Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Monday, 30 November 2009

Cerita Kenangan: Nik Aziz Kata Nabi Pun Pengamal Kronisme

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.

Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa’ Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme. “Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda.

Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa suatu masa lalu.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Diberitakan juga bahawa anggota Badan Pencegah Rasuah memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu menerima surat layang mengenainya.

Read more...

Saturday, 28 November 2009

Kali Ini Tok Pa' Pula Akur Agar Nik Aziz Berundur

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata sudah tiba masanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur setelah hampir 20 tahun memerintah Kelantan.

Katanya ini memandangkan diri Mursyidul Am PAS itu kini diselubungi kemelut politik dan isu negatif yang melibatkan keluarganya.

Sehubungan itu, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menyarankan Nik Abdul Aziz menjelaskan pendirian berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar berikutan kemelut politik dalaman PAS yang sedang melanda parti itu sekarang.

"Menjelang akhir tahun ini, Nik Abdul Aziz perlu perjelaskan pendiriannya, kerana rakyat Kelantan tertunggu-tunggu, memandangkan beliau selalu uzur, dan khidmatnya begitu lama hampir 20 tahun dengan kerajaan negeri.

"Saya rasa khidmatnya selama 20 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan sudah cukup sumbangannya kepada rakyat negeri ini," kata Mustapa kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidiladha di Darulfalah, dekat sini hari Jumaat.

Lebih 3,000 masyarakat dalam Parlimen Jeli menghadiri rumah terbuka Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli. Pada majlis itu, enam ekor lembu dikorbankan.

Read more...

Wednesday, 18 November 2009

Nizar News: Kalau Bukan Isu Tajaan: Tok Guru Nik Aziz Sudah Berlepas Ke Mekkah

Sayang, kerana isu Tajaan; Tok Guru Nik Aziz batal ke Mekkah. Kalau bukan kerana isu tajaan, hari ini 18 Novenber, Tok Guru merangkap BM Kelantan 20 tahun tersebut sudah pun berlepas, dan telah pun sampai ke tanah suci islam itu.

Akibat isu penjanaan TGNA membatalkan hasratnya ke Mekkah tahun ini,namun tahun depan TG bersedia menerima tajaan.

TGNA yang dijadualkan berlepas hari ini ditemani oleh isterinya,anaknya, menantunya, serta penaja serta istri penaja. Mungkin tahun ini lambaian kaabah belum untuk TGNA.

Read more...

Monday, 16 November 2009

Nizar News: Batal Naik Haji: Rasuah Tetap Rasuah

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membatalkan pemergian beliau ke tanah suci Mekah pada 18 November yang akan datang.

Beliau yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.

"Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang," katanya.

Namun ujarnya lagi, bukan semudah itu untuk menjatuhkan PAS yang sudah lama matang dengan sepak terajang politik tanah air.

Beliau juga yakin, beberapa isu yang sering ditimbulkan terhadap PAS, langsung tidak menjejaskan parti itu.

Apatah lagi, parti itu mempunyai mekanisma tersendiri menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

"Saya juga yakin dengan kepelbagaian isu yang timbul ini serta kejayaan PAS untuk menepis segala dakyah dan tuduhan membuktikan bahawa segala masalah yang melanda parti ini tidak akan menjejaskan PAS," katanya lagi.

Isu-isu yang bersifat serangan ini katanya kan lebih mematangkan lagi ahli-ahli PAS apabila satu persatu daripada serangan musuh dapat ditangkis dengan mudah.

"Dengan semangat perjuangan yang ada serta kematangan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS maka apa jua isu yang cuba dipoltikkan oleh pihak lawan sudah pasti akan dapat diatasi dengan mudah," katanya.

Read more...

Sunday, 15 November 2009

Nizar: SPRM Bebas Siasat Nik Aziz: Isu Naik Haji: Umno Minta SPRM Siasat

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan pada Ahad menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang meminta supaya siasatan ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Mat dan menantunya Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK), disegerakan.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, Muhamad Hafiz Hamzah pada kira-kira pukul 11.30 pagi di pejabat SPRM negeri di Wisma Persektuan, di sini.

Memorandum lapan muka surat itu antara lain meminta SPRM menyiasat dengan segera pengakuan Mursyidul Am Pas itu yang beliau ditaja oleh pihak tertentu melalui pakej VVIP bernilai RM65,000 bagi menunaikan haji tahun ini.

Dua hari lepas Nik Abdul Aziz mengumumkan yang beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu diperbesar-besarkan oleh media.

Anuar yang ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya turut meminta supaya SPRM menyiasat pelantikan menantu Nik Abdul Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Pemuda Kelantan merasa wujud keraguan yang munasabah dalam pelantikan itu," katanya.

Read more...

Sunday, 8 November 2009

Nizar News: Menantu Saya Bebas Disiasat SPRM: Nik Aziz

Seperti dijangka, seminar politik PAS hari ini panas dengan isu kepemimpinan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikritik keras seorang ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini.

Dalam sesi 'percambahan minda' yang melibatkan Dr Abdul Aziz sendiri, pandangannya di Sinar Harian bulan lepas dan wawancara dengan Malaysiakini semalam yang mengkritik pedas kepemimpinan Abdul Hadi menimbulkan pelbagai reaksi daripada peserta.

Peserta yang jelas tidak berpuas hati dengan Dr Abdul Aziz termasuklah pemimpin PAS Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik yang berkata beliau "tidak dapat melihat muka" pakar undang-undang perlembagaan itu di seminar hari ini.

"Beliau kena jawab dengan tegas. Saya sendiri rasa tidak hendak tengok muka profesor. Bukan tidak hendak tengok (terus), tetapi hari ini sahaja.

"Semua orang tidak mahu Umno," katanya, menjawab tuduhan ada pemimpin parti itu ingin bekerjasama dengan musuh politik tradisinya itu.

Abu Bakar juga mempersoalkan penjelasan Dr Abdul Aziz sebelum itu yang meminta peserta tidak memfokuskan kepada analisis pilihan rayanya semata-mata kerana ia dibuat dalam ruang lingkup ke arah pembentukan sistem dua parti di Malaysia.

"Kenapa? Secara jelas (hendak) jadi ejen Barat apabila paksa kita ikut sistem dua parti. Kalau tidak ejen Barat pun, ejen nafsu dia. Turun, jadi orang politik!" cabarnya, disambut takbir sebahagian peserta.

Terdapat juga beberapa peserta yang bangun meminta Dr Abdul Aziz membuktikan dakwaannya bahawa Abdul Hadi kini "Pak Lah versi PAS" dan "sudah kehilangan stim" seperti diterbitkan di akhbar web ini, semalam.

Malah ada yang menuntut Dr Abdul Aziz memohon maaf kerana didakwa merendahkan-rendahkan seorang ulama Islam, yakni Abdul Hadi.

Ahli akademik yang dilihat rapat dengan pembangkang itu juga dicabar mendedahkan sumbernya yang memberikan maklumat parti kepadanya.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pensyarah kajian media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah turut membentangkan pandangan dalam sesi pagi tadi.

Bagaimanapun, Dr Abdul Aziz yang kelihatan enggan mengulangi lagi kritikannya di media itu dipertahankan oleh Dr Abu Hassan yang meminta semua peserta bersikap terbuka terhadap tanggapan yang dilontarkan.

Mengakui analisis Dr Abdul Aziz itu selari dengan tinjauannya mengenai kepercayaan politik, termasuk terhadap PAS, Dr Abu Hassan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap beberapa peserta melepaskan geram kepada pembentang.

"Seminar politik sebegini diadakan buat kali pertama dalam sejalah politik negara. Masalah sepatutnya diselesaikan dengan intelektual, bukan dengan perbalahan.

"Kenapa datang dengan soalan yang tersedia dari rumah, kemudian marah kepada pembentang. (Sikap) ini primitif. Yang hendak dibincangkan, (soal) kecerdikan politik.

"Kita kena tahu di kurun apa kita berada. (Zaman) ini bukan abad ke-13,” katanya, kali ini disambut tepukan gemuruh, tidak seperti kebiasaan penyokong PAS yang gemar bertakbir.

Malah, setiap komen yang mengkritik kepemimpinan PAS dan kerajaan perpaduan sering disulam tepukan peserta, berbeza dengan reaksi terhadap pandangan yang mempertahankannya.

Sementara itu sewaktu menggulung hujahnya, Dr Abdul Aziz berkata beliau tidak mempunyai bukti atau "ubat" untuk memantapkan PAS.

"Soal label pro-Umno, masuk Umno (yang dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan), ada atau tidak, tuan kena cari sendiri. Kalau tahu Umno cukup jijik pada PAS, yang pergi dekat, buat apa?" katanya.

Beliau juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perlu ada "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanan dalam PAS - jika mampu, termasuk Abdul Hadi - bagi menyelesaikan konflik dalaman parti Islam itu.

"Saya pun bukan menuduh, (isu) ini bukan (kes) jenayah. Saya tidak hina, saya cuma menyebut prestasi seorang presiden (parti).

"Saya tidak kritik peribadinya (Abdul Hadi) sebagai seorang ulama. Siapa saya hendak persoalkan? Saya tidak ada niat langsung," jelasnya.

Secara sinis beliau berkata, bermula Isnin ini beliau tidak akan menulis lagi tentang parti itu sebaliknya akan memfokuskan kepada konflik dalaman MCA pula.

"Saya sudah tulis sudah banyak kali. Ada tiga artikel saya yang keluar daripada kebiasaan saya (menulis soal perlembagaan). Lepas ini, saya tidak buat perkara ini.

"Saya tidak akan sentuh lagi PAS. Saya buat (analisis) MCA pula," katanya.

Selain Abu Bakar, pemimpin yang tidak selesa dengan pandangan ahli akademik itu termasuklah Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Manakala ahli jawatankuasa Muslimat PAS Aiman Athirah condong kepada analisis Dr Abdul Aziz.

Sunday, 18 October 2009

Nizar: Nik Aziz Buat Kesimpulan Kaum Cina Lebih Bijak Cari Pemimpin

Nik Aziz membuat kesimpulan mengenai keputusan EGM MCA yang diadakan pada 10/10/2009. Melalui EGM itu MCA menolakan Presiden dan Timbalan Presiden mereka yang bermasalah pribadi.

Berasas kepada pilihan akar umbi tersebut Nik Aziz memcipta Fatwa baru, bahawa kaum cina lebih layak memimpin islam dan melayu kerana lebih bijak memilih pemimpin.

Hanya dengan satu kejadian, Nik Aziz terlalu mudah membuat kesimpulan dan fatwa, benar lah kata Umno, Nik Aziz dengan mudah boleh menggadai negara jika diberi kuasa.

Prinsip negara islam pun yang diperjuangankan Pas sejak parti itu ditubuhkan, kini telah menjadi sejarah, kerana perjuangan itu tidak mendapat restu DAP. Demi kuasa, maka Pas menghilangkan dan menghapuskan prinsip perjuangan mereka yang berdekad-dekad itu.

Nik Aziz lupa, bahawa Melayu boleh memimpin. Kemerdekaan negara ini diukir, dirantis oleh melayu dengan sokongan kaum-kaum lain. Negara ini di pimpin melayu sejak meredeka. Kepesatan pembangunan negara ini kerana pemimpin melayu.

Nik Aziz perlu bercermin, siapakah pemimpin Kelantan sekarang. Kalau lah Niz Aziz kebetulan terserampak cermin, pasti akan terpampang wajahnya! Nik Aziz bukan melayu kah?

Kalau ya pun mengeluarkan kenyataan politik kerana gimik, untuk menarik kaum cina mengundi Pas, jangan lah lupa asal usul diri, jangan lupa bumi dipijak.

Perjuangan Pas yang dirantis dan dirintis berdekad lamanya terhakis, kerana kerakusan hendakan kuasa. Dalam masa singkat pendekatan ini boleh berjaya, akan tetapi jangka panjang, Pas akan kehilangan taring, kerana penyokongnya mula terbangun dari lena, bahawa perjuangan mereka jauh terpesong.

Betul lah melalui PRK-PRK gabungan Pas-DAP-PKR terus menang, kerana dalam spin masa yang singkat, emosi rakyat masih pada mereka, namun penerangan dan penjelasan yang berterusan, bahawa perjuangan Pas sudah jauh terpesong, perkahwinan Pas-DAP-PKR adalah perkahwinan SEMU, maka rakyat mula tersedar, kerana itu melalui PRK DUN Bagan Pinang penyokong PAS mengundi UMNO/Isa Samad. Aliran ini tidak boleh dinafikan, kerana majoriti yang diperolehi Isa Samad merupa rekod bagi DUN Bagan Pinang dan sungguh mengkagumkan.

Rakyat berbilang kaum negara ini telah sedar, bahawa kempimpinan Umno masih perlu, dengan erti kata lain, melayu boleh memimpin rakyat negara berbilang kaum ini. Umno telah membuktikan, apapun krisis yang melanda parti itu, penyelesaian yang berhemah terus menjadi sandaran merungkainya.

Asas kepada ini semua adalah sifat keikhlasan pimpinan umno/melayu, bahawa perjuangan melayu/umno adalah untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Najib telah mencanangkan konsep 1Malaysia, kesamaan semua kaum, penerimaan semua kaum, berpandukan kepada KEKITAAN. Kita adalah perkataan majemuk yang bererti SEMUA.

Kerana itu wahai Nizar-Nik Aziz, berkata lah yang benar, kata kan lah apa yang benar dan sebenar-benarnya, jangan kerana kuasa maka menyembunyikan yang Hak.

Read more...

Tuesday, 29 September 2009

Ibrahim Ali: Kritikan saya terhadap Nik Aziz Membuka Pekong Penyokong PAS: Nik Aziz dah Nyanyuk tetap mereka sokong

Sikap kurang ajar Datuk Ibrahim Ali menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibaratkan oleh Pemuda PAS Negeri sebagai Kacang Lupakan Kulit.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak Nik Abdul Aziz meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri. katanya, Ibrahim Ali seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala ke atas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya.

“Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini,begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja” katanya lagi. Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala.

“Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini”katanya lagi.

Menyentuh tindakan segera yang akan diambil oleh PAS Kelantan,Abdul Latiff berkata,peringkat awal ini, Pemuda PAS negeri menyerah sepenuhnya kepada Pemuda PAS Pasir Mas untuk mengambil langkah-langkah seperti turun ke peringkat akar umbi membuat bancian sejauh manakah sokongan rakyat di Pasir Mas menyokong Ibrahim Ali ini.

“Kita tidak akan mengikut rentak Ibrahim Ali ini yang seluruh rakyat negara ini sudahpun mengenali beliau yang suka merempuh apa sahaja di hadapan asalkan beliau dapat berdiri,kalau dulu dalam Umno pun kena tendang seumur hidupnya,menumpang pula di tangga PAS dan telah berikrar untuk bersama Tuan Guru tetapi kini beliau bukan sahaja tidak mengenang budi Tuan Guru malah telah menghina rakyat Pasir Mas sendiri”katanya lagi.

Sementara itu bagi Bendahari PAS Pusat,Dr.Mohd Hatta Ramli, tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan.

“Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali.”katanya lagi.

Sebelum ini kita lihat tindakan Ibrahim seolah-olah berunsur perkauman ketika perbahasan di Parlimen dan seperti tidak mengakui wujudnya masyarakat majmuk di negara ini sedangkan Tuan Guru begitu pintar dalam perjuangan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan kita boleh lihat perpaduan kukuh antara kaum di Kelantan ini.

Manakala bagi Ketua Pemuda PAS Kuala Krai,Mahadi Mat Zain berkata keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf. “Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru” ujarnya.

Ibrahim Ali telah mengeluarkan sepuluh sebab mengapa Tuan Guru patut meletak jawatan dan telah menghina seorang tokoh ulamak,sedangkan dalam Islam sendiri telah menjelaskan amat berbeza seseorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu. “Saya yakin ilmu Ibrahim Ali dalam bidang keagamaan amatlah nipis jika dibandingkan dengan Tuan Guru dan sifat nyayuk sememangnya tiada dalam diri seseorang yang tinggi ilmu agamanya” katanya lagi.

Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas. “Ketika ramai rakyat negara ini memberi gelaran sebagai Katak Lompat amat tepatlah kerana tidak mempunyai parti yang diperjuangkan,seperti Umno,S46 dan Bebas dan jelaslah beliaulah yang nyayuk dan seharusnya meletak jawatan” ujar beliau lagi.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP