Showing posts with label nizar lawan zambry. Show all posts
Showing posts with label nizar lawan zambry. Show all posts

Thursday, 19 November 2009

Nizar Akhirnya Iktiraf Zambry

Nizar akhirnya menerima Zambry sebagai menteri besar Perak. Mantan MB tersebut meminta bantuan Zambry bagi membantu FA Perak kerana menghadapi masalah kewangan.

Sila ikuti laporan BERNAMA berikut.

Perak Football Association (Perak FA) president Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today urged the Perak state government to help the cash-strapped association.

The former Menteri Besar urged current Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir to set aside political differences for the development of sports in the state.

"If Zambry decides to help Perak FA...fans in the state will certainly look up to him as a true leader," he told reporters at the Perak FA office here Tuesday.

Perak were among six teams that were barred from competing in the M-League next season for failing to meet terms and conditions set by the Football Association of Malaysia (FAM).

Mohammad Nizar who was the Perak Menteri Besar when he decided to take over as Perak FA president from Datuk Muhamad Mahiyuddin Abdullah, the Perak Malay Chamber of Commerce president.

"Look at Kelantan, although the Kelantan FA president is Kelantan Umno Liaison Chief Datuk Seri Anuar Musa, the PAS government continues to provide funds for the Kelantan team," he said.

The former Menteri Besar who claimed that he had no intention of relinquishing his post as president, added that Zambry's statement last week, urging Mohammad Nizar to resign if Perak FA could not settle its financial obligations, as unprofessional.

The FAM who made the announcement on Nov 2, are expected to make a final decision on the suspension during an FAM council meeting that is expected to be chaired by its president Sultan Ahmad Shah, soon.

The six teams were barred from the M-League competitions next season for failing to settle salary of players and money owed to the Employees Provident Fund (EPF).

Meanwhile, Perak PAS Youth has launched a state level donation drive to collect funds for the Perak team.

Read more...

Friday, 6 November 2009

Nizar: 11 Hakim Ditolak: 5 Hakim Ya

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubungi kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim.

Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya.

Keputusan tersebut menimbulkan tandatanya kerana mahkamah tertinggi di negara ini itu sebelum ini pernah membenarkan panel tujuh hakim mendengar dua kes dadah.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya.Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan.Oleh itu, katanya, seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik dan orang awam "kerana ini adalah satu kes yang unik".

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang membantu menterjemah perlembagaan Perak dan perlembagaan Persekutuan, berkata permohonan tersebut tidak seharusnya dibuat melalui usul.Sebaliknya, kata beliau, ia seharusnya dibuat melalui semakan kehakiman.

Dalam hujahnya, Ambiga juga memetik dari buku 'May Day for Justice' tulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas mengenai krisis Umno pada 1987.Petikan itu antara lain berbunyi "nampaknya satu cara untuk mengikis keraguan, terutamanya dalam mendengar kes yang berbaur politik ialah dengan menyemak kes (Umno) di hadapan panel penuh hakim".

Salleh menulis bahawa dengan kehadiran semua hakim, maka ia boleh mengikis sebarang tanggapan berlaku berat sebelah di pihaknya.Dengan itu, tiada pihak yang boleh berkata beliau memilih hakim atau memilih panel hakim, tulis Salleh mengenai perlunya panel penuh hakim mendengar kes Umno pada 1988.

Bagaimanapun, sebelum idea itu dapat dilaksanakan, Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu), telah menggantikannya.

Keputusan rayuan Nizar, akan menentukan masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan Februari lalu selepas beberapa wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Ia juga bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

Read more...

Thursday, 5 November 2009

Nizar-Zambry: Pehakiman Ditangguhkan: Zambry Masih Lagi MB

5 Hakim pembicarakan kes Nizar lawan Zambry mana satu Menteri Besar Perak Ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Kedua-dua pihak telah selesai menghujah kes masing-masing.

Disebabkan belum ada keputusan, maka Zambry kekal MB.

Disebabkan para penyokong Zambry telah memperkirakan bahawa keputusan tidak pada hari ini, kerana itu mereka tidak hadir.

Read more...

Nizar -Zambry: Najib Tiada Pilihan Mesti Bubar DUN Perak

Perjalanan pembicaraan mahkamah antara Nizar dan Zambry, manakah Menteri Besar yang sah masih berlangsung.

Tumpuan pada artikel 72 pelembagaan persekutuan, bahawa mahkamah tiada kuasa campur tangan dalam perjalan sidang DUN Perak.

Selain itu kuasa melucutkan jawatan oleh Sultan Perak terhadap jawatan MB, dimana dalam undang-undang tubuh kerajaan Perak, MB akan terlucut jika terjadi undi tidak percaya dalam sidang DUN yang sedang berlangsung.

Kes Nizar adalah sebaliknya, Nizar kehilangan jawatan kerana kehilangan majoriti sokongan ADUN di luar sidang DUN Perak.

Sebelumnya Mahkamah tinggi pernah memutuskan bahawa Nizar masih sah sebagai MB, namun rayuan terhadap keputusan tersebut telah diperolehi oleh Zambry. Pembicaraan rayuan tersebut sedang didengar pada masa ini.

Namun berasaskan perkembangan Zambry akan diistiharkan kalah, kerana itu Nizar masih MB yang sah. Dengan hal yang demikian, Nizar akan menghadap Sultan untuk mencadangkan DUN Perak dibubarkan, walaupun Zambry ada peluang menangguhkan keputusan tersebut ke mahkamah Persekutuan.

Namun, berasaskan situasi di Perak, Najib tiada pilihan melainkan menasihatkan Zambry agar menghadap Sultan Perak agar permohonan Nizar membubarkan DUN diperkenankan.

Read more...

Nizar News: Desas Desus Terkini: Nizar Mungkin Dishahkan Masih Menteri Besar

Kes pembicaraan MB Perak di Mahkamah Rayuan pada Mei lepas ditempat yang sama dengan Mahkamah Persekutuan hari ini, Keduanya di Istana Keadilan cuma tingkat satu dan dua sahaja. Pada dasarnya kehadiran ramai wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat dinafikan pada kedua-dua pembicaraan itu.

Namun pada hari ini yang tidak kelihatan ialah ADUN-ADUN BN, seorangpun tidak hadir. Seingat saya pada 22 Mei semasa mahkamah ingin memutuskan Zambry sebagai MB Perak saya melihat ada ADUN dari BN yang hadir disamping mereka yang kalah dalam pilihanraya yang lepas. Antaranya ADUN Manjoi dan ADUN Sungai Rapat.

Kali ini tiada seorangpun ADUN atau MP BN.. menguatkan spekulasi bahawa Zambry akan kalah.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP