Thursday, 19 November 2009

Nizar: SPRM Hanya Boleh Soal Siasat Saksi Waktu Pejabat Sahaja

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.BERNAMA

Read more...

Nizar: Dimana Bala?? Polis Tahu Di Mana Saya: Balasubramniam

Sepasukan polis dari cawangan khas berjumpa dengan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam selama tujuh jam pada 8 Julai tahun lalu, walaupun kerajaan dan polis mendakwa Bala sudah menghilangkan diri.

Ketika mendedahkan butiran lanjut mengenai kes Altantuya Shaariibuu baru-baru ini, Bala berkata pasukan cawangan khas polis itu hanya berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas hubungan Perdana Menteri, Najib Razak dengan Altantuya seperti yang terkandung dalam akuan bersumpahnya yang dibuat pada 3 Julai.

Bala memberitahu, ketua pasukan cawangan khas itu dikenali sebagai ACP Muniandy.

Bala berkata, pada 7 Julai 2008, pegawai perhubungan cawangan khas di kedutaan Malaysia di Bangkok menghubunginya dan memintanya memberikan kenyataan pada keesokannya. Bala berkata, ini menunjukkan kerajaan memang mengetahui setiap pergerakannya.

Di sebalik, soal siasat di Bangkok dan dua akuan bersumpah yang bercanggah antara satu sama lain yang dibuat dalam tempoh 24 jam, tidak ada sebarang arahan dibuat sama ada polis mahupun pejabat Peguam Negara supaya penyiasatan dibuat terhadap kes Altantuya.

Akhbar arus perdana tidak langsung membuat liputan terhadap pendedahan terbaru Bala ini, berbeza dengan laman-laman web yang memberi fokus utama sejak minggu lalu.

Bala dipetik berkata demikian dalam laman web Malaysia Today.

Read more...

Nizar News: Tiada Kegiatan BTN Di UNISEL

Tidak ada aktiviti yang dikendalikan secara langsung oleh Biro Tata Negara (BTN) untuk pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel), kata Timbalan Naib Canselornya, Prof Madya Zainal Abidin Kidam.

Beliau yang mengetuai bahagian hal ehwal pelajar (HEP) universiti tersebut berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sekiranya ada program yang melibatkan biro berkenaan secara tidak langsung.

"Mungkin sesuatu aktiviti itu ada guna kepakaran atau kemudahan BTN. Itu kita tidak pasti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Secara tidak langsung, mungkin ada melalui persatuan, tetapi tidak secara langsung dengan BTN," tegasnya.

Katanya, kerjasama secara tidak langsung dengan BTN itu mungkin wujud kerana biro tersebut mempunyai kemudahan seperti kem di seluruh negeri itu yang boleh digunakan untuk aktiviti pelajar Unisel.

"Tapi sejak awal tahun ini memang tidak ada program khas yang ditawarkan oleh BTN (di Unisel), memang tak ada," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan sebilangan ADUN muda Pakatan Rakyat semalam yang mahu pelajar institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan Selangor, tidak lagi dihantar menyertai program berkenaan.

Mereka mendakwa, program anjuran agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sepucuk surat menggesa pemulauan program berkenaan dihantar oleh ADUN berkenaan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga merupakan pengerusi Unisel.

Zainal, yang mengetuai bahagian HEP universiti tersebut sejak awal tahun ini bagaimanapun enggan menjelaskan kandungan program BTN itu, yang didakwa memupuk semangat perkauman di kalangan pelajar.

"Secara khususnya saya tidak boleh komen tentang program BTN sebab saya tidak pernah tengok programnya," tambahnya.

Menurutnya lagi, beliau tidak mengetahui sekiranya pelajar universiti berkenaan diwajibkan untuk menyertai program berkenaan sebelum ini.

Jelasnya, semenjak beliau mengetuai unit HEP awal tahun ini, pelajar itu dilibatkan dalam program SPIES (Kerohanian. Fizikal. Intelektual. Emosi. Sosial).

"Kita hantar pelajar menyertai program SPIES. Program ini untuk pembangunan kendiri pelajar yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor, khusus untuk pelajar universiti di bawah kerajaan negeri," katanya lagi.

Sementara itu, seorang pemimpin mahasiswa universiti berkenaan berkata program BTN tidak diwajibkan kepada pelajar di universiti swasta seperti Unisel.

Yang dipertua majlis perwakilan pelajar universiti itu, Wan Azraei Wan Husain berkata aktiviti melibatkan BTN itu sebelum ini diuruskan oleh sebuah persatuan pelajar, dan disertai secara sukarela oleh pelajar.

"Sebelum ini ada program dengan BTN melalui persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Tapi sekarang sudah tidak ada," kata Wan Azraei yang juga mahasiswa tahun akhir jurusan pengurusan industri itu.

Antara pengisian program tersebut juga ada yang berkaitan politik, katanya Azraei yang pernah menyertai program berkenaan ketika menuntut di sebuah IPTA sebelum ini.

"Secara ringkasnya, program ini lebih kepada menyemai semangat nasionalisme dan ada juga menyentuh mengenai politik secara umum," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Ini diterangkan oleh penceramah semasa dalam kem," tambahnya.

Ditanya sekiranya peserta didedahkan mengenai parti atau parti politik tertentu dalam ceramah, Azraei hanya menjawab: "Tidak pasti."

Seorang wakil rakyat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam berkata, program BTN yang pernah disertainya menekankan, antara lainnya penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang Yahudi, DAP sebuah parti ejen Singapura dan PAS sebuah parti ajaran sesat.

Read more...

Nizar Akhirnya Iktiraf Zambry

Nizar akhirnya menerima Zambry sebagai menteri besar Perak. Mantan MB tersebut meminta bantuan Zambry bagi membantu FA Perak kerana menghadapi masalah kewangan.

Sila ikuti laporan BERNAMA berikut.

Perak Football Association (Perak FA) president Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today urged the Perak state government to help the cash-strapped association.

The former Menteri Besar urged current Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir to set aside political differences for the development of sports in the state.

"If Zambry decides to help Perak FA...fans in the state will certainly look up to him as a true leader," he told reporters at the Perak FA office here Tuesday.

Perak were among six teams that were barred from competing in the M-League next season for failing to meet terms and conditions set by the Football Association of Malaysia (FAM).

Mohammad Nizar who was the Perak Menteri Besar when he decided to take over as Perak FA president from Datuk Muhamad Mahiyuddin Abdullah, the Perak Malay Chamber of Commerce president.

"Look at Kelantan, although the Kelantan FA president is Kelantan Umno Liaison Chief Datuk Seri Anuar Musa, the PAS government continues to provide funds for the Kelantan team," he said.

The former Menteri Besar who claimed that he had no intention of relinquishing his post as president, added that Zambry's statement last week, urging Mohammad Nizar to resign if Perak FA could not settle its financial obligations, as unprofessional.

The FAM who made the announcement on Nov 2, are expected to make a final decision on the suspension during an FAM council meeting that is expected to be chaired by its president Sultan Ahmad Shah, soon.

The six teams were barred from the M-League competitions next season for failing to settle salary of players and money owed to the Employees Provident Fund (EPF).

Meanwhile, Perak PAS Youth has launched a state level donation drive to collect funds for the Perak team.

Read more...

Wednesday, 18 November 2009

Nizar News: Kalau Bukan Isu Tajaan: Tok Guru Nik Aziz Sudah Berlepas Ke Mekkah

Sayang, kerana isu Tajaan; Tok Guru Nik Aziz batal ke Mekkah. Kalau bukan kerana isu tajaan, hari ini 18 Novenber, Tok Guru merangkap BM Kelantan 20 tahun tersebut sudah pun berlepas, dan telah pun sampai ke tanah suci islam itu.


Akibat isu penjanaan TGNA membatalkan hasratnya ke Mekkah tahun ini,namun tahun depan TG bersedia menerima tajaan.

TGNA yang dijadualkan berlepas hari ini ditemani oleh isterinya,anaknya, menantunya, serta penaja serta istri penaja. Mungkin tahun ini lambaian kaabah belum untuk TGNA.

Read more...

Nizar News: Satu Lagi PUJI-PUJIAN Untuk Musa Aman

KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman diiktiraf sebagai Bapa Pembangunan Sabah berikutan pembangunan pesat negeri ini sejak Musa menjadi ketua kerajaan negeri.

"Sebagai nakhoda yang mengemudi negeri tercinta ini, beliau (Musa) telah membuktikan ketangkasan dan keperkasaannya menjadikan Sabah sebagai negeri yang maju, makmur dan stabil," kata Datuk Harman Mohamad (BN-Sulabayan).

"Penghargaan ini atas segala usaha yang ditampilkannya dan sebagai pengiktirafan terhadap perjuangannya yang tidak pernah berhenti. Ia juga atas semangatnya yang kental menjiwai isi hati rakyat serta hatinya yang peka mendengar denyutan nadi kehidupan rakyat," katanya.

Ketika membahaskan Bajet 2010 Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, Harman berkata kepimpinan Musa dalam membangunkan rakyat Sabah umpama 'pahlawan berjuang di medan perang'.

Beliau berkata bukan mudah untuk mengurus sebuah negeri yang mempunyai rakyat majmuk seperti Sabah namun Musa berjaya membuktikan Sabah mampu maju, makmur dan stabil.

Read more...

Nizar News: Pemuda Bergari: Bukan Penjenayah: Polis Tembak Mati

Keluarga kepada pemuda yang ditembak mati oleh polis di Guar Sanji sini kelmarin, Mohamad Tawfiq Noorzan, 22, semalam melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap polis yang didakwa sengaja menembak pemuda itu bagi memudahkan kerjanya menutup kes.

Bapanya, Noorzan Abdul Rahim, 47, memberitahu, tindakan itu diambil setelah mendapati polis cuai sehingga menyebabkan anaknya maut akibat tembakan di dada.

"Saya melantik peguam dalam kes ini selepas mendapati polis sengaja menembak Mohamad Tawfiq. Adalah tidak logik seperti yang didakwa kononnya tembakan yang dihalakan ke kaki kemudian peluru terkena dada.

"Apa yang saya dapati polis ternyata cuai. Contohnya, mudah sahaja. Polis mendakwa Mohamad Tawfiq telah ke Balai Polis Arau pagi semalam mengadu dianiayai rakan- rakan dan mahu membalas dendam termasuk untuk membunuh.

"Jika benar begitu, sepatutnya Mohamad Tawfiq terus ditahan di balai berkenaan. Ini tidak, polis datang ke rumah meminta saya memujuk. Polis mendakwa mereka tidak berani memujuk 'botak' (panggilan buat Mohamad Tawfiq)," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri peguam berkenaan, Zuhair Ahmad Zakuan di rumahnya di sini malam ini.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Mohamad Tawfiq mati selepas ditembak oleh anggota polis yang cuba memujuknya kerana mahu menyerang rakannya.

Dia dikatakan mengamuk selepas ditinggalkan rakan-rakan, dan terpaksa berjalan kaki sejauh lebih 60 kilometer dari Alor Setar, Kedah untuk pulang ke rumahnya di Guar Sanji.

Noorzan memberitahu, dia telah membuat laporan berhubung dakwaan kecuaian pihak polis itu di Balai Polis Kangar hari ini.

Menceritakan kejadian itu, katanya, selepas mendengar dua das tembakan berturut-turut pagi semalam, dia segera ke tempat kejadian dan mendapati anaknya tertiarap dengan kedua-dua tangannya bergari di belakang.

Dia juga mengakui anaknya itu terpaksa berjalan kaki selepas ditinggalkan rakannya di Alor Setar, untuk pulang ke rumah.

"Dia (Mohamad Tawfiq) terpaksa berjalan kaki untuk balik ke sini. Dia ada duit tetapi tiada pengangkutan awam selepas pukul 12 tengah malam," ujarnya sambil memberitahu anaknya itu tiba di rumah kira-kira pukul 6 pagi.

Ibu kepada Mohamad Tawfiq, Salmiah Ismail, 45, pula memberitahu, anaknya itu kebelakangan ini memberitahu untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dan tiada bantahan daripada keluarga.

"Seminggu lepas dia menyatakan mahu berkahwin dengan janda dua anak. Apabila ditanya kenapa memilih janda, anak saya menyatakan itu adalah pilihan hatinya. Kami tiada masalah," ujarnya yang sedih dengan kematian itu. -Utusan

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP