Showing posts with label bagan pinang. Show all posts
Showing posts with label bagan pinang. Show all posts

Wednesday, 14 October 2009

Nizar: Kenapa Kamu Terus Menghina Pengundi DUN Bagan Pinang

Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah dihina oleh Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang menganggap kemenangan Barisan Nasional (Bdhad lalu (11/10/09) adalah kemenangan rasuah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kenyataan wakil rakyat Pas itu amat menyedihkan kerana tuduhan itu terlalu serius seolah-olah penduduk di Bagan Pinang tidak mempunyai moral.

‘‘Bagi pihak BN, setiap kali kalah dalam pilihan raya kecil kita tidak pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka walaupun jelas sekali pembangkang mengamalkan politik ganas.

‘‘Inilah fenomena dan penyakit besar yang dihadapi pembangkang, Setiap kali tewas mereka tidak akan mengaku kesalahan diri sendiri sebaliknya akan menyalahkan BN dan membuat pelbagai tuduhan,” katanya pada sidang media di kediaman rasminya di sini hari ini.

Zambry mengulas kenyataan Mohammad Nizar kepada sebuah akhbar di sini mengenai kemenangan calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad pada Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang semalam.

Selain menuduh kejayaan BN itu sebagai kemenangan rasuah, Nizar juga mendakwa masyarakat setempat tidak ambil kisah mengenai latar belakang Mohd. Isa yang pernah terlibat rasuah.

Mengulas lanjut Zambry berkata, kemenangan tersebut jelas sekali menunjukkan rakyat menolak cara politik ganas dan provokasi yang diamalkan oleh pembangkang. Beliau yang turut berada di Bagan Pinang memberitahu, provokasi penyokong pembangkang yang keterlaluan akhirnya telah memakan diri sendiri hingga kalah pilihan raya.

‘‘Terima sahajalah kekalahan itu kerana soal kalah atau menang dalam pilihan raya adalah perkara biasa,” katanya.


Read more...

Monday, 12 October 2009

Nizar-Anwar: Pengundi MUDA Kembali Pada UMNO: Petanda Pakatan Rebah

Setelah dua tahun Pakatan mengandaikan bahawa generasi muda berpihak pada Pakatan, terlerai semalam, apabila pengundi muda kembali memilih Umno.

Kemenangan Isa Samad dengan majoriti yang tinggi merupakan rekod Umno bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Penyebab kepada majoriti yang besar ini adalah sokongan golongan muda pada profesional.

Timbang tara yang digunakan oleh golongan muda dan profesional ini kembali kepada Umno adalah dengan melihat kemampuan kerajaan Pakatan mentadbir negeri Pulau Pinang dan Selangor.

Pulau Pinang dan Selangor ada lah negeri-negeri kaya semasa ditadbir oleh Umno/Bn, namun kini negeri-negeri itu mengalami krisis pembangunan dan pelaburan yang semakin hari semakin menurun.

Penururunan pelaburan kepada dua negeri tersebut mempenagruhi pendapatan penduduknya yang telah terbiasa dengan pendapatan tinggi. Di khabarkan banyak rumah-rumah penduduk tersebut telah diambil alih oleh bank, kerana para pembelinya tidak mampu lagi membayar.

Fenomena kehilangan pendapatan lumayan penduduk ke dua negeri tersebut menjadi bisikan kepada negeri-negeri lain, kerana itu lah golongan muda dan profesional kembali menyokong Umno, kerana Umno dan BN saja lah mampu menjana pendapatan dan pembangunan untuk semua.

Dengan kembalinya para pemuda dan golongan profesional ini kepada Umno dan BN, maka petanda Pakatan yang diterajui oleh Anwar-Nizar akan tersungkur dan rebah.

Read more...

Nizar-Anwar Langkah MU Tersendat Oleh Surat Khabar Lama

Nizar-Anwar langkah mu tersendat oleh surat khabar lama. Isa Samad dijoloki oleh Penyokong Mu Azmin Ali dengan panggilan surat khabar lama.

Nampaknya surat khabar lama jauh berbaloi dibanding surat khabar baru yang belum ada peminat/pembaca. Zulkefly Mohammad Omar tak berdaya menghadapi surat khabar lama.

Undi Pas yang diperoleh melalui PRU-12 pun tak dapat dicapai, kemerosotan yang sangat ketara, jika dibanding dengan kemenangan kamu melalui beberapa PRK yang lalu.

Cara mu berkempen ala MILITAN di Bagan Pinang membuka mata rakyat, bahawa jika kamu diberi peluang, maka harapan melayu akan hilang. Melayu akan terus ditindas, kerana itu kemenngan mu di 7 PRK lalu terhapus, ibarat HUJAN SETAHUN DINOKTAHKAN OLEH HUJAN SEHARI.

Nizar bermula sekarang, semua isu mu tidak akan dapat mempengaruhi rakyat lagi, kerana CARA MU dibuka lebar-lebar di Bagan Pinang. Melalui 7 PRK lalu di Semenanjung, Cara GANAS mu cara MILITAN mu disembunyikan, namun di Bagan Pinang cara MU terkangkang luas.

Rakyat dapat membayangkan JIKA kamu memerintah NEGARA ini kemungkinan besar, tiada lagi yang dapat BERSUARA, apatak lagi menulis dengan sebebas-bebasnya.

Read more...

Sunday, 11 October 2009

Nizar-Anwar: 7 Najib 2: (Batang Ai + Bagan Pinang)

PRU-12 Tsunami politik tanah air. Buruk bagi BN baik bagi Pakatan. Selepas 8 PRK hanya 1 untuk BN. Setelah sekian lama hanya Bagan Pinang menjadi penyelamat. Itu pun kuda lama.

Ku Li tak suka Umno menang, kerana jika umno menang memontem Pakatan akan terbantut. Ku Li mahukan agar memontem kemenagan Pakatan tidak tersendat.

Bagi kebanyakan pemimpin BN mahukan Isa Menang, kecuali Samy Vellu,kerana sakit hati, Najib sokong Makkal Sakti.

Samy Vellu sekarang senang hati, MCA pecah dua, ertinya MCA jadi lemah. Tambahan lagi Ong Tee Kiat tidak berkempen di Bagan Pinang kerana bercuti.

Perjuangan Umno di Bagan Pinang terletak pada Muhyiddin Yassin dan Mohammd Hassan plus Isa Samad.

Malam ini baru lah Najib dan Muhyiddin mengecapi kemenangan setelah 9 kali mengetuai kempen Pilihanraya kecil.

Manis sungguh kemenangan ini Tetapi masih terasa pahit.

Read more...

Nizar-Pas-Anwar Militan Hijau MU Mengganas

Pas suka kalau penyokongnya mengganas. Mengganas bererti mendapat perhatian media. Ada berita sensasi. Bagi Pas membuat gaduh dan keganasan ada lah penting untuk menang satu pertempuran. Nizar-Anwar sangat suka pada orang-orang ganas. Bagi Nizar-Anwar mereka adalah Pejuang, kerana sanggup berkorban nyawa.

Melalui beberapa PRK lalu Nizar-Anwar tidak mengganas kerana mereka tahu mereka menang. Kali ini mereka tahu mereka Kalah, kerana itu mengganas. Tujuan keganasan mereka adalah menakut-nakutkan para pengundi agar tidak turun mengundi.

Penyokong Pas bukan sahaja memlakukan provokasi kepada para penyokong Umno malah mereka mencabar polis agar bertindak.

Budaya Nizar-Anwar adalah budaya ingin ditangkap, untuk mencari publisiti konon polis zalim dan tidak adil.

Melalui PRK Bagan Pinang Nizar-Anwar menunjukan bagaimana keganasan luarbiasa mereka.

Read more...

Nizar-Pas-Anwar Peyokong MU Ganas Luarbiasa

Pas suka kalau penyokongnya mengganas. Mengganas bererti mendapat perhatian media. Ada berita sensasi. Bagi Pas membuat gaduh dan keganasan ada lah penting untuk menang satu pertempuran. Nizar-Anwar sangat suka pada orang-orang ganas. Bagi Nizar-Anwar mereka adalah Pejuang, kerana sanggup berkorban nyawa.

Melalui beberapa PRK lalu Nizar-Anwar tidak mengganas kerana mereka tahu mereka menang. Kali ini mereka tahu mereka Kalah, kerana itu mengganas. Tujuan keganasan mereka adalah menakut-nakutkan para pengundi agar tidak turun mengundi.

Penyokong Pas bukan sahaja memlakukan provokasi kepada para penyokong Umno malah mereka mencabar polis agar bertindak.

Budaya Nizar-Anwar adalah budaya ingin ditangkap, untuk mencari publisiti konon polis zalim dan tidak adil.

Melalui PRK Bagan Pinang Nizar-Anwar menunjukan bagaimana keganasan luarbiasa mereka.

Read more...

Saturday, 10 October 2009

Bagan Pinang: Siapa Dapat Undi Pos Siapa Dapat Undi Biasa

Esok PRK Bagan Pinang akan menyaksikan penjumlahan undi daripada undi berdaftar 13,664; 4,751 daripadanya adalah undi Pos.

Undi Pos telah dilaksanakan lebih awal berjalan secara berperingkat-peringkat selama 3 hari dan berakhir hari ini.

Esok jumlah pengundi yang direbut antara Pas dan Umno hanya berjumlah 9,093 pemilih. Gerangan siapa kah yang dipilih pengundi?

Telah lapan hari acara berkempen berjalan, telah berpuluh ceramah diadakan, baik oleh Pas maupun Umno.

Selama masa berkempen, banyak kejadian yang berlaku, yang tadinya berkawan terpaksa bertumbuk sesama sendiri kerana fahaman masing-masing.

Ada penyokong kononnya di belasah, ada yang cedera, berbagai laporan polis dibuat, namun apa yang boleh polis dapat lakukan, kerana kebanyakan kejadian adalah kejadian terpencil, yang tidak mudah bagi polis mengawalnya.

Dalam kempen di Bagan Pinang ini,Pas terpaksa melakukan kempen agresif, tidak sama dengan PRK-PRK yang lalu,kerana Bagan Pinang bukan kubu Pas, tapi kubu BN. Pas berusaha mengwujudkan hurahara, agar supaya,keadaan tidak tenteram.Jika keadaan tidak tenteram wujud, maka peluang Pas menang ada,kerana penyokong Umno tidak keluar mengundi,kerana Takut.

Pas sehingga pukul 12 malam ini akan berusaha mengwujudkan suasana yang tidak biasa bagi penduduk Bagan Pinang, demi menghalang para pengundi keluar beramai-ramai esok. Jika peratusan jumlah undi rendah esok, ada kemungkinan Pas akan melakukan UPSET. Sama-sama kita tunggu.

Read more...

Nizar-Pas-Anwar: Zulkefly Mohammad Omar MENANG Jadi Apa? Salleh Man Kempunan YDP MAIPP

Anwar sekali lagi menunjukkan kehebatan MENGENCING rakyat apabila terbukti janji untuk menjadikan Salleh "songlap" yang menang di N11 Permatang Pasir sebagai YDP MAIPP tidak ditunaikan.

Anwar yang GAH menabur janji kepada masyarakat pencacai Pas dan pakatan HARAM pembangkang di Permatang Pasir pada PRK lepas, nyata tidak mampu mengotakan janjinya apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menghantar surat perkenan melantik bekas Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Ellias Zakaria sebagai YDP MAIPP yang baru kepada Ustaz Shabudin Yahya.

Anwar sedar kuasa perlantikan terletak dibawah kuasa Baginda Sultan tetapi dia masih lagi mahu menjadi MUNAFIK dengan menghancingkan kepala pencacai2 Pas di Permatang Pasir.

Begitu juga dengan si KAFIR yang tak sedar diri berlakon sebagai KALIPAH di Pulau Pinang. Dia juga mengesahkan kepada penduduk Permatang Pasir bahawa akan mengemukakan nama Haji Songlap dan menyokong kuat perlantikan Salleh ini sebagai YDP MAIPP.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan akan mengemukakan nama calon PAS itu sebagai Yang Dipertua Maipp jika beliau memenangi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

“Kemenangan Ustaz Saleh akan memberi makna pada PAS bilamana saya akan mengemukakan namanya kepada Gabenor dan seterusnya kepada Yang Dipertuan Agung untuk mengantikan Adun Permatang Berangan, Shabudin Yahya yang akan tamat tempuh perkhidmatan pada Oktober ini,” jelasnya.

“Ustaz Saleh memang layak untuk jawatan itu semua rakyat akan tunggu dan lihat perkembanganya nanti. Oleh itu, apa yang penting pastikan kemenanganya dulu dengan majoriti yang lebih besar,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Pencacai2 hamPAS di N11 Permatang Pasir telah begitu mudah digula2kan dan dihancingkan oleh dua ekor MUNAFIK ini. Puak2 ini sanggup menadahkan punggung mereka untuk disepak sesuka hati oleh KAFIR dan Pengkhianat Bangsa ini.

Disebalik perlantikan YDP MAIPP baru ini, ada juga rahmat yang terselindung di belakangnya. Allah telah melindungi wang zakat bejumlah jutaan ringgit yang di kelolakan oleh MAIPP dari jatuh ketangan puak2 songlap yang telah lama mengidamkan untuk meng "KENDURI" kan nya.

Jika di N11 si Pengkhianat bangsa Anwar dan juga KAFIR DAPig begitu mudah menghancingkan penduduk Permatang Pasir, kita tunggu apa pula yang bakal DIHANGITKAN di N31 Bagan Pinang.

Skrip2 janji dan peluru2 kencing sedang di aturkan oleh puak2 pencacai hamPas serta pakatan HARAM pembangkang di Bagan Pinang.

Adakah puak2 pencacai hamPas serta penganut2 pakatan HARAM pembangkang di N31 Bagan Pinang setaraf BEBALnya dengan yang HANCING di N11 Permatang Pasir ???

Read more...

Nizar-Pas INI KAH Propaganda KAMU

Kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bagan Pinang menguja semangat jentera Pakatan Rakyat menghadapi amarah Barisan Nasional.

Laluan di Batu 4 Port Dickson lumpuh. Dari Terengganu hingga ke johor, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di sebuah teratak kecil, dimana pemimpin reformasi itu berucap ke hadapan ribuan manusia yang hadir.

Acara malam ini adalah penampilan pertama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat di Bagan Pinang. Memeranjatkan apabila khemah-khemah ceramah Umno-BN sunyi sepi di kala warga Bagan Pinang menyambut Anwar dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat - duo tiang sri Pakatan Rakyat.

Yang lebih memeranjatkan adalah kepadatan mereka yang hadir. Motokar dan motorsikal bersusun-susun dan terpaksa bersesak untuk bergerak beberapa sentimeter ke hadapan.

Bagi yang berjalan kaki, mereka terpaksa mencelah selangkah demi selangkah.

Namun susah-payah mereka nampaknya berbaloi dengan gempita suara masing-masing menyambut oratori mantan Timbalan Perdana Menteri ini.

"Kita berkumpul untuk pastikan kemenangan calon kita, yang menjamin kebaikan kesejahteraan kepada semua. Kita kena bekerja kuat, kita bertarung dalam keadaan yang seraba kurang dan sempit. Kita bertarung dalam keadaan media yang zalim dan berat sebelah yang menghebahkan fitnah, tidak beri ruang kita menjawab.

"KIta bertarung dalam keadaan 5000 undi pos yang tidak tentu ke mana. Sebab itu lah kita perlu menmanfaatkan kesempatan yang ada dui Bagan Pinang untuk buat perubahan,"katanya.

Seminggu berlalu, petugas-petugas parti Pakatan Rakyat dan BN bersaing memikat sokongan 13,664 pengundi di Dun Bagan Pinang. Pilihanraya kecil ini adalah yang kesembilan pasca PRU-12 8 Mac tahun lalu, dan perhatian seluruh negara tertumpu di sini.

Dari sembilan pilihanraya kecil, BN hanya memenangi satu di Batang Ai, Sarawak. BN tewas dalam semua pertarungan menghadapi Pas di kekalahan memalukan di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Lantas, Bagan Pinang adalah peluang terakhir BN dari menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

"Saya harap Ahad ini InsyaAllah pagi-pagi dengan lafaz Bismillah turun dan bagi kemenangan. Jangan satu undi pun hilang, jangan harapkan kempen sahaja perlu turun dan pastikan semua sokongan kepada Pakatan Rakyat. Selamatkan orang Melayu Islam dan menjaga semua Melayu, Cina dan India," katanya."Kalau Bagan Pinang ini mudah laluan Pakatan Rakyat, lepas Bagan Pinang Putrayajaya lah.....InsyaAllah," katanya.

Calon BN, Isa Samad, berusaha keras menemui mereka-mereka yang pernah telah lama tidak dikunjungi. Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengharapkan rekod 22 tahun sebagai Menteri Besar menjadi pancing terbaik memancing undi.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut menawarkan RM900,000 ringgit bantuan kepada tujuh sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina, manakala Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menyogok askar-askar Melayu dengan kolam renang dan padang futsal.

"Khianat ini maknanya pecah amanah, kita menentang Umno kerana pengkhianatan yang dilakukan. Bahasa, pendidikan ekonomi. Apa yang mereka lakukan saham Malayu mereka ambil, ini dasar Bumiputera jangan soal. Kontrak berbillion ringgit, cukuplah....cukup bagi pencen sudahlah...," katanya.

Anwar mengambil kesempatan malam itu mencabar pihak berkuasa membuka semula fail siasatan berhubung dakwaan beliau menyimpan RM3 bilion. Dan sekiranya perlu, Anwar mencabar pihak berkuasa menubuhkan juga Suruhanjaya Bebas mengali semula tuduhan yang telah lama terkubur itu.

"Tidak apa, itu tuduhan 1998, 11 tahun dia cari tidak jumpa dia nak cari lagi. Itu kerja dia, saya hendak jawab, saya jawab 1998 tubuhkan suruhanjaya bebas siasat saya, siasat bekas pemimpin, siasat pemimpin yang ada sekarang. siasat semua dengan bebas dalam bank dalam negara, tanah saham dan akaun di luar negara termasuk Switzerland.

"Semak saya, semak Mahathir, semak Khairy Jamaluddin mana dapat ratusan juta ringgit?" katanya

Anwar berkata demikian merujuk kepada gesaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kepada polis supaya kes tahun 1999 ini disiasat semula. Kes ini terbit dengan akuan bersumpah dari pembantu Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid, yang bagaimanapun menarik-balik akuan tersebut.

Ketika dipenjara di Sungai Buloh, Anwar didapati tidak bersalah selepas disoal-siasat Badan Pencegah Rasuah.

"11 tahun kamu mengaibkan saya, fitnahkan saya cerita pasal RM3 bilion. malam ini saya hendak jawab. Siasat, siasat dengan bebas, siasat akaun dalam negara bagaimana seorang muda semata-mata kerana menantu perdana menteri. Seorang muda belum 25tahun pada masa itu hartanya ratusan juta, siasat semua saya setuju tiada masalah," katanya

Persoalan apakah Pas atau Isa Samad yang dipilih akan terjawab esok. Untuk Pas menewaskan gergasi ini, Pakatan Rakyat memerlukan kira-kira 4,720 undi orang Melayu

untuk menewaskan 4,604 undi pos tentera yang sekian lama menjadi nadi hayat Umno-Barisan Nasional.

Anwar merayu kepada supaya dipinjamkan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Beliau menggesa pengundi mengundi untuk perubahan dan bukan projek-projek terbengkalai yang menjadi mercu pemerintahan BN di Bagan Pinang.

"Tan Sri Isa pergilah....duduk baik-baik buatlah rumah besar sedikit tidak mengapa. Biarlah negeri ini dan Bagan Pinang bagi pada tokoh muda, akhlak baik, professional yang dihormati, tokoh Pas yang disegani, disambut dan disokong oleh semua kaum Zulkefly Mohamad Omar," katanya.

Read more...

Nizar-Pas-Najib-umno: Bagan Pinang Penentu Siapa Gagah

11 Oktober bakal diketahui siapa gagah Nizar-Pas atau Najib-Umno. Nizar kesnya hanya penderhaka kepada Sultan, Nizar murid kepada pengkhianat melayu, Nizar murid Ngo dan Ngeh.

Sementara Najib-Umno hanya isu Hantu Altanyua dan isu Rosmah. Isu Najib hanya reakaan demi sensasi politik, isu Nizar ada lah isu benar dan betul.

Bagan pinang memperlihatkan bagaimana kelibat Nizar-Pas murid Nuar kawan Eli Wong dan kuda Ngo dan Ngeh. Nizar kempen guna bahasa cina dan tamil agar orang melayu tak paham. Pasti Nizar kata kalau menang.. tanah rezab melayu dibagi-bagi pada orang cina dan india.

Nizar semasa menjadi MB hanya 11 bulan, berhektar-hektar tanah melayu ditukar hak milik, diberi kepada kaum cina dan india.

Bagan Pinang bakal mecipta politik pembohong dan penipu lawan politik benar.

Read more...

Friday, 9 October 2009

Nizar-Pas-Anwar: Polis Kata Penyokong Mu Cedera: Perbuatan Sendiri

Polis menyifatkan laporan Harakahdaily hari ini berhubung serangan ke atas petugas parti itu di Bagan Pinang sebagai tidak benar kerana menyebut polis "tidak menjalankan tugas" semasa insiden berkenaan awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC II Abd Manan Mohd Hassan berkata kandungan laporan berkenaan, yang disiarkan akhbar web rasmi PAS itu, juga dianggap boleh "menjejaskan ketenteraman."

"Isi kandungan ini boleh menjejaskan ketenteraman (awam). Kita minta kepada penulis-penulis blog ini, kalau boleh, janganlah menulis perkara perkara yang tidak benar," katanya dalam sidang media di markas taktikal PDRM di Port Dickson petang ini.

"Bagi polis, kalau ada elemen-elemen yang tidak benar, kita akan siasat, dan mengambil keterangan daripada orang yang menulis."

Portal berita tersebut pagi ini mememetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang mempersoalkan sikap polis yang didakwa "lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis."

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Mohd Zaki Masrof pula menjelaskan ia cuma sedikit kekecohan yang melibatkan kira-kira 10 penyokong BN dan beberapa penyokong PAS dalam insiden itu kira-kira jam 3 pagi.

"Sebenarnya tidak berlaku apa-apa insiden. Polis ada di situ, ada berkumpul ramai-ramai, kita beritahu suruh bersurai, jadi mereka patuh dan bersurai," katanya pada sidang media yang sama.

"Penyokong BN lebih kurang 10 orang yang ditugaskan memasang poster di kawasan berhampiran, perkara ini tidak disenangi oleh penyokong PAS dan telah menegur sekumpulan penyokong BN yang memasang bendera tetapi pada ketika itu polis sampai dan pihak polis telah menasihatkan mereka supaya bersurai," tambah Mohd Zaki.

"Mereka akur dengan arahan polis dan tiada apa-apa insiden yang berlaku pada ketika itu," katanya.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan ke atas penulis serta kandungan laporan akhbar web berkenaan untuk menentukan sama ada ia mengandungi butiran yang benar.

"Kita akan siasat Harakahdaily ini secara terperinci, kita akan siasat adakah benar apa yang dilaporkan dalam Harakahdaily.

"Kalau didapati tidak benar, polis akan buat laporan (polis) balas terhadap laporan yang disiarkan dalam Harakahdaily ini. Kerana laporan ini boleh menjejaskan imej PDRM, ia mengatakan pihak polis tidak bertindak, padahal pagi tadi kita memang berada di kawasan tersebut," kata Mohd Zaki lagi.

Tambahnya, polis juga menasihatkan PAS supaya membuat aduan polis berhubung perkara berkenaan untuk memudahkan pihaknya menjalankan siasatan.

"Kalau yang macam ini, lagi cepat polis hantar. Apa lagi yang ini?," katanya, sambil menunjukkan cetakan daripada laporan itu yang bertajuk 'Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak'.

Laporan berkenaan turut memuatkan gambar yang didakwa mangsa, dalam keadaan kepalanya berdarah dan bajunya koyak di bahagian belakang, dalam insiden tersebut.

"Tapi kenapa dia (PAS) masuk blog dulu? Kenapa dia tidak bawa ke balai? Apa tujuan dia?" kata Mohd Zaki.

"Jangan kata polis tidak bertindak, buat aduan polis dulu. Janganlah sebar perkara yang tidak betul.

"Kita sudah nasihatkan mereka, jika ada apa-apa yang tidak puas hati supaya buat laporan polis. Jadi apabila tiada laporan polis, tiba-tiba keluar pula berita seperti ini.

"Kalau benar, tampil ke hadapan dan buat laporan polis supaya senang pihak polis menyiasat. Sebab yang menyiasat hanya pihak polis, jabatan lain tak ada lagilah."

Read more...

Nizar-Sallahudin-Pas; SPR Kata Kamu BOHONG Soal Pertindihan Daftar Pengundi

PORT DICKSON: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tidak berlaku pertindihan nama dalam daftar pemilih pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata jika berlaku ia adalah kesilapan kecil dan bukan sesuatu yang disengajakan.

Beliau berkata, SPR akan terus membersihkan nama pengundi di negara ini yang mencecah lebih 11 juta iaitu 100,000 daripadanya adalah di kalangan anggota tentera.
"Kami memberi jaminan dalam pilihan raya kecil ini tidak berlaku pertindihan nama di mana anggota tentera turut memiliki kad pengenalan awam. Kami menerima senarai nama anggota tentera daripada Mindef dan merujuk kepada senarai itu," katanya pada sidang media selepas melawat pengundian pos di Dewan Jeneral Tan Sri Sany di kem Pusasda di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam sidang media berlainan di Markas Induk Pas DUN Bagan Pinang, Pengarah Induk Pas Pilihan Raya Kecil itu, Salahuddin Ayub, sekali lagi mendakwa parti itu memiliki senarai 253 nama pengundi bertindih dalam DUN itu.

Beliau berkata, susulan pertemuan dengan SPR semalam, parti itu sudah membuat kata putus untuk merujuk kepada panel peguam mereka bagi mengambil tindakan susulan dalam menyelesaikan masalah ini. Pada sidang media itu, Pas turut mengedarkan senarai nama bertindih yang didakwa membabitkan anggota tentera yang memiliki kad pengenalan awam dan pesara tentera yang nama mereka masih dalam senarai mengundi di DUN itu.

Read more...

Wednesday, 7 October 2009

Nizar-Sallahuddin-Pas: DAP Dah Yakin Undi POS Pasti Undi BN: Nak minta Tangguh untuk Apa??

DAP tidak akan menumpukan kempen kepada kaum Cina sahaja dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, walaupun menyedari undi daripada masyarakat ini boleh mengimbangi undi pos yang bakal diperolehi BN.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata ini kerana kempen kali ini dijalankan secara berpasukan dan akan meliputi kaum India dan Melayu yang menjadi pengundi majoriti di DUN tersebut.

"Kita tidak akan khususkan kepada undi satu kaum sahaja, kita hendak tukar minda yang hanya cakap dari segi pengundi Cina. Kita mesti melihat dari segi pengundi Malaysia yang berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata mengenai peranan DAP dalam memenangi hati pengundi Cina dalam pilihan raya kecil DUN itu bagi mengimbangi undi pos yang dikatakan bakal memihak kepada BN.

DUN Bagan Pinang mempunyai 13,644 pemilih berdaftar merangkumi 66 peratus pengundi Melayu, 19.9 peratus India dan 10.5 peratus Cina termasuk 4,604 pengundi pos.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan mengubah pemikiran lama yang menganggap sesebuah parti yang diwakili kaum Cina akan hanya fokus kepada masyarakat itu sahaja kerana beliau percaya semua pengundi mengambil berat mengenai isu yang sama tanpa berlandaskan kepada kaum dan agama.

"Saya rasa isu-isu yang mereka (pengundi) ambil berat adalah sama tanpa mengira kaum atau agama iaitu isu rasuah, ekonomi dan isu hak asasi," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau turut mengakui pilihan raya kecil kali ini adalah satu pertandingan yang sukar buat PAS-DAP-PKR kerana BN dilihat mempunyai 70 peratus lebih peluang untuk menang.

Pilihan raya kecil pada 11 Oktober itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mewakili BN dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi dalam pilihan raya umum lalu, kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor akibat jangkitan kuman dalam darah pada 4 September lalu.

Read more...

Tuesday, 6 October 2009

Nizar-Pas-Anwar Mengaku Dalang Kenyataan Akbar Bapa Altantuya

Kenyataan Dr. Shaariibuu Setev berhubung lawatan Najib Razak ke Paris pada 5-6 Oktober 2009, sebagai kenangan kematian anak perempuannya Altantuya Shaariibuu pada 19 Oktober 2006 di Malaysia.

Saya kesal kerana tidak dapat menghadirkan diri di Paris untuk bertemu dengan Encik Najib Razak, ketika beliau membuat lawatan rasmi selaku Perdana Menteri Malaysia. Saya jatuh sakit, dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan yang kurang sihat. Saya teringin untuk bercakap dengan Encik Najib, menyampaikan mesej kepadanya dan berjabat tangannya. Saya cuba untuk bertemu dengannya di Parlimen Malaysia pada tahun 2007, tetapi beliau meninggalkan dewan terlebih dahulu. Perjalanan saya di Malaysia tidak sempurna pada kali itu.

Tiga tahun saya menderita sejak anak perempuan saya Altantuya Shaariibuu mati di tangan Polis Di-Raja Malaysia dengan cara yang zalim. Beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2006, semasa bulan Ramadan, bulan yang paling suci untuk Muslim. Beliau diletupkan dengan bahan letupan militan, dan pembunuhan yang pelik ini masih belum menemui punca sehingga hari ini. Walaupun dua orang polis (Azilah Shaari and Sirul Omar) yang terlibat dalam pembunuhan ini telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati, namun keluarga saya dan saya masih tidak mampu untuk menjelaskan kepada dua orang cucu saya, anak Altantuya - Altanshagai dan Multanshagai, bahawa ibu mereka telah mati dalam keganasan dan kekejaman di tempat yang jauh bernama Malaysia.

Saya berharap PM Najib Razak menikmati lawatannya di Perancis, di mana sahabat rapatnya Abdul Razak Baginda yang menjadi broker kepada sebuah syarikat Perancis, menjurus kepada situasi yang berakhir dengan pembunuhan anak perempuan saya. Tidak dinafikan bahawa beliau telah mati sebagai penterjemah kepada sebuah syarikat Malaysia yang membeli submarine Perancis bernilai billion Euro, dan mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui sama ada orang awam dari Malaysia mahupun Perancis.

Saya telah memfailkan guaman sivil terhadap dua orang polis dan kerajaan Malaysia, menuntut pampasan untuk kematian anak perempuan saya. Beliau adalah penyara keluarga yang utama untuk kedua-dua anak lelakinya. Kini kedua-duanya menjadi anak yatim, dan masa depan mereka tidak menentu untuk saya. Usia isteri saya dan saya semakin lanjut dan kami bukan orang yang berada. Ia hanya adil apabila kerajaan Malaysia bertanggungjawab kepada apa yang berlaku kepada anak perempuan saya.


Dua orang polis yang melakukan pembunuhan keji terhadap anak perempuan saya yang berumur 28 tahun, berkhidmat di bawah Najib Razak, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu. ADC (aide de camp) Najib , DSP Musa Safri dilaporkan memberitahu polis (chief inspector Azilah) untuk membantu Abdul Razak Baginda (kiri, gambar kiri), berunding dengan Altantuya apabila beliau datang untuk meminta komisennya. Namun, Musa Safri tidak pernah dipanggil untuk tampil di mahkamah dan disoalsiasat penglibatannya dalam kes ini.

Memandangkan banyak yang dikaitkan Najib dalam pembunuhan ini, adalah mustahil dan tidak bertanggungjawab untuk Najib membersihkan tangan dalam isu ini, bersikap seolah-olah tragedi ini tidak berlaku terhadap anak perempuan dan keluarga saya.

Syarikat Perancis yang terlibat dengan perundingan orang Malaysia ini juga tidak dapat dikecualikan. Anak perempuan saya tidak akan ditimpa kematian yang zalim ini seandainya deal ini telus dan adil.

Saya merayu atas nama anak perempuan saya, isteri saya, dua orang cucu saya dan semua orang Mongolia, jangan biar anak perempuan saya mati dengan begitu sahaja. Mayatnya mungkin diletupkan kepada jutaan cebisan yang gagal dikenalpasti, tetapi hati kami kekal satu, menegakkan keadilan untuk anak perempuan saya yang tercinta, untuk menenangkan rohnya dan memastikan anak yatimnya memiliki masa depan yang wajar.

Read more...

Nizar-Pas-Anwar: Lim Guan Eng Kata Undi Pos Pasti Undi Umno: Tanda Pra-Kalah

DAP tidak akan menumpukan kempen kepada kaum Cina sahaja dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, walaupun menyedari undi daripada masyarakat ini boleh mengimbangi undi pos yang bakal diperolehi BN.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata ini kerana kempen kali ini dijalankan secara berpasukan dan akan meliputi kaum India dan Melayu yang menjadi pengundi majoriti di DUN tersebut.

"Kita tidak akan khususkan kepada undi satu kaum sahaja, kita hendak tukar minda yang hanya cakap dari segi pengundi Cina. Kita mesti melihat dari segi pengundi Malaysia yang berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata mengenai peranan DAP dalam memenangi hati pengundi Cina dalam pilihan raya kecil DUN itu bagi mengimbangi undi pos yang dikatakan bakal memihak kepada BN.

DUN Bagan Pinang mempunyai 13,644 pemilih berdaftar merangkumi 66 peratus pengundi Melayu, 19.9 peratus India dan 10.5 peratus Cina termasuk 4,604 pengundi pos.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan mengubah pemikiran lama yang menganggap sesebuah parti yang diwakili kaum Cina akan hanya fokus kepada masyarakat itu sahaja kerana beliau percaya semua pengundi mengambil berat mengenai isu yang sama tanpa berlandaskan kepada kaum dan agama.

"Saya rasa isu-isu yang mereka (pengundi) ambil berat adalah sama tanpa mengira kaum atau agama iaitu isu rasuah, ekonomi dan isu hak asasi," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau turut mengakui pilihan raya kecil kali ini adalah satu pertandingan yang sukar buat PAS-DAP-PKR kerana BN dilihat mempunyai 70 peratus lebih peluang untuk menang.

Pilihan raya kecil pada 11 Oktober itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mewakili BN dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi dalam pilihan raya umum lalu, kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor akibat jangkitan kuman dalam darah pada 4 September lalu.

Read more...

Nizar-Pas Kali ini Derhaka Pula Pada Agong Soal Jawatan MAIP

PAS Pulau Pinang tetap ingin mencadangkan pesuruhjayanya Mohd Salleh Man bagi mengisi jawatan yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang kosong Disember ini.

Jawatan tersebut kini disandang ADUN Umno, Shahabudin Yahya, yang juga setiausaha politik menteri bagi urusan agama Mejar Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

"Kita berpegang kepada keputusan terakhir kita, kerana kompromi tidak berlaku. Jadi kita menerima tamat kontrak beliau bulan Disember ini.

Beliau diminta mengulas perebutan jawatan tersebut antara Mohd Salleh dengan bekas pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Ellias Zakaria yang dilaporkan akan mengetuai MAIPP. Ellias Zakaria dilaporkan telah pun mendapat watikah perlantikan dripada DYMM Agong.

Dihubungi hari ini, Mujahid berkata tuntutan Pakatan Rakyat untuk Shahabudin meletakkan jawatan sejak mengambil alih teraju kepimpinan negeri mulai Mac tahun lalu telah gagal.

Dalam perbincangan antara kerajaan baru dengan ADUN Pengkalan Berangan, Mujahid mendakwa Shahabudin bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak diisi dengan orang politik, sebaliknya seorang pemimpin NGO.

"Oleh kerana jawatan tersebut lantikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, maka kita ambil jalan tengah, setuju beliau memegang jawatan sehingga bulan Disember 2009.

"Atas kepentingan orang ramai, kita terima cadangannya. Tetapi peletakkan (jawatan Shahabudin) itu tidak berlaku," katanya.

Menurut Mujahid, PAS dan Pakatan mempersoalkan janji Shahabudin dan beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar tidak mengetahui mengapa wakil rakyat Umno itu tidak mahu melepaskan jawatannya.

Sehubungan itu, Majlis Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbincang semula mengenai perkara tersebut - sebelum pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hujung Ogos lalu - dan menganggap keputusan perbincangan dengan Shahabudin telah terbatal.

"Dengan itu, Majlis Pakatan bersetuju untuk melantik Mohd Salleh mengetuai majlis tersebut," katanya.

Pelantikan pesuruhjaya itu sebagai yang dipertua baru MAIPP dipersetujui mesyuarat exco kerajaan negeri sehari selepas kemenanganya, 25 Ogos.

Nizar-Pas kamu buat keputusan diluar kuasa mu. Pulau Pinang Tiada Sultan, kerana itu DYMM Agong ada lah ketua Agama. Sebarang perlantikan yang berkaitan dengan agama adalah dibidang kuasa Agong.

Nizar-Pas kamu mahu menderhaka lagi? sudah lah tu Nizar, cukup lah penderhakaan mu.

Read more...

Sunday, 4 October 2009

AWAS ISA: Nizar Pernah HIDUP Zaman Mongol Yuan Dynasty

Nizar ajak orang cina Bagan Pinang undi parti yang dia agongkan PAS. Sebabnya katanya masa hidup zaman Mongol Yuan Dynasty kerajaan tu terok sangat, tapi lebih terok dari kerajaan BN.

Masa tu saya jadi Menteri Besar Perak pakai Toyota Camry 2.4, tak nak proton pernada v6,kerana proton buatan Malaysia, Toyota buatan Jepun. Sekarang saya drive M-Benz, saya boleh kempen maki hamun kerajaan, boleh menghina sultan, boleh demonstrasi.

Zaman Mongol Yuan Dyansty semua tu tak boleh,kalau lakukan juga hukumnya PANCUNG KEPALA. Ako dah kata kerajaan Mongol Yuan dyansty lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional.

Nizar kempen orang cina sebab sebangsa dengannya. Nizar ni sebenarnya bukan melayu, tetapi guna nama melayu untuk gimik politik.

Orang cina memang tak akan undi BN, sebab cina sifatnya mencari peluang. Semakin kerajaan lemah, maka demand mereka cepat terpenuhi. Buktinya selepas pru-12, apapun tindakan kerajaan Bn untuk orang cina; tidak dihargai, mereka tetap undi pembangkang.

Read more...

Saturday, 3 October 2009

Nizar-Pas-Anwar: Berkempen Saja Lah; Buat Apa Gaduh-gaduh

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menasihati penyokong BN dan PAS supaya saling hormat menghormati sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang - yang bermula selepas penamaan calon hari ini. Hari pengundian ditetapkan pada 11 Oktober depan.

"Masa kempen janganlah keluarkan perkataan yang sangat menyakitkan hati pihak yang lain....mereka kenal satu yang lain. Masa kempen itu juga jangan burukkan peribadi, memalukan seseorang, menjatuhkan maruah orang.....tak elok dan saya harap perkara itu tidak terus dibawa semasa hari pengundian.

"Saya harap pemimpin parti berkenaan, ingatkan pengikut masing-masing... jangan sampai hilang ingatan, jangan terlalu emosional. Kita mesti berfikir secara rasional," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon pilihan raya kecil itu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, lapor Bernama

Dalam pilihan raya kecil itu, calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad, berdepan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor, yang mewakili BN, meninggal dunia pada 4 September lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Azman menewaskan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Sejumlah 13,664 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos, layak mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Abdul Aziz juga gembira kerana proses penamaan calon pilihan raya kecil itu berjalan dengan baik.

Katanya penyokong parti yang bertanding diletakkan di dua kawasan berasingan dan berjauhan antara satu dengan lain mengikut laluan berbeza.

"Cuma sebelum mereka mula berhimpun pagi tadi, hujan lebat menyebabkan ramai mereka yang dalam keadaan basah kuyup. Saya dimaklumkan penyokong BN sebanyak 4,000 manakala 5,000 PAS," katanya.Beliau berkata SPR menerima tiga bantahan iaitu dua bantahan daripada PAS berhubung pekerjaan Mohd Isa dan saksi calon BN tidak berdaftar sebagai pemilih manakala bantahan BN terhadap calon PAS pula adalah kerana ada kes mahkamah.

Bagaimanapun, katanya setelah disemak, ketiga-tiga bantahan itu ditolak dan kedua-dua calon daripada BN dan PAS sah bertanding.

Read more...

Nizar-Pas-Anwar: Pakatan Tetap Kukuh walau AJK Telok Kemang Keluar

Aktivis PKR, Shahruddin Abdul Hamid, yang telah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober, mengisytiharkan keluar parti itu hari ini.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan itu ekoran tekanan pemimpin pembangkang - PAS dan PKR - daripada pelbagai peringkat yang mahu beliau keluar dari PKR.

"Banyak tekanan yang saya terima. (Ketua umum) Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tidak suka. Pergi mana orang serbu saya, jadi saya letak jawatanlah," kata Shahruddin yang juga bekas kakitangan ahli parlimen Teluk Kemang, Kamarul Baharin Abbas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shahruddin juga memaklumkan, beliau tidak akan menghantar surat peletakan secara rasmi kepada ibu pejabat PKR kerana merasakan sudah memadai mengisytiharkan melalui media.

"Saya hanya beritahu (ADUN PKR Port Dickson) YB M Ravi saja. Dia kata OK," katanya.

Sementara itu, mengulas peluangnya setakat ini, Shahruddin yakin mampu merebut sekurang-kurang 20 peratus undi daripada kedua-dua parti bertanding, PAS dan BN.

"Mana-mana yang tidak setuju dengan calon yang dipilih parti masing-masing, akan memberikan undi kepada saya. Sebanyak 10 peratus lagi akan datang daripada pengundi atas pagar," katanya.

Shahruddin juga menjelaskan, oleh kerana kesuntukan dana, jenteranya tidak akan menggunakan banyak bahan kempen seperti kain rentang dan poster.

"Saya hanya buat dari rumah ke rumah, pergi kedai dan sebagainya. Saya cuma ada jentera kecil. Ceramah pun kita akan buat dua kali sahaja," katanya.

Beliau kini sedang mempertimbangkan lambang yang akan digunakannya esok bagi bertanding sama ada kunci, komputer atau payung.

Pada 14 September lalu, Shahruddin menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN itu kerana mahu bertanding bagi "memajukan industri pelancongan" di Port Dickson.

Bekas pengerusi tetap Umno Kota Lukut itu sehingga 2004, kini berniaga dalam bidang pengurusan acara.

Shahruddin, 52, pernah bertugas sebagai kakitangan Kamarul, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan, hampir setahun selepas pilihan raya umum lalu.

Read more...

Friday, 2 October 2009

Nizar-Pas-Anwar: Kamu kata Pakatan Bersatu dan Utuh Apa Hal dengan Sharudddin INI?

Aktivis PKR, Shahruddin Abdul Hamid, yang telah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober, mengisytiharkan keluar parti itu hari ini.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan itu ekoran tekanan pemimpin pembangkang - PAS dan PKR - daripada pelbagai peringkat yang mahu beliau keluar dari PKR.

"Banyak tekanan yang saya terima. (Ketua umum) Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tidak suka. Pergi mana orang serbu saya, jadi saya letak jawatanlah," kata Shahruddin yang juga bekas kakitangan ahli parlimen Teluk Kemang, Kamarul Baharin Abbas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shahruddin juga memaklumkan, beliau tidak akan menghantar surat peletakan secara rasmi kepada ibu pejabat PKR kerana merasakan sudah memadai mengisytiharkan melalui media.

"Saya hanya beritahu (ADUN PKR Port Dickson) YB M Ravi saja. Dia kata OK," katanya.

Sementara itu, mengulas peluangnya setakat ini, Shahruddin yakin mampu merebut sekurang-kurang 20 peratus undi daripada kedua-dua parti bertanding, PAS dan BN.

"Mana-mana yang tidak setuju dengan calon yang dipilih parti masing-masing, akan memberikan undi kepada saya. Sebanyak 10 peratus lagi akan datang daripada pengundi atas pagar," katanya.

Shahruddin juga menjelaskan, oleh kerana kesuntukan dana, jenteranya tidak akan menggunakan banyak bahan kempen seperti kain rentang dan poster.

"Saya hanya buat dari rumah ke rumah, pergi kedai dan sebagainya. Saya cuma ada jentera kecil. Ceramah pun kita akan buat dua kali sahaja," katanya.

Beliau kini sedang mempertimbangkan lambang yang akan digunakannya esok bagi bertanding sama ada kunci, komputer atau payung.

Pada 14 September lalu, Shahruddin menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN itu kerana mahu bertanding bagi "memajukan industri pelancongan" di Port Dickson.

Bekas pengerusi tetap Umno Kota Lukut itu sehingga 2004, kini berniaga dalam bidang pengurusan acara.

Shahruddin, 52, pernah bertugas sebagai kakitangan Kamarul, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan, hampir setahun selepas pilihan raya umum lalu.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP