Showing posts with label jelapang padi kb. Show all posts
Showing posts with label jelapang padi kb. Show all posts

Friday, 28 August 2009

Bulan Puasa hari-hari turun padang bagi wakil rakyat tempasuk

Mengambil kesempatan bulan cuci orang islam ini, wakil rakyat Tempasuk sibuk turun padang sekaligus turut bersembayang terawih di kawasannya. Di samping mendapat rahmat bulan cuci ini, peluang ini juga digunakan oleh wakil rakyat tersebut mendekati para penggundinya.

Di samping dapat bersilaturahim, YB ini juga sempat bertanyakan masalah-masalah yang dihadapi rakyat. Pengetahuan langsung mengenai masalah rakyat ini, membuatkan YB ini tidak bergantung harap kepada laporan-laporan badan-badan kerajaan, kerana beliau sendiri melihat dan mendegarnya.

Projek Jelapang padi dan agropliten yang dalam proses menyediakan tapak lepas landas,merupakan perhatian utama YB tempasuk ini.

Read more...

Thursday, 13 August 2009

Impak Jelapang Padi Kota Belud

Menghindar Pekan Kota belud yang sempit itu memaksa kerajaan negeri Sabah untuk membangun jalan pintas menghubungkan Kudat, Kota Marudu dan Tuaran. Tujuan pembangunan jalan pintas itu hanya mengelak arus lalu lintas yang ke Tuaran dan Kota Kinabalu, agar supaya tidak melewati Pekan Kota Belud. Itu sahaja tujuannya
.
Namun kerana pembinaan jalan pintas ini telah berakibat pengorbanan ekonomi dan sosial, kerana tidak sedikit kawasan ekonomik yang terkorban, malah ramai penduduk yang tidak bersetuju dengan pembangunan jalan tersebut..
.
Jika sekiranya membangunan jalan pintas tersebut dibangun sesuai dengan matalamat awalnya, sudah tentu pembinaannya banyak mendatangkan manafaat kepada persekitarannya, akan tetapi kerana pembinaannya melencong jauh dari matalamat asalnya, maka korban ekonomik dan sosialnya hingga kini masih berbekas..
.
Jika alignment ke-2 yang diikuti sepertimana persetujuan awal daripada wakil-wakil rakyat dan penduduk, maka korban ekonomik seperti saluran air, tanah sawah bagi kampong Labuan, Wakaf dan Jawi-Jawi tidak terkorban. Akibat pembinaan jalan ini, maka saluran-saluran air telah terputus, akibatnya tanah sawah yang dahulunya menghasilkan padi, pada masa ini hanya ditumbuhi lalang dan rumput rumpai..
.
Bagi mereka yang pernah ke Kudat melalui jalan pintas ini, adalah pasti dapat menyaksikan tanah-tanah landai yang terbiar, bukan kerana pemilkiknya tidak mahu mengusahakannya, akan tetapi infrastruktur untuk tujuan tanam menanam tidak tersedia..
.
Melalui projek Jelapang Padi Kota Belud, semoga produktiviti kawasanan ini akan menjelma, kerana melalui projek mega ini, kawasan marjinal sekarang ini termasuk dalam blue print jelapang padi..
.
Dengan menghijaunya kawasan ini, adalah diharapkan, ekonomi penduduk sekitar akan meningkat dan biar setara dengan masyarakat lain yang telah maju di Negara ini. Bagi anak watan Kota Belud, adalah diharapkan, dalam tempoh 5 dan 10 tahun, daerah Kota Belud terkelur dari senarai daerah termiskin di Malaysia.

Read more...

Wednesday, 12 August 2009

Jelapang Padi Kota Belud telah bermula

Isnin lepas timbalan menteri peratanian dan asas tani persekutuan Datuk Rohani diiringi oleh Adun Tempasuk merangkap pembantu menteri pertanian dan asas tani negeri, Datuk Musbah Jamli, telah membuat lawatan tapak permulaan bagi projek mega di Kota Belud tersebut.

Sepatutnya pelancaran projek jelapang padi ini akan diadakan pada 16 Ogos depan oleh TPM, namun ditunda selepas hariraya puasa, kerana pertembungan masa antara Musa Aman dan TS Muhyiddin pada tarikh tersebut.

Datuk Musbah ketika dihubungi telah mengesahkan penundaan tarikh tersebut.

Apabila projek jelapang padi ini terlaksana,ianya akan meliputi 10 ribu hektar tanah sawah, dibanding 5 ribu hektar di Sarawak. Bagi Malaysia Timur, kawasan Kota Belud merupakan kawasan pertama projek seumpama itu dan yang terbesar.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP