Friday, 29 January 2010

BagiKu Kawan Seperjuangan Tak Penting!! Yang Penting Aku Dapat Jawatan

Demikian lah pengakuan pemimpin itu. Dalam ilmu politik ada dua faktor. Samada Anda Diluar atau Didalam. Kawan perkara kedua.Demikianlah ayat pemimpin itu setelah lepas masyuarat dengan kawan-kawannya.

Sudah tentu bila aku pilih jawatan, kawan seperjuangan itu akan terkilan. Tapi perlu ingat dalam politik, kawan hilang pasti berganti. Kawan dalam politik tidak sama kawan minum kopi. Kawan dalam politik boleh bertukar ganti.

Aku pilih jawatan daripada kawan lama. Melalui jawatan itu aku bina kawan baru yang lebih kukuh. Demikian lah tambahan kata-kata pemimpin itu.

Aku ini pakar politik. Aku belajar politik dari kecil lagi. Aku masuk universiti juga belajar politik. Selama hidup aku bergelumang dengan politik. Atas sebab itu aku masak dan matang dalam permainan poltik.

Politik bagi aku adalah santapan rohani dan permainan aku. Atas dasar itu lah kawan-kawan aku dan lawan aku susah membaca sepak terajang aku. Ayat-ayat pemimpin tersebut berbuih di mulutnya.

Bagi aku, siapa nak cantas politik aku, aku cantas lebih awal. Aku mencatas ada seni. Ibarat membunuh. Kesan darah, kesan lebam dan kesan fizikal tidak akan kenampakan. Tetapi yang pasti lawan atau kawan itu mati dan tidak akan hidup lagi.

Read more...

Thursday, 28 January 2010

Pegawai Khas Najib Hina Kaum Bajau????


Entah betul atau tidak melalui jalinan sosial Facebook pegawai khas Najib tersebut ada menyebut perkataan "bodoh" pada "Wall" seorang rakan FB dan kebetulan bersuku bajau. Atas sebab itu bloger yang mempunyai samaran sembiraiku dalam blog http://sembiraiku.blogspot.com/2010/01/blogger-kelapa-mawar-dan-blogger-sang.htmlh membuat kesimpulan bahawa pembantu khas tersebut yang juga seorang bloger dengan samaran sang kelambai membuat penghinaan terhadap suku kaum bajau.

Menurut ceritanya sang kelambai ini sangat berkawan dengan kawan yang dikatakan bodoh tersebut. Sebagai orang ketiga kita tidak tahu menahu punca apa kah menyebabkan sang kelambai ikut sedap mulut sehingga sanggup mengeluarkan kata itu?

Kemungkinan juga berpunca daripada nota dalam FB rakan tersebut yang mengatakan kurang lebih begini: rupanya ciri-ciri orang yang diperakui oleh kepimpinan umno adalah orang-orang yang suka mencerca umno, keluar masuk umno, itu lah yang terpilih menjadi "pegawai Khas" kepada PM. Bukan alang kepalang pula tingginya tu. M-54. Seorang kawan telah berkhidmat 18 tahun tetapi masih dalam kategori M-41, apa kurangnya pada kawan tu, lepasan universiti IPTA juga.

Bagi dayang, kejadian sepertinya ini tidak perlu lah membabitkan suku bajau secara keseluruhan, kerana tidak ramai seperti sang kelambai menghina kaum bajau.Namun sangat dikesali seorang insan yang telah matang dalam politik dan berkedudukan khas di pemerintahan Najib sanggup mengeluarkan kata-kata nista.

Dayang berharap, PM Najib kena berbuat sesuatu sebelum perkara ini menjadi kronik dan membangkitkan sentimen di kalangan kaum bajau yang merupakan kaum majoriti Sabah.

Dayang berpendapat PM Najib tersilap pilih pegawai-pegawainya, kerana rakyat biasa seperti Dayang membayangkan bahawa kepimpinan negara berserta pegawai-pegawai menjadi contoh dan tauladan.

Buat lah sesuatu PMKu, termasuk melepaskan jawatan pegawai Khas yang dimaksudkan.

Read more...

Monday, 25 January 2010

Terkenang King Ghaz

Tun Ghazali Shafie (22 Mac 1922-24 Januari 2010) merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984. Beliau lahir di Kuala Lipis, Pahang dan meninggal kerana sakit tua.


Pendidikan

Ghazali mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah Melayu dan Inggeris di sekitar Raub, Kuala Lipis, Bentong dan Penjum sebelum melanjutkan pelajaran di Clifford School, Kuala Lipis pada 1939 hingga 1940.

Pada 1941, beliau melanjutkan pendidikan di Raffles College Singapura sebelum ke London di mana beliau menerima Ijazah LLB (Kepujian) di University College of Wales dan kemudian mendapat ijazah dalam bidang pengajian antarabangsa di London School of Economics pada 1954.

Politik dan Kerjaya

1941-1946 beliau berkhidmat dalam Pasukan Sukarelawan Malaya dan Pasukan Gerakan Menentang Jepun. Kemudian menjadi kerani di Selangor. 1957 menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke India .1959 menjadi Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri .

Ghazali mula berkecimpung dalam bidang politik dengan menyertai Persatuan Melayu Pahang pada 1946 yang pada mulanya melakukan kerja-kerja kebajikan sebelum diserap memasuki UMNO.Pada tahun 1958 beliau dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Politik Umno sehingga 1978. Beliau pernah beberapa kali menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan Naib Presiden Umno pada 1981. Ghazali pernah dilantik sebagai Senator pada tahun 1970 hingga 1972. Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974Lipis dan menang tanpa bertanding. Beliau pernah bertanding jawatan naib presiden UMNO tetapi tewas pada 1972 dan 1975. 1981 beliau menang jawatan jawatan Naib Presiden UMNO.

Beliau berkhidmat di bawah empat perdana menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkhidmatannya dalam kabinet agak lama bermula pada tahun 1970 apabila dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas (1970). Kemudiannya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan Penerangan pada April 1972. Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk , merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.

Kira-kira 16 bulan kemudian beliau diberikan kepercayaan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Penerangan, di mana jawatan Menteri Dalam Negeri itu dipegangnya sehingga Julai 1981 apabila beliau bertukar ke jawatan Menteri Luar.

Ghazali menjadi Menteri Luar Negeri dari Julai 1981-Julai 1984. Dasar luar semasa zaman Tun Abdul Razak diperkukuhkan dengan pembentukan ICG iaitu Majlis Antara Kerajaan-Kerajaan.

Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu

Kepakarannya dalam bidang perhubungan antarabangsa amat terserlah serta dihormati dan ini dapat dilihat melalui jawatan-jawatan yang disandang termasuk Pengerusi Persidangan Asia mengenai persoalan Palestin pada 1983, ahli Suruhanjaya Selatan dan juga pengerusi suruhanjaya yang ditubuhkan bagi membuat cadangan mengenai rombakan dan pengukuhan mekanisme Asean.

Sumbangan

Satu lagi penghormatan ialah terpilih sebagai ahli dalam Pasukan Eminent Persons Komanwel untuk Afrika Selatan bagi memberi sokongan kepada proses rundingan pelbagai parti pada 1981, ahli Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Umum Afrika Selatan, ahli Kumpulan Pemerhati Pilihan Raya Sri Lanka, dan Pilihan Raya Bosnia Herzegovina serta Pengerusi Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Bangladesh.

Setelah meletak jawatan daripada kabinet pada Julai 1984, beliau menumpukan perhatian pada bidang lain yang menyaksikan beliau menjawat jawatan penting dalam sektor swasta dan pertubuhan antarabangsa. Antaranya menjadi Pengerusi Landmarks Holding Bhd ,MUI Finance, Pengerusi Paremba, Pengerusi Lembaga Penasihat Rolls-Royce Asia Tenggara, Pengerusi Westmont Bank Manila, Filipina, Pengerusi Intermega Energy NL, Australia.

Beliau pernah menjadi Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) dari 1962-1988. Dari 1993-1995 beliau menjadi Karyawan tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menjadi pengasas dan presiden pertama Galeri Seni Negara pada 1959, Ahli Majlis Pengelola Universiti Malaya, Ahli Majlis Gerakan Negara (Mageran), Pengerusi Majlis Pengelola Institut Teknologi Mara, dan ahli pengasas Malayan Forum, United Kingdom. Beliau pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hal ehwal luar, serta bertugas sebagai perunding World Bank Economic Development Institute.

Tun Ghazali menjadi Presiden Kehormat Seumur Hidup Kelab Penerbangan Diraja Selangor serta Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (1962-1988), sehingga beliau diberikan Anugerah Tokoh Sukan pada tahun 2002.

Pembentukan Malaysia

Beliau menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan SarawakMalaysia. Peranan beliau dalam pembentukan negara Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak cukup signifikan.

Beliau bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukunegara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970.

Terselamat dalam nahas Cessna

Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dipandu Tun Mohd Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Luar Negeri Malaysia terhempas di Kampung Janda Baik.Mereka dari Kelab Pnerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya.Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh.Manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan co-pilot Vergis Chacko) terbunuh. Dua mayat ditemui dalam helikopter yang terhempas jam 3.00 petang dan diterbangkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Pada 22 Jun 1983, coroner Abdullah Sidek di Mahkamah Majistret Bentong, Pahang memutuskan kematian dua orang penumpang itu kerana kemalangan udara. Perbicaraan berlangsung dari 14-18 Mei 1983. Juruterbang membuat keputusan merempuh awan di Waterworks Gap. Vergis patah di leher dan pendarahan dalaman. Sementara Charon cedera teruk di tengkorak dan leher.

Peristiwa 13 Mei

Kajian / hipotesis oleh Kua Kia Soong terhadap Peristiwa 13 Mei mendapati bahawa nasionalis Tun Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman dengan sokongan daripada Dato' Harun bin Idris, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghazali Shafie.

Trivia

1. Ghazali dikenali sangat tegas dalam segala kerja yang dibuatnya sehinggakan beliau digelar 'King Ghaz'.

2. Beliau dikenang oleh wartawan yang bertugas pada zamannya sebagai sangat garang kerana sikapnya yang sentiasa mengharapkan para wartawan mempunyai pengetahuan lengkap mengenai sesuatu isu atau perkara yang ingin ditanya kepada beliau. Ini menyebabkan ramai wartawan cukup berhati-hati apabila berdepan dengan beliau ketika membuat liputan.

Anugerah

Beliau mendapat anugerah kehormat kerajaan asing termasuk dari Singapura, Perancis, Republik Korea, Iran, Filipina, Jepun, Tunisia, Thailand, Austria dan Korea Utara.

Hasil tulisan

Ghazali Shafie's Memoir on the Formation of Malaysia (2nd printing). 2004. Ghazalie Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942- 364-6 (paperback)

Ghazali Shafie: Malaysia, Asean and the New World Order. 2000. Ghazalie Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942-479-0/ 967-942-487-1 (international Edition).

Tamadun Melayu: Menyongsong Abad kedua Puluh Satu. 1997. Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh & Ghazali Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942- 379-4 216 hlm.

Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang Tahun 2020. 1995. Ghazali Shafie. Penerbit UKM: Bangi ISBN 967-942-326-3.

Keluarga

Isterinya Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008. Anak lelakinya Bachtiaer dan Sheriffudin.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia meninggal di rumahnya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya jam 7.45 malam , Ahad 24 Januari 2010 akibat sait tua. Kemudian dipindahkan ke rumah adik perempuannya Datin Yuhanis Shafie di Damansara Utama.Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin Damansara Utama. Dikebumikan di Makam Pahlawan bersebelahan Masjid Negara.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Tun dilahirkan pada 22 Mac 1922 dan meninggal dunia pada 24 Januari 2010.

AL-FATIAH

Read more...

Friday, 22 January 2010

Anwar Tuduh Utusan Main Isu Kalimah Allah

Defacto Leader Pakatan Anwar Ibrahim menuduh suratkhbar Utusan sebagai biang kepada maraknya isu Kalimah Allah.

Anwar memang bijak memutar fakta, dia lupa sendiri bahawa semasa pilihanraya Lubok Antu Sarawak, Anwar lah yang bermula dengan isu Kalimah Allah sambil berhujah bahawa kaliamah itu tidak terhad kepada penganut agama islam.

Anwar juga pura-pura tidak tahu bahawa semua peguambela Herald-The Catholic Weekly adalah ahli PKR dan para peguam ini yang membuat inisiatif agar supaya Tan Sri Murphy Pakiam memanjangkan penggunaan kalimah Allah ini menerusi peneribitan edisi bahasa melayu majalah mingguan kristian tersebut.

Para peguam ini juga lah memberi dorongan kepada Pakiam agar memohon kepada kementerian dalam negeri (KDN) di mana pada masa itu menterinya adalah mantan PM Tun Abdullah Badawi.

Tun Abdullah (masih Datuk Seri masa itu) memberi kebenaran kepada majalah mingguan kristian tersebut menggunakan kalimah Allah dalam peneribitan bahasa melayunya. Namun kesilpan besar Abdullah Badawi masa itu adalah membuat larangan kepada penterjemahan injil kepada bahasa iban. Ekoran keputusan ini, maka Anwar mendapat ruang menghentam kerajaan Abdullah dan seterusnya mempermainkan isu ini hingga ke hari ini.

Atas kelecekan Anwar, maka pada masa ini dia memesongkan umum dengan mengatakan bahawa akhbar utusan lah punca maraknya isu kalimah Allah.

Pada 31/12/2009 lalu majalah Herald-The Catholic Weekly berjaya mendapat kebenaran menggunakan kalimah Allah daripada Hakim Datuk Lau Bee Lan, namun keputusan tersebut belum boleh digunapakai atas sebab,KDN membuat rayuan penangguhan.

Read more...

Thursday, 21 January 2010

Kebarangkalian Rasuah Tinggi Di Negeri-negeri Dikuasai Pakatan

 Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.

Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.

Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein (berdiri) bberhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri.

Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob.

Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir.

Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat

Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail.

Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir.

Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut.

Namun begitu, difahamkan masih terdapat aduan yang diterima termasuk dari kalangan ADUN Pakatan sendiri.

Malah, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR, Azmin Ali juga pernah menegur prestasi kumpulan Semesta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sementara itu, Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu.

Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu.

Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya.

Pada masa ini, tiga exco kerajaan negeri berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

Pegawai SPRM masih lagi mengambil kenyataan daripada Hussein.

Pada kira-kira jam 3.35 petang, SPRM membawa Hussein ke ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pegawai di situ meminta lima pegawai SPRM tersebut supaya mengisi borang lawatan tetamu ke pejabat tersebut.

Pada mulanya, mereka enggan enggan mengisi borang tersebut, tetapi selepas didesak Yaakob, maka pun berbuat demikian.

Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim, turut mengikut Hussein ke Putrajaya.

Difahamkan SPRM mempunyai waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut.

Read more...

Wednesday, 20 January 2010

Anwar Tak Lelap Tidur Mimpi 25 Januari


PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon dokumen berkaitan dengan kes liwat dijangka akan diketahui esok, 20 Januari, di Mahkamah Persekutuan, Putajaya.

Tarikh tersebut telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 12 Januari lalu, apabila pihak peguam Anwar, Karpal Singh memfailkan petisyen rayuan.

Antara dokumen yang diminta oleh Anwar adalah kenyataan saksi yang direkodkan daripada Mohd Saiful Bukhari, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Pihak Anwar juga memohon untuk mendapatkan sampel spesimen DNA (Asid deoksiribonukleik) daripada Mohd Saiful.

Rayuan yang sepatutnya didengar pada 6 Januari lalu, terpaksa ditangguhkan kerana pihak Anwar memohon kebenaran mahkamah untuk meneliti rekod rayuan dan memerlukan masa untuk menyediakan hujah.

Peguam Anwar berhujah rayuan ini amat penting dan memberi kesan kepada prosiding mahkamah di seluruh negara kerana ia membabitkan tafsiran terhadap Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Pada 6 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa tidak membekalkan dokumen kepada Anwar dengan alasan dokumen yang diminta itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 51A CPC.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.

Mahkamah Tinggi telah memutuskan perbicaraan kes liwat itu diputuskan akanakan bermula pada 25 Januari ini.

Read more...

Tuesday, 19 January 2010

Begini lah Tajuk Blog Datuk Salleh: TAHUN BARU YANG BERMAKNA DALAM KARIER POLITIK


Tanggal 4 Januari 2010 adalah tarikh bermakna dalam catatan kerjaya politik saya bila mana pada hari tersebut YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman, telah memanggil saya ke pejabat beliau dan menyerahkan surat pelantikan saya sebagai Penasihat Sains dan Teknoloji kepada Ketua Menteri dengan status jawatan bertaraf Menteri.

Perjumpaan bersama Ketua Menteri di pejabatnya di Wisma Innoprise itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman. Dalam perjumpaan itu, Ketua Menteri telah menerangkan tanggungjawab saya. Selain daripada sebagai Penasihat, saya juga akan melaksanakan tugas-tugas yang diarah dari semasa ke semasa oleh beliau.

Secara peribadi, saya agak terkejut dengan pelantikan tersebut kerana tidak pernah menyangka akan diberikan tanggungjawab sedemikian penting.

Saya amat terharu dengan kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada saya, dan akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin berdasarkan imu dan pengalaman yang di miliki.

Susulan dari pelantikan itu, pelbagai reaksi saya terima dan bermacam interpretasi saya dengar. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga ada yang mempersoalkannya. Malahan, macam-macam andaian dibuat.

Namun pada saya, semua ini adalah perkara biasa.Yang penting tugas dilaksanakan sebaik-baiknya. Dengan pelantikan ini, bermakna saya sudah menjadi sebahagian daripada sistem pentadbiran kerajaan dan dekat dengan Ketua Menteri.

Sebelum ini, pelantikan saya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah juga telah menjadikan saya sebahagian daripada jentera parti, dan hieraki itu mendekatkan diri saya dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Ini bermakna saya telah berada dalam kedua-dua sistem, iaitu kerajaan dan politik, untuk bersama-sama membantu Ketua Menteri mengurus tadbir parti dan kerajaan.

Saya berterima kasih kepada pimpinan parti di peringkat Pusat atas amanah yang diberikan, demikian juga pada pimpinan kerajaan di peringkat negeri.

Tentu saja, amanah ini membolehkan saya memainkan peranan lebih berkesan dalam memacu pembangunan negeri dan menjayakan apa jua perancangan serta agenda untuk rakyat.

Saya akan cuba memenuhi harapan dan ekspetasi rakyat yang pastinya meletakkan harapan tinggi terhadap gandingan kepemimpinan kami berdua.

Pelantikan terbaru ini bukan saja menjadi tarikh bersejarah dalam karier politik saya, tetapi barangkali juga merupakan Hadiah Tahun Baru pada Tahun Harimau (mengikut kalendar Cina) ini.

Dengan memegang kedua-dua jawatan ini, selain sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Belud, tentunya banyak kerja dan urusan menanti di hadapan. Barangkali masa untuk santai seperti sebelum ini mungkin semakin kurang.

Justeru barangkali juga keadaan ini akan menyebabkan saya tidak lagi dapat menulis dalam kolum Ilustrasi ini sekerap mungkin sebagaimana dahulu, lantaran himpitan masa terhadap tugasan yang lebih penting untuk rakyat dan negeri.

Begitu pun, saya akan cuba dan berusaha untuk terus menulis di sini setiap kali ada ruang masa dan kesempatan, dengan cerita dan topik yang lebih menyeluruh.
 
Komen

Petikan di atas adalah artikel yang dipetik dari blog Datuk Salleh Said. Berpaksi kepada tulisan tersebut bahawa perlantikannya ke jawatan penasihat sains dan teknologi kepada ketua menteri Sabah Musa Aman merupakan turning point kepada kerjaya politiknya selepas dikatakan telah "dipencen" sekian lama.

Ramai penganalis politik terutama di Daerah Kota Belud mengatakan bahawa dengan perlantikan ini dan kemudian disambut baik sendiri oleh Salleh merupakan tamparan hebat kepada pimpinan USBO terutama Datuk Safie Afdal dan TS Pandikar.

Akan berfungsikah USBO sepertimana perancangan awal, atau kah hanya Salleh yang diuntungkan dengan adanya penubuhan USBO?

Sepertimana pengakuan Salleh dalam artikelnya di atas bahawa kini dianya sebahagian daripada kerajaan dan juga parti Umno tunjang kerajaan negeri. 

Dengan pengakuan sendiri oleh Salleh bahawa kini gandingannya bersama Musa Aman adalah gandingan yang serasi dan padu? Akan diterima kah dengan mudah oleh Safie Afdal? Telah kedengaran bahawa para penyokong Afdal mula memperkatakan bahawa Salleh bukan lagi Salleh yang mereka ketahui sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri Sabah.

Para penyokong Safie dan ada juga penyokong  TSP mengatakan bahawa  Salleh telah berubah 360 derjah kerana kemaruk jawatan. Ada kebenaran kah tomahan mereka ini?

Cakap-cakap di sekitar sekolah yang di tengelami air ramai teman-teman seperjuangan membuat lawak, bahawa pada saat beginilah para pemimpin yang berkata berjuang untuk rakyat tidak perlu merasakan penderitaan rakyat.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP