Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts

Friday, 22 January 2010

Anwar Tuduh Utusan Main Isu Kalimah Allah

Defacto Leader Pakatan Anwar Ibrahim menuduh suratkhbar Utusan sebagai biang kepada maraknya isu Kalimah Allah.

Anwar memang bijak memutar fakta, dia lupa sendiri bahawa semasa pilihanraya Lubok Antu Sarawak, Anwar lah yang bermula dengan isu Kalimah Allah sambil berhujah bahawa kaliamah itu tidak terhad kepada penganut agama islam.

Anwar juga pura-pura tidak tahu bahawa semua peguambela Herald-The Catholic Weekly adalah ahli PKR dan para peguam ini yang membuat inisiatif agar supaya Tan Sri Murphy Pakiam memanjangkan penggunaan kalimah Allah ini menerusi peneribitan edisi bahasa melayu majalah mingguan kristian tersebut.

Para peguam ini juga lah memberi dorongan kepada Pakiam agar memohon kepada kementerian dalam negeri (KDN) di mana pada masa itu menterinya adalah mantan PM Tun Abdullah Badawi.

Tun Abdullah (masih Datuk Seri masa itu) memberi kebenaran kepada majalah mingguan kristian tersebut menggunakan kalimah Allah dalam peneribitan bahasa melayunya. Namun kesilpan besar Abdullah Badawi masa itu adalah membuat larangan kepada penterjemahan injil kepada bahasa iban. Ekoran keputusan ini, maka Anwar mendapat ruang menghentam kerajaan Abdullah dan seterusnya mempermainkan isu ini hingga ke hari ini.

Atas kelecekan Anwar, maka pada masa ini dia memesongkan umum dengan mengatakan bahawa akhbar utusan lah punca maraknya isu kalimah Allah.

Pada 31/12/2009 lalu majalah Herald-The Catholic Weekly berjaya mendapat kebenaran menggunakan kalimah Allah daripada Hakim Datuk Lau Bee Lan, namun keputusan tersebut belum boleh digunapakai atas sebab,KDN membuat rayuan penangguhan.

Read more...

Monday, 18 January 2010

Kalimah Allah Boleh Untuk Malaysia Timur Tidak Bagi Malaysia Barat

Kerajaan sepertimana dikatakan oleh menteri di Jabatan Perdana menteri Nazri Aziz bahawa Kalimah ALLAH dibenarkan pengunaannya kepada penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak kerana menurut menteri itu perkataan tersebut telah digunapakai di Malaysia Timur sejak 300 tahun yang lalu.

Sebelum ini menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berasal dari Sabah Bernard Dompok ada mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan keenggaan kerajaan membenarkan penggunaan Kalimah Allah bagi penganut agama kristian bagi Sabah, sedangkan menurut Dompok penggunaan nama Allah bagi menggantikan panggilan kepada God telah berlaku sebelum Sabah menyertai Malaya membentuk negara Malaysia.

Dalam perkembangan lain Pengerusi Jaksa Pendamai Sabah Clerence Bongkos Malukun yang juga penganut kristian ada menyuarakan agar penggunaan Allah hanya dibenarkan kepada rakyat Malaysia beragama Islam demi memelihara keharmonian hubungan antara kaum di negara ini.

Isu Kalimah Allah menjadi klimaks apabila mantan PM Tun Abdullah Badawi membenarkan penerbitan Herald-The Catholic Weekly dalam bahasa melayu dan di lain pihak melarang terjemahan injil ke dalam bahasa Iban.

Ekoran reaksi dan bantahan masyarkat islam di semenanjung kepada penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan God, maka menteri KDN Syed Hamid Albar membatalkan peneribatan Herald dalam bahasa Melayu, ekoran daripada itu, Herald memohon kepada mahkamah bahawa hak mereka dicabuli sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Pada 31 Desember 2009 Hakim Mahkamah Tinggi (kuasa-kuasa Khas) Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa Herald-The Catholic Weekly boleh menggunakan kalimah ALLAH bagi menggantikan God dalam bahasa melayu.

Akibat keputusan hakim Lau ini, maka telah meluapkan emosi segelintir masyaarakat islam apakah mereka yang ada dalam kerajaan,pembangkang maupun NGO telah melakukan protes/bantahan.

Disebabkan emosi yang tidak terkawal atau mungkin kerja-kerja sabotaj ada individu yang tidak dikenal menangguk di air keroh dengan mencuba melakukan kerja-kerja merosak gereja di Semenanjung dan Sarawak.

Selain itu percanggahan pendapat juga terus berlaku terutama para pemimpin Pakatan. Khalid Samad misalnya berkata bahawa Kalimah Allah itu adalah untuk seluruh manusia, sedangkan Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim (PKR) berkata adalah kufur bagi mereka yang mengatakan bahawa kalimalah Allah itu digunapakai agama lain selain islam.

Nik Aziz pula terpaksa menggubah pendirian mengenai kalimah Allah. Pada 1/3/2009 Nik Aziz pernah berkata bahawa penggunaan kalimah Allah itu harus hukumnya bagi agama bukan islam, namun setelah itu Nik Aziz pula tidak setuju penggunaan Allah digunapakai oleh penganut agama lain selain islam.

Namun yang disebutkan di atas adalah bukan isu di sini. Isunya sekarang kerajaan telah MEMBUAT satu keputusan yang mempunyai tujuan politik. Kerajaan melalui keputusan ini mungkin ingin terus memelihara perasaan masyarakat islam di Semenanjung dan di lain pihak ingin juga memelihara perasaan masyarkat kristian di Sabah dan Sarawak.

Bagi AYT keputusan kerajaan ini lebih mengarah kepada perhitungan politik, atas sebab bahawa majoriti rakyat di Semenanjung adalah penganut agama islam,, melayu dan masih penyokong kerajaan, sedangkan di Sabah dan Sarawak rakyat penyokong kerajaan adalah kaum bumiputra yang jumlahnya seimbang antara yang beragama islam dan kristian.

AYT sangat khuatir dengan keputusan kerajaan ini, takut pula APA YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIGENDONG BERCICIRAN. Fikir-fikirkan lah.(Seperti dipetik daripada blog: Apa Yang Tersirat)

Read more...

Thursday, 14 January 2010

Lagi Pengaunt Kristian Gesa Tarik Penggunaan Allah Oleh Hearld-The Catholic Weekly

KOTA KINABALU 13 Jan. - Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah.

Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan.

"Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan akhbar itu menggugurkan kes berkenaan sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.

Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar dan turut menerima ugutan.

Webley yang juga Naib Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Malaysia mengakui, tindakan akhbar itu sememangnya mempunyai motif untuk menarik penganut Islam kepada Kristian.

"Saya difahamkan oleh rakan-rakan dari Kuala Lumpur, tindakan akhbar itu adalah untuk menguji orang Melayu dan Islam, dengan menyatakan 'kita' menyembah tuhan yang sama iaitu Allah," katanya.

Menurutnya, perbuatan tersebut akan mengelirukan umat Islam kerana Allah bagi penganut Islam dan Kristian adalah berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.

"Ini tidak baik, kenapa perlu menarik orang yang sudah beragama, sepatutnya kita (Kristian) menarik orang yang masih tiada agama seperti Orang Asli di Semenanjung atau Bumiputera di Sabah atau Sarawak," katanya.

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika menjadi Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun tidak bersetuju jika penggunaan kalimah Allah diharamkan terus dalam agama Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan penganut agama itu pula.

"Saya bersetuju jika akhbar tersebut menggugurkan tuntutan itu tetapi tidak secara keseluruhan, maksudnya dalam upacara-upacara sembahyang di gereja, kalimah Allah masih boleh digunakan," katanya.

Webley menggesa semua pihak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya rakyat Malaysia bertenang dan menghormati semua rumah ibadat.

Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira agama perlu berterima kasih kepada kerajaan atas kebebasan beragama yang mereka nikmati sejak pembentukan Malaysia.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP