Showing posts with label najib. Show all posts
Showing posts with label najib. Show all posts

Tuesday, 8 September 2009

Umno sedia runding dengan PAS demi ISLAM

Perdana Menteri, DS Najib berkata UMNO bersedia berunding dengan parti Pas demi agama islam.

Rundingan dengan PAS adalah bersyarat, henti dahulu hina UMNO. Henti dulu mengatakan UMNO anti Islam, penyokong Umno tidak beriman.

Umno senantiasa mahu berbaik-baik dengan Pas, akan tetapi jangan lah sikap kita yang sederhana ini membuatkan parti umno jadi bahan hinaan. Demikian kata-kata Najib di Kuala Krai Kelantan, di mana DUN Manek urai terletak.

Kerajaan pusat menyediakan 76 juta ringgit pakej ransangan ekonomi kepada Kelantan, ini bermakna walaupun Kelantan diperintah pembangkang, ini tidak bererti kerajaan tidak menyalurkan bantuan kewangan.

Perbezaan politik bukan cara untuk membelakangkan Kelantan, akan tetapi Kerajaan yang bertanggungjawab adalah membangun rakyat keseluruhannya, khasnya membasmi kemiskinan.

Kerajaan pusat senantiasa bertanggungjawab kepada rakyat, walaupun rakyat tersebut tidak memilih kerajaan pusat. Yang penting dalam pemabangunan adalah agar seluruh pemabngunan tersebut dapat dirasakan oleh semua, sesuai dengan slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP