Showing posts with label anwar-saiful. Show all posts
Showing posts with label anwar-saiful. Show all posts

Sunday, 8 November 2009

Nizar News: Anwar Menuduh Ada Tangan Ghaib Menyekat Pembicaraan Kes Liwatnya

Penasihat Parti keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak yang cuba menghalang perbicaraan tuduhan liwat keatasnya dari berjalan lancar.

Ianya terbukti apabila Mahkamah Rayuan kelmarin membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah pihak pendakwa dalam kes tersebut menyerahkan bahan bukti kepada ketua pembangkang itu yang dikatakan penting untuk pembelaannya.

Anwar dalam tulisan yang disiar di blognya http://anwaribrahimblog.com memberitahu, pihak tersebut kini sedang berselindung di sebalik dolak dalih kononnya mendakwa beliaulah yang melengah-lengahkan perbicaraan tersebut.

"Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan.

"Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar?

"Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan," kenyataanya dipetik.

Dalam tulisan tersebut Anwar melahirkan harapan agar perbicaraan kes beliau itu berjalan lancar mengikut lunas perundangan.

Beliau juga tidak mahu proses perundangan tersebut dihalang dan dicampurtangan pihak pemerintah.

"Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya, biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah," tulisnya lgi.

Kelmarin pasukan peguam pembela Anwar sekali lagi dihalang dari mendapatkan bahan bukti setelah keputusan mahkamah rayuan didakwa menyebelahi rayuan pihak pendakwa.

Kesemua bahan bukti tersebut merupakan bahagian penting untuk pembelaan Anwar dan hak untuk mendapatkannya juga turut dijamin undang-undang.

Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti itu, termasuk rakaman video dan laporan perubatan kepada tertuduh.

Pihak pendakwa juga diperintahkan supaya membenarkan peguam Anwar memeriksa rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, bersama-sama dengan kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa sebagai mangsa, dan saksi-saksi lain serta nota doktor.

Mahkamah Tinggi juga mengarahkan supaya laporan perubatan Mohd Saiful dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi serta bahan bukti yang lain, yang diperlukan untuk tujuan pembelaan, diserahkan kepada Anwar

Read more...

Friday, 6 November 2009

Nizar: Anwar Gagal Dapatkan Bukti-bukti Kes Liwat Saiful

Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan kes liwatnya ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan hari ini berjaya menghalang ketua pembangkang itu daripada berbuat demikian dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Ketiga-tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwa raya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti dituntut oleh Anwar.

Panel hakim itu yang diketuai Hasan Lah bersama Abu Samah Nordin dan Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.

Read more...

Tuesday, 3 November 2009

Nizar News: Mohd Saiful Kecewa Tak Dapat Bertentang Mata Dengan Anwar

Buat pertama kali, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Mohd Saiful, 24, yang ditemani ayahnya Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zambri Idrus, tiba di mahkamah pada 8.40 pagi.

Bagaimanapun dia tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah semasa prosiding tetapi ditempatkan dalam bilik saksi.

Mengikut undang-undang, seorang saksi tidak dibenarkan masuk ke mahkamah semasa prosiding sehinggalah dia selesai memberi keterangan.

Selepas prosiding selesai, Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar, berkata beliau sudah lama bersedia untuk tampil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang sudah beberapa kali tertangguh.

Anwar, 62, yang hadir bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Aizah Wan Ismail, didakwa meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lepas.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Nov.

Perbicaraan kes itu pada mulanya ditetapkan pada 1 sehingga 23 Julai lepas tetapi ditangguhkan beberapa kali bagi membolehkan mahkamah mendengar beberapa permohonan yang difailkan oleh Anwar. BERNAMA

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP