Showing posts with label Teoh Beng Hock. Show all posts
Showing posts with label Teoh Beng Hock. Show all posts

Saturday, 21 November 2009

Postmortem Ke-2 Rungkai Kematian Misteri Teoh Beng Hock

Mendiang Teoh Beng Hock hari ini digali semula dengan selamat setelah lebih 4 bulan dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih pagi tadi.

Misteri kematian Teoh bakal dirungkai tidak lama lagi apabila operasi bedah siasat kedua dijangka bermula esok hari kira-kira jam 9.30 pagi di Hospital Sungai Buloh.

Satu upacara keagamaan diadakan terlebih dahulu seawal jam 9.00 pagi sebelum berjaya dikeluarkan selepas 2 jam penggalian.

Pihak keluarga memohon para hadirin dan wakil media memakai pakaian gelap sepanjang upacara.

Sebaik sahaja mayat Teoh berjaya dikeluarkan, wakil keluarga, forensik, polis dan pakar patologi membuat pengecaman mayat terlebih dahulu sebelum dibawa keluar ke Hospital Sungai Buloh.

“The body of Teoh Beng Hock was safely assume this morning, the process took about 2 hours. So far as i’ve been ask whether not the condition of the body is good as far as I can tell, im a lawyer, it look that it like was very good condition”, kata Gobind Singh Deo. Peguam Gobind Singh Deoh berkata demikian selepas upacara selesai diadakan. Upacara penggalian dibuat secara tertutup.

Kawasan dilitupi kain putih setinggi 3 meter menghalang pihak media daripada membuat liputan.

Bagaimanapun setelah selesainya upacara tersebut, hanya kelibat keranda Teoh sahaja kelihatan dengan dibaluti pembalut plastik lut sinar dan ditandai bagi melindungi bukti mahkamah daripada dicemari. Hadir sama Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, Ronnie Liu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, Gobind menambah kehadiran pakar patologis antarabangsa Dr Pornthip Rojanasunand pada upacara pagi tadi amat penting bagi memantau proses penggalian semula mayat Teoh sebelum dibawa keluar ke Hospital Sg. Buloh.

Di samping itu, Gobind turut dimaklumkan bahawa pihak hospital dijangka membuat pengimbasan x-ray dan CAT Scan terhadap mayat Teoh sebaik sahaja tiba di hospital hari ini.

“The Sg Buloh has inform us that they will conduct x-ray and also citi scan today, so we will be on in hospital later on, we will have representative of ours in all the time. We just want to have second x-ray done just to look again the injuries in point of brackage bones and fractures and things like that and those important areas we should look as well, I think they have to do second post mortem which is complete, maknanya they have to do hole thing”, jelas Gobind.

Kata Gobind lagi, sepasukan doktor pakar patologi dari Jabatan Forensik, Hospital Sg Buloh yang diketuai oleh Dr Shahidan dijangka melakukan bedah siasat esok.

Gobind bagaimanapun kecewa apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia gagal menghantar sama ada wakil mahupun pakar pada upacara tersebut. Jelasnya, kehadiran mereka penting bagi mengelak tanggapan negatif daripada masyarakat.

“Sangat berat hati tapi kena buatlah untuk cari kebenaran. Harap bedah siasat kali ini kebenaran akan terdedah. Saya harap pada semua pakar patologi lebih profesional, boleh diharapkan, dan berpengalaman bagi mencari kebenaran dan sepertimana yang saya tahu tanggungjawab patologi ini adalah untuk mencari kebenaran dan saya bercakap bagi pihak mendiang, jadi saya berharap semua patologi bersikap seperti ini”, jelas Teoh Lee Lan, adik mendiang ketika diminta mengulas operasi penggalian semula kubur dan bedah siasat semula ke atas Teoh Beng Hock.

“I hope the that latest further autopsy and find out the truth of the mysterious death Teoh Beng Hock and those responsible to be caught for the justice”, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang kepada pemberita.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita mengucapkan terima kasih hari ni ramai penyokong-penyokong datang, untuk memastikan proses hari ni adalah baik dan tiada hal, kita memang mengharapkan autopsy yang kedua ni dapat mengenalpastikan siapa yang mendiang kerana kita tidak boleh menghadapi kes seumpama Teoh Beng Hock”, kata Exco Selangor, Ronnie Liu yang ditemui pada upacara pagi tadi.

Read more...

Thursday, 12 November 2009

Teoh Beng Hock Dapat Pingat Khidmat Cemerlang Selangor

Kerajaan Negeri Selangor memberi penghargaan kepada mendiang Teoh Beng Hock atas khidmat cemerlangnya ketika bertugas sebagai setiausaha politik kepada ahli EXCO kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah.

Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ean Yong Hian Wah telah menyerahkan sijil penghargaan tersebut kepada bapa mendiang Teoh, Teoh Leong Hwee pada Isnin lalu di Pejabat Dato’ Menteri Besar, Shah Alam.

Dalam pertemuan itu, Nik Nazmi merakamkan kesedihan kerajaan negeri atas nasib yang menimpa mendiang Teoh kerana beliau telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan.

Katanya, ekoran kejadian tersebut, kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk memastikan keselamatan di kalangan penjawat awam Selangor.

Antara ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang turut hadir ialah ibu Teng Meng Kee, abang Teoh Meng Kee dan adik Teoh Lee Lan.

Read more...

Sunday, 8 November 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: Dr Pornthip Hadir Proses Menggali Mayat Teoh

BANGKOK: Pakar forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunand hari ini berkata bahawa beliau akan hadir pada proses bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang Teoh Beng Hock walaupun dilarang mengendalikan autopsi itu secara sendiri.

Katanya beliau dimaklumkan oleh peguam keluarga mendiang dan seorang pegawai kerajaan negeri Selangor mengenai keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan mayat mendiang digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

"Saya diberitahu proses bedah siasat kemungkinan akan dijalankan Sabtu depan tetapi saya hanya sebagai pemerhati kerana implikasi undang-undang," katanya kepada Bernama di sini. Katanya beliau sedar hakikat bahawa beliau tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses bedah siasat.

Menurutnya beliau telah membangkitkan perkara itu Julai lepas apabila kerajaan negeri Selangor menghubunginya untuk menjalankan bedah siasat ke atas mayat mendiang Teoh. "Saya tidak pergi ketika itu kerana keluarga mendiang tidak membenarkan saya menjalankan bedah siasat itu. Tetapi saya dijemput memberi keterangan dalam inkues," kata Dr Pornthip, yang juga Ketua Pengarah Pusat Institut Sains Forensik, Kementerian Kehakiman Thailand.

Ditanya sama ada beliau dapat membuat kesimpulan punca kematian Teoh walaupun tidak dibenarkan mengendalikan proses bedah siasat, Dr Pornthip berkata ia bergantung kepada tahap pereputan mayat berkenaan. "Bagi diri saya, saya hanya membantu...Saya tahu batas saya," katanya.

Sebelum ini, semasa prosiding inkues itu, Dr Pornthip mendakwa ada 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati dicekik dan didera. Semalam, Mahkamah Koroner di Shah Alam, Selangor, membenarkan permohonan keluarga Teoh untuk menggali mayat mendiang bagi menentukan punca sebenar kematian Teoh pada 16 Julai lepas.

Teoh, yang merupakan pembantu politik kepada exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Mazalam, Shah Alam, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14 bangunan yang sama. BERNAMA

Read more...

Friday, 6 November 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: DNA Tan, Lee Tidak Sepadan Kesan Darah Pada Teoh

SHAH ALAM: Ujian DNA ke atas ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa dan juruteknik Lee Wye Wing menunjukkan sampel mereka tidak sepadan dengan kesan darah pada kot dan tali pinggang Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di Plaza Masalam di sini, 16 Julai lalu.

Ia diumumkan oleh peguam keluarga mendiang, Gobind Singh pagi tadi ketika inkues disambung hari ini. "Kedua-dua mereka telah beri sampel DNA, setelah dianalisa keputusan tersebut tidak sama dengan milik Teoh," katanya.

Tan dan Lee memberikan sampel DNA setelah beberapa kali enggan melakukannya.

Pada awalnya Tan dan Lee dilaporkan enggan memberikan sampel untuk ujian DNA.

Pada hari pertama inkues, peguam bela dan peguam cara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan berkata, satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Katanya, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu. "Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan. "Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya.

Read more...

Monday, 26 October 2009

Kematian Teoh Beng Hock: Keluarganya Mahu Postmortem Semula; Kali Ini Oleh Pakar Thai

Keluarga Teoh Beng Hock membuat keputusan agar post-mortem semua ke atas mayat Teoh Beng Hock dijalankan semula. Kali ini post-mortem akan dilakukan oleh "pakar" Pathologis Thailand Pornthip Rojanasunand.

Mayat Teoh Beng Hock dijumpai pada kira-kira 1:30 Petang 16 Julai 2009 di luar Tingkat 5 Plaza Masalam Shah Alam Selangor.

Kematian Teoh Beng Hock ini menjadi OUTCRY baik oleh pembangkang, kerajaan dan orang ramai. Permasalahannya adalah kredibilti SPRM yang sememangnya menjadi kecaman pihak tertentu kerana "sistem pilih bulu mereka".

Kematian Teoh Beng Hock dikaitkan dengan SPRM kerana Teoh beng Hock adalah saksi utama SPRM dalam kes penyalahgunaan wang peruntukkan DUN Sri Kembangan, Selangor di bawah kawalan ADUNnya Ean Yong Hin Wah.

Dalam inkues kematian TBH terdapat berbagai fakta termasuk fakta DNA dan Pathologist Malaysia, namun U-Turn terjadi dimana pakar Thai tersebut mengatakan bahawa 80% punca kematian TBH adalah dibunuh sebelum dicampak keluar.

Akan terbukti kah teori pakar Thai ini.. sama-sama kita tunggu keputusan post-mortem

Read more...

Friday, 16 October 2009

Teoh Beng Hock Memang Bunuh Diri

Akaun pribadi Teoh Beng Hock hanya berbaki RM 3,600 setelah kematiannya. Beng tahu pada 3 Oktober dia akan akan kahwin secara besar-besaran. Perbelanjaan perkahwinan tidak akan kurang Rm20,000.00. Gaji bulanan Beng hanya RM 2,400.00. Mampu kah Beng Hock mengumpul dana sebesar RM 20 ribu dalam masa kuran 3 bulan!

Bagi mendapatkan dana,maka Beng Hock menyalagunakan kuasanya dengan membuat tuntutan-tuntuan palsu.

Disebabkan perbuatannya di ketahui, maka Beng Hock merasa tertekan dan malu. Apatah lagi, Beng Hock akan melangsungkan perkahwinan. Apa yang Beng Hock dapat katakan kepada bakal isterinya, kepada kawan-kawannya, kepada pemimpin Dap terutama bosnya Ean Yong Hin Wah.

Atas sebab itulah, apabila Beng Hock disiasat pada petang 15 julai 2009, dari awal-awal lagi Beng Hock merasa gelisah. Akibat kegelisahan yang amat sangat, beng Hock tertekan.

Beng Hock disiasat oleh Sprm Selangor bermula dari petang 15 Julai sehingga 3.45 Pagi 16 Julai 2009. Setelah selesai siasatan, Beng Hock tidak meninggalkan pejabat sprm, sebaliknya bermalam disitu.

Di pejabat sprm ada yang melihat Beng Hock terlalu gelisah antara pukul 5-5:30 pagi 16 julai,kerana Beng Hock tidak dapat duduk diam sebaliknya mundar-mandir di ruang menunggu pejabat sprm kontinjen Selangor.

Apabila kita membaca buku-buku psikologi, biasanya orang yang sangat tertekan akan ditunjukan dengan keadaan gelisah. Kegelisahan yang amat sangat mendorong seseorang MEMBUNUH DIRI.

Pathologi memberi penjelasan melalui bedah siasat, bahawa kematian Beng Hock kerana kesan Impak jatuh dari tempat tinggi. Tiada kesan pergelutan. Kerana itu, kematian Beng Hock adalah kematian Bunuh Diri.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP