Showing posts with label azmin ali. Show all posts
Showing posts with label azmin ali. Show all posts

Saturday, 14 November 2009

Nizar News: Azmin Ali Nafi Ada Saham 9 Juta


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menegaskan laporan yang mengaitkan beliau dan isterinya memiliki aset dalam bentuk saham bernilai RM8.5 juta adalah tidak berasas sama sekali dan juga satu fitnah untuk merosakkan reputasinya sebagai seorang wakil rakyat.

Kata beliau lagi, dakwaan ini juga satu fitnah jahat untuk mengaibkan dirinya dan juga keluarganya. “Sejak tahun 1998 saya dan keluarga sering menjadi sasaran fitnah bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga.

Saya diburu oleh pihak berkuasa seperti polis, Badan Pencegah Rasuah dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjalankan siasatan mengenai perolehan harta saya.

“Malahan alasan yang sama digunakan untuk menangkap dan menahan saya pada 16 sehingga 22 September 1998 (dan) saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk butiran lengkap aset kami,” kata Azmin dalam satu kenyataan petang Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran semalam (Jumaat) yang mendakwa beliau telah menerima satu kiriman yang mengandungi dokumen berkaitan dengan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Azmin, isterinya Shamsidar Tahrin dan Jamal Tahrin bernilai RM8.5 juta dari tahun 1992 sehingga 1994.

Antara tahun 1992 hingga 1994, Azmin berkhidmat sebagai setiausaha sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Vickneswaran mendakwa dokumen tersebut diserahkan kepada pengawal keselamatan kediamannya di Kota Kemuning pada lebih kurang jam 3 pagi. Azmin dalam reaksi balasnya petang ini berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menyegerakan prosiding perundangan yang sewajarnya terhadap pihak yang membuat kenyataan fitnah tersebut.

“Saya percaya dokumen yang didedahkan oleh Vickeswaran itu dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkannya (salah laku) dengan saya dan isteri saya,” katanya lagi.

Beliau juga menyatakan rasa kesalnya kerana apa yang berlaku ini menunjukkan usaha untuk melancarkan fitnah ini tidak henti-henti demi untuk menganggu keamanan, ketenteraman, mengaibkan dan mencemarkan nama baiknya dan juga keluarganya.

“Malah kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasi saya selaku ahli Parlimen Gombak dan naib presiden PKR. Maka Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Vickneswaran ke atas saya,” tegas beliau.

Read more...

Nizar News: Azmin, Isteri Dan Iparnya Beli Saham RM 8 Juta!!

Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mencecah RM8 juta pada awal 1990-an.

Dua lagi individu yang terbabit seperti didakwa dalam dokumen itu ialah isteri Azmin, Shamshida Tahrin dan iparnya, Jamal Tahrin.

Vickneswaran mendakwa, dokumen itu diterima daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menyerahkannya kepada pengawal keselamatan di rumahnya di Kota Kemuning pada pukul 3 pagi, semalam.

Katanya, kesemua dokumen itu hanya dibuka di sebelah pagi iaitu semasa bersarapan.

“Setelah diteliti saya mendapati dokumen itu melibatkan urusan peruntukan unit-unit saham, pembelian saham dan jumlah kemasukan wang dalam akaun-akaun yang melibatkan tiga individu.

“Mengikut dokumen ini dalam tempoh tiga tahun mulai 1992, seorang daripadanya telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham, manakala jumlah saham yang dibeli seorang lagi mencecah RM8.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Setakat ini belum diperolehi ulasan Azmin mengenaai kes ................

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP