Saturday, 5 September 2009

8 Pilihanraya Kecil (PRK) pengalaman Berharga: Dato' Seri Najib

Pemimpin barisan nasional dan Umno menggunapakai pengalaman PRK yang berlangsung setelah PRU-12 di Semenanjung sebagai pengalaman berharga. Beliau meminta pemimpin BN dan Umno mengambil iktibar dari semua PRK tersebut, walaupun UBN kalah keseluruhannya (1 tidak bertanding).

Dun Bagan Pinang di mana UBN adalah JUARA BERTAHAN, sudah tentu mempersiapkan diri sebagai JUARA BERTAHAN.

Pemilihan calon hendaklah di vetting dengan rapi dan teliti agar peristiwa Permatang Pasir tidak berulang. Calon UBN Rohaizat Othman di Permatang Pasir terlalu banyak masalah, sehingga UBN mengalami kesukaran merayu para penggundi.

DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian mengejut penyandangnya dari UBN Azman Mohd Nor kerana pendaharan dalaman di Hospital Pakar Seremban semalam.

Dalam PRU-12 yang lalu Azman mengalahkan calon Pakatan yang diwakili oleh calon Pas. Melalui PRU-12 Azman (gambar) memperoleh 6,430 manakala calon Pas Ramli Yusof mendapat 4,097.

Memandangkan perlawaan yang sengit pada PRU-12, PRK kali ini akan juga terjadi perlawanan sengit. Pakatan sudah tentunya berbekal kepada rekodnya 8-0 setakat ini, sementara UBN bersandarkan kepada statusnya sebagai JUARA BERTAHAN.

Mampu UBN mempertahankan kejuaraannya? sama-sama kita tunggu PRK tersebut.

Read more...

Friday, 4 September 2009

Strategi 16 September Anwar: Berlaku Di Selangor

Strategi menuduh beberapa Adun dengan rasuah membuatkan ADUN yang telah melakukan rasuah tersebut akan kehilangan pedoman.

Strategi mencari kesalahan rasuah di Selangor mengakbitkan seorang saksi sprm mati. Taktik menuduh ADUN dengan kesalahan rasuah pernah terjadi di Perak sebelum Kerajaan Pakatan Perak jatuh.

Strategi ini diulangi di Selangor, kerana Pengerusi BN Selangor sekarang adalah DS Najib , orang yang sama menjadi okestra menjatuhkan kerajaan Nizar Jamaludin. Perak agak berlainan dengan Selangor,kerana Selangor memerlukan sekurang-kurang 7 DUN melompat, sedangkan Perak hanya 2 untuk membentuk kerajaan.

Berjayakah DS Najib memberi tekanan kepada ADUN Pakatan terutama mereka yang bermasalah sekarang terutama Ean Yong Hin Wah dan Ronnie Liu.

Strategi Anwar akan digunakan oleh DS Najib untuk menumbangkan kerajaan Selangor, negeri terkaya di Malaysia tersebut. Adalah kerja Bodoh kalau tidak inginkan negeri kaya berada dalam genggaman. DS Najib akan berusaha apapun caranya, agar kerajaan Selangor bertukar.

Read more...

Lagi profile Tinggi disiasat SPRM akan terlepas?

Akhirnya Ong Tee Kiat disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan Datuk Tiong MP Bintulu bahawa Ong Teek Kiat menerimah rasuah darinya berhubung pembinaan pasang siap Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Khabarnya Ong Tee Kiat merakamkan percakapan selama 3 jam berhubung wang yang diberikan Tiong kepadanya berjumlah 10 juta ringgit di pejabat SPRM Putrajaya semalam.

Apakah siasatan ini akan berakhir seperti Eric Chia (Pewaja Steel), Saidin Thamby (sumbangan 1 juta dari seorang pemaju), Kasitah Gadam (Saham SLDB) dan Ramli Yusof (berhubung tanah di Lahad Datu Sabah).

Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Read more...

Thursday, 3 September 2009

Menulis soal irranun biar tepat dari segi fakta

Gahirah dan gian menulis soal irranun biar faktanya tepat. Tulisan-tulisan yang terpampang di berbagai blog blogger Kota Belud, fakta bersimpang siur. Kadang-kadang sukar dicari mana pangkal mana hujung.

Menulis soal kaum irranun digalakkan, tetapi sebelum dipaparkan, buat lah kajian. Kajian biar betul.

Jangan kerana ikut kan hati dan rasa, maka badan binasa. Jangan lupa terlanjur kata buruk padanya. Tulis lah berasaskan fakta dan kejadian yang sebenar.

Menulis soal kempimpinan misalnya, jangan sama kan dengan mengarang di sekolah, khayalan yang menarik dengan senikata dan tatabahasa yang baik, maka dapat markah baik. Menulis soal kempimpinan biarlah bercermin kepada keadaan yang sebenarnya, jangan melepas di tangga sahaja.

Suatu ketika dahulu dalam blog blogger KB terlalu hangat dipersoalkan soal PISBA, apabila keseriusan diambil,akhirnya padam pada ilham pencetus idea itu. Kerana itu, kalau tali sejengkal jangan cuba berlabuh di tengah laut.

Berfikir sebelum berkata-kata, jangan seperti meludah ke langit terpercik ke muka sendiri.

Cuba berfikir secara matang dan wajar

Read more...

Tuesday, 1 September 2009

Rahman Dahalan Pemecah tradisi politik Kota Belud setelah keluarga Tun Mustapha

Tradisi politik Kota Belud terpecah,apabila Rahman Dahlan bertanding di Kota Belud pada PRU-12. Biang kerok dan pencentus idea membawa orang luar bertanding adalah Musbah Jamli dengan sokongan Musa Aman.

Idea yang telah tertanam bahawa orang luar tidak mungkin menang, dengan pengecualian keluarga Tun Mustapha dan Tun Said telah meleset, apabila Rahman Dahlan telah menang, walaupun majoritinya berkurang.
.
Membawa orang luar bertanding di Kota Belud, telah mengakibatkan Musbah kehilangan jawatan dalam parti, kerana usaha ini tidak disenangi oleh para pemimpin gaint daerah ini.
.
Usaha-usaha menghakis sokongan Musbah telah dimulakan dengan berbagai personal attack,akan tetapi sokongan kepada Musbah belum pupus. Keputusan G7 baru-baru ini, menunjukan bahawa Musbah masih mendapat sokongan akar umbi Umno, apabila orang-orang yang mendapat sokongannya memperolehi kemenangan.
.
Orang-orang Musbah dahulu yang kini ada di AJK Bahagian,kerana berpatah arang dengan Musbah,akhirnya kecundang, misalnya saudara Naoumul. Awang Samad bernasib baik, kerana pada pertengahan kempen, telah berjumpa dengan Musbah untuk minta ampun dan tolong.
.
Usaha-usaha memperburuk-burukkan Saidatul, tidak berjaya, kerana jentera Musbah telah menolongnya untuk menang. Sebaik sahaja Saidatul menang, SMS kepada Musbah dengan berbagai puji-pujian bertali arus, walaupun semasa keputusan G7 diumumkan Musbah masih lagi berada di Jakarta,kerana mengikuti rombongan Dato Noh Omar ke Ujung Pandang, Indonesia.

Read more...

BN Gembira tiada Pilihanraya Kecil di DUN Seputih Kedah

Petang tadi SPR mengumumkan bahawa DUN Seputih Kedah masih dikuasai BN, melalui ADUNnya (gambar). Masalah DUN Seputih Kedah timbul apabila speaker DUN Kedah menulis surat kepada SPR mengatakan bahawa menurut undang-undang tubuh kerajaan Kedah, sesiapa ADUN yang gagal hadir persidangan sebanyak 2 kali berturut, tanpa sebab munasabah, maka secara automatik kerusi tersebut adalah kosong.

Namun pendirian speaker tersebut tidak seiring dengan pendapat SPR, kerana itu petang tadi SPR mengumumkan bahawa kerusi DUN Seputih belum kosong.

PRK-8 di Sememanjung seperti yang diharapkan oleh Pakatan tidak menjadi kali ini.

Read more...

Micheal Jackson: Lamanya dikubur: Kematiannya Dibunuh

MJ akan dikuburkan pada 3 September, 2 bulan setelah kematiannya. Khabarnya semasa postmortem tubuh MJ dipenuhi campuran ubat.

Jika betul telah masuk islam, dengan nama Mikeal, maka penangguhan pengkebumiannya sungguh menyiksakan.

Ada kebenaran kah MJ dibunuh? atau memang penyanyi tersebut mahukan campuran ubat tersebut demi persiapan pertunjukannya di Landon Arena bulan lalu.

Hanya mahkamah inkues yang akan merungkainya.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP