Tuesday, 21 December 2010

Cuti cuti

Bagi mereka yang berkemampuan, sempena akhir tahun dan menjelangnya tahun baru, sungguh ramai yang bercuti bersama keluarga. Namun bagi mereka yang sekadar mampu untuk hidup, bercuti di rumah dan kampung sendiri sudah memadai.

Dayang terbaca di blog pemimpin Kota Belud, di mana pemimpin itu menggalakkan agar rakyat pergi bercuti di tempat-tempat yang menarik di negara ini, namun dirinya dan keluarganya bercuti di London.

Musim sebegini di London adalah musim sejuk dan bersalji. Telah beberapa minggu, masakapai penerbangan antarabangsa mengumumkan bahawa kebanyakkan penerbangan ke London terpaksa di jadualkan kerana cuaca yang tidak menentu, di mana pendaratan kapal terbang tidak mengizinkan.

Ternampak sangat berbezaan antara yang berkemampuan dan tidak berkemampuan dan soal-soal lifestyle. Bersyukurlah kita pada negara ini, kerana perbezaan kasta belum mengarah kepada gejolak sosial.

Read more...

Monday, 4 October 2010

Jalan kg Rampayan ULU mula retak

Hampir setahun tidak melawat kg Rampayan Ulu, dua hari lalu saya sempat ke kg itu untuk tujuan hari raya. Sayang, setelah setahun penduduk kg Rampayan Ulu menikmati jalan aspal, setelah menantinya lebih 50 tahun. Namun keselesaan itu tidak berpanjangan, kini jalan aspal yang dibuat asal-asalan itu mula retak.

100 meter daripada persimpangan jalan Sarang-Dudar, terdapat mendapan sedalam 12 inci seluas 20 kaki kiri kanan seluruh jalan tersebut.

Sekiranya jalan tersebut dibuat dengan baik, sudah tentulah keadaan ini tidak berlaku.

Sayang kerajaan telah memperuntukan jutaan ringgit untuk jalan tersebut, yang sepatutnya bertahan sekurang 5 tahun, kini akan kembali kepada keadaan lama.

Beginilah jika kontraktor mengambil untuk berlebihan, mereka diuntungkan, rakyat dan kerajaan dirugikan.

Sepatutnya pihak JKR memantau pembinaan jalan ini dari awal, malangnya jurutera JKR, mungkin tidak mempunyai pengetahun mengenai pembinaan jalan yang boleh mapan.

Read more...

Wednesday, 15 September 2010

Politik bagi Musbah Jamli

Setelah 2 tahun selepas PRU-12, politik Kota Belud mula memanas. Memanas bukannya ada perebutan jawatan politik, tetapi puncanya adalah pendekatan para pemain politik daerah ini.

Wakil rakyat Tempasuk Musbah Jamli mengambil pendekatan: politik adalah untuk membangun perekonomian rakyat. Musbah tidak lagi menjadikan politik sebagai tapak untuk merebut jawatan, namun wakil rakyat Tempasuk itu memanfaatkan politik untuk memajukan rakyat yang diwakilinya.

Wakil rakyat Tempasuk itu mengambil iktibar kepada perjuangan Tun Mustapha dan Datuk Pairin. Menurutnya hanya wakil rakyat yang di sayangi akar umbi adalah ahli politik yang boleh bertahan lama.

Musbah dalam memperkukuh kedudukkannya di kawasannya, saban hari berusaha mempupuk hubungan timbal balik antara rakyat akar umbi dan dirinya.

Secara diam, pembantu menteri itu bersilatur rahim dengan semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama.

Berasaskan pendekatan itu, maka hingga kini kedudukan Pegawai Kemajuan Rakyat N-6 Tempasuk masih kosong tanpa ada perlantikan baru.

Hujah Musbah, biarlah dirinya merangkap sebagai Pegawai Kemajuan untuk rakyat yang diwakilinya. "Biar saya sendiri mendengar keluhan rakyat" ujarnya ketika ditemui di rumahnya pada musim hariraya ini.

Read more...

Wednesday, 21 July 2010

Oh Janji Oh Janji: Mana Janji Mu DARD

Genap setahun janji wakil rakyat Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan (lebih suka dipanggil dengan nama DARD) anak Tuaran yang dikatakan sangat gagah kerana berani bertanding di tempat orang dan menang pula tu.

Janji itu adalah mengenyahkan masalah air Kota Belud pada tahun 2010.

Tahun 2010 telah melepasi setengah tahun. Bulan ramadhan akan menjelang tiba pada 7 ogos depan, manakala hariraya akan dirayakan pada 10-9-2010. Jika dihitung-hitung tahun 2010 akan menutupkan tirainya kurang daripada 4 bulan. Berasaskan kepada masa yang tersisa bagi tahun 2010, adalah pelik jika janji DARD itu akan tertunaikan.

Jangan lah berjanji jika tidak mampu menunaikan. Ikhlaslah pada kemampuan diri sendiri, jangan berlagak jaguh yang akhirnya diri itu tidak ada keupayaan.

Read more...

Monday, 21 June 2010

Bayaran Tambahan PIBG

Bukan salah meminta bayaran tambahan daripada Ibu-Bapa bagi kepentingan para murid. Memang mesyuarat PIBG telah luluskan bayaran tambahan. Namun berapa ramai kah ibu-bapa sanggup membayar tambahan itu?

Hari ini dayang ditugaskan untuk memungut bayaran daripada ibu-bapa,namun 40% sahaja ibu-bapa mampu membayar sesuai dengan notis daripada pengerusi PIBG, sementara 60% lagi kononnya akan dibayar pada penghujung bulan.

Pada mesyuarat PIBG baru-baru ini, laporan kewangan menunjukkan bahawa setiap tahun sekurang-kurangnya 20% ibu-bapa tidak dapat membayar sumbangan tambahan kepada PIBG.

Bukan salah ibu-Bapa, bukan juga ibu-bapa tidak mahu memberi sumbangan, namun bajet untuk itu memang terhad.

Nampaknya proses pendidikan di negara walaupun mengarah kepada bebas bayaran dibanding tahun 70-an, namun memandangkan ketidak sama rataan pendapatan, maka masih terdapat ibu-bapa yang tidak mampu membayar tambahan PIBG.

Read more...

Tuesday, 15 June 2010

Ada YB Cari Nama Melalui PTPTN

Bukan main bangganya seorang YB bersalaman dengan pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN baru-baru ini.

PTPTN sudah wujud sejak tahun 1997 untuk kemudahan para pelajar yang tidak mendapat tajaan biasiswa kerana kecemerlangan akademik yang kurang memuaskan, namun masih berpeluang diterima di perguruan tinggi samaada IPTA atau IPTS.

Baru-baru ini di Kota Belud berlangsung penyampaian bayaran awal kepada para pelajar sebanyak RM1,500 seorang sebagai persediaan awal, namun YB berkenaan mengambil kesempatan seolah-olah kerana dia lah pinjaman itu diberikan.

Tahun ini PTPTN menyediakan RM33 bilion bagi 200,000 pelajar untuk melanjutkan pelajaran di perguruan tiggi.

Dalam perkembangan lain, seramai 100,000 peminjam yang melibatkan RM1.9 bilion masih enggan membayar pinjaman dan kemungkinan akan dimufliskan

Read more...

Tuesday, 11 May 2010

Rampayan ULU Sasaran Datuk Musbah Hari ini

Tepat pukul 10 Pengerusi pengajur memberitahu melalui pesanan ringkas bahawa wakil rakyat DUN 6 Tempasuk merangkap pembantu menteri pertanian negeri Datuk Musbah Haji Jamli tiba bersama rombongan ke majlis Mesra rakyat bersama KEMAS.

Lawatan Musbah ke Rampayan Ulu bukan julung kalinya, bahkan setiap 3 bulan, wakil rakyat Tempasuk ini memenuhi jadualnya melawat kampung Rampayan Ulu.

Sebelum ini Musbah juga melawat kampung ini sempena melepas tukun-tukun tiruan di laut Rampayan.

Sementara itu lawatan tidak rasmi YB satu ini tidak lah terhitung dengan jari, kerana acara apapun termasuk kematian YB ini tidak gagal untuk datang.

Read more...

Tuesday, 4 May 2010

Pekan Kota Belud Semakin Sesak

Kesesakkan sangat membosankan. Jika di Kuala Lumpur, kesesakkan boleh berakibat parah. Pemandu boleh menjadi pembuli jalan, atas sebab apa? sebabnya kesesakkan.

Pekan Kota Belud sekarang ini adalah pekan yang sesak. Kesesakkan ini akibat pembangunan kedai-kedai perniagaan. Walaupun kedai-kedai bertambah, namun perlebaran jalan tidak berlaku. Jalan tahun 50-an itu sahaja yang tersedia.

Apa tindakan kerajaan atau kerajaan tempatan



Read more...

Wednesday, 28 April 2010

PIBG Juga Jadi Perhatian Datuk Musbah

24 April lalu wakil rakyat N.6 Tempasuk merasmikan mesyuarat PIBG SK Tempasuk 1 Kota Belud.

Dalam ucapan perasmiannya Datuk Musbah yang juga merupakan Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri menekankan betapa pentingnya pendidikan.

Pendidikan adalah asas memajukan diri dan melakukan perubahan. Apa kah perubahan itu berbentuk keilmuan dan ekonomi.

Pembangunan ekonomi selain memerlukan ilmu juga kegigihan.

Mereka yang tidak berpendidikan dan berilmu boleh berjaya membangun ekonomi, namun ianya memerlukan masa yang panjang dan ranjau-ranjau diperjalanan yang sangat mencabar.

Namun bagi mereka yang dilengkapi dengan ilmu, walaupun mengalami keadaan yang serupa namun mengarah dan terfokus.

Dalam dunia yang penuh persaingan ini, hanya ilmu sahaja lah menjadi pembantu kepada setiap insan untuk berjaya.

Selanjutnya wakil rakyat itu berkata, walaupun anak-anak kita diminta menumpukan masa muda mereka untuk mendapatkan pelajaran dan ilmu, namun ketaqwaan kepada Allahsubhanawatala juga jangan terabaikan.

Gandingan ilmu dan agama sangat penting dalam menempu perjalanan kita dalam dunia ini, sambungnya.

Read more...

Tuesday, 20 April 2010

Di Kampung saya Duduk Hulu Sekali

Kampung di mana saya menetap terlalu jauh dari pekan terdekat. Biasalah suasana kampung.Semuanya serba serbi kekurangan. Lampu litrik dicatu, kekadang bergelap sepanjang malam. Air minum, sudah tentu dari air tube, itupun berwarna kemerah-merahan dan berkarat.

Sekolah memang di tengah kampung, berpagar dawai duri agar lembu, kuda dan kerbau tidak merosak bunga-bunga kreasi pelajar.

Sekolah dilengkapi makmal komputer,namun atas nama sahaja. Makmal itu tidak pernah beroperasi sejak siap dibangunkan.

Komputer yang dibekalkan oleh jabatan pelajaran, hanya guru-guru tertentu termasuk guru besar yang menggunakannya. Pelajar jauh sekali. Jangan pelik dan terperanjat, bahawa kebanyakan pelajar tidak celik komputer, yang mereka celik ada lah games dalam handphone.

Begini lah suasana generasi kita yang kita angkat menjadi manusia cemerlang, terbilang dan gemilang

Read more...

Monday, 12 April 2010

Mana Sudah Orang-orang "kaya" Kota Belud

Jika ada sahaja aktiviti politik di daerah Kota Belud, tiba-tiba ramai orang-orang Kota Belud jadi kaya.

Pada masa itu kedai-kedai kopi penuh dengan para pelanggan. Malah terdapat ramai yang berebut-rebut membayar.

Tidak tahu bagaimana kah orang-orang ini jadi kaya. Namun, apabila selesai sahaja aktiviti politik apa kah itu pilihanraya atau pemilihan jawatan parti, orang-orang ini menghilang tidak tahu lagi di mana rimbanya.

Apa kah kemunculan orang-orang kaya ini hanya bermusim? Ataukah hanya pada musim aktiviti politik mereka menghambur wang, supaya kenampakan mereka ini kaya? untuk tujuan meningkatkan imej? atau memang orang-orang ini mendapat sponsor dari orang-orang tertentu, untuk meramaikan aktiviti itu?

Namun demikian lah senerio "orang-orang kaya" Kota Belud ini.

Read more...

Wednesday, 7 April 2010

Ada Apa Dengan Sebutan UMNO-APCO??? Bukan Kah Apco Itu Penasihat Kerajaan!

'Umno APCO' yang disebutkan seumpama nada lagu nyanyian aktor filem Hindustan, Shahrukh Khan, membawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ia dilihat seolah-olah Umno trauma dengan gelaran 'Umno Apco, Apco Umno' yang dipopularkan Mahfuzr di Dewan Rakyat sejak semalam lagi.

Hari ini, ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said membuat usul menggunakan Aturan Mesyuarat 36(12) mengheret Mahfuz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Pertikaman lidah di Dewan Rakyat dilihat mulai panas apabila Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyebelahi Ismail dengan tidak terlebih dahulu memberikan justifikasi yang matang pada usul tersebut.

Akibatnya, rata-rata Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangkit memprotes Dr. Wan Junaidi dengan melaungkan 'Umno Apco, Apco Umno' secara terbuka.

Dalam aksi protes itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof turut meminta dirinya dikenakan tindakan seperti Mahfuz kerana menyebut 'Umno Apco, Apco Umno' di Dewan Rakyat.

Wan Junaidi kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan Mahfuz adalah mengelirukan dan membolehkan beliau dirujuk ke jawatankuasa tersebut menggunakan Aturan Mesyuarat 26(1B).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kemudiannya bangkit mempersoal tindakan Wan Junaidi.

"Adakah menyebut perkataan Umno itu menghinakan, adakah APCO itu suatu najis," soalnya.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula menganggap usul tersebut adalah tidak tepat kerana Ismail dan Dr Wan Junaidi masing-masing tidak menggunakan Aturan Mesyuarat yang sama.

Tidak cukup dengan itu, menurut Kamaruddin, kaedah Speaker membuat keputusan tidak menurut Aturan Mesyuarat.

Ini kerana, menurut beliau, Dewan Rakyat tidak terlebih dahulu diminta membahaskan usul dan menerima usul Ismail itu.

Tanpa memberikan justifikasi yang jelas, Wan Junaidi bertegas dengan keputusannya iaitu Mahfuz diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudiannya meminta Wan Junaidi menjelaskan pula tentang kaedah menggunakan perkataan 'Umno' dan 'Apco' dengan cara yang betul supaya beliau tidak mengulangi tindakan Mahfuz.

Wan Junaidi kemudiannya dilihat seolah-olah terperangkap dengan keputusan yang dibuatnya kerana kedua-dua perkataan yang dianggap sensitif oleh Ahli-ahli Parlimen BN itu tidak memberikan konotasi yang salah.

Dewan Rakyat kelihatan kembali kecoh dengan laungan 'Umno Apco, Apco Umno', hatta Dr. Wan Junaidi terpaksa menangguhkan sidang Dewan Rakyat selama lima belas minit.

Wan Junaidi kemudiannya mengambil ketetapan Dewan Rakyat menggunakan undian suara.

Dewan Rakyat kembali gamat dengan laungan 'Umno Apco, Apco Umno' sebagai protes pada ketetapan Dr. Wan Junaidi.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz kemudiannya mencelah dengan mengatakan bahawa menyebut kalimah 'Umno' dan 'Apco' seperti memperbudak-budakkan Umno.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kemudiannya membuat usul untuk membawa Mohamad ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana menyebut 'Umno Apco, Apco Umno' sebagaimana yang dilakukan ke atas Mahfuz, tetapi usul itu diketepikan oleh Dr. Wan Junaidi.

Menurut Wan Junaidi, kenyataan Mohamad tidak boleh ditafsirkan sama dengan kenyataan Mahfuz.

Tegas Wan Junaidi lagi, sekiranya sesiapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan ketetapannya, mereka dicabar mempertikai tindakannya menggunakan Aturan Mesyuarat 43.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kemudiannya mencadangkan Dr. Wan Junaidi menggunakan kuasa muktamadnya berdasarkan Aturan Mesyuarat 90.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail bangkit lalu mempersoal kemampuan Wan Junaidi kerana soalah-olah mampu membaca apa yang terbuku dalam hati Mahfuz dan Mohamad.

"Mahfuz sebut Apco dan Umno, begitu juga Mohamad, bagaimana Tuan Speaker boleh menganggap Mahfuz salah dan Mohamad betul sedangkan kedua-duanya menggunakan perkataan yang sama," ujarnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang kemudiannya merumuskan Wan Junaidi telahpun melakukan kesalahan dalam menggunakan Aturan Mesyuarat.

Ujarnya lagi, Wan Junaidi dinasihatkan supaya menggugurkan Mahfuz dan Mohamad daripada dibicarakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, seterusnya meneruskan agenda menyuarat.

Sebagai respons pada cadangan Kit Siang itu, Wan Junaidi bertegas dengan ketetapannya sebelum itu.

Kekecohan dalam Dewan Rakyat mengakibatkan beliau terus menangguhkan mesyuarat secara tiba-tiba tanpa didahulukan dengan suatu usul penangguhan yang disokong oleh Ahli Parlimen.

Namun, beliau kemudiannya mengaku gagal mengawal perasaannya dan menangguhkan sidang dewan sehingga 10 pagi esok mengikut Aturan Mesyuarat yang sepatutnya.


Kes Kit Siang

Sebelum itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) memohon agar anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dihadapkan ke jawatankuasa yang sama.

Ini ekoran tuduhan Tajudin yang antara lain mengatakan ada antara pemimpin Pulau Pinang daripada DAP, kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.

Selain itu, Lim berkata, anggota Parlimen Pasir Salak itu juga mendakwa beliau adalah bekas pegawai politik kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (kiri).

Lim meminta Tajudin mengemukakan bukti atas tudhannya itu dan sekiranya gagal beliau dicadangkan dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Tajudin selepas itu enggan menarik balik tuduhannya itu lalu menyebabkan anggota Parlimen Pakatan mendesak dia dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Ekoran itu, undi belah bahagi dibuat yang menghasilkan 56 bersetuju dan 82 menolak cadangan itu.

Read more...

Wednesday, 31 March 2010

Hanya Mereka Yang Tahu Siapa? Mampu Ikut Serta Dalam MEB

Apabila membaca MEB yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam, dirasakan hanya mereka yang tahu siapa akan mampu ikut serta atau akan mendapat manafaat.

Bagi mereka yang tidak tahu siapa? tidak akan mampu bersaing, kerana MEB sepertimana dikatakan oleh PM akan berpaksi kepada merit.

Bagi mereka yang tergolong belum bermula atau belum ada merit, tidak akan mendapat bahagian daripada kek MEB.

Tujuan MEB adalah untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi dari US7,000 perkapita sekarang ini kepada US15,000 10 tahun dari sekarang.

Keterangan lanjut mengenai MEB disini

Read more...

Thursday, 25 March 2010

Di Kelantan Beribu Tanah Terbiar Konon Kerana UMNO

Tindakan Umno akibatkan beribu ekar kawasan padi terbiar di Kelantan apabila subsidi baja dan lain-lain yang sepatutnya diberikan kepada petani disekat.

Haji Muhammad Husain (PAS - Pasir Puteh) yang mendedahkan perkara itu di parlimen semalam berkata fenomena ini akibat tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan majlis pembangunan pertanian peringkat parlimen yang dipengerusikan oleh Ketua Umno Bahagian.

"Di kawasan saya Pasir Puteh ramai petani telah dinafikan hak subsidi baja padi apabila pihak pemimpin Umno bawahan enggan menandatangani borang yang disediakan oleh pihak mereka sebagai syarat mendapat batuan baja," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong di dewan rakyat semalam.

Beliau turut mededahkan surat arahan yang dikeluarkan ketua Umno bahagian yang mengarahkan supaya subsidi berkenaan diberikan hanya kepada mereka yang mendapat sokongan pihak mereka sahaja.

Tindakan ini menurut beliau adalah membawa kepada perpecahan masyarakat dan mengganggu hala tuju negara yang sepatutnya merangsang pengeluaran hasil pertanian bagi menggantikan import bahan makanan yang kritikal sekarang

Read more...

Tuesday, 23 March 2010

Sinopsis Politik Kota Belud Dan Agendanya

APABILA Datuk Salleh Said mengumumkan akan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, ramai ahli Umno mempersoalkan niat itu. Alasan yang diberikan bahawa Salleh telah tidak mempertahankan jawatan tersebut walaupun 3 tahun sebelumnya Salleh layak mempertahankan jawatan ketua Bahagian.

Persoalan yang berulang-ulang dikalangan ahli Umno malah rakyat bukan ahli misi apakah yang Salleh bawa kali ini. Apakah kerana ekoran pengugguran sebagai calon pilihanraya merupakan salah satu faktor sebab musabab Salleh kembali aktif dalam kepartian peringkat daerah?

Persoalan ini hinggakini belum terjawab. Sepak terajang Salleh dalam politik daerah sukar untuk dibaca kerana sinonimnya nama Salleh dalam politik daerah.

Seorang mantan Ketua Menteri dan mantan ahli parlimen dan mantan ADUN semasa memunacaknya kerjaya politik Salleh adalah merupakan rekod dalam profil pribadinya dalam perpolitikan daerah, yakni Daerah Kota Belud.

Suatu ketika diambang PRU-12 ramai dikalangan ahli Umno dan rakyat Kota Belud telah yakin dan percaya bahawa Salleh akan terus dicalonkan sebagai wakil BN dalam pilihanraya tersebut. Faktor yang membenarkan isu tersebut adalah Salleh masih muda, masih bertenaga, kemimpinannya masih diperlukan di peringkat daerah memandangkan status daerah yang tersenarai dalam rekod Jabatan Kebajikan sebagai daerah termiskin selepas daerah Pitas, Kudat.

Namun apa yang telah berlaku, semua rakyat telah tahu, bahawa Salleh tidak terpilih sebagai calon bersama-sama Tan Sri Pandikar Amin dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapaha.

Diambang PRU-12 tersebut, keadaan para penyokong ketiga-tiga pemimpin ini seolah-olah dilanggar tsunami, bertempiran, malah ada yang terlupa akan asas perjuangan.

Walaupun ketiga-tiga pemimpin ini bertindak bijak dengan terus mengeluarkan kenyataan bahawa perjuangan mereka tetap bersama BN dengan diselitkan gambar bersama Datuk Musa Aman berpegangan tangan menunjukkan kesatuhatian mereka, namun para penyokong mereka tetap ada yang melakukan kerja-kerja protes.

Tanda-tanda protes tersebut nampak sangat melalui undi protes di semua peti undi. Jika pada pilihanraya ke-11 (2004) kemenangan BN bagi parlimen Kota Belud majoritinya melebihi 3,000 undi, telah bertukar kepada dibawah 2,000 undi pada tahun 2008.

Bagi Dun Usukan dan Tempasuk pula semua peti undi di mana terdapat majoriti suku Irranun, semua peti undi BN kalah baik peringkat parlimen maupun negeri, kecuali peti undi kg Peladok, dimana Datuk Musbah Jamli sebagai calon BN menang dengan kelebahan 13 undi.

Berbalik kepada pemilihan ketua bahagian Umno Kota Belud, walaupun Datuk Musbah Jamli mendapat sekali ganda banyak pencalonan untuk mempertahan jawatan itu, ternyata apabila para perwakilan mengundi, mereka mengembalikan Salleh ke jawatan asal politiknya dengan kelebihan 47 undi.

Cara pemilihan lama Umno telah berlalu,corak pemilihan pada tahun 2011 jika tiada penudaan akan berlainan. Jumlah para pemilih akan bertambah (mekanismenya belum penulis ketahui cara dan bagaimana pengundian tersebut akan dilaksanakan) yang pastinya menjadi teka teki bagi para ahli Umno bahagian siapakah gerangan yang menerajui bahagian itu pada tahun 2011.

Datuk Musbah Jamli dengan kapasitinya sebagai pembantu menteri pertanian dan asas tani Negeri sedaya upaya mencorakkan kepimpinannya di mata rakyat. Agendanya memajukan rakyat miskin terutama petani, nelayan dan peternak serta pekebun terus diuar-uarkannya melalui projek Agropolitan dan jelapang padinya.

Acara turun padang Datuk Musbah Jamli selain disiarkan di dada-dada akhbar tempatan juga dibantu oleh Blognya Sendiri Blog Adun-6 Tempasuk, yang secara berkala menyiarkan kegiatan-kegiatan turun padang ADUN Tempasuk ini.

Musbah menyahut seruan DS Najib bahawa jawatan dalam parti tidak semastinya mejadi pilihannya dalam PRU-13, namun calon adalah pilihan rakyat itu sendiri. Rakyat akan menilai individu yang akan diketengahkan melalui laporan-laporan agensi yang ditugaskan membuat laporan seperti JASA, KEMAS, anggota keselamatan, malah pemimpin akar umbi.

Peranan bloger juga akan diambilkira,kerana menurut Najib, media alternative ini kini telah melanda Negara, kerana itu maklumat daripadanya tidak boleh diambil mudah.

Laporan para NGO akan diambilkira dalam penentuan calon, kerana itu rekod wakil rakyat atau individu tertentu yang mempunyai cita-cita menjadi wakil rakyat adalah jasanya pemimpin tersebut kepada rakyat, kebaikan kepadanya rakyat dan dekatnya dengan rakyat.

Rakyat masa kini telah bijak menyaring isu,maklumat atau berita sensasi. Rakyat kini menilai melalui pencapaian khasnya pencapaian fizikal. Bagi rakyat, hanya pembangunan fizikal sahaja yang boleh membantu mereka meneruskan kehidupan.

Cerita halusinasi tidak lagi menjadi penarik kepada rakyat, kerana bagi rakyat khasnya yang pendidikan mereka telah mengerti bahawa telah tibanya kerajaan mengalami kemampatan dalam penyediaan pekerjaan yang berbentuk makan gaji.

Bagi mereka yang berpendidikan apa yang mereka hendak adalah penyediaan peluang untuk diterokai. Mereka menginginkan keterbukaan peluang, peluang untuk berniaga, peluang mendapatkan kemudahan pinjaman bank, kemudahan mendapatkan pelesenan dan kemudahan infrastruktur yang memudahkan perniagaan mudah dilaksanakan.

Bagi generasi kini,mereka tidak lagi suka kepada hubungan kabel, mereka lebih suka kepada keterbukaan dan keadilan.Bagi mereka, keterbukaan adalah asas kepada kemajuan, asas kepada pencapaian, kerana hanya melalui keterbukaan, maka maklumat mudah diperolehi.

Tanpa keterbukaan, maka unsur pilihkasih akan terus wujud, unsur rasuah akan terus wujud, faktor ini adalah unsur pembantut bagi mereka yang baru dalam dunia perniagaan,kerana mereka tidak akan mampu bersaing dengan peniaga yang telah mempunyai kabel dan orang dalam.

Apakah pimpinan Kota Belud akan menjadikan isu-isu yang disebutkan di atas sebagai wadah perjuangan mereka? Atau kah rakyat umumnya dan khasnya ahli parti akan menentukan pemimpin pilihan mereka pada pemilihan parti maupun PRU-13 akan datang?

Terserah kepada para pemimpin yang ada sekarang dan bakal pemimpin atau rakyat serta ahli parti menentukanya. Fikirkan lah!

Read more...

Saturday, 20 March 2010

Perlu Jemput Nik Aziz Ke Kota Belud Untuk Turunkan HUJAN

Tok Guru Hujan
Ada yang kata,doa Nik Aziz sahaja yang boleh turunkan hujan. Di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini semasa kerja-kerja pembenihan hujan, Nik Aziz jadi imam untuk minta hujan. Kononyanya jemaah basah kuyup kerana hujan turun sebaik sahaja rakaat pertama habis dibaca. Namun yang peliknya, sebaik solat itu berakhir, hujan yang turun reda dan hingga kini hujan tidak turun-turun di Kelantan.

Kemarau yang melanda Kota Belud kini, perlu meminta Nik Aziz datang, mana lah tahu, jika Nik Aziz datang berdoa minta hujan, maka hujan akan turun seperti 16 Januari yang lalu. Ramai juga penduduk mendapat bantuan beras daripada BERNAS.

Orang-orang penyokong Nik Aziz kata, kemarau yang melanda Sabah kini,kerana Tuhan tidak memberi restu kepada kerajaan Musa Aman, manakala kemarau yang melanda Kedah, Kelantan kerana Tuhan memberi restu kepada kerajaan Pas. Pesawah-pesawah di kedua negeri itu mahukan kemarau, agar mereka tidak perlu tanam padi lagi.

Suasana kemarau di negeri-negeri Pakatan adalah mukzizat Tuhan,kerana melalui kemarau yang panjang itu, pembangunan ekonomi negeri-negeri Pakatan akan bertambah rancak, kerana negeri-negeri mereka tidak mengharapkan hujan. Negeri-negeri mereka adalah negeri-negeri industi seperti mana yang ada di Kelantan dan Kedah.

Tulisan SEKALI KETUK (muslioli.blogspot.com), menggambarkan bahawa hanya doa Nik Aziz sahaja dimakbulkan Tuhan, doa orang islam lain, tidak! Fikir-fikirkan lah

Read more...

Thursday, 18 March 2010

1Malaysia=1 Israel: Anwar Buat Isu Lagi

Di dewan rakyat semalam, Anwar mendakwa bahawa 1 Malaysia Najib sama dengan 1 Isreal Ehud Barak mantan perdana menteri Isreal.

Anwar membuat kesimpulan itu, kerana Ehud Barak menggunakan APCO worldwide jururunding antarabangsa yang dipunyai oleh yahudi.

Ada kebenaran kah dakwaan Anwar ini? Jika benar, maka idea 1 Malaysia, bukan idea Najib, namun idea juruperunding.

Najib perlu memberi penjelasan agar rakyat tidak keliru dan mempercayaai dakwaan Anwar itu.

Dalam situasi masa ini, di mana aliran berita sangat pantas serta tomahan menjadi berita, maka sekali isu ini masih panas, maka PM patut memberi penjelasan.

Anwar memang bijak menabur isu. Sebagai contoh rancangan 16 September untuk mengambil alih kerajaan daripada barisan nasional, jika tidak melalui pendedahan matan kawan Anwar Zaharin Hashim ahli parlimen PKR yang keluar daripada parti itu, rakyat tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Demikian juga isu 1Malaysia lawan 1 Israel, perlu diperjelaskan.

Read more...

Tuesday, 16 March 2010

Kemarau Panjang Melanda Kota Belud

Kayu aksaia dan rumput lalang menjadi mangsa musim kemarau ini. Sudah tiada hujan, kebakaran hutan sana sini menambah bahang kepada cuaca yang telah panas.

Sawah ladang kering kontang, itu yang bersawah, bagi yang tiada, halaman rumah mengering, rumput rumpai mati menguning.

Bagi penduduk yang tidak berair paip, cukup teruk, pergipun hampir kering. Air yang terhisap berupa keladak merah.Namun tiada pilihan itu lah sumber air yang tersedia berkurun lamanya.

Tiada siapa yang boleh membantu,baik yang berhormat-yang berhormat. Kuasa Allah diperturunkan bagi menguji kesabaran.

Kalau ke pasar, harga barangan melabung tinggi, ikan mahal,sayur mahal, beraspun mahal. Konon ada koupon bantuan untuk orang susah,namun tidak kenampakan.

Tetapi yang menenangkan fikiran, walaupun kemarau berpanjangan,harga barangan melambung tinggi namun kehidpuan penduduk seperti sedia kala,nampak tiada perubahan. Jika keadaan ini berlaku di luar negara, pasti tunjuk perasaan sana sini. Bersyukurlah kerajaan kita,rakyat menurut dan menerima apa adanya.

Read more...

Thursday, 11 March 2010

Sejak 8 Mac 2008: Dah 500 Juta Masuk Tempasuk

Genap 2 tahun selepasPRU-12, sudah 500 juta ringgit masuk kawasan Tempasuk.

Wang sebanyak ini adalah untuk pelaksanaan projek-projek pembasmian kemiskinan kawasan ini.

Projek-projek yang sedang berjalan termasuk projek jelapang padi, agropolitan, penaiktarafan bekalan air bersih, sekolah-sekolah serta jalan raya Timbang-Sarang Dudar.

Melalui peruntukan 500 juta ini belum termasuk pembaikpulihan sekolah-sekolah rakyat seperti sekolah agama atau surau-surau atau jalan-jalan kecil perkampungan yang merupakan projek kerajaan negeri di bawah jabatan-jabatan tertentu kerajaan negeri.

Peruntukan 500 juta adalah peruntukan daripada kerajaan persekutuan dibawah program pembasmian kemiskinan yang telah menjadi dasar kerajaan semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi.

Projek pembasmian kemiskinan ini akan diharaf menjadi flatform rakyat menambah pendapatan dan diharapkan mereka kan terkeluar daripada senerai kemiskinan.

Apabila rakyat mempunyai asas ekonomi yang kukuh, maka proses selanjutnya adalah mementingkan penambahan ilmu melalui pendidikan. Tanpa asas ekonomi yang kukuh, adalah mustahil mengwujudkan taraf pendidikan kepada rakyat, kerana asas utama kepada pendidikan itu adalah sumber makanan yang bergizi dan bermutu.

Bagaimana melahirkan seseorang itu berotak geliga, jika sumber makanan seperti sarapan pagi, hanya berasaskan makanan roji atau pun langsung tiada. Apabila rakyat berpendapatan, sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati makanan bergizi dan lengkap, lengkap kabohidrat, lengkap protein, lengkap vitamin dan semacamnya. Melalui pemakanan yang lengkap sahaja lah, boleh melahirkan otak geliga atau pintar.

Mengangan-angan memartabatkan pendidikan tanpa membina asas ekonomi hanya omong kosong, sama lah sejak merdeka. Cuba tanya kepada mereka yang mendapat ilmu yang tinggi, sekolah yang tinggi; pasti mereka-merekaitu telah terdedah kepada pemakanan yang baik sejak kecil lagi.

Untuk itu usaha pemantapan asas ekonomi yang menjadi dasar kerajaan sekarang untuk daerah Tempasuk khasnya dan daerah Kota Belud amnya harus diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Rakyat kota Belud bersyukur mempunyai wakil-wakil rakyat yang didikasi dan berjuang hanya untuk rakyat. Tabiik untuk Musbah Jamli, Rahman Dahalan, Japlin Akin dan Herbert Timbun Lagadan. Teruskan usaha Datuk-datuk agar Datuk-Datuk menjadi ISA SAMAD bagi Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Read more...

Wednesday, 10 March 2010

Cuaca Kering: Air Perigipun Kering

Cuaca panas begini, bukan sahaja demam selesema menyerang, namun air perigi juga kering kontang. Penduduk kampung yang bergantung harap kepada perigi kini mengalami sumber air yang sangat terhad , baik untuk tujuan minum,mandi dan membersih pakaian.

Sayang selama hampir 50 tahun merdeka, keperluan asas bagi penduduk kampung pun tidak menjadi perhatian kerajaan.

Sekiranyalah kawasan Kota Belud ini dimenangi oleh pihak pembangkang, seperti kawasan bandar, sudah tentu, keperluan asas ini akan menjadi perhatian kerajaan, demi mendapatkan undi rakyat dan seterusnya menang pilihanraya.

Sayang kerana penduduk Kota Belud masih memilih kerajaan, yakni kerajaan Barisan Nasional, sebab itu lah keadaan begini berterusan hingga ke hari ini.

Berasaskan kajian, memang rakyat yang kurang maju adalah fixed deposit barisan nasional, atas sebab apa, rakyat tiada pilihan lain, selain mengharap bantuan kerajaan. Bantuan subsidi baja, subsidi membaja, subsidi bermacam-macam masih diharapkan oleh rakyat, yang rata-rata hidup di bawah garis kemiskinan.

Sekiranya bidang perekonomian telah diwujudkan di kawasan ini, katakan lah 10-15 tahun lalu, sudah tentunya rakyat di kawasan ini tidak bergantung harap sangat kepada huluran kerajaan.

Bayangkan keperluan asas pun, seperti air, belum juga tersedia. Keperluan air adalah perkara fundemintal kepada asas kehidupan. Sebagai rakyat, adalah hak mereka mendapat keperluan ini sepertimana yang telah dinikmati oleh rakyat negara ini di kawasan-kawasan lain.

Para yang berhormat silih berganti sejak merdeka, janji demi janji telah di buat, penjelasan demi penjelasan telah di buat, namun bukan itu kemahuan rakyat, kemahuan rakyat, adalah ketersediaan keperluan asas ini kepada mereka.

Sampai bila kah keperluan asas ini boleh dinikamti rakyat Kota Belud? Kita tunggu perancangan Datuk Rahman Dahlan, Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akin dan Datuk Salleh Said Keruak yang sekarang ini berjawatan bertaraf menteri di jabatan Ketua Menteri Sabah.

PRU-13 tidak lama lagi, dayang tidak tahu lagi lah apa alasan yang akan diberikan oleh calon-calon BN itu nanti. Kita tunggu saja lah.. mana lah tahu keperluan asas ini akan datang juga suatu hari nanti, ya mungkin 40 tahun!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP