Showing posts with label sprm. Show all posts
Showing posts with label sprm. Show all posts

Friday, 20 November 2009

Nizar: Jika Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan SPRM Isu Keputusan Hakim Mohd Arif: Kuasa Mutlak SPRM Tercabar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa SPRM tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat dari 8.30 pagi hingga 5 petang.

Mahkamah juga mendapati SPRM telah bertindak secara tidak sah apabila ia menahan anggota exco Kajang, Encik Tan Boon Wah, semalaman di pejabatnya di Bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.

Keputusan Hakim Mohd Arif ini ini satu keputusan untuk kali pertama sejarah SPRM (dulu BPR) bahawa siasatan mereka selama ini tidak berasaskan undang-undang dan perlembagaan negara. Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof, dalam keputusannya, berkata Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa kepada SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas saksi 'siang dan malam'. 'Frasa 'dari hari ke hari' dalam seksyen itu tidak bermakna 24 jam tetapi waktu pejabat biasa,' kata hakim itu dalam keputusannya.

'Oleh itu, saya bersetuju bahawa pemohon dalam kes ini telah ditahan secara tidak sah oleh SPRM,' kata Hakim Mohd Ariff. SPRM telah 'melanggar matlamat perundangan' dan hak asasi seperti termaktub dalam di bawah Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan.


Tan Boon Wah, 39 tahun, menyaman ketua SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, penolong superintendennya, Encik Mohammad Hassan Zulkifli, dan SPRM kerana menahannya dan menyoal siasat secara salah.

Mahkamah mengarahkan SPRM membayar ganti rugi kepada Tan.
Pendaftar mahkamah diarah menetapkan jumlahnya.

Read more...

Thursday, 19 November 2009

Nizar: SPRM Hanya Boleh Soal Siasat Saksi Waktu Pejabat Sahaja

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.BERNAMA

Read more...

Monday, 16 November 2009

Nizar-Ngeh: Benar Kah Mantan Timbalan Menteri Dari Johor Disiasat SPRM??


Wah.... nampaknya SPRM semakin serius membanteras rasuah sekarang. Walaupun beberapa bulan lepas SPRM 'merajuk' sekejap berhubung penyiasatan kes rasuah di kalangan orang-orang politik.

Tapi nampaknya sekarang SPRM kembali ke gelanggang . Sekali dia melangkah masuk, tak akan dia undur ke belakang lagi. Habis disapunya,tanpa mengira siapa atau parti politik mana. Syabas SPRM !

Dua minggu lepas kita dikejutkan dengan pendakwaan besar-besaran oleh SPRM terhadap beberapa orang politik berhubung penyalahgunaan wang peruntukan wakil rakyat. Khabar yang sampai ke telinga saya menyatakan ramai lagi yang akan didakwa. Wallahualam...

Satu lagi berita yang sampai kepada saya , mengatakan seorang bekas Timbalan Menteri (wanita) dari selatan tanahair juga sedang disiasat SPRM sekarang. Juga dalam kes yang sama. Saya ulang balik, disiasat bukannya didakwa. Bab ini kena berhati-hati sikit.

Sewaktu Ahli Parlimen Sabak Bernam didakwa di Mahkamah Shah Alam baru-baru ini,kelihatan bekas Timbalan Menteri berkenaan yang juga Ahli Parlimen sekarang, turut hadir memberi sokongan kepada rakannya itu.

Setakat ini saya belum dapat mengesahkan lagi berita ini. Sebab itu saya tidak berani sebut nama. Hanya SPRM yang boleh mengesahkannya. Tetapi siapalah saya ini untuk mendapatkan pengesahan dari SPRM. Sama sekali tidak layak,kerana saya hanya blogger jalanan sahaja.

Selamat maju jaya kepada SPRM.

Read more...

Tuesday, 10 November 2009

Nizar News: Sejak Isu PKFZ: SPRM Buka 41 Fail: Hanya Buka??

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak terhadap pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 dengan setakat hari ini telah membuka 41 fail siasatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau yakin SPRM akan melaksanakan tugasnya dengan profesional dan telus bagi membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak bersabar dan memberi peluang kepada SPRM melaksanakan tugas tanpa sebarang tekanan. "Keseriusan SPRM untuk mengambil tindakan berhubung pendedahan Laporan Ketua Audit Negara tidak perlu diragui.

"Ini telah terbukti pada tahun lepas apabila 15 orang dituduh di mahkamah atas 94 pertuduhan di samping 18 laporan tata tertib dan surat nasihat telah dikeluarkan kepada jabatan atau agensi berkaitan," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam isu berlainan, Mohamed Nazri menjelaskan, siasatan mengenai dakwaan berlakunya rasuah dalam percutian Tun Eusoff Chin di New Zealand pada 1994, mendapati bekas Ketua Hakim Negara itu menggunakan duitnya sendiri untuk membayar kos tiket penerbangan dan penginapan.

Katanya, tiket penerbangan Eusoff sekeluarga dibayar melalui cek dan wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM23,704 manakala bayaran hotel dibuat melalui kad kredit beliau.

Mengenai tempahan percutian pula, Mohamed Nazri berkata, Eusoff telah menggunakan khidmat seorang ejen yang kemudiannya berurusan dengan sebuah syarikat iaitu Holiday Tour.

"Peguam V.K Lingam pula telah mengaturkan percutian sendiri dan menyerahkan urusan mengenainya kepada setiausahanya yang kemudiannya berurusan dengan ejen yang sama. "Eusoff dan Lingam didapati telah menginap di hotel-hotel yang sama untuk sebahagian daripada percutian mereka," katanya.

Mengenai pelantikan hakim, Mohamed Nazri menegaskan bahawa tiada apa-apa yang menghalang Perdana Menteri daripada mendapatkan pandangan mana-mana pihak untuk tujuan itu. Jelas beliau, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak memberikan pandangan mereka kepada Perdana Menteri melainkan jika ia merupakan konspirasi untuk menjatuhkan badan kehakiman, mahu mendapatkan balasan, melibatkan rasuah atau untuk mempengaruhi.

"Tidak menjadi sesuatu yang ganjil pandangan pelbagai individu dan organisasi diminta dan diambil kira dalam pelantikan hakim-hakim kerana pada hakikatnya Perdana Menteri seorang diri tidak akan dapat membuat keputusan kerana tidak mengenali calon-calon.

"Malah anggota Majlis Peguam sendiri pernah menulis surat untuk mendapatkan sokongan Peguam Negara berkenaan dengan pelantikan seorang hakim tertentu supaya ia disampaikan kepada Perdana Menteri," katanya.

Read more...

Saturday, 7 November 2009

PKFZ; IBU kepada Skandal: Tiada Kes Kata SPRM: Ganjil

Ketirisan wang negara sebesar RM 12.5 billion ditutup oleh SPRM( masa itu BPR) pada tahun 2004 kerana dikatakan tiada unsur jenayah atas surat jaminan menteri pengakutan ketika itu Datuk Chan Kong Choy. Sedangkan menteri itu tidak mempunyai kuasa memberikan surat jaminan tersebut tanpa kebenaran kementerian kewangan.

Kira-kira kewangan negara (PAC) melalui laporannya ke Parlimen menemukan ada unsur pecah amanah daripada pihak menteri pengakutan tersebut, kerana mengeluarkan surat yang sepatutnya tidak boleh dikeluarkan.

Apa kah kes PKFZ akan sama dengan perwaja Steel yang kini belum ada seorangpun disabitkan kesalahan walaupun negara kerugian berbilion ringgit.

Kenapa SPRM (BPR) selalu kalah jika membabitkan kes besar, tetapi selalu menang jika membabitkan jumlah kecil, misalnya RM ringgit.

Justify Full

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP