Showing posts with label mca. Show all posts

Monday, 23 November 2009

Hanya Seminggu Selesai Krisis MCA: Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberikan dirinya tempoh seminggu untuk menyelesaikan krisis kepimpinan dalam MCA.

Menurut beliau satu formula akan dirangka dalam tempoh tersebut untuk mendapatkan kata sepakat di kalangan pemimpin parti itu yang sedang bertelagah. Muhyiddin memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan pusat perkhidmatan global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Cyberjaya hari ini.

Beliau membuat kenyataan tersebut seminggu sebelum kumpulan Datuk Seri Liow Tiong Lai bercadang mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Sabtu depan.

Mereka hanya bersetuju untuk membatalkan EGM itu sekiranya Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi lek, bersetuju mengadakan pemilihan baru parti bulan depan.

Walaupun mengakui bahawa pemilihan baru mungkin dapat menyelesaikan kemelut sekirang, tetapi Dr Chua mahu ia diadakan Mac tahun depan manakala Ong masih kabur mengenainya. Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan secara berasingan dengan pemimpin-pemimpin utama MCA yang berkrisis.

Dalam pertemuan tersebut, Najib dilaporkan berkata beliau telah mencadangkan formula bagi menyelesaikan krisis MCA.

Berikutan itu, Najib telah meminta Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN, untuk meneruskan perbincangan dengan pemimpin MCA berdasarkan formula yang beliau berikan itu. Sementara itu, Bernama memetik Muhyiddin berkata, beberapa siri perjumpaan pada dasarnya telah dilakukan dengan beberapa pemimpin parti itu untuk berbincang secara lebih terperinci mengenai krisis berkenaan.

"Tugas ini bukan suatu yang mudah kerana ia melibatkan kepentingan parti dan kepentingan negara," katanya.

Katanya beliau telah diberi mandat oleh perdana menteri untuk menangani masalah dengan melaksanakan langkah-langkah pro-aktif sesegera mungkin sebelum krisis itu berlarutan dan menjadi lebih buruk."Saya telah laksanakan beberapa siri perbincangan, bukan dengan semua, tetapi beberapa individu tertentu dan saya akan teruskan, kalau boleh sebelum perdana menteri pulang.

"Pada masa yang sama, saya akan turut menerima sebarang cadangan dari pemimpin komuniti Cina yang turut melahirkan pendapat dan perhatian mereka berhubung krisis itu," katanya.

Kemelut ini jelas beliau, harus ditangani sebaik mungkin hingga membawa kepada kewujudan situasi 'menang-menang' antara pihak terlibat.

Mengenai langkah yang akan diambil, Muhyiddin berkata, beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan sebarang syarat atau strategi tertentu sehingga formula penyelesaian berjaya
dihasilkan.

"Pada peringkat awal ini, kita tidak akan tentukan apa perkara. Saya fikir yang penting mereka berpendapat bahawa ini adalah satu langkah untuk menyelesaikan masalah ini dan saya fikir, ia sudah menjadi rahsia awam, bukan rahsia parti sahaja, semua orang dah tahu," tambahnya.

"Yang penting saya di peringkat ini tidak akan tentukan apa syarat-syaratnya, yang pasti bila dah sampai pada satu peringkat ada persetujuan pada soal prinsip, maka kita mahu mereka pegang pada keputusan itu atas tujuan nak cari jalan penyelesaian," katanya.

Muhyiddin berkata perkara itu tidak akan diumumkan kepada orang awam termasuk media selagi matlamatnya masih belum tercapai.

"Pada peringkat ini okey sebab ia masih di permulaan tapi langkah selanjutnya akan diberitahu apabila semua pihak telah bersepakat untuk menentukan langkah yang perlu dibuat," katanya.

Ditanya mengenai saranan Najib agar pemilihan baru dibuat oleh MCA untuk menyelesaikan konflik itu, katanya itu adalah pandangan perdana menteri yang sedang beliau usahakan.

"Saya diberikan arahan untuk gunakan pendekatan ini, tapi bagaimana nak dapatkan kata sepakat pemimpin-pemimpin MCA akan saya usahakan. Masa agak terbatas dan seberapa cepat lebih baik kerana kalau ia berlarutan untuk beberapa bulan lagi, keadaan akan menjadi tambah kalut sekaligus menjejaskan MCA dan BN sendiri," katanya.

Muhyiddin berkata, adalah tidak adil untuk beliau menetapkan sebarang keputusan bagi pihak pemimpin MCA memandangkan adalah menjadi hak mereka untuk menetapkan langkah terbaik bagi parti itu.

"Saya fikir biar saya berhubung dan berbincang dengan mereka. Tak adil saya buat pengumuman kerana ini bukan hak saya, tapi hak mereka. Ini melibatkan kepentingan bersama semua pihak, justeru ia perlu dicapai bukan atas desakan, tapi kata sepakat," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas laporan akhbar bahawa exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akan meletak jawatan, beliau berkata itu adalah bukti jelas bahawa krisis kepimpinan yang melanda parti pembangkang termasuk PAS semakin tenat.

Di KOTA BHARU hari ini, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Dua PAS Kelantan menafikan laporan bahawa beliau akan meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Malah katanya beliau akan meneruskan perjuangannya kepada parti dan negeri.

Read more...

Thursday, 22 October 2009

Nizar-Lim Guan Eng: Kamu No Chance: Loi Lek-Tee kiat Bertaut semula

Walaupun kelihatan tenang dan sesekali menguntum senyuman sewaktu sidang akhbar, tetapi kenyataan bekas timbalan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membayangkan wujudnya rasa tidak puas hati berhubung pelan damai.

Dalam sidang akhbar petang tadi, musuh politiknya yang juga presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan bahawa mereka berdua telah mengenepi perbezaan mereka untuk menyatu dan memperkukuhkan MCA yang sedang dilanda krisis kepimpinan.

Duduk di sebelah presiden ialah Chua, timbalan presiden yang baru dilantik Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin kanan MCA yang lain.

Hanya selepas didesak oleh jurugambar, Chua menjabat tangan dengan Ong.

Ditemui selepas sidang akhbar tersebut, bekas timbalan presiden itu membayangkan bahawa perkembangan terbaru itu bukanlah pilihannya.

"Demi kebaikan parti, kami tiada pilihan," katanya kepada pemberita.

"Pandangan saya ialah beliau (Ong) mendapat separuh sokongan dan saya pula mendapat lagi separuh sokongan. Jadi demi masa depan parti, maka kami perlu bekerjasama," tambahnya.

Chua berkata, beliau mengadakan tiga pertemuan dengan Ong sejak mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Oktober lalu, di mana perwakilan menyokong usul tidak percaya terhadap Ong dan menolak usul menerimanya kembali sebagai timbalan presiden.

Menurut spekulasi pelan damai itu dipersetujui selepas kedua-dua pemimpin MCA yang bertelagah itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Walaupun Ong dan Chua mengaku bertemu perdana menteri tetapi kedua-duanya menafikan mereka menerima tekanan dari Najib.

Read more...

Monday, 12 October 2009

Nizar-Anwar-Chua Jui Ming Gembira MCA PECAH

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA hari ini akan menyebabkan rakyat tidak menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) itu lagi.

Menurut beliau, tidak kira sama ada ahli memilih Presiden parti itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mahupun Timbalan Presiden yang digantung keahliannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, namun hakikatnya MCA tetap berpecah. "Saya tidak peduli siapa pun yang menang, namun parti akan tetap berpecah dua dan saya bimbang ini akan memberi kesan buruk kepada MCA dan masyarakat. "Mereka akan mula keliru dan mula tidak sokong MCA, jadi kemenangan sesiapa pun tidak akan membawa apa-apa makna," jelas beliau.

Dr. Mahathir berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

EGM MCA semalam meluluskan dua resolusi iaitu undi tidak percaya kepada Presidennya, Tee Keat dan membatalkan keputusan Majlis Presiden untuk memecat Timbalannya, Soi Lek.

Sementara itu mengulas perang mulut antara Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr. Mahathir berkata, beliau tetap menganggap Ibrahim Ali tidak menyebelahi mana-mana parti. "Ibrahim ini dia tidak memihak sesiapa pun, kalau saya buat salah dulu pun dia hentam saya. Macam mana saya boleh berkawan dengan dia, saya pun tidak faham," katanya berseloroh

Read more...

Sunday, 11 October 2009

Nizar-Anwar Gembira MCA Pecah: Mahathir Pula Bimbang

Saturday, 10 October 2009

Mahathir: Apa Pun Keputusan EGM MCA: MCA THE Loser

Para perwakilan MCA hari ini mengundi menyokong usul undi tidak percayai terhadap Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, manakala Datuk Seri Chua Soi Lek gagal mendapat sokongan perwakilan untuk dilantik semula ke jawatan timbalan presiden.

Seramai 1,155 perwakilan mengundi menyokong usul tidak percaya terhadap Tee Keat, manakala 1,141 satu lagi menolaknya. Terdapat lapan undi rosak.Manakala 1,184 perwakilan mengundi menolak Soi Lek dilantik semula ke jawatan timbalan presiden, manakala 1,110 perwakilan menyokongnya. Terdapat 10 undi rosak.

Bagi usul kedua, 1,204 perwakilan mengundi menolak pemecatan/penggantungan keahlian Soi Lek, manakala 1,095 menyokongnya. Terdapat 5 undi rosak. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, Datuk Yip Phooi Hong.

Dalam reaksinya selepas itu, Tee Keat berkata beliau menerima keputusan EGM.Menurutnya, tindakan lanjut akan dibincangkan oleh majlis presiden dan jawatankuasa pusat parti.

Sebelum itu, keadaan tegang apabila kiraan semula dibuat untuk undian bagi usul tidak percaya kepada Tee Keat kerana majoritnya majoritinya hanya 20 undi atau 1 peratus.Yip memberitahu para perwakilan, sekiranya jumlah undi sama banyak, mengikut perlembagaan parti, beliau akan mengundi bagi menentukan pemenangnya. Beliau kemudiannya meminta perwakilan menunggu dan kedengaran bunyi laungan 'boo' dari para hadiran.

Bagaimanapun, sejurus kemudian, diumumkan oleh pengiraan undi telah tamat dan pengumuman akan dibuat pada bila-bila masa.

Seramai 2,307 perwakilan MCA mengundi dalam EGM hari ini untuk menentukan nasib dan masa depan politik Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Soi Lek.

Sebelum EGM bermula pada kira-kira 10.30 pagi tadi, pengerusi mesyuarat agung luar biasa itu, Datuk Yip Phooi Hong, mengumumkan bahawa dua daripada tiga usul telah ditarik balik.

Dua usul tersebut ialah usul membatalkan sebarang pelantikan termasuk timbalan presiden yang dibuat sebelum EGM dan tidak dikenakan tindakan disiplin terhadap penuntut EGM itu.Yip berkata, dua usul tersebut diketepikan kerana ia tidak lagi menjadi isu.

Berikutan itu, 2,307 perwakilan MCA yang menghadiri EGM pagi ini akan mengundi tiga usul utama, iaitu usul tidak percaya terhadap Tee Keat, membatalkan keputusan majlis presiden memecat dan keputusan jawatankuasa pusat parti menggantung keahlian Soi Lek dan menerima semula Soi Lek sebagai timbalan presiden MCA.

Proses pendaftaran perwakilan selesai pada jam 10.30 pagi di mana 96.93 peratus perwakilan hadir. Seramai 73 lagi perwakilan tidak hadir.Sehingga jam 11.08 pagi, kira-kira 70 peratus perwakilan telah selesai mengundi.

Pada jam 11.44 pagi, sebahagian besar perwakilan telah selesai mengundi. Manakala Tee Keat pula mengundi pada jam 11.50 pagi. Keseluruhan proses pengundian selesai pada jam 11.55 pagi.

Proses pengiraan pengundi akan bermula selepas ini, keputusannya dijangka diketahui selepas jam 2 petang. Lapan wakil - masing-masing dari puak Tee Keat dan Soi Lek - dilantik untuk memantau perjalanan proses pengundian pagi ini. Tee Keat and Soi Lek tiba di ibupejabat MCA di Jalan Ampang, awal pagi untuk bersarapan bersama para perwakilan di bawah kemah yang dipasang di depan bangunan tersebut.

Kedua-dua tidak bertegur sapa. Apabila pihak media meminta mereka bergambar bersama, Tee Keat dan Soi Lek bersikap seolah-olah tidak mendengarnya.

Tiada masa ditetapkan oleh proses pengundian tiga usul berkenaan pagi ini. Sementara itu, apabila diberitahu yang majlis makan malam anjuran Soi Lek malam tadi, lebih mendapat sambutan, Tee Keat enggan mengulas.Bagaimanapun, para pemerhati berkata, majlis makan malam anjuran Tee Keat dan Soi Lek masing-masing mendapat sambutan.Menurut mereka, jumlah yang menghadiri majlis makan malam Tee Keat dianggarkan seramai 1,700 orang manakala 1,500 orang menghadiri majlis makan malam Soi Lek.

Sebaliknya, penyokong Soi Lek mendakwa 1,500 orang yang menghadiri majlis makannya kesemua adalah para perwakilan. Ekoran pemecatannya, Soi Lek tidak boleh masuk ke dewan dan hanya dilihat berlegar di luar bangunan ibupejabat MCA itu. Sementara itu EGM kali berlangsung dengan tiga-10: bermula pada jam 10 pagi hari ke-10 bulan kesepuluh. Namun ramai pemerhati politik dalaman percaya para perwakilan telah membuat keputusan mereka.

Pertembungan antara penyokong Tee Keat dan Soi Lek ini bakal menentukan masa depan kepimpinan parti komponen kedua terbesar BN itu, yang dilanda krisis kepimpinan sejak tindakan diambil terhadap Soi Lek berkaitan skandal klip video seks.

Lembaga disiplin MCA mencadangkan Soi Lek dipecat, yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Presiden. Ekoran keributan yang tercetus ekoran tindakan tersebut, maka jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan pemecatan Soi Lek, dan sebaliknya penggantung keahliannya.

Turut menarik perhatian ialah kewujudan apa yang dipanggil "pasukan ketiga" yang mahukan perwakilan menolak kedua-duanya - Tee Keat dan Soi Lek dalam EGM hari ini.

Jika ini menjadi kenyataan, maka akan berulang sejarah penukaran kepimpinan MCA - di mana presiden dan timbalan presiden - melepas jawatan dan kompromi dicapai untuk melantik calon lain, bagi mengelak perpecahan yang berterusan dalam parti itu.

Read more...

MCA: Tiada Tempat Bagi Ong Tee Kiat dan Chua Loi Lek

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP