Sivakumar: Peluang Nizar jadi MB Semula tertangguh hingga 22 Oktober depan

Mahkamah hari ini menundah keputusan permohonan V Sivakumar mengenai keputusannya mengisthirkan 3 DUN Kosong ekoran melompatnya dan keluarnya 3 DUN Pakatan dan seterusnya menyokong UBN.

Mahakamah akan membuat keputusan pada 22 Oktober depan apakah V Sivakumar betul. Jika permohonan V Sivakumar dibenarkan oleh mahakamah , maka Nizar ada peluang lagi jadi MB kerana kedudukan DUN adalah seimbang. Terserah kepada Sultan Perak memberi perkenaan, yang manakah patut memerintah Perak. Ada kemungkinankah Tuanku memberi perkenaan pembubaran DUN untuk membolehkan pilihanraya?.

Dalam kedudukan Negri Perak sekarang, difikirkan perlu bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana pilihan mereka. Membiarkan keadaan sekarang yang menurut Nizar dan penyokongnya adalah kerajaan yang ditubuhkan bukan melalui pilihanan rakyat, melainkan melalui cara kudeta.

Keputusan Mahakamah tinggi adalah seperti berikut:


The High Court will deliver its decision on ousted Perak Speaker V. Sivakumar’s leave for application for judicial review against the Election Commission (EC) on October 22.

Sivakumar’s lawyer told reporters that both lawyers clarified whether the Speaker can accept the resignation of the three assemblymen.

“The Federal Court decided only the Election Commission can declare a seat to be vacant so we agreed but the Federal Court also said that the Speaker also has the right to accept the resignation letters so the issue is what does this phraseology mean? “Does it mean that the Speaker can actually make his mind up to accept the resignation of the assemblymen or the Speaker accepts the resignation letter in the sense that he is the postman? “Whether the Speaker can accept the resignation of the assemblymen or not? We feel under the constitution of

Perak, he has the right to do that and there are certain statements in the Federal Court judgment which seem to support our position,” he explained. He added the Speaker has the right to ask the court to enquire about the EC’s decision even though he does not have the power determine the status of the seat.

“We contend that they (EC) did not exercise the discretion of their powers properly. It was an unreasonable and irrational decision,” he said. Razlan also stressed that the issue of vacancy is no longer an issue because it has been decided by the Federal Court.

In his application, Sivakumar had named State assemblymen Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang), and the EC as respondents. All three assemblymen had denied resigning and alleged their signatures on the resignation letters held by Sivakumar were forged.

The EC decided that the resignation letters were invalid, allowing the incumbents to retain their seats. Perak Pakatan Rakyat has accused the EC of acting beyond its powers in Perak, specifically usurping the rights and powers of Speaker Sivakumar to determine that resignations had taken place.

The EC’s refusal to declare the Behrang, Changkat Jering and Jelapang seats vacant led to the downfall of the Perak PR government in February when the three assemblymen declared themselves independents and supported BN to form a new state government. Both BN and PR have 28 seats each in the Perak state assembly, and the three, who resigned from PKR and DAP, tipped the balance in favour of BN.

Sivakumar and his lawyers argued that the apex court did not declare the resignation letter invalid, which means that technically there are legal loopholes available for them to prove that the three had indeed resigned. The judicial review is to challenge the EC’s decision in not declaring the three seats vacant for by-elections despite being having been declared vacant by then-Speaker Sivakumar.

Read more...

Monday, 28 September 2009

Nizar Esok Jangan Mimpi: MB Tetap Zambry Punya

Nizar tak puas-puas. Berbagai cara telah Nizar lakukan. Sidang DUN bawah Pokok, sidang DUN Hotel, tunjuk perasaan, naik-turun mahkamah, semata-mata nak gengam balik jawatan MB dan kuasa MB.

Kuasa MB memang hebat, boleh lulus pemilikan tanah, boleh bagi projek, boleh pakai camry, dibanding Proton Perdana, boleh tinggal rumah MB dan berbagai kemudahan.

Keselesaan yang dinikmati Nizar hanya bertahan 11 bulan, kemudian lenyap. Kehilangan jawtan MB Nizar adalah salah Nizar sendiri, kerana lebih memberi perhatian khas dan utama kepada Dtuk Ngo dan YB Ngeh. ADUN DAP merupakan controller Nizar, sehingga Nizar sehingga Nizar lupa kepada 3 ADUN Katak.

Kerana 3 ADUN Katak lah NIzar hilang jawatan. Nizar menyerahkan sendiri jawatannya kepada orang lain, dan kebetulan yang menyambutnya adalah Zambry Kadir.

Beci Nizar kepada Zambry luarbiasa, kerana jawatan MBnya diambil Zambry, kereta Camrynya pun dilelong oleh Zambry.

Dalam perutusan 1 Syawalnya Nizar mengajak rakyat Perak melakukan perubahan besar-besaran. Nizar lupa bahawa Perak kini dikuasai oleh BN. Jika Nizar boleh kata rakyat Perak akan lakukan perubahan besar-besaran,maka Nizar lupa, ianya juga boleh mengarah kepada BN.

Rakyat Perak dak muak dengan karenah Nizar. Nizar tak habis-habis menyuruh para penyokongnya mencomot, mencoret poster Zambry. Jika undang-undang yang ada adalah undang-undang rimba,pasti Nizar akan terkam habis Zambry, seperti Singa di Padang Savana Afrika.

Nizar sejak 5 Februari masih termimpi-mimpikan jawatan MBnya,kerana jawatan MB semua orang tahu sangat berkuasa.

Jangan bermimpi Nizar Kamu tu bukan MB Perak lagi.

Read more...

Sunday, 27 September 2009

Nizar: Pas Tetap Setia Pada Pakatan

PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat.

"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas Nizar. PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR. "Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa.

Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Bukit Gatang itu. Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Sementara itu Salahuddin Ayub bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.

"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.

PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.

Read more...

Di Sebalik Simbah Cat Merah Poster Zambry

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh. "Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.

"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya. Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.

Ahmad Fakeh mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.

Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka. "Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.

Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.

Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.

Ustaz Abu Bakar meminta polis buat siasatan, kerana PAS juga tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.

Walaubagaimanapun, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan.

Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah.

Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan,"

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP