Thursday, 30 July 2009

Kematian Yasmin Ahmad dan kematian Micheal Jackson apa bezanya?

Perbezaan kematian antara Yasmin Ahmad dan Micheal Jackson adalah bulan kematian dan sebab-sebab kematian. Yasmin meninggal kerana serangan stroke manakala MJ kerana kegagalan berbagai organnya termasuk jantung.

Persamaan mereka adalah: mati pada tarikh yang sama yakni 25 haribulan dan kedua-duanya anak-anak seni.

Perginya kedua-dua insan seni ini membawa kita kepada dua alam yang berbeza. Mj dikatakan islam sebelum meninggal dan tidak sedikit antara kita mengucapkan inna lilahi ro'jion ketika mendengar berita kematiannya. Kematian MJ telah menaikkan imejnya semula, dunia hiburan merasa kehilangan, tidak sedikit pencinta MJ merasa sangat sedih sehinggakan pada minggu pertama kematiannya, lagu-lagu dan suaranya didendangkan di merta dunia, di corong-corong radio, konsert dan sebagainya. Kedai-kedai yang menjual album-albumnya kehabisan stok, kerana terjadinya permintaan luarbiasa. Mj meninggal ditangisi diratapi.

Bagaimana pula dengan Yasmin Ahmad? Nama Yasmin Ahmad yang membawa banyak perubahan seni terutama dalam bentuk motion ficture di negara ini, selang sehari setelah pengkebumiannya, tersiar berita-berita yang menghinanya. Berita penghinaan ini, membawa kepada panggilan untuk memboikot membaca tabliod Kosmo oleh aktivis Marina Mahathir, kerana tabliod ini menjadi perantara berita penghinaan Yasmin Ahmad.

YA semasa hidupnya disanjung dan dipuja, pemergiannya dihina dengan mengatakan bahawa YA itu bernama asal sebagai Zulkefli Ahmad,bekas bintang rtm dan sempat menjadi penyerang bolasepak. Manakala MJ semasa hidupnya dipenuhi dengan berbagai kontravesi, tetapi kematiannya diratapi. Inilah membezakan dua insan seni MJ dan YA yang meninggalkan dunia fana ini, tetapi disambut dengan cara yang berlainan.

Read more...

Thursday, 25 June 2009

Boss Ferari Duta Pelancongan Malaysia???

Tahu ka dia mana tempat nak di lawat, atau tahu kah ke dia tentang Malaysia. Sekadar Tag yang melekat di bag berlambang Bendera Malaysia kemudian bayar lebih sejuta ringgit untuk jalan-jalan, berbaloi ke?? Kenapa tidak pilih Tiger Woods??? sekurang-kurangnya dapat mempromosi pandang-pandang golf yang bertaburan di negara ini.
Nasib baik ada Zulkifli Nordin dan Azman Ali.. kalau tidak kita-kita di kampung ni tak lah mungkin tahu kelibat orang-orang kementerian pelancongan ni. Mereka fikir-fikir.. kalau pakai orang putih.. maka lakulah Malaysia.. Mana konsep rakyat di dahulukan??

Kata.. kita da merdeka.. fizikal sudah.. minda masih di jajah.. Siti kan lebih baik.

Read more...

Friday, 12 June 2009

Apa Silapnya Sisters In Islam

Parti Pas dalam muktamarnya yang lepas diusulkan agar SIS diharamkan. Tok Guru Nik Aziz, tidak setuju pengharaman SIS, menurut beliau kena selidik dulu.
.
Ada yang mencadangkan agar nama SIS diganti, jangan guna nama islam, agar supaya orang-orang yang bukan islam tidak keliru mengenai apa juga pandangan SIS. Sekarang ini sungguh banyak kekeliruan berlaku, kerana mereka yang tidak "verse" dalam islam, seolah-olah menganggap, apa sahaja pandangan SIS adalah pandangan agama islam.
.
Tanda-tanda kiamat semakin dekat, kerana ada golongan-golongan yang bukan pakar agama, secara tiba-tiba menjadi pengkutbah agama, khasnya agama islam.
.
Kelemahan pendidikan kita telah terungkai sekarang, atas sebab kurang penekanan kita kepada nilai-nilai agama, maka gejala ini berlaku sekarang.
.
Kita berperasaan dengan ilmu yang sedikit, maka kita merasa bahawa ilmu itu menjadikan kita bangga dan telah mahir dan beranggapan berkemampuan memberi pandangan dalam soal-soal agama.

Read more...

Tuesday, 9 June 2009


Read more...

Wednesday, 3 June 2009

Makanan Segera Apa Bahayanya?


Makanan segera termasuk dalam makanan remeh. Hakikat inilah, syarikat yang mengendali jenis makanan ini membelanjakan berjuta ringgit hanya untuk iklan,pemasran, promosi dan penajaan.

Banyak kajian mengatakan bahawa anda terdedah kepada pelbagai penyakit - mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

  • Burger daging (1/2 paun) boleh mengandungi 2 oz lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
  • Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperolehi dari lemak). Banyak garam. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
  • Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
  • Milk Shake: 5 oz susu di dalam 10 oz shake, bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
  • Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanan: kosong.

Satu sajian makanan segera membekalkan anda separuh kalori dan dua pertiga lemak serta protein yang anda perlukan sepanjang hari. Tetapi jika anda mengambil sajian makanan ini sebagai makanan ringan, di antara sajian tetap anda, anda akan mendapat lebih banyak kalori, protein, lemak daripada yang diperlukan tubuh. Anda akan kekurangan sesetengah zat makanan perlu yang membentuk diet lengkap dan seimbang.

Read more...

Enaknya Mendaki Gunung


Cuti sekolah sahaja aktibiti mendaki gunung salah satu pilihan menghabiskan masa cuti. Apa enaknya mendaki gunung? Aktibiti mendaki sinonim dengan riadah lasak. Apa menariknya?


Mendaki gunung misalnya gunung Everest, memerlukan perancangan, latihan, kewangan, kecekalan, kekuatan fizikal, mental dan masa untuk menaklukinya.

Keenakan dan keseronokan mendaki gunung akan terasa apabila pendaki mencapai puncak gunung itu. Rasa letih, telah terubat apabila berjaya menakluk puncak gunung yang didaki.

Anda pernah mendaki gunung, sekurangnya gunung tertinggi di negara kita: Gunung Kinabalu?.

Jika anda pernah, maka keenaknya dan keseronokannya, hanya anda yang tahu dan merasainya.

Analog mendaki gunung, mungkin dapat diterapkan dengan mendaki kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kejayaan mesti dibina, kejayaan mesti dirancang, kejayaan mesti dicari. Kejayaan seseorang hanya seseorang itu yang merasa keenakannya dan keseronokannya, mungkin juga ditumpang oleh orang terdekat dengannya, sahabat mungkin juga, tetapi agak ganjil kedengarannya.

Apabila kejayaan telah dicapai, tugas utama adalah mempertahankan kejayaan itu, memelihara kejayaan itu. Tugas memelihara dan memertahankan kejayaan ini telah menjadi faktor hambatan bagi sebahagian bangsa kita. Kita menyaksikan ramai di antara kita sesuatu ketika dahulu kelihatan telah berjaya, akan tetapi faktor hambatan telah mengekangnya, mengakibatkan kejayaan mereka itu hilang dan kembali menghantuinya.

Kejayaan demikian, samalah dengan keenakan dan keseronokan mendaki gunung, apabila tiba di puncak, segalanya hebat, segalanya seronok belaka, sehinggakan lupa bahawa menuruni gunung adalah sama gerunnya dengan mendaki. Akan tetapi, sifat sambil lewa berakibat fatal dan musnahlah keseronokan yang dikecapi.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP